Kolagen - kepentinganya
Kepentingan Kolagen pada Tubuh
Ramai
wanita yang merasa bimbang melihat kedut-kedut halus yang mula muncul
pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun berlaku secara
semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu
menjejaskan keyakinan diri seseorang.
Pertumbuhan
sel baru kulit agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) yang kian
menipis menjadikan proses pembaikan kulit menjadi perlahan. Selain
perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran
dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kolagen. Apabila ia
berkurang, keanjalan kulit mula hilang. Selain masalah kulit, penyusutan
kolagen ini turut menjejaskan kecantikan rambut (rambut gugur), kuku
mula rapuh dan tahap metabolisme menurun.
Fungsi Kolagen :
# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya
merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran
darah, tendons dan gigi
# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon
tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal,
jantung), IV (membran dasar).
#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih
membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap
rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun
selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan
kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua,
semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.
Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.
Antaranya ialah:
- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering
Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan