16 Disember 2013

Aku dulu dan bukan yang sekarang


Apa nak tulis kali ini kat blog nih?????? Beginilah yang selalu difikirkan oleh semua bloger dalam dunia maya nih kalau rasa nak buat entri barulah bukak blog atau waktu dapat ilham baru terfikir nak draf dulu apa yang nak di taip tak payah semak ejaan segala terus je post ………. Sekali mak kau, time baca balik baru perasan ejaan berterabor sakan …. Mase tuh baru lah nak edit balik walhal satu dunia dah tahu bagi yg ter-click blog awak tuh itupun kalau kita dah open for public kalau open untuk friend saja munkin selamat lagi dari kena kutuk ….tapi kalau untuk public mana-mana yang kaki baca blog memang gelakkkk giler lah baca blog kita tuh …….hahahahaha…… kalau yang jenis tak kisah tu dia buat don’t know je lahhh hai …………so aku yang tegah boring nak cari tajuk nih mula berserabai kepala apa nak tulis …………..

Okeh, aku nak tulis pasal pekerjaan kita yg kita buat sekarang …..allahhuakbar, kerja yang kau buat sekarang nih lahhhh kau kerja kat mana sekarang?????.... kalau kau kerja jadi cekgu maka cekgu lah kerja kau mengajar anak murid nama nya tuh……..ok, jangan nak tipulah kerja kau sekarang bukan kerjaya yang sebenar yang kau nak masa kau study kat university dulu …..sebab apa munkin kau belajar sampai habis and then dapat ijazah dengan pointer biasa-biasa jekkkk …..lepas tuh kau merata-rata cari kerja merata tempat tapi tak dapat jawatan yang kau nak tuh …… so hari berganti tahun tak dapat jugak jawatan yang kau nak tuh ….so apalagi mintak lah apa sahaja kerja yang korang agak-agak dalam fikiran korang akan dapat jawatan itu …….aku dulukan, ini nak citer lah pada korang yang baca blog aku nih dulu-dulu entah berapa tahun entah aku kerja tak lama kat satu tempat habis lamapun dalam 6 bulan gitu-gitu lepas itu aku kerja tempat lain plakkkk ……aku waktu kan aku suka jeh hantar surat permohonan kerja kat mana-mana tempat ….aku cukup rajin masa tuh tengok iklan kat surat khabar time aku rasa nak apply akupun apply lah kerja tuh dengan buat surat bagai-bagai ….tapi waktu tuh bukan macam sekarang kena resume bagai-bagai nih ….. dulu hantar surat permohonan kat company tuh dengan salinan sijil kita tu lahhh ……nasib lah dapat ke tidak tapi aku rajin je mengantar-ngantar surat permohonan tuh …………ada yang aku di panggil temuduga tapi aku plakkk tiba-tiba tak nak plakkkk walhal sebelum tuh aku yang beriya-iya benar dah dapat panggilan temuduga tak mahu pergi plakkkk ….

Time tuh bukan apa…… aku nak cari kerja yang aku rasa selasa, nak cari kerja yang tak perlu balik sampai malam ……sebab tempat yang aku kerja waktu tuh aku memang hari-hari balik malam dalam pukul 9/10 gitu ….huh, memang letih lah hari-hari macam tuh setiap hari tak nampak matahari lama-lama rasa macam bosan semacam jekkk ……. Waktu tuh aku nak sangat kerja ngan kerajaan !!!!!!!!...tapi waktu tuh ya ALLAH kerja ngan kerajaan masaalah kecik nya gaji …camana aku nak bayar duit sewa rumah lagi nak bayar itu ini dan macam-macam lagi lah …..tapi kan, dalam fikiran aku selalu fikir camana ye …. Kalau esok-esok aku dah kawin aku dah ada anak dan aku selalu sakit-sakit kalau nak pergi hospital tuh agak-agak boss nak tak bagi kebenaran kat aku nak pergi hospital selalu ????? ye lah aku sekarang kerja ngan swasta boss aku sekarang ini memang garang benar lahhhh …..sekali tuh aku nak pergi hospital aku mintak cuti 1 hari dan waktu tuh cuti tahunan cuma di beri 14 hari sahaja untuk setahun …..kau bayangkan camana aku rasa aku yang time tuh memang dapat cuti sakit boss aku call aku suruh datang pejabat sebab boss aku kata aku kena siapkan kerja aku …cuba korang bayangkan aku yang tengah sakit-sakit gitu kena datang pejabat buat kerja ………..

Dari situlah hari demi hari bulan demi bulan dan bertahun-tahun aku menanggung keadaan itu…kadang-kadang aku fikir nak kata gaji kat sana banyak sangat tuh tak lah banyak sangat jika di bandingkan kerja yang begitu banyak dan suasana yang tertekan gitu …..boss aku garang kadang buat aku sedih dan benggang pun ada….kadang-kadang aku fikir duit gaji yang banyak gitu pun tak cukup-cukup balik dah lah setiap hari balik malam …..mak aku kat kampong asyik je Tanya aku bila lagi aku nak isi borang kerja dengan kerajaan …… mak aku nih tahu ke tidak kerja kerajaan tuh gaji dia berapa ??????..... mak,mak,mak,makkkkkkk emakkkk gaji kecik je makkkk ……………mana cukup mak ????? duit sofa mak tu siapa nak bayar kan ????? mak terdiam bila aku cakap macam tuh sebab mak yang nak aku beli itu ini aku plakkk serba salah kalau tak beli untuk dia …… ye lah kan, kita dah kerja waktu tu bila mak teringin nak sofa aku beli jugak sofa untuk mak ….sebab mak kata rumah kita kat kampong tak ada sofa orang datang rumah asyik duk atas lantai  sahaja ….. tapi bila mak asyik kata mak risaukan keselamatan aku yang selalu balik kerja waktu malam tuh lama kelamaan buat aku terfikir jugakkkk lebih-lebih lagi bila mak cakap kerja dengan kerajaan tuh senang tak susah macam kerja swasta…..kerja kerajaan tuh tak lah garang sangat boss kat sana dan yang paling utama kerja kerajaan itu senang balik waktu siang tak ada yang balik waktu malam !!!!! ……itu kata emak dulu-dulu tapi aku buat don’t know jek sebenarnya kalau mak asyik berleter gitu…….”ah mak, mak cakap memang lah senang makkkkk ………..esok mak jugak yang merungut-rungut siapa tak kenal ngan perangai mak ????.....itu citer masa dulu sebelum aku kerja kerajaan sekarang aku dah lama dah kerja ngan kerajaan nih dan selama tuh aku tak pernah balik malam ….habis kerja pukul 5.30petang terus balik ….kadang-kadang tuh belum lagi pukul 5.30patang lagi 10 minit nak balik aku dah siap beratur depan puncard dahhhh …..bukan itu sahaja aku nak pergi hospital senang jek ….call aja dari hospital tuh “Puan, saya hari ini dapat cuti sakit satu hari puan… dah itu je dan boss pun tak ada lah nak menelefon kita kat rumah suruh kita datang pejabat waktu kita cuti sakit …..ini tidak time aku kerja swasta tuh terok benor lahhhhh sakit-sakitpun suruh kita datang ……….aku bukan apa nak citer kat blog nih mana-mana yang rasa macam nak bangga sangat kerja ngan swasta dengan gaji banyak tuh cecuba korang fikir masak-masak …gaji banyak manapun tak kan cukup tau sebenarnya, kita sebenarnya perlu ingat semakin banyak gaji kita semakin banyak keinginan kita yang entah apa-apa dan menambahkan banyak hutang lagi ……. 

Sebenarnya dalam hidup kita ini kita kena tanya pada diri kita sendiri “apa yang sebenarnya yang kita cari sebenarnya????? Betul ke nak cari wang yang banyak ?????.....betul ke kita nak beli semua apa yang orang lain ada ???? maksud aku bila kau nampak orang pakai kereta mewah kau pun nak beli macam tuh ??? ….. dan kerana nakkan kereta itu kau sanggup buat kerja lain selain dari itu nak dapatkan duit ???? dan kau sanggup buat kerja sampingan tak kira masa tak kira hujung minggu ke kau keluar cari kerja sampingan tapi anak-anak kat rumah terbiar tanpa kasih sayang tanpa perhatian …… anak-anak kita yang sebenarnya memang mereka nak semua permintaan mereka di penuhi tapi percayalah apa yang aku cakap “sebenarnya anak-anak kita sebenarnya lebih rasa bahagia dan gembira kalau mak bapak mereka senantiasa ada di samping mereka ….anak-anak senatiasa mahu kita sama-sama bermain dengan mereka dan anak-anak senantiasa mahu kita menonton TV bersama-sama mereka setiap hari …..Naluri seorang anak ialah mereka senantiasa merasa rindu mendengar suara mak bapak deorang dirumah …….habis camana nak buat kalau mak ayah memasing dah ada kerja tetap pun masih tak cukup lagi ????? …..masih lagi habis waktu pejabat buat lagi kerja sampingan lain nak menambah pendapatan….tak cukup-cukup lagi ke kereta dah ada rumah dah ada nak apa lagi semuanya dah lengkap …. Apalah salah nya kita berfikir perkara lain selain dari mencari duit ini…kita fikir bagaimana nak menambah ilmu ugama…..ini tidak surau sebelah rumahpun tak mahu pergi sembahyang kat surau !!!!!.......nak pergi dengar ceramah kat masjid apatah lagi ?????.....jauh lah lagi nak jadi sukarelawan nak bantu orang-orang malang yang di timpa bencana ….. 

Apa-apa hal dalam dunia ini kita ini sebenarnya tak kemana…… harta dunia makin di cari makin tak cukup wang yang banyak rupa yang cantik bergaya pakaian mahal-mahal itu semua tidak mendatangkan kebahagiaan naluri kita yang sebenarnya ….apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup kita kadang-kadang kita sendiripun tak tahu apa yang kita cari kita kadang-kadang suka melihat sesuatu yang melambangkan kemegahan diri…..rumah banglo yang indah itu adalah lambang kemegahan hidup tetapi adakah itu sebenarnya yang kita mahu …..tanya lah kepada mana-mana orang yang ada rumah banglo mewah itu apakah mereka puas dengan memiliki rumah banglo mewah itu ?????? ah gerenti aku tahu apa jawapan nya dan sudah pastinya jawapan nya begini “ I sebenarnya inginkan sebuah kapal yang besar supaya I boleh hidup selesa di dalam kapal tersebut “………. Ahak kan aku dah kata, manusia senantiasa merasa hidupnya tidak sempurna senantiasa ada keinginan yang baru dalam hidup mereka sepanjang hayat mereka ……….jadi yang terbaik kita selalulah bukak ALQURAN tuh baca satu ayat tuh satu persatu……percayalah ALLAH senantiasa menduga kita sebagai manusia…ALLAH beri kita rezeki tetapi manusia enggan bersyukur apa yang ada dan masih lagi mahukan yang lebih ………………okeh cukup lah takat ini jekkkk ini dah macam tulis cerpen plakkkk dahhhhh …………dapat gak execise jari nih dah lama tak manaip lama …..
 

DI SINI AKHIRNYA PILIHAN TERAKHIR KERJAYA SAYA ...............

BANDAR KL PADAT DENGAN BANGUNAN-BANGUNAN DAN JALANRAYA YANG SESAK BEGINI SEDIKIT SEBANYAK MENYEBABKAN SAYA BERUBAH FIKIRAN UNTUK MENINGGALKAN BANDAR ITU DAN BERHIJRAH KE PUTRAJAYA



Tiada ulasan: