23 Januari 2013

Maka bergembiralah mana-mana yang nak pencen ....

 Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini ...


ALI (kiri) bersalaman dengan sebahagian penjawat awam pada majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013 di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA -
Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan."Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.

"JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik."Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Sebelum itu, Ali menyampaikan amanat kepada kira-kira 4,000 penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi sidang video itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam turut memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa. 
- Bernama

========================================================================

"Bagi mana-mana penjawat awam yang sudah lama bekerja berita ini sudah pastinya benar-benar mengembirakan mereka ....mana tidaknya dalam slip gaji mereka kebanyakkan dah banyak yang tinggal separuh gaji disebabkan banyak membayar berbagai-bagai jenis hutang (hutang bank kemunkinan disebabkan membuat pinjaman atau kereta, rumah, hutang pinjaman pendidikan anak juga ramai ibubapa yang terpaksa membayar pinjaman tersebut disebabkan anak kemunkinan belum mendapat pekerjaan dan ada juga kemunkinan si anak yang sanggup menyusahkan ibubapa dengan meminta ibu membayar wang tersebut dan itu tidak termasuk bil ASTRO, bil letrik, air dan berbagai-bagai perkara dan juga dengan wang itu dapat menambah wang simpanan untuk menunaikan fardu haji. Dan tambah rasa gembira dengan gaji baru itu dapat mengurangkan beban  disebabkan kos sara hidup zaman kini yang begitu tinggi disebabkan makanan begitu mahal dan ditambah lagi dengan keperluan hidup anak-anak yang perlu disediakan oleh ibubapa.......jadi dengan berita terbaru ini bersyukurlah kita kepada ALLAH kerana memberi rezeki dan juga terima kasih kepada keperihatinan pemimpin negara yang melihat bahawa masalah gaji yang kecil di kalangan penjawat awam ini sebagai satu masalah besar yang perlu segera diatasi......"

Tiada ulasan: