5 Punca Masalah Kewangan yang Membelenggu Diri
Tidak
dapat dinafikan, wang merupakan satu 'alat' yang amat penting untuk
meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan wang.
Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang untuk
membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan pelbagai
lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan
membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama
keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan
nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil
tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan. 5 punca masalah kewangan
yang sering membelenggu kehidupan kita. Mari kita perhatikan dan
merefleksi diri tentang 5 punca ini agar sama-sama mendapat manfaat
daripadanya. Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
(1) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini
kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa
hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit
atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera. Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara
kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu
berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan
tindakan terbaik yang anda perlu lakukan. Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai
orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini.
Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran
kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil
perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk
menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah
kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka
membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak
dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri
sendiri pada masa hadapan. Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang
anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan
atau keinginan? Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk
memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai.
Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat
penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah
dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah
ditetapkan. Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat
kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu
kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu
milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu
objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda
belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan
terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini,
tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda
boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti
'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu
anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada
setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan
seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa
selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan
anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang
kelak.
(4) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan
kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti
akan memudaratkan.Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat
khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna
berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang
menegur-"Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya."-pasti timbul perasaan
bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun? Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun? Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
(5) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang
yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual
dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk
memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan
apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu
bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda
kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.