28 Ogos 2015

Bacalah yg ini lebih penting ...

"Sya terfikir nak baca artikel ni dan rasa nak tampal dalam bilik anak sya tapi anak akan merasa sesuatu yg pelik pulakkk apasal sya tetiba nak tampal artkel ini dalam bilik anak.......biasalah naluri seorang ibu geram tak terperi kadang-kadang dalam mendidik anak dirumah yg dirasai sungguh mencabar minda dan kalbu....so jom lah sesiapa nak baca artikel bawah ini.....apa yg menyebabkan anak kita dirumah jadi begitu ?????"
                                         ===============================================


Konsep Diri Remaja
Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.
Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada akhir masa remaja ialah:
a. Perubahan pada fizikal
Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala si gadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dada membesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai pada peringkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi juga rangsangan seksual yang mula meningkat.

b. Perubahan Emosi dan Fikiran
Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelaki setabil kerana mereka tidak lagi kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak  berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Orang yang dikagumi yang akan dicontohi kemungkinan terdiri dari penyanyi popular, pelakon popular, pelawak, tokoh ulamak, tokoh politik, ahli sukan atau sebagainya. Ini bergantung kepada pendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu.

c. Narcisma
Narcisma adalah merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai.
Narcisma amat kuat wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya.
Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya.
Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif.

d. Menyertai Kumpulan
Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.
Adalah perkara biasa kita lihat kelompok remaja mempunyai identiti tertentu seperti menggunakan bahasa yang anih, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yang mencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok sama ada kelompok kecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya. Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka ia akan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara.
Pada masa remaja inilah kita dapati ibu bapa sering mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan rakan sebaya dalam usaha memberi bimbingan dan pendidikan terhadap si anak remaja itu.

e. Menentang Kekuasaan
Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remaja adalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orang dewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabila berlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak nekad melakukan kejahatan untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua bahawa mereka boleh berdikari atau mampu melakukan apa yang orang dewasa lakukan. Sebenarnya pencarian konsep diri telah bermula sejak anak masih kecil lagi tetapi pada masa remaja mula kelihatan menonjol kerana remaja mula pandai belajar berfikir dan menggunakan emosinya hasil daripada interaksi dengan dunia luar, iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Masa remaja sendiri penting bagi perkembangan konsep diri kerana pada masa inilah remaja mengalami proses pemurnian dan sekaligus mengalami perubahan. Bagi kebanyakan remaja, proses pemurnian konsep diri berjalan lancar, tetapi mereka yang jauh menyimpang dari pemurnian itu, pertumbuhan hidupnya akan menghadapi masalah, iaitu manusia yang kotor peribadinya.

Faktor Kenakalan
Berdasarkan pandangan Islam dan sokongan teori psikologi kaunseling barat, punca kenakalan remaja boleh dibahagikan kepada empat faktor:

Pertama : Faktor keluarga
Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;
a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan dhaif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga.
d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.

Kedua : Faktor Peribadi Yang Kotor.
Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional yang mewakili nafsu kehaiwanan, hasil daripada pendendam dan pengalaman yang diterima sejak kecil. Peribadi yang kotor mungkin telah bermula sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain-lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.

Ketiga : Faktor sekolah.
Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:
a. Disiplin sekolah yang longgar.
b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.
c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.


Keempat : Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran adalah merujuk kepada peranan masyarakat, multi-media dan pusat-pusat hiburan yang menyediakan pelbagai produk yang boleh menggalakkan dan meningkatkan rangsangan seksual.
Aktiviti faktor persekitaran yang boleh merosakkan akhlak manusia ialah:
i) Persembahan konsert rock
ii) Pusat-pusat video game
iii) Pengguguran
iv) Pergaulan bebas lelaki dan perempuan
v) Penyiaran gambar lucah
vi) Penubuhan pusat-pusat hiburan yang berunsur seks
vii) Aktiviti simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.
Rawatan Kenakalan
Persoalan yang timbul kepada ibu bapa atau pihak berkuasa kerajaan ialah apakah kaedah terbaik yang digunakan dalam Islam bagi mengatasi kenakalan di kalangan remaja. Dalam Islam kita dapati bahawa Allah telah menurunkan dua puloh lima Rasul bertujuan membimbing dan membantu manusia supaya hidup mengikut fitrah. Wawasan agama Islam diturunkan adalah untuk membentuk akhlak manusia sebagai usaha meneruskan kesinambungan fitrah kewujudan manusia. Akhlak mulia adalah perasaan semula jadi manusia (fitrah). Allah telah berfirman:
Maksudnya:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaiknya.”
(Surah Al-Tiin:4)
Ketika menjelaskan perkara yang sama Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya.”
(Riwayat Bukhari)
Sejarah Rasulullah s.a.w. membebaskan penduduk arab Jahiliyah daripada kongkongan dan belenggu nafsu kehaiwanan memberi satu pengajaran penting tentang pembentukan akhlak manusia. Antara kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah program bina insan dan kemahiran keibubapaan. Kaedah bina insan ini meliputi:

PERTAMA: Kaedah Pendidikan Hati
Sebagaimana kita ketahui bahawa dalam diri manusia terdapat dua naluri yang berlainan sifatnya yang selalu bersaing untuk mempengaruhi tabiat manusia. Dua naluri itu bersaing untuk menunjuk dan mempengaruhi hati. Imam Ghazali menyatakan hati dalam tubuh manusia diibaratkan sebagai Maharaja yang mengarah dan mengawal tabiat manusia. Manakala Frued dalam teori kaunselingnya menyatakan “hati dalam diri menusia dikenali sebagai ‘Super ego’”. Dia menjadi perantaraan seolah-olah ‘Laluan Sutera’ (Silk road) yang bertindak sebagai pembuat keputusan tabiat manusia sama ada baik atau buruk, betul atau salah.
Penemuan Frued itu adalah menyokong pendapat yang telah lama dikemukakan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati itu sesuatu yang ada di dalam dada yang berbentuk zat (bukan material). Ia harus diisi dengan sesuatu. Bila Allah mengisinya, maka orang itu menjadi baik. Jika syaitan mengisinya, orang itu menjadi jahat. Oleh itu apabila kita berzikir bererti hati kita diisi dengan Allah, sentiasa bersama Allah dan tidak memberi tempat langsung kepada syaitan mempengaruhinya. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”
(Surah Al-Zukhruf:36)
Ternyata bahawa pendidikan hati secara berzikir sepanjang masa adalah kaedah berkesan untuk menggilapkan hati supaya bebas dari gangguan syaitan. Allah telah memberi jaminan bahawa orang yang bersih hatinya (surah Asy-Syams: 9-10).
Zikir-zikir yang paling baik diamalkan ialah lafaz:
a. Subhanallah
b. Alhamdulillah
c. Allahuakhbar
d. Lailahaillallah
e. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim
Dalam Islam. Lima zikir ini dikenali sebagai “Albaqiyyatussholihat’ dimana amalannya boleh memberi pahala yang berterusan di akhirat. Pembersihan hati amat penting kepada manusia untuk membentuk keinsafan dan kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada dua ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan mendekati kepada aktiviti terpuji yang lain.

KEDUA: Kaedah Menghayati Ibadat Khusus
Ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji yang difardhukan kepada umat Islam bertujuan melatih dan menggilap manusia supaya kekal dalam kaedah fitrah. Diantara ibadat khusus ini, sembahyang merupakan ibadat yang terpenting dalam pembentukan akhlak manusia. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”(Surah Al-Ankabut:45) Manakala dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyang.”
(Surah Al-Mu’minun:1-2)
Ibadat sembahyang dianggap senjata terpenting dalam pembentukan akhlak manusia berdasarkan keterangan berikut:
a. Rasulullah s.a.w. menerima sendiri perintah sembahyang fardhu ketika mengadap Allah pada masa Israk-Mikraj. Ibadat lain hanya diterima melalui perantaraan Malaikat Jibril;
b. Rasulullah s.a.w. mensifatkan sembahyang adalah tiang agama. Apabila seseorang tidak menunaikan sembahyang bererti orang lain tidak dapat membezakan seseorang itu Islam atau kafir. Keadaan ini memberi ruang kepadanya melakukan perbuatan keji tanpa segan silu.
c. Rasulullah s.a.w. telah berpesan bimbinglah akhlak anak sejak kecil dengan cara membantu dan melatih anak bersembahyang bila ia berumur tujuh tahun. Oleh itu apabila anak mencapai umur 10 tahun dan masih kelihatan enggan dan degil untuk mendirikan sembahyang maka pukullah anak itu dengan tidak mencederakannya atau membahayakannya.
d. Sembahyang adalah sebahagian daripada zikir. Berdasarkan faktor inilah ibadat sembahyang difardhukan disepanjang masa sama ada kita sihat atau sakit.

KETIGA: Kaedah Qiyamullail
Qiyamullail adalah merujuk kepada amalan ibadat yang dibuat di sepanjang malam atau separuh malam dengan mengerjakan ibadat tertentu seperti sembahyang sunat, berzikir, bertahlil, membaca al-Quran dan beristighfar. Ibadat ini merupakan amalan sunat bagi individu yang mampu melaksanakannya. Program Qiyamullail amat berkesan ke arah peningkatan ketaqwaan seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Kerjakanlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan dirimu kepada Tuhan-mu, juga sebagai penebus keburukan-keburukanmu, pencegah dosa serta dapat menghalaukan penyakit dari badan.”
(Riwayat Al-Tirmizi)
Melalui penjelasan di atas menunjukkan program bina insan amat penting kepada anak-anak dan ibu bapa sendiri untuk menjamin kesinambungan fitrah. Sebenarnya manusia telah membuat perjanjian dengan Allah untuk taat kepada-NYA adalah sama seperti binatang yang buruk (hidup melata) di atas muka bumi. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Bukankah Aku Tuhan kamu”
Roh-roh manusia menjawab:
“Benar,(Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.”
(Surah Al-A’raf:172)
Kesan dialog perjanjian ini ialah manusia wajib mentaati dan beribadat kepada Allah, kerana itulah cara untuk meletakkan taraf manusia di sisi Allah iaitu sebagai khalifah Allah. Allah mensifatkan manusia tidak beriman atau tidak mahu beribadat kepada Allah adalah sama seperti binatang yang buruk (hidup melata) di atas muka bumi, Allah berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya sejahat (Makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya) sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.”
(Surah Al- Anfaal: 55)
Kemahiran Keibubapaan
Al-Quran dan Hadis telah memberi garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran tertentu. Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan oleh Islam ialah:
a. Ibubapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli keluarganya.
(Surah Al-Nahl:90)
b. Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita.
(Surah Ali’-imran:159)
c. Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya.
(Surah Al-Baqarah:233)
d. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya.
(Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)
Berdasarkan pandangan Islam dan pendapat ahli psikologi kaunseling barat, kemahiran keibubapaan yang perlu dikuasai oleh ibu bapa ialah:

a. Model Ibu bapa Yang Salih
Ibu bapa yang salih adalah merujuk kepada ibu bapa yang taat menghayati ajaran Islam. Ibu bapa yang salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Zakiah Darajat (1983) menyatakan: ‘yang dimaksudkan dengan didikan agama bukanlah pendidikan agama yang diberi oleh guru-guru di sekolah sahaja. Apa yang penting adalah penanaman jiwa agama yang dimulai dari rumahtangga, semenjak anak masih kecil dengan cara membiasakan anak dengan tingkahlaku dan aktiviti yang baik. Walau bagaimanapun, amat dikesalkan sekali terdapat ibu bapa yang tidak mengerti ajaran agama yang dianutinya, bahkan ramai pula yang memandang rendah ajaran agama itu malah ajaran agama tidak dilaksanakan langsung. Apabila tidak mengenali ajaran agama, maka lemahlah hati nuraninya. Jika hati nuraninya lemah, kawalan hatinya juga lemah.’
Ibu bapa yang salih adalah ibu bapa yang cemerlang. Maka ibu bapa perlu mengambil daya usaha untuk mengadakan secara sendirian program bina insan dari masa ke semasa dalam rumahtangga. Adalah menjadi perkara yang rumit apabila anak telah menjadi jahat tabiatnya barulah ibu bapa sibuk ke sana ke mari untuk mencari rawatan. Untuk menjauhi anak menjadi jahat tabiatnya maka ibu bapa hendaklah membiasakan dan melatihkan anak mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti tolong menolong, beramah, jujur, menghormati ibu bapa atau orang tua, kasih sayang, berjimat cermat, malu, membuat kebajikan dan sebagainya.

b. Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang
Disiplin adalah merujuk kepada kaedah untuk melatih dan mempastikan anak mematuhi peraturan tertentu. Disiplin bukanlah bermakna menggunakan kekerasan. Satu kesilapan besar ibu bapa yang mendisiplinkan anak dengan memaki hamun, cacian, kutukan dan kekerasan kerana perbuatan itu dianggap mendera anak secara mental, fizikal dan akan merendahkan harga diri anak. Cara paling baik mendisiplinkan anak ialah dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu secara tegas memberitahu anak bahawa ibu bapa lebih merasa senang hati, gembira, ceria dan sukacita jika anak melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan, dan pada masa yang sama ganjaran atau pujian perlu diberi bila anak membuat kebaikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif.

c. Terima Anak Tanpa Syarat
Walau si anak jahat sekalipun, ibu bapa wajib memberi bimbingan dan menjaga kebajikannya. Terdapat ibu bapa yang menghalau anak, tidak mengaku anak atau mencederakannya apabila anak itu melakukan kejahatan. Tindakan ibu bapa ini adalah bercanggah dengan Islam kerana hubungan nasab antara ibu bapa dengan anak masih ada. Kesediaan anak pulang menemui ibu bapa membimbingnya ke arah jalan yang benar. Ibu bapa yang cemerlang adalah ibu bapa yang mengadakan sendiri kaunseling terhadap anak yang bermasalah. Langkah kaunseling itu boleh di buat dengan cara:
i) Wujudkan suasana akrab dan mesra supaya anak tidak merasa takut untukmeluahkan perasaan kepada ibu bapa;
ii) Minta si anak memberi penerangan dan penjelasan tentang latarbelakang masalah yang berlaku;
iii) Mendengar dengan penuh minat penjelasan anak dan sekali sekala mencelah untuk mendapatkan gambaran dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak;
iv) Meminta anak memberi pendapat sendiri bagaimana cara untuk mengatasi masalah itu dan cadangan yang ia mampu untuk melaksanakannya; dan
v) Jika didapati anak telah celik akal atau menyesal di atas kesalahannya, ibu bapa boleh meminta anak membuat ikrar atau bertaubat tidak melakukan lagi perbuatan yang tidak diingini itu.

d. Memenuhi Masa Lapang Bersama Anak
Ketagih terhadap kerjaya atau pekerjaan sehingga mengabaikan kebajikan sosial keluarga adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Ibu bapa apabila sudah tua memerlukan pertolongan ihsan anak dan disebalik itu juga anak ketika masih kecil amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Keinginan anak untuk bercakap-cakap, bermesra dan bermain bersama dengan ibu bapa seolah-olah anak menghulurkan tangan bagi meraih kasih sayang. Apa yang penting ialah kualiti masa yang diperuntukkan. Kesempatan terbaik bagi ibu bapa untuk memenuhi masa lapang bersama anak ialah sembahyang berjemaah, makan bersama, membaca al-Qur’an bersama, bersukan bersama, dan sebagainya. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa, kerana telah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.

e. Peka terhadap Pergerakan Anak
Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Tingkah laku anak yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ialah:
i. Rakan sebaya anak dan aktivitinya;
ii. Fesyen pakaian, rambut, kasut dan keadaan fizikalnya;
iii. Tingkah laku non-verbalnya seperti keceriaan, kesedihan, pendiam dan sebagainya;
iv. Kemampuan anak membezakan perkara yang baik dan buruk;
v. Siapakah lebih berpengaruh sama ada ibu bapa atau rakan sebaya terhadap dirinya; dan
vi. Keupayaannya untuk berdikari.
Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka tidak terbatas menjadi tabiat jahat.

f. Jangan Salah Guna Kuasa
Dalam proses pertumbuhan dan pembesaran, anak memerlukan rasa selamat, aman dan rasa di terima dalam keluarga.
Dalam pergaulan seharian, kadang kala timbul pertengkaran diantara ibu bapa dengan anak kerana masing-masing cuba mempertahankan diri atau mencari siapa yang menang. Dalam hal ini ibu bapa perlulah mengelakkan menggunakan kuasa veto untuk mencari kemenangan, kerana ia bersifat lebih positif dan menambahkan lagi penghormatan anak terhadap ibu bapa. Ibu bapa hendaklah berbincang dan memberi alasan-alasan yang munasabah secara baik mengapa ibu bapa menolak sesuatu permintaan anak. Penyalahgunaan kuasa ibu bapa terhadap anak menyebabkan anak membuat tanggapan bahawa kehadirannya dalam keluarga adalah tidak dikehendaki dan tidak berguna.

g. Kesabaran
Satu lagi kemahiran yang perlu ada bagi ibu bapa ialah bersabar. Tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza-beza. Ibu bapa tidak memperolihi faedah dengan mencaci, memarahi dan mengutuk anak kerana anak tidak dapat membaca dan memahami kehendak ibu bapa. Dalam Islam, kesabaran adalah salah satu tanda beriman.

Silap Memberi bimbingan Dan Kaunseling
Abu Said al-Khudri meriwayatkan satu kisah yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya. Diriwayatkan pada zaman dahulu kala terdapat seorang yang paling banyak dosanya kerana telah membunuh seramai 99 orang. Dia mahu bertaubat dan mencari seseorang yang boleh menerangkan hukum bolehkah dia bertaubat. Dia telah menemui seorang pendeta dan bertanya bahawa dia sudah membunuh manusia seramai 99 orang, bolehkah ia bertaubat?. Pendeta itu lantas menjawab ‘tidak boleh’. Maka pendeta itu dibunuhnya menjadikan mangsanya seramai 100 orang. Kemudian dia mencari lagi orang yang paling alim dan ditunjukkan orang alim itu ia sudah membunuh 100 orang, maka masih bolehkah ia bertaubat. Orang alim itu menasihatinya “pindahlah kamu ke kampong Anu kerana penduduknya menyembah Allah dan kamu sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali lagi ke kampong kamu kerana penduduknya jahat.” Maka berangkatlah orang itu ke kampong Anu. Dipertengahan jalan dia meninggal dunia. Maka bertengkarlah dua Malaikat iaitu Malaikat Rahman dam Malaikat Azab sama ada untuk dikategorikan orang baik atau jahat. Malaikat Rahman menyatakan si mati sudah bertaubat, manakala Malaikat Azab pula berkata si mati tidak ada amal kebajikan. Kemudian turun malaikat lain untuk menjadi orang tengah dengan cara mengukur jarak jauh kampung asalnya dengan kampung Anu. Keputusanya didapati orang itu mati berhampiran dengan kampung Anu. Maka ia dimasukkan sebagai seorang ahli Syurga.
Isu penting dalam kisah ini ialah:
a. Kesilapan memberi bimbingan akan mempengaruhi perasaan seseorang sehingga pendeta dibunuh kerana gagal menghilangkan gelojak emosinya atau perasaan marahnya;
b. Bergaul atau tinggal di kawasan orang-orang beriman cara berkesan memulihkan akhlak; dan
c. Taubat orang tersebut diterima Allah.

Hidayah Allah
Hidayah Allah adalah juga faktor penting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh a.s. gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah s.a.w. gagal memujuk bapa saudaranya Abu Talib kembali ke pangkuan Islam. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Qasas: 56)
Walau bagaimanapun kita lihat Saidina Umar berjaya memeluk Islam apabila mendengar ayat-ayat
al-Qur’an, walhal Umar sebelumnya terkenal dengan perangai jahiliyahnya.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian, berakal, selalu berfikir, menyelidik dan menetukan keputusan pemikiran baik, maka baiklah perbuatannya. Tetapi bila jalan pemikirannya salah, maka akan salahlah perbuatannya. Orang yang baik dan benar jalan pemikirannya maka orang itu dikatakan mendapat hidayat dari Allah. Maka apabila salah jalan pemikirannya hingga melakukan kejahatan maka ia tidak mendapat petunjuk Allah. Oleh yang demikian ibu bapa hendaklah selalu berdoa kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk Allah selain daripada mengamalkan suruhan Allah yang lain.
Mendidik dan membimbing anak bukanlah perkara mudah. Ibu bapa hendaklah terus menerus tanpa berputus asa dalam membentuk akhlak anak. Langkah penting bagi ibu bapa dalam meneruskan kesinambungan fitrah akhlak anak ialah memberi pendidikan agama bermula sejak kecil lagi. Langkah ini bagi menjamin supaya penerusan akhlak fitrah tidak terencat apabila ia menempuhi alam remaja. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam menguasai kemahiran dan keibubapaan tetapi dengan adanya didikan agama yang kukuh, maka anak itu mampu menepis naluri kehaiwanan yang cuba mempengaruhinya atau sekurang-kurangnya boleh menjauhi anak dari menjadi jahat tabiatnya. Oleh itu ibu bapa perlu kembali kepada tradisi asal dalam membentuk peribadi anak seperti yang diamalkan oleh Rasul-rasul, Nabi-nabi dan para Wali di mana mementingkan pendidikan agama sebagai penerus kesinambungan fitrah kejadian manusia. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang


04 Ogos 2015

GEMPAR - Penemuan Baru Munkin dari MH370

KUALA LUMPUR: Penemuan teritip pada bahagian pesawat jenis Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion berdekatan Madagsar baru-baru ini kini menjadi satu tanda tanya tentang apakah mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak tahun lalu. Pengarah Pusat Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Zulfigar Yassin berkata teritip spesis lepas anatifera itu (sejenis spesis kosmopolitan) banyak terdapat di kawasan Lautan Hindi dari kawasan tropika hingga ke kawasan sub tropika. Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang teritip yang ditemui dipermukaan pesawat tersebut: 

1. Spesis teritip pada flaperon yang ditemui terdampar di Saint-Andre, Pulau Reunion ini dikenali sebagai sebagai 'lepas anatifera';
2. Teritip ini telah melekat pada serpihan sayap itu dalam tempoh enam bulan hingga setahun lalu;
3. 'Lepas Anatifera' hidup di dasar laut dengan suhu antara 18 hingga 20 darjah Celsius;
4. Teritip ini merupakan teritip pelagik yang melekat pada pelbagai objek terapung termasuk kayu hanyut, botol, bot, pelampung, rakit dan penyu; dan
5.  Saiz dan tumbesaran spesis kerang itu akan tumbuh satu hingga dua sentimeter setiap setahun.
Sebelum ini pakar biologi marin daripada Naval School of Brest, Joseph Poupin yang telah memeriksa teritip pada serpihan pesawat  itu berkata teritip ini boleh mengukuhkan lagi dakwaan serpihan sayap yang ditemui itu adalah sebahagian daripada pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.Pesawat milik Malaysia Airlines ini hilang kira-kira satu jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.Pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Pasukan penyiasat setakat ini percaya pesawat itu berpatah balik daripada laluan yang ditetapkan dan kemudian terhempas di Lautan Hindi. Serpihan daripada sayap pesawat itu mempunyai nombor bahagian pesawat "BB670" berdasarkan kepada foto yang dirakamkan di tempat ia ditemui.Dalam sejarah penerbangan, ada lima nahas yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777. Daripada lima nahas itu, hanya satu kejadian iaitu penerbangan MH370 yang masih belum diselesaikan dan satu-satunya nahas yang berlaku di kawasan Lautan Hindi.



















02 April 2015

Negara Kita Kaya ke ????? apasal rakyat miskin ????

CATATAN PENTING : KENAPA RAKYAT MISKIN SEDANGKAN NEGARA KAYA ???
Malaysia: Negara berpendapatan tinggi, rakyat berpendapatan rendah -
Struktur semasa sosio ekonomi Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan, “Negara Kaya, Rakyat Miskin.” Malaysia dirahmati dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar, Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah yang telah berlaku?
KOMEN : "Memang betul kekadang puas gak fikir negara kita nih hasil minyak kat offshore tu kemana perginya ???? bila ditanya ramai pulkkk yg marah-marah apabila ditanya ......apa semua duit tu buat jalanraya ke ??? atau buat bangunan tinggi kat Malaysia nih ??? atau betul bagi semua yg berpendapatan bawah RM 3,000.00 BRIM sejak 2013 tu hari ???.....betul ke cara tu cecuba guna alat penggira nih andaikata rakyat Malaysia yg pendapatan bawah RM 3,000.00 seramai 15 juta orang so kita darabkan lah berapa .............itupun tak paham ada jugak hamba allah yg pendapatan lebih dari itu TIBA-TIBA DAPAT BRIM .........apa citer ???????

DEB: Niat yang mulia, awalnya
DEB ialah dasar gah yang digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah British. Buku teks mencatatkan yang DEB mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat.  Tetapi budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak dengan mengaitkan DEB dengan agenda Bumiputera yang sangat mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan pemilikan 30% ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia.
Tetapi ‘perkongsian ekonomi’ di sini rupa-rupanya mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk Bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang lebih tinggi dalam ekonomi.  Dan kita memulakan perjalanan yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan afirmatif.
Seiring dengan masa dan pelbagai rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku. Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibu bapa mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh daripada 49.1% kepada 1.7% seperti yang dilaporkan dalam Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Bencana ‘trickle-down’
Malangnya, pada tahun 1990 sasaran ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk dan  Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan ‘trickledown’ yang tidak dirancang dengan sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengayakan dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset  dan percaya kesan  penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti Bumiputera. Ketika itu dipercayai,  falsafah untuk kesan ‘trickledown’  tidak akan dapat dielakkan.
Kesan ‘trickledown’ tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dalam temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC. Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin dalam strata rakyat Malaysia.  Ia telah menjadi sesuatu yang kita berpaut kepadanya sekuat  mungkin dan masih mempercayainya sebagai kebenaran.
Belum lagi berjaya dengan matlamat lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah ‘Impian Malaysia’ yang baru. Sudah tentu, secara semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada. Soalnya, adakah ini benar berlaku?

Satu lagi sasaran tidak tercapai?
Impian baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi.  Ini akan menjadi kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah bernilai USD$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada tahap USD$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.
Abaikan sahaja yang kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan sahaja yang isi rumah Bumiputera masih berada dalam kelompok 40% terbawah dalam strata isi rumah di Malaysia. Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakan pendapatan negara ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada 100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran USD$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat susah!
Indikator yang digunakan untuk mengukur konsep Negara Berpendapatan Tinggi sangat bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan Dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila Ringgit lebih kukuh daripada Dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang diukur dalam terma Dollar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai.
Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran matawang ini di tepi, di sini izinkan saya buktikan mengapa sasaran USD$15,000 per kapita tidak boleh menjadi ‘impian’  bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.

Di bawah ialah di antara sebab-musababnya:

Negara kaya raya, rakyat papa kedana
Pertamanya, majoriti isi rumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90% pendapatan mereka hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang dimiliki.
Perlu diingatkan bahawa KDNK Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28% upah dan gaji, 67% keuntungan perniagaan (termasuklah pendapatan bersama) dan 5% cukai dan subsidi. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada keseluruhan KDNK, hanya 28% terhasil daripada sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini adalah sangat rendah!
Sepanjang 15 tahun yang lepas, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia berolak-alik di antara 26 hingga 32% dan satu-satunya sebab ia mencapai 32% ialah kerana kegawatan ekonomi 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura, angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah setinggi 42% pada tahun 1997.
Di negara-negara maju seperti Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji masing-masing ialah sebanyak 46%, 51%, 55% dan 52%. Rakyat Malaysia tidak memperolehi pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan jatuh sehingga 21% pada tahun 2020! Apa yang kita cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang sebenarnya?
Malah, sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang.  Sehingga tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45% melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya dalam kadar 45%. Semua ini menunjukkan yang GNI per kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat umum.
Keduanya, lebih daripada 90% tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang banyak. Hanya 11.0% daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu  dan hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai. KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya memperolehi RM3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah Negara Berpendapatan Tinggi yang kita ingin capai dalam masa beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan majoriti rakyatnya berpendapatan rendah?
Ketiganya, satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat.  Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini.  Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5% tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya.  Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.
Keempat ialah isu jurang kaya dan miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk menentang sasaran Negara Berpendapatan Tinggi USD$15,000. Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil dan rakyat  melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni mengakui perkara ini.
Pertumbuhan pendapatan diukur daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20% kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang mewakili sebanyak 40% dan 40% selebihnya tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar. Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara 0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di Malaysia.
Memperolehi RM10,000 sebulan dalam sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4% teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73% isi rumah memperolehi kurang daripada RM 5,000, dengan purata dua orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud. Keadaan ini, walaupun membolehkan sasaran USD$15,000 Negara Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi keadilannya.
Bagaimana ketidaksamarataan yang tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah kegagalan ‘kesan trickledown’. Pengayaan berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77% tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.
Hanya kerana keuntungan, sektor perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan orang tempatan.  Kita memuaskan komunti peniaga dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia, walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik matahari, kerana ganjarannya besar.

Jadi apakah sebenarnya impian rakyat Malaysia?
Kita tidak ada satupun! Tetapi jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama, kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang, kelompok yang membentuk lebih 80% daripada populasi Malaysia. Kita memerlukan impian yang  merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih.
Ketidaksamarataan pendapatan ialah ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah negara maju.  Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi, secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran USD$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status pendapatan tinggi.
Selagi mana kita tidak bersatu, bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60% terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai progresif dan cukai laba modal.
Tetapi hujahan perkara-perkara itu, ialah untuk hari yang lain.

"Perlu ada dalam warga bukannya kemiskinan melata tidak juga kekayaan menggunung, kerana keduanya adalah usaha keras kejahatan." (Plato). 

                                                       ==========================
Berikut adalah senarai 20 nama orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2014
KedudukanNamaKekayaan (Billion)
1Robert Kuok Hock Nien54,480.00
2T Ananda Krishnan33,193.88
3Tan Sri Teh Hong Piow18,066.20
4Tan Sri Quek Leng Chan14,110.81
5Tan Sri Lee Shin Cheng13,115.37
6Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary11,070.00
7Tan Sri Lim Kok Thay9,434.18
8Puan Sri Lee Kim Hua7,467.00
9Datuk Mokhzani Mahathir4,222.26
10Tan Sri Azman Hashim 4,108.45
11Tan Sri Tiong Hiew King3,790.00
12Ong Beng Sheng3,530.00
13Tan Sri Yeoh Tiong Lay3,220.83
14Tan Sri Lau Cho Kun3,120.67
15Tan Sri Shahril Shamsuddin2,506.03
16Datuk Shahriman Shamsuddin2,468.65
17Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling2,153.15
18Datuk Lee Yeow Chor2,033.81
19Lee Yeow Seng2,006.13
20Tan Sri Vincent Tan1,924.12


- Sedarlah BangsaKu Melayu -
Penguasaan Ekonomi Mengikut Kaum di Malaysia




"Hakikatnya, lihatlah di mana sebenarnya kedudukan kita dalam pengagihan kekayaan ekonomi negara dan pendedahan ini biarpun sangat pahit untuk diterima oleh orang Melayu, namun apa lagi upaya yang tinggal untuk menyedarkan sesama kita?”


Ini ada sebuah artikel lama (tahun 2008*) untuk dikongsikan yang saya rasa masih relevan dan perlukan pencerahan baru sempena tahun baru 2013 dan menjelangnya pilihanraya umum akan datang.

Orang Melayu kena sedar hakikatnya yang pahit dan buat perubahan segera. Kuncinya ialah bagaimana kita mengurus dan membahagikan kekayaan negara dengan telus. Walaupun secara zahirnya pentadbiran negara dikuasai oleh orang Melayu namun kuasa wang (money/buying power) dipegang oleh orang bukan Melayu. Dengan buying power yang tinggi ini, bukan sekadar harta dan tanah yang boleh dibeli malahan orang dan budaya Melayu sendiri itu pun boleh dibeli jika tidak kuat iman dan jati diri yang tinggi.

Hal yang sedemikian berkait rapat dengan indeks persepsi rasuah yang menjadi salah satu bidang keberhasilan utama negara. Kalau ikutkan persepsi yang terbaru mungkin Malaysia tidak teruk, tetapi realitinya, seperti yang dinyatakan oleh presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low, Malaysia bahawa separuh firma di Malaysia hilang kontrak kerana rasuah.



Penguasaan orang Melayu sangat lemah dan jika orang-orang besar Melayu terus merompak kekayaan dari orang Melayu sendiri, maka peratusan yang sedia sedikit itu akan menjadi bertambah kecil kerana hakikatnya 90% kekayaan negara berada dalam tangan 10% orang terkaya.

*Mengikut sumber asal, di Utusan tersebut mempunyai laporan statistik seperti yang dikepilkan di atas namun telah hilang apabila disemak semula.


Quote:

Muzakarah Semangat DEB
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu, namun ada luka yang terpalit dengan rasa ngilu yang bakal kekal lama.

Paling terluka apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi kekuatan kepada integriti dan maruah orang Melayu, dihenyak dengan tohmahan dan tuduhan tidak berasas seperti dipenuhi dengan najis rasuah dan diragut oleh tangan-tangan kronisme.

Persoalannya apakah perlaksanaan DEB di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini dengan sengaja mencicirkan bantuan kepada kaum selain Melayu terutamanya Cina dan India?

Melihat kepada hinanya DEB dipermainkan dengan tuduhan tidak berasas sesetengah pihak ketika ini, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, sesuatu perlu dilakukan terutamanya oleh UMNO dan BN dalam membersihkan semula perjuangan suci DEB yang diperkenalkan sejak zaman Tun Abdul Razak.

Menurut Abdul Rahim, apa yang ditekankan dalam pelaksanaan DEB adalah untuk membanteras kemiskinan yang melata di kalangan rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum.

Kebetulan pada ketika DEB digerakkan, orang Melayu merupakan golongan paling ramai dalam kelompok termiskin berbanding bukan bumiputera yang lebih kukuh taraf sosioekonominya.


Kerana itu, golongan sasar dalam mengurangkan kemiskinan di bawah DEB lebih banyak menjurus kepada kaum Melayu dan hakikat itu diperkukuhkan lagi dengan kedudukan penting orang Melayu yang ber- komposisi kira-kira 67 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

“Tapi itu tidak bermakna kaum India yang berjumlah tujuh peratus dan Cina seramai 25 peratus tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah kerajaan turut menyalurkan bantuan sewajarnya kepada golongan-golongan ini sehingga mereka meraih kenikmatan yang sangat baik seperti hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku ketika ini seperti yang diapi-apikan oleh pembangkang seolah-olah kaum Cina dan India terutamanya dipinggirkan daripada DEB sehingga mereka bangkit menyuarakan penentangan.

Apa yang dicadangkan oleh pembangkang dalam menggantikan DEB seperti Agenda Ekonomi Malaysia misalnya, tidak boleh lari daripada prinsip membanteras kemiskinan rakyat keseluruhannya.

Ia juga perlu berlandaskan penyusunan semula masyarakat bahawa kekayaan negara ini mesti diagihkan secara adil dan saksama.

Tambah Abdul Rahim, tidak ada cacat celanya DEB yang jelas berpaksikan kepada perjuangan membanteras kemiskinan dan mengagih-agihkan kemakmuran negara di kalangan pelbagai kaum secara adil dan saksama.

Apa yang mungkin ada adalah mereka yang diberi kuasa menguruskan pelaksanaan DEB yang sebaliknya menodai amanah bangsa dan negara untuk kepentingan diri sendiri.

Apabila gejala rasuah dan kronisme ini sampai ke tangan pembangkang, ceritanya ditambah menjadi lebih sadis sehingga membangkitkan kebencian rakyat bahawa DEB itu yang rasuah dan kronisme.


Terpanggil untuk mempertahankan DEB dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap perjuangannya dalam merubah nasib bangsa Malaysia, Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mengambil inisiatif mengadakan satu muzakarah pada 14 April ini.

Muzakarah yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bakal menghimpunkan kira-kira 400 peserta terdiri daripada badan ekonomi dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Menurut Abdul Rahim, muzakarah itu antara lain akan membincangkan cadangan dan pendekatan baru untuk mengembalikan semula pelaksanaan DEB pada landasan yang sewajarnya dan menghidupkan reformasi yang boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap DEB.

Objektif lain muzakarah itu termasuk:

* Mengenal pasti tindakan yang lebih berkesan dalam suasana politik semasa yang mana BN dan UMNO semakin kehilangan kuasa, tetapi relatifnya orang Melayu masih lagi miskin dan terkebelakang.
* Mengenal pasti projek impak besar yang mampu melonjakkan ekonomi negara serta mencari kaedah bagi menyelaraskan semua perkara berkaitan pembangunan ekonomi orang Melayu.
* Mengatur strategi dan menetapkan cara pendekatan yang sesuai dan mengambil langkah dalam keadaan politik orang Me- layu yang sedang cacat dan parah ketika ini.
* Memutuskan untuk mewujudkan satu sistem pemantauan yang berpusat di Gabem bagi mengawal pelaksanaan prestasi jabatan-jabatan berkaitan dalam memperkasakan ekonomi bangsa.
* Memutuskan supaya Gabem menjalankan program-program menambah nilai keusahawanan Melayu dengan lebih baik dan menyeluruh secara menyuntik semangat dan nilai keusahawanan Melayu dengan lebih baik dan menyeluruh dan penuh patriotisme.
* Membanteras kemiskinan, menjauhi amalan ali baba dan negara serta tidak melakukan pecah amanah dan rasuah.
Apa yang diharapkan dengan usaha Gabem ini, masyarakat ekonomi Melayu dapat menilai semula di mana kedudukan dan hala tuju ekonomi Melayu serta menilai kembali peranan DEB dalam konteks pembangunan ekonomi bangsa yang sebenar.

Suara-suara jahat dan fitnah pembangkang terhadap DEB perlu dipatahkan dan orang Melayu perlu bersatu padu serta kembali ke pangkal jalan bagi meneruskan perjuangan yang telah ditetapkan oleh DEB.

UMNO dan BN memerlukan satu pendekatan baru untuk memperbaharui keyakinan terhadap dasar DEB ini apatah lagi dalam keadaan parti dan kerajaan yang agak lemah serta diasak oleh pembangkang.

Orang Melayu tidak boleh secara berterusan dikelirukan oleh pembangkang seolah-olah mereka sangat kaya dan tidak lagi memerlukan DEB tanpa mengetahui fakta-fakta sebenar mengenai kedudukan ekonomi mereka.

Usaha-usaha yang menyatakan bahawa bangsa Melayu tidak lagi memerlukan satu pendekatan khusus kepada kedudukan yang sangat daif ini membayangkan seolah-olah mereka perlu dilayan seperti bangsa yang menguasai ekonomi dengan baik.

Hakikatnya,
lihatlah di mana sebenarnya kedudukan kita dalam pengagihan kekayaan ekonomi negara dan pendedahan ini biarpun sangat pahit untuk diterima oleh orang Melayu, namun apa lagi upaya yang tinggal untuk menyedarkan sesama kita?
Mari Kita LIhat..

Malaysia adalah Negara ke 28 Ekonomi Terbesar Dunia




Malaysia adalah Negara ke 28 Terkaya Dunia




Malaysia adalah Negara ke 5 Ekonomi Terkaya Asia





Bagaimana dengan Rakyat Malaysia Khususnya BUMiPUTeRA MELAYU.



STATISTIK PENDAPATAN KASAR RAKYAT MALAYSIA BERDASARKAN STRATA KAUM
Dimana Kedudukan BANGSA MELAYU
No 3 Dari 3 Bangsa Utama Malaysia..

1) Kaum Cina
2) Kaum India
3) Kaum MELAYU... Kesian..




Kadar Kenaikkan Gaji adalah dibawah PARAS INFLASI..
(* walaupun terdapat kenaikkan gaji sedikit, adakah mampu mengejar
Peningkatan harga barang/inflasi yang tinggi di Malaysia)






Boleh Lihat Jurang Hutang Isi Rumah dan Peningkatan Jurang Antara Miskin dan Kaya..

Jadi Benarkah UMNO PEMBELA BANGSA MELAYU dari SEGI EKONOMI dan KOMPOSISI KEKUASAAN POLITIK MELAYU






Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO



Quote:
After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the
colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid
economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,
despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as
indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Quote:
UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969.
UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi
Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara
Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah:






UPE - Garis kemiskinan pada rm600 (walau pd 2007)

Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Bumiputera warga ekonomi kelas tiga

Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.

Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.

Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.

Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.

Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.

Quote:
Siapa Pengkhianat Melayu ?

Kalau kita telusuri sejarah, umno secara jelasnya mengkhianat orang melayu, malah bukan orang melayu sahaja tetapi seluruh rakyat dan negara. Contohnya kegagalan orang melayu dalam DEB, angkara siapa ? Mungkin ada yang menafikan perkara ini tetapi jika kita renung dan kaji secara mendalam salah satu sebabnya adalah disebabkan sikap tamak dan tak amanah. Umno memperalatkan kuasa yang dimiliki untuk memperkayakan diri dan kroni semata-mata. DEB yang diperkenalkan kononnya untuk membantu orang melayu, sebaliknya menjadi tempat golongan rakus & tamak untuk menimba kekayaan.

Bagi orang Melayu biasa, DEB dianggap sebagai program membantu orang Melayu. Namun, tujuan asal dan murni itu sudah tidak wujud lagi. DEB sudah menjadi alat UMNO untuk mengkayakan kepimpinan dan elit-elit mereka. Sebab itu kita lihat banyak program2 DEB telah dihapuskan UMNO i.e. biasiswa, Bank Bumiputra dsbnya. Yang tinggal hanyalah program pemilikan ekutiti dan projek kerajaan yang mana program-program ini akan diratah oleh UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu meninggalkan ramai orang Melayu kesusahan. Apakah sebabnya.......... It all about the system.......PECAH & PERINTAH.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem),
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
UMNO bukan sahaja PENGKHIANAT KEPADA EKONOMI MELAYU..
MALAH BANGSA MELAYU untuk CALON JUGA DIKETEPIKAN..




LIHATLAH CARTA CALON PRU 2004 dan 2008..
CALON BUMIPUTERA MELAYU DIKECILKAN...
Bukan Itu Sahaja..



KAWASAN yang MAJORITI MELAYU DILETAKKAN CALON BUKAN MELAYU..
UMNO PENGKHIANAT MELAYU
Sebenarnya..



sumber
TERAS
http://www.aneki.com
http://www.epu.gov.my

Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun
DISINI...



P/s
saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tambahan

ANCAMAN JURANG KEKAYAAN DI MALAYSIA - 2011
SANGAT BAHAYA DARI SUDUT EKONOMI DAN POLITIK


MALAYSIA
Melalui LAPORAN KAJIAN WORLD BANK mengenai Taraf Kemiskinan di Negara Malaysia, Taraf Pendapatan Kemiskinan Negara Malaysia ialah RM720.
Dan ia di pecahkan kepada 3 BAHAGIAN iaitu 20% Golongan Berpendapatan Tinggi, 40% Golongan Berpendapatan Pertengahan dan Baki 40% adalah Golongan Bawahan.
Tetapi sepanjang 10 Tahun yang lalu (2000 - 2010) Pertumbuhan untuk GAJI TAHUNAN hanya 2.6% SETAHUN.
Dan lebih kurang 34% dari 1.3 Juta PEKERJA (442 ribu pekerja) di Malaysia maseh menerima GAJI di bawah Paras RM700 sebulan.
Hanya GAJI MINIMA Para Pekerja di dalam Sekmen Perkhidmatan Pengawalan Keselamatan di naikkan dari RM500-600 sebulan kepada RM700 sebulan



APAKAH YANG TERSEMBUNYI DALAM FAKTA-FAKTA TERSEBUT

No.1: Taraf Pendidikan



Maseh wujud ramai Rakyat yang memiliki Taraf Pendidikan yang Maseh Rendah di bawah kelulusan SPM
Maseh Wujud Lepasan Sekolah yang tidak berjaya menamatkan Persekolahan Menengah atau tidak sampai ke peringkat Menengah.





No.2: Kemampuan Keluarga



Disebabkan oleh Kemampuan Pihak Keluarga untuk menyara Perbelanjaan Persekolahan yang terbatas untuk anak-anak.
Kerana mereka sendiri di dalam Kategori "MISKIN NEGARA" yang Berpendapatan Kurang dari RM700 Sebulan.
Pihak Keluarga terpaksa Mengutamakan "Makan Minum" daripada Pelajaran kerana "Desakan Hidup Semasa"










No.3: Dasar Ekonomi Negara

Kadar dan Taraf Kemiskinan Negara adalah "CERMIN" daripada setiap POLISI EKONOMI NEGARA yang di guna-pakai oleh Kerajaan.
Dimana 34% Golongan Pekerja yang di bawah Paras Kadar Pendapatan MISKIN (RM720) adalah "BEBAN KERAJAAN" yang terpaksa di tanggung daripada IMPLIKASI DASAR EKONOMI yang di jalankan.
Yang berpunca daripada "TUMPUAN EKONOMI" Pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA menghasilkan PELAN PERANCANGAN yang BERKESAN untuk menaikkan Taraf Ekonomi Rakyat yang berada di bawah Taraf Kemiskinan.
Dimana Tumpuan Kerajaan lebih MUDAH DI JAYAKAN untuk Golongan Atasan dan Pertengahan Rakyat.



No.4: Sistem Pemerintahan Negara

Sistem Pemerintahan Negara Malaysia yang memiliki 2 JENIS KERAJAAN juga menjadi salah Satu Faktor Penyumbang kepada MASAALAH KEMISKINAN.
Dimana Negara Malaysia di PERINTAH melalui KERAJAAN PERSEKUTUAN atau PUSAT dengan KERAJAAN NEGERI.
Yang Wujud Unsur-Unsur "PECAHAN KUASA" dan "PECAHAN TUGAS" serta "PECAHAN TANGGUNG JAWAP" untuk SIAPA yang harus DI PERTANGGUNG JAWAPKAN untuk MENJAGA, MENTADBIR dan MENGURUS Taraf KAYA-MISKIN setiap Rakyat dalam Negara.
Yang kini TERBAHAGI di antara DUA JENIS KERAJAAN tersebut dan SUKAR untuk memastikan SIAPA yang tidak menjalankan Tugas & Tanggung Jawap dengan SEMPURNA.




Didalam USAHA KERAJAAN untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dalam Negara, Pihak Kerajaan yang memerintah HARUS terlebih dahulu melakukan TRANSFORMASI kepada hal-hal PENTADBIRAN & PENGURUSAN di dalam JENTERA KERAJAAN.
Yang melibatkan SEMUA KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN PERSEKUTUAN dan di dalam KERAJAAN NEGERI.
Dimana SETIAP URUS-KERJA di antara KEMENTERIAN yang BERKAIT-RAPAT dengan MASAALAH PEKERJA & PEKERJAAN, TARAF KEMISKINAN dan PROGRAM PEMBANGUNAN PEKERJA & KEMISKINAN dapat DI SATUKAN dalam GERAK-KERJA YANG SAMA.
Dan semua HAL-HAL HALANGAN BIROKARASI harus di KURANGKAN secara KESELURUHAN dengan SATU MATLAMAT yang di persetujui bersama.
Dimana ini merupakan SATU GERAK-KERJA yang akan melibatkan SEMUA PARTI-PARTI POLITIK yang memegang sesuatu KERAJAAN dalam Malaysia dan IDEOLOGI POLITIK KEPARTIAN harus DI ELAKKAN sama sekali.
KEMAHUAN & TEKAD MAHU BERJAYA


Hanya KEMAHUAN dan TEKAD MAHU BERJAYA di Peringkat KERAJAAN akan dapat MEMASTIKAN JURANG KEMISKINAN di Negara Malaysia dapat di Kurangkan & di hapuskan.
Melalui GERAK-KERJA yang tidak Di POLITIKKAN dan bekerja sebagai sebuah BADAN PROFESIONAL yang melihat MASAALAH ini dari SUDUT EKONOMI RAKYAT & NEGARA

20 Mac 2015

TAK PAHAM GST PUNYA HAL .......

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) 

ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai. 
(PENERANGAN DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU)

Korang cuba ckap betul2 paham ke tidak apa yg tertulis spt diatas ini .... memula sya boring gak nak baca benda allah ni waktu time mula diperkenalkantu hari tu .... "sorry otak lembab cam sya nih mmg patut kena masuk tadika balik lahhhhh ..........GST tu sya punya cara nak terangkan gini caranya :-
Okeh, korang tahu tak cukai ....kalo korang pergi pergi Indon nun time nak balik korang banyak beli barangkan...waktu time korang nak lepas masuk tu korang kena soal dek pegawai kastam tu kan ????? deorang akan tanya berapa berat barang korng beli kedian deorang kira sekali gus cukai tu sekali lah berapa korang kena bayar ...... macam GST sama gak lah wei cukai perkhidmatan maaaaa ........korang try lah masuk Pulau Langkawi tu beli barang banyak2 tengok berapa banyak cukai korang kena bayar ...........itu fesyen dulu kalo nak masuk Pulau Langkawi la ni semua barang makanan semua kena cukai .....(tak paham lagi ke ?????)............entah la tak tahu nak buat camne syapun benci gak nih semalam time sya pergi pasar tengok list harga apa ke benda nyaaa makin mahal lahhhhh .............apa GST ni di kutip utk apa sebenanya ???? kerajaan dah habis duit ka nak bayar kakitangan gomen yg ramai tu smpai kena buat lagi nih plakkkkk !!!!!!  meh sini sat siapa nak explain kat depa kat luak sana nun mane yg tak paham ......

"Apa susah-susah tak suka GST habis dah alang kepalang duk bumi Malaysia nih nak buat camne wei ..... tak suka kalo nak beli barang kat kedai dah sah dahhhh dah ada GST ....tak suka ???? nak membantah arahan kerajaan ???? ade ke yg nak dengo kau punya suara hahhahahhaha !!!!!!! ............habis nak buek lago mano boh ??????  anok kat umoh nak make nih semua menda maha sokmo .......

Alkisah suka ke tak suka baik kawe baca betul-betul hal segala hal GST nih ..ape kemenda GST nih ....pening pala teman nak paham payoh bena .......JOM BACA benda betul bawah ni 

=====================================

MENJELANG pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang semakin hampir, kerisauan rakyat semakin membahang apabila banyak maklumat negatif yang tersebar sama ada di laman sosial ataupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Walaupun banyak penerangan dibuat untuk memberi kefahaman kepada sistem baharu ini namun penerimaannya tidak memberangsangkan. Rata-rata pihak masih menganggap GST membebankan rakyat yang menjadi pengguna akhir.

Ikuti temu bual Sinar Harian, berhubung GST bersama Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Apakah GST?

Dr Ahmad Azrin:  Cukai barang dan perkhidmatan ('Goods and Services Tax') atau mudahnya disebut GST telah banyak dibincangkan oleh pelbagai pihak. Biarpun menggunakan laras bahasa yang berbeza, ia terarah kepada tafsiran yang sama. Paling tidak ada dua perkara utama yang menjadi intipati kepada pendefinisian GST bagi memudahkan kefahaman masyarakat awam.

Pertama, apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Ertinya, setiap kali kita sebagai pelanggan melakukan sesuatu pembelian, kita akan dikenakan cukai.

Oleh sebab itu, GST sebenarnya dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam.  Kedua, sebelum sesuatu barang atau perkhidmatan dinikmati pengguna, ia perlu melalui pelbagai peringkat pengedaran.

Bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhirnya pengguna. Tidak dinafikan terdapat keadaan di mana pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan daripada pengimport yang kemudiannya berpindah kepada pengilang.

Boleh jadi juga pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan terus daripada pengilang tanpa melalui pemborong dan peruncit. Apapun keadaannya, GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan.

Kedua-dua intipati ini menjadi asas kepada mekanisme GST. Mekanisme GST pula tertakluk kepada sama ada sesuatu barang atau perkhidmatan itu dikenakan cukai ataupun tidak kerana tidak semuanya dikenakan cukai.

Oleh sebab itu, GST terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pengenaan cukai pada kadar standard (enam peratus), pengenaan cukai pada kadar sifar (0 peratus) dan pengecualian cukai.
Bagi pengenaan cukai pada kadar standard, pengguna akan membayar GST pada kadar enam peratus. Semua pihak di setiap peringkat pengedaran pula boleh menuntut kembali GST.

Bagi pengenaan cukai pada kadar sifar, pengguna tidak perlu membayar GST. Walau bagaimanapun semua pihak di setiap peringkat pengedaran masih boleh menuntut kembali GST.  Bagi GST yang dikecualikan, tiada sebarang bayaran GST dikenakan ke atas pengguna.

Dalam masa yang sama, tiada tuntutan GST boleh dibuat oleh semua pihak di setiap peringkat pengedaran. Antara barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST ialah barang makanan asas, penggunaan utiliti (bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna),
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan, perkhidmatan pengangkutan, proses jual beli dan sewa rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST?

Dr Ahmad Azrin:  Cadangan pelaksanaan GST ini sebenarnya telah diumumkan pada pembentangan belanjawan 2005. Untuk melaksanakannya, ia tidaklah mudah kerana pelbagai cukai telahpun dikenakan ke atas pengguna pada masa kini seperti cukai korporat, cukai pendapatan individu, cukai keuntungan harta tanah, cukai jualan dan perkhidmatan, duti setem, duti kastam dan duti eksais.

Tidak hairanlah kenapa banyak pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup dan pengurangan pendapatan boleh guna. Di atas kertas, pelaksanaan GST tampak mudah. Realitinya nanti, banyak cabaran yang terpaksa dilalui terutamanya dalam kalangan peniaga yang tidak mempunyai rekod perakaunan yang lengkap dan keupayaan literasi komputer yang rendah.

Namun perlu diingatkan bahawa pelaksanaan GST tidak menambah bilangan cukai sedia ada. Ia sebenarnya menggantikan sistem cukai sedia ada, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (Sales and Service Tax) atau mudahnya disebut SST.

Dengan pengenaan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, pengguna sebenarnya telah menanggung cukai sebanyak 16 peratus bagi setiap barangan yang dibeli selama ini. Ertinya, sebaik sahaja cukai GST dikuatkuasakan pada 1 April ini, SST akan dimansuhkan dan pengguna hanya dikenakan cukai GST enam peratus sahaja.

Dalam masa yang sama, cukai korporat dan cukai pendapatan individu dijangka mengalami sedikit perubahan yang bakal menambah pendapatan boleh guna. Di pihak kerajaan pula, SST mempunyai banyak kelemahan.

Antaranya ialah masalah cukai tersembunyi, cukai bertindih, tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport, kelakuan sabotaj ekonomi seperti mengelak membayar cukai, menyembunyikan sumber, aliran dan pendapatan kewangan syarikat, memonopoli barang dan sukatan harga serta pelbagai kegiatan lain yang tidak bermoral menurut perspektif ekonomi.

Dengan kata lain, SST tidak sekadar membebankan pengguna secara tersembunyi, malah kutipan hasil kerajaan berada di bawah kemampuan ekonomi sebenar. Jauh lebih penting adalah usaha radikal untuk meningkatkan pendapatan negara dalam mengharungi suasana ekonomi yang agak mencabar.

Tidak dinafikan kedudukan asas ekonomi Malaysia masih di tahap yang baik. Namun kita tidak boleh bersikap defensif apologetik kerana simptom seperti pengurangan pendapatan negara, peningkatan hutang luar negara, peningkatan jumlah hutang isi rumah dan peningkatan bilangan muflis sedang kita alami.

Kerajaan juga sedang berhadapan dengan tekanan untuk mengurangkan defisit fiskal. Oleh yang demikian, pelaksanaan GST dilihat sebagai solusi untuk berhadapan dengan segala tribulasi ini. Lebih-lebih lagi, ia telah berjaya dilaksanakan di 160 negara termasuk negara Islam yang menjadi anggota kepada Pertubuhan Islam Sedunia.

Dalam kalangan negara anggota Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST. Myanmar dikhabarkan akan melaksanakannya dalam waktu terdekat. Di Brunei pula, pelaksanaan GST bukanlah sesuatu yang mendesak berdasarkan sumber kewangannya yang kukuh dalam keadaan jumlah penduduknya yang kecil.

Bagaimanakah mahu memastikan ketelusan GST kepada masyarakat?

Dr Ahmad Azrin: Secara realitinya, usaha untuk memastikan ketelusan GST kepada masyarakat tidaklah mudah. Terdapat kemungkinan penjimatan yang  diperoleh daripada tuntutan semula GST mungkin tidak disalurkan oleh  peniaga kepada pengguna.

Natijahnya, pengguna tidak dapat menikmati kelebihan GST. Ada kemungkinan juga harga yang dikenakan oleh peniaga merangkumi SST dan GST. Barangkali ini yang banyak terjadi nanti. Natijahnya, GST akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang amat ketara.

Mendepani permasalahan ini, setidak-tidaknya ada tiga inisiatif berikut. Pertama, pihak kerajaan telah mengeluarkan senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST atau tidak.

Dengan adanya senarai ini, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan kadar standard kepada semua jenis barangan.

Kedua, hanya peniaga berdaftar dengan Jabatan Kastam boleh kenakan GST ke atas setiap transaksi pembelian. Untuk itu, pihak peniaga perlu mengeluarkan invois yang mengandungi maklumat seperti nombor pengenalan GST, nilai barang yang dijual dan amaun GST yang dikenakan kepada pelanggannya.

Aduan boleh dikemukakan melalui aplikasi ‘EZ Complaint’ atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my sekiranya resit atau bil dikeluarkan peniaga tidak paparkan nombor pengenalan GST dan simbol bagi setiap item barang atau perkhidmatan sama ada kadar sifar (ditulis dengan simbol z) atau kadar standard (ditulis dengan simbol s).

Ketiga, kerajaan mengadakan pemantauan oleh jawatankuasa kawalan harga, panduan harga pengguna yang diterbitkan secara berkala, peruntukan undang-undang melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang memberi kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan mengawal sebarang kenaikan harga yang disebabkan keuntungan berlebihan.

Antara ketiga-tiga inisiatif ini, saya berpendapat aspek penguatkuasaan perlu diberi keutamaan tertinggi oleh pihak kerajaan. Ini tidaklah bermakna kerajaan mengabaikan usaha penguatkuasaan. Cuma inisiatif ini memerlukan perubahan yang radikal demi melindungi kepentingan pengguna.

Adakah GST menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga barang?
Dr Ahmad Azrin: Pertamanya perlu kita fahami bahawa GST sepatutnya tidak menjadi kos kepada peniaga. Ini sebab bagi setiap pembekalan yang berkadar sederhana mahupun sifar, peniaga boleh menuntut semula bayaran GST.

Bagi perniagaan yang tidak berdaftar dengan pihak berwajib, mereka sama sekali tidak boleh mengenakan GST ke atas jualan mereka. Secara spesifiknya, perniagaan kecil yang jualan tahunannya kurang daripada RM500,000 tidak akan termasuk dalam sistem GST dan boleh menjual barangan mereka tanpa mengenakan GST.

Dengan kata lain, apabila dilaksanakan GST kelak, terdapat tiga keadaan yang akan terjadi, iaitu tiada perubahan harga, sedikit kenaikan harga (minuman alkohol dan tembakau, pendidikan swasta, kesihatan swasta, restoran dan hotel) dan sedikit penurunan harga (seperti pakaian, kasut, hiasan, perkakasan rumah dan penyelenggaraan serta komunikasi).

Ketiga-tiga keadaan ini sedikit sebanyak akan beri kesan kepada peningkatan kadar inflasi kerana corak penggunaan barangan alami kenaikan harga belum dapat disesuaikan sebaiknya.

Namun begitu kesannya bersifat sementara antara enam bulan dan setahun sebagaimana yang terjadi di banyak negara yang telah melaksanakan GST. Walau bagaimanapun saya berpendapat nilai 'threshold' yang ideal untuk permulaan pelaksanaan GST ditetapkan pada nilai yang lebih tinggi, misalnya RM2,000,000.

Ia berasaskan justifikasi kemampuan kewangan, sumber manusia dan pelbagai faktor lain yang dimiliki syarikat. Nilai ini boleh diturunkan dari masa ke masa.

Berapa kadar yang sesuai dikenakan jika GST mahu dilaksanakan?

Dr Ahmad Azrin: Sebenarnya tidak ada satu peraturan yang boleh dirujuk untuk menentukan kadar permulaan yang ideal. Walau bagaimanapun pengalaman negara yang telahpun melaksanakan GST boleh dijadikan panduan.

Pada masa kini, kadar puratanya ialah 16.6 peratus, kadar tertinggi ialah 27 peratus (Hungary) dan kadar terendah ialah lima peratus (Jepun, Nigeria, Taiwan, Iran dan Kanada).

Dalam kalangan negara Asean misalnya, ia berada antara 7 peratus hingga 12 peratus. Kadar ini tidak statik dan ia berubah-ubah mengikut situasi ekonomi semasa.

Sehingga kini, 12 negara telah menurunkan kadar GST semenjak tahun pertama pelaksanaannya. Sebanyak 55 negara pula menaikkan kadar GST. Angka sama dicatatkan dalam kalangan negara yang menurunkan kadar GST.

Berdasarkan situasi ini, bolehlah dikatakan bahawa kadar enam peratus adalah praktikal.

Kadar ini terendah dalam kalangan negara Asean dan antara terendah dalam kalangan negara yang melaksanakan GST. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kadar yang lebih rendah adalah lebih baik sebagai permulaan bagi menghindari suasana yang kurang harmoni.

Ini sebab tidak semua peniaga benar-benar memahami mekanisme GST dan tidak semua pengguna boleh menerima sedikit kenaikan harga bagi barangan tertentu.

Bagaimana pengguna tangani GST?

Dr Ahmad Azrin: Paling tidak ada lima perkara perlu menjadi manual bertindak bagi setiap pengguna. Pertama, cubalah fahami konsep asas GST. Kedua, semak status peniaga dan status barang atau perkhidmatan setiap kali transaksi.

Bagi setiap transaksi ini, pastikan resit atau bil diperoleh daripada peniaga. Keempat, buat aduan kepada pihak berwajib bagi sebarang salah laku peniaga. Kelima, biasakan diri buat perbandingan harga. Kelima-lima perkara ini tidaklah sukar untuk dilakukan.