SENARAI TUGAS KETUA KAMPUNG
2. Menyampaikan apa-apa hal kesusahan anak-anak buahnya kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah dan menyelesaikan apa-apa perselisihan di kampung di antara anak-anak buahnya dengan jalan muafakat.
3. Menyampaikan kepada anak-anak buahnya hukuman kerajaan dan menasihatkan supaya mematuhi hukuman kerajaan serta memberi nasihat-nasihat kepada anak-anak buahnya istimewa bersabit dengan hal ehwal agama yang ditetapkan oleh D.Y.M.M. Raja Pemerintah.
4. Menggalakkan anak-anak buahnya membayar apa-apa hasil atau cukai kerajaan dengan segera.
5. Menyampaikan kepada Penghulu Mukim atau pihak yang berkenaan dengan segera segala kematian yang ada syak atau penyakit- penyakit yang berjangkitan.
6. Membantu pegawai-pegawai kerajaan yang datang menjalankan tugas rasmi di kampungnya jikalau mereka itu meminta apa-apa bantuan.
7. Menggalakkan anak-anak buahnya di dalam lapangan pendidikan.
8. Menggalakkan anak-anak buahnya dalam usaha bekerjasama (bergotong-royong) umpamanya membina batas-batas bendang, parit dan tali air serta kerja-kerja berderau, menanam dan menuai padi supaya menambahkan lagi kemajuan dan pendapatan mereka.
9. Menasihatkan dan menyuruh anak-anak buahnya supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf hidup dengan bercucuk tanam atau lain-lain perusahaan serta menjaga kebersihan kampung halaman mereka.
10. Mengadakan mesyuarat dengan anak-anak buahnya dari masa ke semasa bagi merundingkan di atas hal yang boleh mengatasi kesusahan dan kesempitan hidup dan berikhtiar memajukan hal ehwal agama Islam. Segala keputusan itu hendaklah disampaikan kepada Penghulu Mukim.
11. Memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil rakyat khasnya bersabit dengan rancangan- rancangan pembangunan luar bandar.
12. Sekiranya didapati anak-anak buahnya engkar dari segi undang-undang kerajaan serta undang-undang dan peraturan agama Islam hendaklah diadukan kepada Penghulu Mukim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan