Teknologi pembuatan kolam konkrit
atau kolah bagi ternakan keli
Artikel siri 1 :Teknologi pembuatan kolam konkrit bagi ternakan keli - mana lebih kukuh
Keli
juga diternak dalam kolam konkrit. Terdapat pelbagai saiz kolam
konkrit ini dibina antara yang popular 10kaki x 20 kaki , 20 kaki x 40
kaki sehingga bersaiz lebih besar. Dengan ketinggian 2.5 kaki sehingga 4
kaki. Kolam ini ialah pilihan bagi mereka yang tiada tanah sesuai untuk
menternak keli. Dari segi pengurusan kolam konkrit memberi kelebihan
kepada penternak seperti greding dan penuaian ternakan. Namun dari segi
kos ini mungkin sedikit membebankan pengusaha pada peringkat awal.
Kolah yang mana lebih kukuh
Dalam pembuatan kolam konkrit terdapat 2 cara. Pertama menggunakan
bata blok sama ada jongkong simen atau bata merah untuk asas pembinaan
dinding kolam. Kaedah kedua menggunakan sepenuhnya konkrit simen bagi
dinding kolam. Antara kedua kaedah di atas manakah sebenarnya lebih
menguntungkan pengusaha. Ok di sini PVH cuba banding kedua-duanya.
Kaedah pertama (blok jongkong)
Dari segi kos, agak jimat. Kerana kurangnya guna simen, hanya untuk
mengikat blok simen dan tampal (plas) dinding kolam sahaja. Ini kerana
asas dinding kolam dibina dari blok jongkong tadi. Ini mungkin kita
nampak dari mata kasar. Ok itu betul, tetapi PVH akan nyatakan kemudian.
Kaedah kedua (konkrit sepenuhnya)
Dari segi kos, mungkin pengusaha nampak lebih banyak modal
diperlukan. Disebabkan keseluruhan dinding kolam dibina dari konkrit
sepenuhnya. Tak salah jika anda berpendapat demikian. Namun kami di PVH
ada alasan yang lebih kukuh dalam menjawab kedua-dua situasi ini. Perkaranya ini dibangkitkan ketika seorang penternak dari Pasir Mas,
Kelantan menanyakan tentang kenapa kolam kami dibina dari konkrit
sepenuhnya.
Pelaburan jangka panjang
Sekiranya anda ingin berhajat untuk menternak dalam satu tempoh
panjang di nasihatkan membina kolam anda berdasarkan kaedah ke-2. Kenapa
PVH mensyorkan demikian. Ini kerana pihak kami sendiri mempunyai
pengalaman pembinaan kolam baik dari kaedah pertama dan kedua.Dalam tempoh jangka masa panjang kaedah ke-2, iaitu pembinaan dinding
kolam sepenuhnya dari konkrit terbukti mampu bertahan sehingga lebih
dari 10 tahun. Berbanding kaedah pertama, kolam hanya mampu bertahan
dalam tempoh singkat. Kolam ternakan agak berbeza dengan kolah menyimpan air, ini kerana
pengerakan ikan di dalam kolam menghasilkan arus atau dengan bahasa
kampungnya ‘ air keluar masuk ke dalam dinding kolam tersebut’.Sekiranya asas dinding kolam itu dibina dari bata simen, pengerakan
keluar masuk air melemah struktur bata jongkong itu sendiri, sekaligus
memberi kesan kepada keseluruhan struktur dinding kolam itu. Kesannya
akan berlaku kebocoran pada dinding. Kebiasaannya lantai kolam tidak
memberi masalah kerana dibina sepenuhnya dari konkrit.
Kurangkan kos
Pengusaha tidak perlu membina dinding kolam terlampau tebal sekiranya
mengunapakai kaedah pertama tadi, sekitar 3 inci sudah memadai tetapi
perlu dilampirkan dengan besi penyokong, ini penting bagi menghalang
dinding kolam daripada runtuh. Ini sekaligus menjimatkan kos. Kami sendiri mempunyai kolah berketebalan ini dibina sepenuhnya dari
konkrit sekitar 15 tahun yang lepas terbukti dapat bertahan hingga kini.
Berbanding dari blok jongkong hanya sekitar 3-5 tahun, dalam tempoh ini
akan bermula masalah kebocoran pada dinding.
Senang kerja
Kaedah ke-2 turut memudah kerja pembinaan, kerana pengusaha hanya
perlu mengisi konkrit ke dalam kotak konkrit. Berbanding kaedah pertama
beberapa peringkat kerja pembinaan perlu dilakukan iaitu mengikat blok
jongkong dan kemudian menampal (plas) simen.
Ketinggian kolam
Kolam untuk menternak keli tidak perlu tinggi sangat sekadar 3 – 4
kaki sudah memadai dari ikan melompat keluar, pernah pihak PVH
terserempak dengan pengusaha yang kreatif iaitu kolam beliau hanya
berketinggian 2kaki sahaja.Sekiranya pengusaha membina kolam yang terlalu tinggi selain terpaksa mengeluarkan duit lebih tambahan.Kolam tinggi, menyukarkan penternak dalam proses pengurusan ternakan
terutamanya semasa peringkat penuaian iaitu perlu tenaga lebih untuk
mengangkat keluar hasil ternakan sedangkan jika diteliti dinding kolam
yang tinggi bukanlah satu keperluan sebenarnya. Kerana ternakan keli
diternak pada sekitar kedalaman air 1-2 kaki.Jadi kenapa pengusaha perlu membina kolam begitu tinggi ?
Lain kaedah
Terdapat sebuah pusat transit di Seri Kembangan Selangor, pengusaha
berbangsa cina ini membina kolam beliau dari bata tanah liat atau bata
merah. Tetapi hampir kesemua kolam disitu ditampal mozek baik dinding
dan lantai kolam. Kesanya air tidak meresap masuk ke dalam dinding kolam
ini memanjang tempoh hayat kolam.Ini mungkin tidak efektif bagi kolam ternakan yang besar. Namun
senibina seperti ini mungkin boleh menjadi pilihan pengusaha yang ingin
tampil dengan kolam yang lebih menarik tetapi lebih kukuh di masa
hadapan.Di harap info dari Pergau hatchery ini, dapat membantu sedikit
sebanyak mereka yang keliru dengan pilihan dalam membina kolam konkrit
yang terbaik untuk ternakan keli.
Sekian kepada tuan punya blog http://www.pengusahachery.com
Nota :
Lepas buat kolam ikan tuh kena buat pagar keliling kolam tuh ...kalo tidak ikan entah kemana duit habis buat kolam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan