Kredibiliti adalah tulang belakang
kepada pembinaan karisma. Winston Churchill pernah mengatakan, faktor paling
penting adalah siapa diri seseorang, selepas itu bagaimana dia menyampaikannya,
akhirnya barulah apa yang diperkatakannya. Kajian di barat menunjukkan
faktor-faktor yang membina kredibiliti adalah keilmuan, penampilan dan
ketulusan seseorang. Di barat, faktor akhlak bukanlah perkara yang penting.
Bill Clinton masih dianggap mempunyai kredibiliti walaupun mempunyai skandal
seks.Terdapat perbezaan yang jelas pada
persoalan nilai di barat dan di timur.Pada pandangan Islam, faktor paling utama
membina kredibiliti adalah akhlaknya. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik
pemimpin yang memiliki akhlak yang terpuji. Membina peribadi yang terpuji lebih
penting daripada kemahiran membina karisma yang lain. Semua kemahiran itu boleh
diperoleh satu persatu melalui pendedahan dan latihan. Namun jika seorang
pemimpin sudah tiada akhlak yang baik, adakah mereka dapat merubahnya?
Kredibiliti boleh dibina, tetapi mengambil masa yang lama. Namun begitu, bagi
meruntuhkan kredibiliti hanya memerlukan beberapa minit sahaja. Kredibiliti
seseorang ketua itu ada pada orang bawahannya. Kredibiliti pemimpin dan ketua
adalah kepercayaan orang bawahan kepadanya dan sejauh mana mereka menghormati
dirinya. Mereka juga percaya kepada pemimpin mereka kerana pengetahuan,
pengalaman, kepakaran, kemahiran dan kejujurannya.Menurut para penyelidik, kredibiliti
seseorang itu naik apabila dia bersikap terbuka kepada kata-kata, pendapat dan
nasihat orang yang banyak persamaan dengan dirinya sendiri. Pemimpin yang
berkarisma pandai mencari persamaan bagi membentuk persetujuan yang sama. Ada
pemimpin yang gemar menyelitkan jenaka berkaitan kelab bola sepak kegemaran
mereka semata-mata ingin membentuk persamaan hobi dan kegemaran. Pemimpin
karismatik pandai mencipta kegemaran yang sama dan secara automatik pengikut
melihat dia mudah didekati. Menjadi pemimpin yang mudah didekati boleh
dipelajari. Seorang pemimpin organisasi intelektual yang berkecimpung ke
organisasi sosial boleh merubah diri mereka menjadi lebih mudah didekati.
Prinsip Utama Membina Kredibiliti
Melaksanakan fungsi organisasi
Membina kredibiliti dan kepercayaan mestilah ditunjangi oleh perlaksanaan maksud atau fungsi organisasi. Karisma akan hilang apabila pemimpin mula melaksanakan tugas organisasinya untuk kepentingan sendiri. Apabila terlintas sahaja untuk memuaskan kehendak atau kepentingan sendiri, maka saudara hilang kredibiliti. Jika saudara merasakan dengan menjadi pemimpin, saudara dapat melakukan apa-apa sahaja untuk kepentingan peribadi, maka ia merosakkan fungsi dan tujuan organisasi. Seterusnya pasti saudara kehilangan kredibiliti. Dalam setiap langkah dan keputusan, pemimpin perlu berhati-hati supaya tidak wujud unsur-unsur kepentingan peribadi dalam hal organisasi. Pemerintah terkenal Empayar Islam Abasiyyah, Harun Al-Rashid sanggup mematikan lilin kepunyaan kerajaan ketika melayan kunjungan anaknya. Pada zaman ini, kejujuran seperti Harun Al-Rashid adalah suatu keajaiban. Perkara kecil dan remeh dapat mencalarkan kredibiliti. Elakkan daripada menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja saudara. Ia menimbulkan keraguan pada fokus dan tujuan pemimpin organisasi. Ia adalah racun paling hebat untuk membunuh kredibiliti saudara.

Pemimpin yang lebih mementingkan
agenda sendiri tidak dapat memiliki pengikut yang tulen. Pemimpin jenis ini hanya
mempunyai penyokong yang berkala. Apabila musim pemilihan, dia merancang
jawatankuasa bagi menarik undi dan sokongan. Jika seseorang pemimpin tidak
menjalankan fungsi organisasi dan meneruskan agenda peribadi, orang yang
menyokongnya juga berpura-pura menyokongnya atas faktor ganjaran projek,
bantuan dan lain-lain.Pemimpin selalu berfikir, orang
bawahan adalah mereka yang menjadi hamba kepada pemimpin, melaksanakan perintah
pemimpin. Greenleaf menyebutkan, pemimpin yang hebat dilihat sebagai seorang hamba
kepada organisasi dan itulah kunci kepada kehebatan atau karisma seorang
pemimpin. Cara terbaik menguji kredibiliti seseorang pemimpin adalah mengetahui
sama ada pemimpin itu melakukan apa yang mereka katakan ataupun tidak. Apabila
seseorang pemimpin berkata berkenaan pentingnya budaya ilmu dalam membina
masyarakat, maka orang akan melihat sama ada beliau benar-benar melakukannya
dan menghargai budaya ilmu itu ataupun tidak.
Apabila seorang pemimpin mempunyai
kepercayaan ke atas sesuatu idea atau nilai, maka ini menunjukkan pemimpin itu
mempunyai keazaman yang tidak berbelah bahagi dalam usaha melaksanakan fungsi
organisasi. Oleh itu, orang bawahan akan menanam benih kredibiliti ke atas diri
pemimpin mereka. Mahatma Ghandi berkata, pengikut bukannya menyokong pemimpin
mereka, tetapi mereka hanya menyokong perjuangannya.
Tidak memadai dengan kepercayaan
yang kuat pada sesuatu idea, yang penting kepercayaan itu mestilah jelas.
Pemimpin yang memiliki kepercayaan yang kabur, bercampur-campur dan tidak tetap
menyebabkan beliau tidak dapat memberi tunjuk arah kompas yang sebenar yang
dapat diikuti oleh pengikutnya. Cara mengenal pasti seorang pemimpin itu
melaksanakan fungsi organisasi ataupun tidak adalah dengan melihat adakah
beliau mengambil berat hal-ehwal organisasinya. Khalifah Umar Al-Khattab
sendiri turun untuk melihat masyarakat yang tidak cukup makanan pada waktu
malam dengan menyamar sebagai orang biasa. Mengambil berat hal-ehwal organisasi
memerlukan kesediaan mendengar. Tidak mudah bagi orang bawahan kita untuk
menyatakan sesuatu berkenaan hal-ehwal organisasi, apatah lagi soal-soal yang
sensitif.
Berkongsi nilai
Perkongsian nilai adalah tali yang mengikat persaudaraan dan persahabatan dalam organisasi. Dalam usaha membina kredibiliti, pemimpin yang berkarisma akan mencari, mencipta dan menghargai nilai-nilai yang dikongsi bersama oleh semua ahli dalam organisasi. Berkongsi nilai bermaksud ada sesuatu yang semua orang dalam organisasi bersetuju. Selalunya, nilai yang dipersetujui mestilah suatu yang bersifat mendasar. Apabila pemimpin gagal mencari suatu nilai yang dipersetujuinya oleh semua, maka timbullah konflik dalam organisasi.Banyak faedah yang diperoleh apabila pemimpin mampu membina perkongsian nilai dalam organisasinya. Apabila seorang pekerja berkongsi nilai yang sama dengan yang lain dalam organisasi, maka pekerja itu akan lebih setia kepada organisasi. Ini kerana, nilai dalam organisasi adalah sealiran dengan nilai atau kepercayaan dalam dirinya. Pekerja atau pengikut menjadi lebih kreatif.

Terdapat dua teori berkenaan cara
memotivasikan pengikut. Pertama, pakar mempercayai bagi meningkatkan prestasi
atau kreativiti pekerja, pemimpin mesti memotivasikan pekerja untuk mencapai ke
arah itu. Kedua, mereka mempercayai pemimpin hanya perlu menjaga ekologi
pekerja atau orang bawahannya mengikut ekologi tiap-tiap individu. Profesor
Jeffrey Pfeffer menyatakan, apabila pemimpin dan pengikut atau pekerja memiliki
nilai yang sama, maka ia mampu meningkatkan produktiviti, komunikasi dalaman
yang lebih cekap, juga mampu mengurangkan kos dan birokrasi.Dalam usaha mencari nilai yang sama,
ia memerlukan pemerhatian yang amat tajam dan mendalam. Mencari nilai dalam
organisasi memerlukan persetujuan semua. Jika organisasi saudara mementingkan
kualiti produk dan perkhidmatan, maka semua individu dalam organisasi akan
bekerja keras untuk memenuhi nilai itu. Pemimpin perlu mempunyai kekuatan dalam
menelusur sifat dan kecenderungan pengikut.
Matlamat pemimpin bukannya mencari
persamaan nilai yang menyeluruh dengan menolak segala perbezaan ataupun
menjadikan persamaan nilai suatu yang mustahil dengan memenangkan perbezaan,
tetapi pemimpin perlu bekerja dalam mengimbangi kedua-duanya. Dalam zaman yang
mencabar ini, pemimpin sebenarnya memimpin pengikut yang berpengetahuan dan
kritikal. Mereka faham, mendalami dan mengikut jalur kepimpinan seorang
pemimpin melalui penilaian yang rasional. Sebenarnya, usaha mencari nilai yang
sama dalam organisasi menjadi lebih mencabar.
Meraikan perbezaan
Karisma dalam kepimpinan memerlukan pemimpin yang mampu meraikan perbezaan. Kemampuan meraikan perbezaan adalah suatu budaya yang mengakar dalam organisasi dunia mengambil masa yang lama untuk dibangunkan. Oleh itu, pemimpin perlu mencari pelapis muda yang berbakat dan berwawasan besar yang dapat menyumbang kepada kebaikan organisasi tanpa mengambil kira perbezaan-perbezaan.Jika organisasi saudara mengamalkan sikap menuding jari menuduh orang lain, maka ia memerlukan perubahan yang diumumkan dengan serius dan agresif. Kemahiran framing boleh digunakan sebagai alat merubah budaya itu. Hampir mustahil bagi seorang pemimpin untuk berjaya dalam memimpin perniagaan, parti, komuniti dan organisasi apabila pemimpin gagal menghargai kepelbagaian. Kepelbagaian bukanlah suatu ancaman ataupun kelemahan. Menurut nabi Muhammad, perbezaan adalah suatu rahmat. Ia sebenarnya bukan sahaja memperkayakan organisasi dengan cara tolak ansur dan empati, malah menyuburkan daya cipta dan kreativiti. Pemimpin perlu menunjukkan bahawa beliau menghargai kepelbagaian yang wujud dalam organisasinya.

Kredibiliti dan Pengurusan Hati
K. H Abdullah Gymnastiar
menunjukkan, membina kredibiliti adalah bermula dengan menguruskan hati dengan
baik. Beliau menyenaraikan tiga perkara utama dalam membina kredibiliti.
Saya mesti jujur
Saya mempercayai jika saya jujur, saya dapat membina kredibiliti, sebaliknya jika saya tidak jujur, ia dapat meng-hancurkan kredibiliti saya
Saya mempercayai jika saya jujur, saya dapat membina kredibiliti, sebaliknya jika saya tidak jujur, ia dapat meng-hancurkan kredibiliti saya
Saya mesti cekap
Walaupun saya menjadi orang yang jujur, apabila saya lalai dalam melaksanakan tugas, ia juga mengurangkan kredibiliti. Untuk menjadi cekap, saya mesti mengembangkan kemampuan wawasan dan terampilan diri secara sistematik. Saya sentiasa melakukan koreksi diri.

Saya mesti berinovasi
Saya sedar segala sesuatu pasti akan berubah. Di dunia ini, tidak ada satu pun yang tidak berubah. Suatu yang tetap adalah perubahan itu sendiri. Oleh itu, saya bersedia untuk mengikuti perubahan kerana jikalau saya tidak mengimbangi perubahan, saya akan menjadi mangsa perubahan. Amat buruklah jika semalam sama dengan hari ini. Celakalah jika hari ini lebih buruk daripada semalam. Untuk menjadi inovatif, saya senantiasa membaca dan berusaha melaksana-kan sesuatu yang berguna. Saya meluangkan masa tertentu untuk merenung dan bertafakur tanpa mengganggu kegiatan harian. Sebagai seorang Islam, sesungguhnya sudah tersedia tempat-tempat untuk merenung dan mencari ketenangan.