29 Januari 2013

Nyamok punya hal ...


"Ya Allah banyaknya cuti Am 24/1 Cuti Maulidurrasul lepas tu cuti lagi Hari Thaipusam yang jatuh hari Ahad jadi hari Isnin tuh cutilah jawabnya jadi campor Sabtu,Ahad dan Isnin dah 3 hari………….3 hari cuti ni nak kemana????.....”ah, kalau nak balik kampung tak payah lah lagipun payah benar sebab kereta masih lagi dalam workshop rasa macam patah kaki pulakkkkk dah ni. Jadi duk umah aje lah kite lagipun nak kemas rumah, nak cuci kipas angin tuh dah berhabuk-habuk dah tu wei !!! ….tu abuk pun dah berterbangan kesana kemari….dan yang paling menyakitkan hati ialah banyak nyamok dalam rumah dan setelah di cari penyebab nyamok itu rupa-rupanya selama ini aku tak pernah tahu bahawa bawah singki tu  ada air bertakung dan bertahun-tahun aku tak tahu…juga dalam pam air tandas itu yang aku tak pernah bukak sepanjang 11 tahun aku mendiami rumah itu dan aku juga dapati ada ruang kosong di celah mangkuk tandas itu dan juga di kawasan bilik mandi pada bahagian paip dan yg paling penting belakang peti sejuk itu….”isk,isk memang banyak jentik-jentik di kawasan itu membuatkan aku terfikir bahwa selama ini aku tak pernah nak meluangkan masa untuk membersihkan kawasan itu…..puas jugak aku berfikir bagaimana nak hapuskan jentik-jentik itu dan tiba-tiba aku teringat bahawa kita boleh menggunakan minyak masak dan kita kena tuangkan sedikit diatas permukaan air yang bertakung itu dan akan menyebabkan nyamok tidak dapat bertelor di permukaan yang berminyak……….. minggu lepas ada fogging tetapi waktu itu aku pulak tak mahu membenarkan semburan dalam rumah tetapi sekarang lain pulak akibatnya…aku jadi rimas dengan nyamok yang berterbangan dalam rumah dan hari itu aku dah sembur dengan Seltox tetapi tak berkesan jugakkkkkk ………minggu lepas ada orang selitkan kad cegah denggi depan pintu rumah aku yang membuat aku terkejut “adakah mereka tahu rumah aku ada air bertakung??????....Malam itu aku cuba guna ubat nyamok pulak untuk mengusir nyamok dan semua bilik aku letakkan ubat nyamok namun bila pagi menjelma masih tidak berkesan jugakkkkkk ….nampaknya kena guna ubat menyembur Seltox yang mahal itu …….atau aku kena simen di bahagian air yang bertakung itu???....itulah waktu orang repair dinding tu hari tak terfikir langsung nak mintak dia simenkan bahagian air yang bertakung itu…..

3 hari duduk rumah sepanjang hari valconi penuh dengan pakain sebab hujung minggu memang khas untuk membasu banyak pakaian tetapi aku sebenarnya dah biasa tak perlu tunggu sampai hujung minggu setiap 2 hari aku mesin je baju yang ada …….tunggu hujung minggu banyak la jawabnya…tambah-tambah sekarang hari kejap panas kejap hujan menyebabkan baju jadi lembab. Pening kepala aku memikirkan cara nak menghalau nyamok ni aku terus redah je kat Google maka terjumpa lah info di bawah ini……mari lah kita kongsi baca hehehe


 Tanaman Penghalau Nyamuk

Mungkin ramai yang tak tahu ada beberapa tanaman yang boleh menghindar / menghalau nyamuk secara semulajadi. Sekarang sudah masuk musim hujan, kenalah kita berjaga-jaga terutama dari wabak penyakit demam berdarah, cikungunya, dan penyakit lain yang disebabkan nyamuk.


Bagi menambah pengetahuan kita, 7 tanaman yang boleh digunakan sebagai pengusir nyamuk.

1. Geranium
 
 Nama lain Tapak Dara. 
Tanaman ini mengandungi geraniol dan sitronelol yang dapat mengusir nyamuk. Kedua-dua bahan yang dimiliki Geranium boleh dengan mudah terbang memenuhi udara. Tanam saja Geranium ke dalam pasu atau di tanah. Tempatkan di tempat yang mudah terdedah kepada tiupan angin, apabila daun-daun Geranium bergesakan, aroma bahan yang ada di tanaman ini akan tesebar, membuatkan nyamuk menjauhi kawasan rumah anda.

2. Zodia

Tanaman ini asli dari Indonesia berasal dari Papua, di mana orang-orang Papua akan menggosok-gosokkan daun ini sebelum masuk hutan agar terlindung dari serangga terutamanya nyamuk. Zodia memiliki dua zat yang dapat membuat nyamuk kabur, iaitu Evodiamine dan Rutaecarpine. Untuk merasakan manfaatnya, Zodia boleh ditanam di ruang yang banyak ditiup angin agar aromanya tersebar dan mengusir nyamuk.

3. Serai wangi
 
 Serai wangi dikenali sebagai salah satu bahan msakan di dapur, tapi ia mempunyai zat geraniol dan Sitronelal yang tidak disukai nyamuk. Menanam serai cukup mudah, tempatkan di perkarangan rumah saja.
cadangan membaca : petua menghalau tikus

4. Akar Wangi


Tanaman ini boleh mengeluarkan aroma menyengat yang tidak disukai nyamuk seperti Aedes. Tanam akar wangi di pekarangan rumah untuk menghindar nyamuk.

5. Lavender


Tanaman ini asalnya dari Switzerland, dan telah diubahsuai sebagai bahan pembuat losyen anti nyamuk. Bunga Lavender yang berwarna ungu mempunyai zat linalool dan Lynalyl acetate yang tidak disukai nyamuk. Tanam Lavender dalam pasu atau di tanah, lebih berkesan, ambil bunganya dan gosok-gosokkan ke kulit.
cadangan membaca : koleksi petua halau semut di rumah

6. Rosemary
 
Bunga Rosemary menghasilkan bau seperti bau minyak kayu putih. Aromamanya tidak disukai oleh nyamuk kerana menghapuskan deria baunya. Tanaman ini dapat ditanam ke dalam pot atau tanah, berdekatan dengan jendela. Cara penggunaan, ambil daunnya yang berbentuk jarum dan digosokkan ke kulit.

7. Bunga Kantan


Bunga kantan, atau honje (Etlingera eliator; sinonim Nicolaia elatior, Phaeomeria speciosa) adalah sejenis tumbuhan rempah dan merupakan tumbuhan tahunan berbentuk bunga, buah, serta bijinya, digunakan sebagai kerabu ataupun ulam-ulaman. Bunga kantan juga boleh menghalau nyamuk. Nama lain adalah kincung (Medan) serta siantan (malaysia). Orang Thai menyebutnya kaalaa

Jadi, itulah ketujuh-tujuh tanaman yang dibenci oleh nyamuk. Jika dirumah anda banyak nyamuk, tanam saja beberapa dari tanaman tersebut di atas. Tetapi kalau cara kampung, petang-petang bakar saja sampah. senang!!



Tiada ulasan: