Entah ape mimpi aku thari ini waktu aku nampak iklan kat whiteboard kat umah aku tuh aku terus ambik bawak balik umah...aku tetiba terfikir nak jadi perunding insuran secara partime plakkkk ...ok ke.....aku try call orang tuh tak dapat plakkk nak call nak tanya kalo minat tu nak apply camne gaya nak buat surat ke .....aku nak try sikit-sikit dan yg penting pergi kursus dulu baru tau camana nak buat dan camana nak mula .....eh,jenis macam aku sesuai ke buat kerja jadi perunding insuran nih ?????????......ade aku kesah aku dah tua???? aku nak try jugak...jadinya aku semak kat blog jumpa benda bawah ni..jadi aku tumpang copy paste je lahhhh ...jangan marah ye tuan punya blog ....
==================================
Baru jadi perunding…apa nak buat?
SalamBaca buku pun sudah, ulangkaji pun sudah…maka anda pun hadir exam dan telah lulus… Tahniah diucapkan…kini secara rasminya anda telah pun didaftarkan sbg seorang perunding.
So apa nak buat sekarang? Jika anda orang baru , anda boleh pertimbangkan langkah2 berikut sbg permulaan :-
1) Menghebahkan Diri
Spt yg saya katakan sebelumnya,
prospecting adalah ibarat nadi hidup di dalam bisnes ini. Jikalau masih
malu2 dan takut2, anda boleh mulakan dahulu dgn circle of friends,
saudara mara dan keluarga rapat. Kenapa ye? Kerana senang nak jumpa
mereka (sbb kenal) dan bila2 masa boleh jumpa ye tak. So bila nak jumpa
nanti, anda harus ingat …bahawa kedatangan anda kali ini bukanlah
sekadar nak jumpa2 gitu atau minum2 teh shj…anda ada misi iaitu utk
close sale.
Anda juga harus ingat bahawa tugas anda
bertemu mereka adalah utk menyampaikan atau berkongsi info ttg kebaikan
produk/servis anda. Sampaikan sebaik yg mungkin…ttg keputusan beli atau
tak beli, itu biar mereka yg decide.
Jikalau anda agak malu, mungkin juga rasa
kekok buat pertama kalinya…tak mengapa…itu perkara biasa bagi org baru.
Just hulurkan kad perniagaan anda shj…dan bagitahu yg anda baru join
dgn sykt sekian2. Kalau prospek menunjukkan minat dan mula
bertanya….maka barulah anda mulakan presentation. Kalau prospek diam dan
tak menunjukkan minat…itu tidak mengapa …..sekurang2nya dia dah tahu.
Ini adalah langkan pertama anda dalam membina jenama diri. Mungkin satu
hari nanti dia akan membeli dgn anda ….siapa tahu? Oleh itu sila
teruskan persahabatan macam biasa.
2) Ikut Mentor
Jika nak berjaya anda perlu ada seorang
mentor yang boleh guide anda ttg selok belok perniagaan ini. Mentor
itu kat sini maksudnya leader atau group leader yg membawa masuk andalah
yer. Kalau nak berjaya anda harus belajar dan mendapatkan nasihat drpd
mereka…kerana dahulunya mereka juga belajar ttg perkara yg sama drpd
leader yg sebelum mereka. Sertailah apa sahaja aktiviti yg dianjurkan
baik sales ataupun meeting…moga2 bertambah pengalaman dan ilmu.
Dalam pada itu, janganlah pula cemburu
atau mempertikaikan berapa overiding komisen yg leader anda dapat….sbb
itu adalah penat lelah dia membawa dan train anda sehingga boleh
bergerak dgn sendirinya. Ingat…rezeki anda mungkin telah ditentukan
oleh Allah melalui si leader ini….sepatutnya anda berterimaksih.
Di dalam perniagaan ini , akan sampai
satu masa nanti anda juga teringin keluar dari group sedia ada dan
membina kumpulan sendiri….oleh itu berusahalah. Kita sama2 adalah
usahawan…jadi masing2 ada matlamat masing2 yg perlu dikejar.
3) Hadir Latihan
Kelas2 latihan dan bimbingan yg
dianjurkan samada oleh sykt mahupun oleh group adalah sangat penting
didalam diari kehidupan seorang perunding. Ianya amat berkesan dlm
membina jati diri supaya kelak anda boleh menjadi seorang perunding yg
mant0p, berilmu dan berdaya saing.
Daripada latihanlah.. akan
terbinanya imej yg positif, perwatakan yg meyakinkan dan ilmu
persembahan yg tinggi. Bila dalam kumpulan pastinya banyak perkara
yg boleh anda pelajari….kerana perkongsian informasi sesama perunding yg
lebih senior boleh mencetuskan banyak idea2 dan pengalaman yg boleh
diguna pakai kelak.
3) Ikut Sistem
Untuk berjaya and hanya perlu meniru apa
yg telah dibuat oleh perunding2 terdahulu….kerana kejayaan mereka juga
adalah hasil kerana mengikuti jejak langkah org2 yg sebelumnya.
Apa yg dimaksudkan sistem itu? Sistem
disini bermaksud cara mencari prospek, cara membuat persembahan
jualan, bagaimana nak menganjurkan aktiviti2 jualan, bagaimana
nak mengendalikan bimbingan dan latihan, motivasi dan sebagainya.
Untuk menjadi konsultan yg tip top anda
perlulah jadi good follower dahulu….ikut sahaja…kemudian apabila telah
mahir ttg selok belok perjalanan…kemudian bolehlah anda
menyesuaikan diri dan segala aktiviti mengikut acuan anda
Semoga menjadi sedikit panduan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan