Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT)
ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai.
(PENERANGAN DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU)

Korang cuba ckap betul2 paham ke tidak apa yg tertulis spt diatas ini .... memula sya boring gak nak baca benda allah ni waktu time mula diperkenalkantu hari tu .... "sorry otak lembab cam sya nih mmg patut kena masuk tadika balik lahhhhh ..........GST tu sya punya cara nak terangkan gini caranya :-
Okeh, korang tahu tak cukai ....kalo korang pergi pergi Indon nun time nak balik korang banyak beli barangkan...waktu time korang nak lepas masuk tu korang kena soal dek pegawai kastam tu kan ????? deorang akan tanya berapa berat barang korng beli kedian deorang kira sekali gus cukai tu sekali lah berapa korang kena bayar ...... macam GST sama gak lah wei cukai perkhidmatan maaaaa ........korang try lah masuk Pulau Langkawi tu beli barang banyak2 tengok berapa banyak cukai korang kena bayar ...........itu fesyen dulu kalo nak masuk Pulau Langkawi la ni semua barang makanan semua kena cukai .....(tak paham lagi ke ?????)............entah la tak tahu nak buat camne syapun benci gak nih semalam time sya pergi pasar tengok list harga apa ke benda nyaaa makin mahal lahhhhh .............apa GST ni di kutip utk apa sebenanya ???? kerajaan dah habis duit ka nak bayar kakitangan gomen yg ramai tu smpai kena buat lagi nih plakkkkk !!!!!! meh sini sat siapa nak explain kat depa kat luak sana nun mane yg tak paham ......
"Apa susah-susah tak suka GST habis dah alang kepalang duk bumi Malaysia nih nak buat camne wei ..... tak suka kalo nak beli barang kat kedai dah sah dahhhh dah ada GST ....tak suka ???? nak membantah arahan kerajaan ???? ade ke yg nak dengo kau punya suara hahhahahhaha !!!!!!! ............habis nak buek lago mano boh ?????? anok kat umoh nak make nih semua menda maha sokmo .......
Alkisah suka ke tak suka baik kawe baca betul-betul hal segala hal GST nih ..ape kemenda GST nih ....pening pala teman nak paham payoh bena .......JOM BACA benda betul bawah ni
=====================================
MENJELANG pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang semakin hampir, kerisauan rakyat semakin membahang apabila banyak maklumat negatif yang tersebar sama ada di laman sosial ataupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Walaupun banyak penerangan dibuat untuk memberi kefahaman kepada sistem baharu ini namun penerimaannya tidak memberangsangkan. Rata-rata pihak masih menganggap GST membebankan rakyat yang menjadi pengguna akhir.
Ikuti temu bual Sinar Harian, berhubung GST bersama Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.
Apakah GST?
Dr Ahmad Azrin: Cukai barang dan perkhidmatan ('Goods and Services Tax') atau mudahnya disebut GST telah banyak dibincangkan oleh pelbagai pihak. Biarpun menggunakan laras bahasa yang berbeza, ia terarah kepada tafsiran yang sama. Paling tidak ada dua perkara utama yang menjadi intipati kepada pendefinisian GST bagi memudahkan kefahaman masyarakat awam.
Pertama, apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Ertinya, setiap kali kita sebagai pelanggan melakukan sesuatu pembelian, kita akan dikenakan cukai.
Oleh sebab itu, GST sebenarnya dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam. Kedua, sebelum sesuatu barang atau perkhidmatan dinikmati pengguna, ia perlu melalui pelbagai peringkat pengedaran.
Bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhirnya pengguna. Tidak dinafikan terdapat keadaan di mana pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan daripada pengimport yang kemudiannya berpindah kepada pengilang.
Boleh jadi juga pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan terus daripada pengilang tanpa melalui pemborong dan peruncit. Apapun keadaannya, GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan.
Kedua-dua intipati ini menjadi asas kepada mekanisme GST. Mekanisme GST pula tertakluk kepada sama ada sesuatu barang atau perkhidmatan itu dikenakan cukai ataupun tidak kerana tidak semuanya dikenakan cukai.
Oleh sebab itu, GST terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pengenaan cukai pada kadar standard (enam peratus), pengenaan cukai pada kadar sifar (0 peratus) dan pengecualian cukai.
Bagi pengenaan cukai pada kadar standard, pengguna akan membayar GST pada kadar enam peratus. Semua pihak di setiap peringkat pengedaran pula boleh menuntut kembali GST.
Bagi pengenaan cukai pada kadar sifar, pengguna tidak perlu membayar GST. Walau bagaimanapun semua pihak di setiap peringkat pengedaran masih boleh menuntut kembali GST. Bagi GST yang dikecualikan, tiada sebarang bayaran GST dikenakan ke atas pengguna.
Dalam masa yang sama, tiada tuntutan GST boleh dibuat oleh semua pihak di setiap peringkat pengedaran. Antara barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST ialah barang makanan asas, penggunaan utiliti (bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna),
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan, perkhidmatan pengangkutan, proses jual beli dan sewa rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST?
Dr Ahmad Azrin: Cadangan pelaksanaan GST ini sebenarnya telah diumumkan pada pembentangan belanjawan 2005. Untuk melaksanakannya, ia tidaklah mudah kerana pelbagai cukai telahpun dikenakan ke atas pengguna pada masa kini seperti cukai korporat, cukai pendapatan individu, cukai keuntungan harta tanah, cukai jualan dan perkhidmatan, duti setem, duti kastam dan duti eksais.
Tidak hairanlah kenapa banyak pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup dan pengurangan pendapatan boleh guna. Di atas kertas, pelaksanaan GST tampak mudah. Realitinya nanti, banyak cabaran yang terpaksa dilalui terutamanya dalam kalangan peniaga yang tidak mempunyai rekod perakaunan yang lengkap dan keupayaan literasi komputer yang rendah.
Namun perlu diingatkan bahawa pelaksanaan GST tidak menambah bilangan cukai sedia ada. Ia sebenarnya menggantikan sistem cukai sedia ada, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (Sales and Service Tax) atau mudahnya disebut SST.
Dengan pengenaan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, pengguna sebenarnya telah menanggung cukai sebanyak 16 peratus bagi setiap barangan yang dibeli selama ini. Ertinya, sebaik sahaja cukai GST dikuatkuasakan pada 1 April ini, SST akan dimansuhkan dan pengguna hanya dikenakan cukai GST enam peratus sahaja.
Dalam masa yang sama, cukai korporat dan cukai pendapatan individu dijangka mengalami sedikit perubahan yang bakal menambah pendapatan boleh guna. Di pihak kerajaan pula, SST mempunyai banyak kelemahan.
Antaranya ialah masalah cukai tersembunyi, cukai bertindih, tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport, kelakuan sabotaj ekonomi seperti mengelak membayar cukai, menyembunyikan sumber, aliran dan pendapatan kewangan syarikat, memonopoli barang dan sukatan harga serta pelbagai kegiatan lain yang tidak bermoral menurut perspektif ekonomi.
Dengan kata lain, SST tidak sekadar membebankan pengguna secara tersembunyi, malah kutipan hasil kerajaan berada di bawah kemampuan ekonomi sebenar. Jauh lebih penting adalah usaha radikal untuk meningkatkan pendapatan negara dalam mengharungi suasana ekonomi yang agak mencabar.
Tidak dinafikan kedudukan asas ekonomi Malaysia masih di tahap yang baik. Namun kita tidak boleh bersikap defensif apologetik kerana simptom seperti pengurangan pendapatan negara, peningkatan hutang luar negara, peningkatan jumlah hutang isi rumah dan peningkatan bilangan muflis sedang kita alami.
Kerajaan juga sedang berhadapan dengan tekanan untuk mengurangkan defisit fiskal. Oleh yang demikian, pelaksanaan GST dilihat sebagai solusi untuk berhadapan dengan segala tribulasi ini. Lebih-lebih lagi, ia telah berjaya dilaksanakan di 160 negara termasuk negara Islam yang menjadi anggota kepada Pertubuhan Islam Sedunia.
Dalam kalangan negara anggota Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST. Myanmar dikhabarkan akan melaksanakannya dalam waktu terdekat. Di Brunei pula, pelaksanaan GST bukanlah sesuatu yang mendesak berdasarkan sumber kewangannya yang kukuh dalam keadaan jumlah penduduknya yang kecil.
Bagaimanakah mahu memastikan ketelusan GST kepada masyarakat?
Dr Ahmad Azrin: Secara realitinya, usaha untuk memastikan ketelusan GST kepada masyarakat tidaklah mudah. Terdapat kemungkinan penjimatan yang diperoleh daripada tuntutan semula GST mungkin tidak disalurkan oleh peniaga kepada pengguna.
Natijahnya, pengguna tidak dapat menikmati kelebihan GST. Ada kemungkinan juga harga yang dikenakan oleh peniaga merangkumi SST dan GST. Barangkali ini yang banyak terjadi nanti. Natijahnya, GST akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang amat ketara.
Mendepani permasalahan ini, setidak-tidaknya ada tiga inisiatif berikut. Pertama, pihak kerajaan telah mengeluarkan senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST atau tidak.
Dengan adanya senarai ini, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan kadar standard kepada semua jenis barangan.
Kedua, hanya peniaga berdaftar dengan Jabatan Kastam boleh kenakan GST ke atas setiap transaksi pembelian. Untuk itu, pihak peniaga perlu mengeluarkan invois yang mengandungi maklumat seperti nombor pengenalan GST, nilai barang yang dijual dan amaun GST yang dikenakan kepada pelanggannya.
Aduan boleh dikemukakan melalui aplikasi ‘EZ Complaint’ atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my sekiranya resit atau bil dikeluarkan peniaga tidak paparkan nombor pengenalan GST dan simbol bagi setiap item barang atau perkhidmatan sama ada kadar sifar (ditulis dengan simbol z) atau kadar standard (ditulis dengan simbol s).
Ketiga, kerajaan mengadakan pemantauan oleh jawatankuasa kawalan harga, panduan harga pengguna yang diterbitkan secara berkala, peruntukan undang-undang melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang memberi kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan mengawal sebarang kenaikan harga yang disebabkan keuntungan berlebihan.
Antara ketiga-tiga inisiatif ini, saya berpendapat aspek penguatkuasaan perlu diberi keutamaan tertinggi oleh pihak kerajaan. Ini tidaklah bermakna kerajaan mengabaikan usaha penguatkuasaan. Cuma inisiatif ini memerlukan perubahan yang radikal demi melindungi kepentingan pengguna.
Adakah GST menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga barang?
Dr Ahmad Azrin: Pertamanya perlu kita fahami bahawa GST sepatutnya tidak menjadi kos kepada peniaga. Ini sebab bagi setiap pembekalan yang berkadar sederhana mahupun sifar, peniaga boleh menuntut semula bayaran GST.
Bagi perniagaan yang tidak berdaftar dengan pihak berwajib, mereka sama sekali tidak boleh mengenakan GST ke atas jualan mereka. Secara spesifiknya, perniagaan kecil yang jualan tahunannya kurang daripada RM500,000 tidak akan termasuk dalam sistem GST dan boleh menjual barangan mereka tanpa mengenakan GST.
Dengan kata lain, apabila dilaksanakan GST kelak, terdapat tiga keadaan yang akan terjadi, iaitu tiada perubahan harga, sedikit kenaikan harga (minuman alkohol dan tembakau, pendidikan swasta, kesihatan swasta, restoran dan hotel) dan sedikit penurunan harga (seperti pakaian, kasut, hiasan, perkakasan rumah dan penyelenggaraan serta komunikasi).
Ketiga-tiga keadaan ini sedikit sebanyak akan beri kesan kepada peningkatan kadar inflasi kerana corak penggunaan barangan alami kenaikan harga belum dapat disesuaikan sebaiknya.
Namun begitu kesannya bersifat sementara antara enam bulan dan setahun sebagaimana yang terjadi di banyak negara yang telah melaksanakan GST. Walau bagaimanapun saya berpendapat nilai 'threshold' yang ideal untuk permulaan pelaksanaan GST ditetapkan pada nilai yang lebih tinggi, misalnya RM2,000,000.
Ia berasaskan justifikasi kemampuan kewangan, sumber manusia dan pelbagai faktor lain yang dimiliki syarikat. Nilai ini boleh diturunkan dari masa ke masa.
Berapa kadar yang sesuai dikenakan jika GST mahu dilaksanakan?
Dr Ahmad Azrin: Sebenarnya tidak ada satu peraturan yang boleh dirujuk untuk menentukan kadar permulaan yang ideal. Walau bagaimanapun pengalaman negara yang telahpun melaksanakan GST boleh dijadikan panduan.
Pada masa kini, kadar puratanya ialah 16.6 peratus, kadar tertinggi ialah 27 peratus (Hungary) dan kadar terendah ialah lima peratus (Jepun, Nigeria, Taiwan, Iran dan Kanada).
Dalam kalangan negara Asean misalnya, ia berada antara 7 peratus hingga 12 peratus. Kadar ini tidak statik dan ia berubah-ubah mengikut situasi ekonomi semasa.
Sehingga kini, 12 negara telah menurunkan kadar GST semenjak tahun pertama pelaksanaannya. Sebanyak 55 negara pula menaikkan kadar GST. Angka sama dicatatkan dalam kalangan negara yang menurunkan kadar GST.
Berdasarkan situasi ini, bolehlah dikatakan bahawa kadar enam peratus adalah praktikal.
Kadar ini terendah dalam kalangan negara Asean dan antara terendah dalam kalangan negara yang melaksanakan GST. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kadar yang lebih rendah adalah lebih baik sebagai permulaan bagi menghindari suasana yang kurang harmoni.
Ini sebab tidak semua peniaga benar-benar memahami mekanisme GST dan tidak semua pengguna boleh menerima sedikit kenaikan harga bagi barangan tertentu.
Bagaimana pengguna tangani GST?
Dr Ahmad Azrin: Paling tidak ada lima perkara perlu menjadi manual bertindak bagi setiap pengguna. Pertama, cubalah fahami konsep asas GST. Kedua, semak status peniaga dan status barang atau perkhidmatan setiap kali transaksi.
Bagi setiap transaksi ini, pastikan resit atau bil diperoleh daripada peniaga. Keempat, buat aduan kepada pihak berwajib bagi sebarang salah laku peniaga. Kelima, biasakan diri buat perbandingan harga. Kelima-lima perkara ini tidaklah sukar untuk dilakukan.