16 Disember 2013


JOM LAYAN SHOPPING AHAD LEPAS - Beli peralatan sekolah anak
Okeh sebenarnya bab membeli persiapan sekolah anak ni sya memang start beli mase cuti sekolah bermula dan atas sebab sya nih bekerja sya malas nak membeli hari Sabtu Ahad tetapi atas sebab ada lagi benda nak beli maka pergi jugak lah hari Ahad lepas .........memula pergi kat sebuah pekan yang terkenal di Hulu Langat itu sebab nak cari kalau-kalau ada kedai buku yang jual buke teks ......... memang sakit la mata memandang buku teks yang anak sya dapat ada 4 buku yang dah lusuh benar kulit buku tuh....dalam hati ada hajat nak jumpa cekgu yang mengurus hal buku teks itu ...tapi atas sebab malas plakkk nak amik time off kat pejabat nak jumpa cekgu tuh so my idea is why not I beli jek buku teks tu kalo ada orang jual ......pelik gak aku kenapa pihak sekolah tak mahu beli buku teks yang baru dah 5 tahun dah buku-buku tuh ...takkan Kementerian Pelajaran tak ada duit nak tukar semua buku-buku teks tuh ATAU pihak sekolah tu sendiri yang tak perihatin buku yang dah rabak sana sini tuh tak payah lah bagi kat murid lagi ........tapi walau camana pun sya nak call dulu tanya by phone dulu kat sekolah anak sya tuh dan berharap mudah-mudahan boleh tukar buku teks tuh bagi yang elok sikit yang tak ada lah nampak lusuh benar gayanya. So sementara ada masa dua minggu lagi musim cuti nih sya beli dulu mana-mana yang patut dulu sebab nak jumpa cekgu deorang nih nampak gayanya kena datang pada 27/12/2013(Jumaat) sebab masa tuh hari orenstasi Form 1 dan ada ramai guru-guru pada hari itu ....lagipun buku-buku tulis kena beli kat Koperasi sekolah




OK yang ini dah wajib kena beli lah ............sebab habis sekolah maka kebanyakkan alat tulis memang dah teruk sangat .......cuma buku-buku rujukan tambahan itu memang saya nak beli supaya anak saya lebih-lebih paham semua subjek sebab penerangan dalam buku-buku teks itu selalunya terlalu ringkas so lebih baik beli buku tambahan lain

Ok itu yang atas tuh baju putih sekolah brand CANGGIH ............kata orang tahan lama tapi jenis macam anak sya kalau beli yang mahal dan ada brand pun sama jugak gaya nya ....... bukan reti nak pakai cermat-cermat dan di sini ada 2 helai seluar treck sukan yang entah berapa kali sya beli dalam masa 2 bulan nih sebabnya belum lagi sekolah bukak dia dah pakai buat gi main-main dengan kengkawannya ..............dan yang tepi tuh plakkkk songkok yang wajib di pakai setiap hari Jumaat sebab anak dah sekolah menengah dahhhhhh ............ tak ada lagi sekolah ugama waktu petang dia masuk sekolah ugama time dia sekolah rendah je dulu .........

Entah apa lagi yang terlupa nak beli entahhhh .............tempat pensel kena beli yang baru sebab yang lama dah tak elok sahhhhh .............alat-alat pengukur gometri anak kata tak payang beli sebab dah ada yang lama boleh pakai lagi....
 
Beg sekolah, songkok, baju putih, seluar treck sukan, fail kotak, buku-buku tambahan, alatan menulis dan yang tidak di sebutkan tak payah beli sebab masih boleh digunakan sebab awal tahun Januari dulu tuh saya dah beli seluar sekolah 3 helai so masih elok lagi dan uniform sekolah pun ok lagi serta kasut hitam tak payah beli.........
 
DAN INI JAM TANGAN BARU - jam yang lama dah rosak dahhhhhh so kena beli yang baru....sebenarnya anak tak berapa suka jam jenis ini tetapi dia nak jenis yang lain ...........tapi jenis yang dia nak tu MAHAL ......tak payah, tak payah, tak payah nak tunjuk mewah sangat awak tu baru FORM 2 tak ada faedahnya pakai jam mahal janji ada jam ............ senang nak tengok pukul berapa....

SO YANG INI KENA BESARKAN SIKIT GAMBAR ..............NAME TAQ sendiri tempah kat kedai lain sebab nak tunggu order kat sekolah lambat benar siap so sya tempah kat kedai lainnn lagi pun jenis kain lagi bagus dan tahan lama ............yang ini sya kena jahit kat baju sekolah warna putih tuh and kat baju melayu tuh sekali ........... nama sebenar FIRDAUS AMIN kalo tahun lepas dia suka kalo tulis ngan nama penuh tapi kali ini dia tak mahu plakkkk nama penuh dia nak nama FIRDAUS tu sahaja ...........

13 Disember 2013

JOM JOIN NUFFNANG .........




banyak dah aku baca orang citer pasal NUFFNANG nih .........apa bende NUFFNANG nih deorang asyik tulis kata kalau kita join ........... baca sana sini yang rajin mengadap benda tuh akan dapat duit sampingan lah sikit.......akupun sebenarnya dah lama gak teringin-ingin jugakkkk lah nak join and nak try lah jugak .....ye lah apa faedah kita bayor bill internet kat umah tapi tak tahu ada cara kita boleh dapat duit "halal" dengan cara begitu ...........ye lah kalau kita balik kerja kannnn kat umah tu waktu2 santai kat umah tuh apasalah kan kita baca sikit-sikit cara camana nak buat dengan Nuffnang nih ...............ok mari kita bukak line internet tu dulu and then type lah www.nuffnang.com.my......kalo payah sangat nak paham tulisan bahsa mat salleh nih ok aku dah tolong carikan kat mana-mana blog lain yg banyak merata-rata kat laman sosial yang citer pasal Nuffnang nih ...........
 

What is an "Exclusive Nuffnanger"??

An "Exclusive Nuffnanger" is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from South East Asia, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
How do I apply for the Nuffnang Glitterati club?You do not need to apply, and will be automatically included as a Nuffnang Glitterati as long as you do NOT have any advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any other ad networks we deem a competitors on your blog. Our crawlers will automatically include your blog in the club within 7 days.Note that if an advertisement from, or a link to a competing network is placed on your blog at any time, our crawlers will detect it within 4 days and you will automatically be removed from the club. 

Why You Should Join The Nuffnang Glitterati Community
  1. Payment Rates for both CPUV (Cost-Per-Unique-Visitor) and CPC (Cost-Per-Click) campaigns.
When it comes to blog advertising, less is always more! The lesser the ads a blogger has on his blog, the higher share of voice for each ad as it does not have to compete in a cluttered space. Hence, the higher the CTR(Click-Through-Ratio) and the higher the value of that particular ad space on the blog.
For example, you will never see 8 different ads on the same page on a newspaper unless it's in the Classifieds where each advertiser pays a small amount. As a result of that, Glitterati Nuffnangers will earn 20-40% more than ordinary bloggers who clutter their blogs with advertisements.
  1. Payment Terms
begitu susah payah nya aku nak masukkan iklan www.nuffnang.com.my ini akhirnya berjaya jugak akhirnya.....so timbul jugak iklan itu pada mukasurat pertama blog aku yang mana latar belakang nya ialah gambar anak kesayangan aku ........ so bila aku dah tahu camne gaya nak buat iklan tu tahu lah aku camne nak ubah posisi iklan tuh ke kiri ke kekanan ke .............yang penting aku nak tengok berapa sen aku boleh dapat dengan mengiklankan NUFFNANG itu dalam website aku ..............
Nuffnang pays its Glitterati members 30 days after every end of the month from their cashout request date. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time.
On the other hand, it would take Nuffnang 60 days to process cashout payments for non-Glitterati members. In other words, Glitterati members would receive their earnings at a much shorter duration.
  1. Advertorial Opportunities
Many bloggers know that while banner ad campaigns earn a decent stable income, it is advertorials that pay the most. Each advertorial depending on the advertiser, commitment and traffic, can earn a blogger a substantial amount. Not to mention that advertisers may have the occasional freebies as well!
In the past, advertorial opportunities were available for all our Nuffnangers. However, due to the high demand for advertorials and the need for us to narrow down which blogger of the thousands will get advertorials, only exclusive bloggers will now be eligible for advertorials.
  1. Community Events
Nuffnang is known to organize some of the biggest community events, ranging from movie screenings, food reviews, media launches and many more exclusive events. As much as we’d like to extend our invitations for these events to all Nuffnangers, it is often difficult to accommodate everyone.
Therefore, Nuffnang would give its Glitterati members topmost priority when it comes to extending invitations to the aforementioned events.
  1. Contests
Nuffnang has been hosting some of the most exciting contests and giveaways, where bloggers received prizes ranging from discount vouchers to product hampers, mobile phones to cameras, and even all-expense-paid overseas trips!
With the high demand for these contests, Nuffnang would give priority to Glitterati members before opening them up to non-Glitterati members.

     =========================================================

OK DAH BACA SEMUA-SEMUA TUH APA LAGI TRY LAH BUAT ............


Kerja-kerja nak menyalin perkataan di bawah ini memang kerja yang memenatkan bagi orang yg tak minat munkin akan putus asa sebab kita wajib copy paste perkataan di bawah ini sehingga Berjaya masuk dalam blog kita……..aku dah banyak kali try and try and try and rupa-rupanya paling senang kamu semua WAJIB copy paste perkataan itu dan simpan di tempat lain dahulu contohnya save dalam words supaya kita senang nak copy paste ke dalam blog kita ……….. masa kita set dekat TEMPLATE dalam blog kita itu …..ada 4 cara kita kena copy paste perkataan yang sama itu….huh, yang terbaik kat PC korang tu kena bukak sekali gus Nuffnang tu dan sekali dengan blog korang sepaya senang click sebelah baca dan baca ikut step by step lepas tu apa kena buat sampai Berjaya iaitu IKLAN NUFFNANG ITU MUNCUL DALAM BLOG KEPUNYAAN KITA ITU …………sekali tak timbul maka tak Berjaya lah makna nya tuh …………tadi kata nak cari duit lebih jadi buat sampai dapat ………try dulu apa jadi ……..


INI PERKATAAN YG AKAN DI COPY PASTE DARI WEBSITE NUFFNANG TUH KE BLOG KITA …
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
        nuffnang_bid = "e70a98efb166036a1944acaef1e07125";
        document.write( "<div id='nuffnang_ss'></div>" );
        (function() {              
                var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';   
                nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js';   
                var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
</script>
<!-- nuffnang-->


 Hmmm… satu soalan yang agak menarik. Kalau korang ingin tahu, korang haruslah membaca artikel aku yang bertajuk Cara Membuat Duit dari Blog. Dari artikel tersebut, korang akan dapat gambaran secara ringkas bagaimana kebanyakkan blogger menghasilkan income daripada berblogging.

Bagaimana Tulis Blog Dapat Duit daripada Nuffnang?

Tulis Blog Dapat Duit - Bukan sekadar hobi.
Secara ringkas tentang Nuffnang.
Nuffnang merupakan sebuah komuniti pengiklanan yang bertaraf antarabangsa. Nuffnang.com.my mula dilancarkan pada 27 Februari 2007. Dalam tempoh 3 hari selepas pelancarannya, seramai 300 orang blogger telah mendaftarkan diri. Pada masa kini, komuniti diorang telah menjangkaui 1 juta blogger di lapan buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, China, Hong Kong, Thailand dan United Kingdom.
Bagaimana Nuffnang Berfungsi.
Diorang bertindak sebagai medium perantara di antara pihak pengiklanan dan para blogger macam aku ni. Apabila ada pihak yang ingin beriklan di mana-mana blog yang berdaftar dengan Nuffnang, mereka akan melakukannya melalui servis yang disediakan oleh pihak Nuffnang.
Jenis-jenis kempen iklan Nuffnang.
  1. CPC.
  2. CPUV.
  3. Advertorial.
Kempen CPC ataupun Cost per Click.
Korang perasan tak ada tiga banner iklan dalam blog ni. Bawah banner tu ada tulis ads by Nuffnang. Kalau korang klik pada banner tersebut, aku akan diberikan duit daripada Nuffnang. Untuk setiap klik, aku akan dibayar RM0.25. Semua blogger yang berdaftar dengan dengan Nuffnang layak untuk mendapat kempen ini.
Kempen CPUV ataupun Cost per Unique Visit.
Eaning Semasa Kempen CPUV Nuffnang - Tulis Blog Dapat Duit.

5 kempen CPUV Nuffnang yang tengah running di blog zamzoro. –
Berbeza daripada CPC, kempen iklan CPUV pula diberikan kepada orang tetentu sahaja. Pihak pengiklan mengambil kira beberapa faktor untuk memberikan kempen pengiklanan ini kepada blogger. Korang boleh baca entri, CPUV Nuffnang – Cara Dapat BE untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Income daripada CPUV bergantung kepada bilangan pengunjung blog korang, bukan bergantung kepada jumlah hits.
Advertorial.
Advertorial ataupun sponsored post boleh dikategorikan sebagai jarang ditemui ataupun rare. Kalau blog korang dalam kategori hebat dan sangat berpengaruh, tak mustahil korang dapat merasai nikmat advertorial. Setakat ini, aku belum pernah lagi menerima sebarang tawaran advertorial daripada pihak Nuffnang. Pada pandangan aku, apabila blog korang dah masuk majalah atau surat khabar, pasti ramai para pegiklan yang berebut-rebut untuk menawarkan sponsored post di blog korang..


09 Disember 2013

Wanita Yang Aku Hormati .....

adakah anda kenal siapa wanita yang sedang duduk atas kerusi buruk itu ????? di kelilingnya ada sampah sarap dan seolah-olah tempat itu hanya untuk orang-orang sederhana atau miskin-miskin sederhana gitu ???????? kalaupun kita yang duduk di kampung-kampung sekalipun kita masih nak berkira-kira dan  nak berfkir-fikir 100kali kalau nak duduk makan kat tempat sebegitu rupa .......









apapun yang menjadi sangkaan orangramai tentang gambar diatas ini...ada yang kata sengaja nak menunjuk2 yg dia tu prihatin time banjir di negeri tempat suami dia memerintah .... so bagaimana gambar ini boleh terlepas masuk dalam internet kalau bukan kerja wartawan2 yg bawa khas untuk mengambil gambar2 tuh semua ?????....... atau disana memang wartawan ramai time tuh yang siap menunggu disana....ahhhhhh korang yg suka bersangka buruk dengan orang itu memang perangai korang kannnnn ?????? dah dia isteri kepada sultan sudah pasti semua gerak geri di ambil ........... kalau dia orang biasa2 ade orang kisah apa dia nak buat dalam dapor tuh ???????? ........apa ke hal nak ambik gambar banyak2 sedangkan dia orang biasa tetapi sebab dia tuh (wanita dalam gambar ini ialah anak sultan maka dia jadi penggemar2 photografer) ...isk,isk aku baca dalam laman sosial yg banyak2 tuh time tengok je gambar2 nih deorang tuduh dia tu sengaja nak tunjuk baikkkk la konon !!!!!!!! ..........isk,isk korang ni kan....cecuba ajar diri korang tuh yang asyik dok mengumpat orang je kerja cecuba tanam dalam diri korang tuh "jangan suka mengata orang, jangan suka memburuk2 orang, jangan suka tiap masa dan saat asyik melihat kekurangan orang je kerja .......cuba cakap begini :- " best nyee dia walaupun dia anak sultan hidup senang lenang sanggup datang tolong masak kat dapor tuh time musim banjir tuh kat negeri Pahang tu hari ........... dah berminggu2 hujan tak berhenti2 sampai dah nak tenggelam dah negeri Pahang tuh .........bukan Pahang saje tetapi Kelantan dan Johor sejak 28/11/2013 tu hari lagikkkk ............





KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh. "Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya. Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan. Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan. Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. 

- Bernama


JOHOR BARU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam Rabu dengan 8,705 mangsa dipindahkan ke 63 pusat pemindahan berbanding 8,250 orang di sebelah petang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Pontian dan Ledang menjadi daerah terbaharu yang membuka pusat pemindahan banjir.Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian lewat petang Rabu bagi menempatkan 303 mangsa manakala tujuh orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Ledang.Jumlah mangsa di Mersing turut mencatatkan peningkatan daripada 5,694 kepada 5,711 orang; di Kluang meningkat daripada 975 kepada 1,005 orang; di Kota Tinggi meningkat daripada 212 kepada 223 orang; dan di Batu Pahat meningkat daripada 71 kepada 175.Bagaimanapun, di Segamat, jumlah mangsa menurun daripada 1,081 kepada 1,064 orang manakala di Muar kekal 217 orang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata anggoa polis melakukan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir sebagai langkah pencegahan jenayah.Beliau turut mengingatkan penghuni rumah yang perlu dipindahkan supaya mengunci rumah masing-masing dan membawa bersama barangan berharga.
Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan paras air meningkat melebihi 0.7 meter iaitu di Kilometer 40 Jalan Perepat-Sedili sepanjang 100 meter dan Kilometer 78 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara sepanjang 30 meter. Turut dinaiki air sedalam 3.1 meter ialah di Kilometer 59 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Dusun Panti sepanjang 20 meter dan Kilometer 73 Jalan Johor Baharu-Mersing sepanjang 30 meter.Di Segamat, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kolonel Ghazali Abd memberitahu pemberita pihaknya cuba memberikan bantuan sebaik-baiknya kepada mangsa yang dipindahkan termasuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan menerusi khidmat petugas dari Hospital Segamat.Seorang mangsa banjir Abdul Wahid Md Akin, 70, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Pogoh 2, yang tidak boleh bernafas dengan baik akibat masalah paru-paru, dipantau sepanjang masa oleh petugas berkenaan."Dengan keadaan yang uzur saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya berbaring menunggu air surut dan dapat pulang ke rumah dengan selamat," kata Abdul Wahid.
Pihak pasaraya Econsave turut tampil memberi sumbangan kelengkapan asas seperti air minuman bersih, makanan, dan lampin pakai buang bayi untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu. - BERNAMA