19 Disember 2013

JOM TRY BERNIAGA GUNA INTERNET


Siapa ada line internet kat rumah????? Ahhh mesti semua ada kan ???? habis apa you all buat dengan line internet tuh??? Saja-saja nak bukak FACEBOOK  gitu ke???? Cuba korang fikir betul-betul apa faedah korang saja-saja bukak FB kalau semata-mata nak bersembang2 sakan dengan kawan-kawan lama atau sesiapa sahaja ……tak nak buat sikit-sikit duit dengan menggunakan FB ke ????? Oh memang korang tak minat berniaga ke atau tak minat langsung cuma suka-suka berjualan dalam pejabat sambil-sambil lalu gitu ???? kalau di pejabat kita boleh lihat begitu ramai yang sanggup kesana kemari dengan membawa produk-produk yang hendak di jual walhal pada ketika itu waktu pejabat …….tanya kepada sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat barang apa yang tidak di jual dalam pejabat ??? ini macam dah jadi lumrah alam sesiapa sahaja akan mempunyai keinginan untuk menjual-jual di pejabat apatah lagi kebanyakkan pelanggan adalah mereka-mereka yang bekerja dalam bangunan itu  sahaja dan itu memudahkan bayaran di lakukan atau boleh di lakukan secara bayaran ansuran sahaja ……….dengan adanya kaedah bayar secara beransur-ansur ini satu keadaan di mana pelanggang boleh mengatur bayaran setiap bulan …….kerana itu lebih mudah jika di bandingkan perniagaan melalui internet namun siapa rajin berusaha rajin mengenal pasti cara yang paling mudah untuk memulakan perniagaan itu .

Kita sekarang sudah berada di tahun 2013 dah tinggal berapa hari sahaja lagi masuk tahun 2014, sebut tentang internet semua orang tahu tak kira pelajar sekolah atau sesiapa sahaja.  Internet bukan lagi suatu teknologi asing bagi rakyat Malaysia. Sejajar dengan itu, kesedaran untuk memulakan perniagaan internet juga semakin bertambah dalam kalangan golongan sederhana yang masih bekerja demi menyara keluarga dan juga mengatasi peningkatan kos sara hidup yang makin tinggi. Keadaan semakin mendesak jika hanya bergantung kepada gaji bulanan yang kadangkala habis belum pun sampai setengah bulan. Saban tahun pula ada sahaja berita kenaikan harga barang itu dan ini. Memulakan perniagaan internet adalah suatu langkah bijak menambah pendapatan. Mana tahu, dari kecil-kecilan anda mampu berniaga secara sepenuh masa dan berhenti kerja makan gaji.

Kelebihan utama perniagaan internet ialah sifatnya yang fleksible atau tiada ikatan batas tempat. Tak kira anda berada di mana sekalipun, selagi ada komputer dan internet, selagi itulah anda boleh bekerja. Ia juga bersifat mudah sedikit kerana tidak memerlukan ruang bangunan besar serba canggih, tidak perlu sewa stor penyimpanan, tidak perlukan kos buruh yang atau pekerja yang ramai, tidak perlu bahan mentah yang rumit, dan sebagainya. Apa yang perlu ialah ilmu, semangat dan kemahuan untuk berjaya. Ia adalah suatu persaingan yang adil untuk semua orang.  

Jika anda pernah terniat atau terfikir untuk mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan internet yang anda mampu kendalikan sendiri samada secara separuh masa (part-time) atau secara serius, maka laman ini akan memberi panduan dan idea terbaik secara asas demi membantu anda mengorak langkah menuju ke arah menjana pendapatan melalui perniagaan internet. Setiap apa yang disampaikan adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang penulis sendiri telah belajar dalam proses membina perniagaan di internet.

1- Persediaan fizikal asas - Sebelum memulakan perniagaan internet anda perlulah menyediakan perkara asas yang perlu seperti sebuah komputer riba (atau komputer meja) yang baik serta talian internet yang stabil. Tidak perlu yang paling mahal dan berjenama, cukup sekadar ianya membolehkan anda melakukan transaksi secara lancar dan tidak tersekat-sekat. Anda juga perlu tahu apa matlamat anda, memiliki azam yang jitu, serta semangat yang membara agar usaha anda tidak berkubur cepat dengan sedikit halangan. Ia penting agar ada tidak hanyut atau leka dengan perkara yang remeh-temeh seperti melayan laman sosial facebook atau melayari laman web berlibur tanpa membuat usaha melakukan perniagaan internet. Akibatnya masa terbuang namun usaha perniagaan entah di mana. Tanpa kesugguhan dan ketabahan, agak sukar untuk berjaya dalam perniagaan internet.

2- Ilmu perniagaan internet - Ya, anda perlu ada asas ilmu pemasaran, ekonomi, teknologi dan juga pengetahuan tentang barangan yang anda ingin jual. Bukanlah anda perlu jadi pakar komputer seperti Bill Gates, tapi anda perlu ada sedikit asas dan juga tahu selok-belok mudah membuat blog, mencari pasaran, membuat post yang bagus, serta tahu tempat yang betul untuk merujuk jika anda mengalami jalan buntu.

Asas ilmu untuk mencipta blog dengan SEO mantap agar blog anda mendapat rangking yang tinggi di Google adalah penting juga kerana ianya bakal memberikan anda aliran pelawat yang berkualiti dan bakal menjadi pelanggan anda.

Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat mustahak. Ia membantu anda membuat dan membaca blog yang bertaraf dunia. Bahasa-bahasa utama dunia yang lain amat penting juga  seperti bahasa Cina atau Arab. Dengan skill bahasa ini, kalau lah anda tak mampu menjual dengan baik, anda setidaknya boleh menjadi penterjemah atau penulis upahan seumpama di helium.com, itupun sudah menjaminkan sedikit hasil kepada anda.  

Carilah mentor yang telah berjaya yang banyak di Malaysia ini. Laburlah duit sedikit untuk belajar jika anda rasakan perlu. Banyak kursus pendek ada di negara kita terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Subang. Carilah kursus yang sesuai dengan tahap kemampuan anda dari segi kewangan dan juga kefahaman.

3- Mentor yang mantap - Mentor atau guru yang baik adalah  penting agar anda berusaha atas landasan yang betul. Banyak mentor yang bagus dalam bidang perniagaan internet di Malaysia seperti Irfan Khairi atau Fione Tan, sekadar menyebut beberapa nama. Anda boleh juga belajar secara maya dari blogger-blogger ternama bertaraf dunia seperti Pat Flynn, Steve Pavlina, Darren Rowse, Corbett Barr dan ramai lagi.          

Mentor yang baik akan mempercepatkan proses kejayaan anda kerana anda boleh belajar terus pengalaman mereka. Apa yang mereka buat yang betul anda terus saja buat. Apa yang mereka silap anda jadikan pedoman. Perniagaan internet bukanlah suatu yang mudah dan boleh berjaya dalam masa yang singkat. Ia juga perlukan komitmen tinggi, usaha, ketekunan dan fokus. Jangan hanya mengimpikan pendapatan lumayan jika tidak sanggup belajar menimba ilmu perihal selok-belok perniagaan internet secara mendalam.


Model Perniagaan internet yang bagus:
1. Perniagaan affiliate- Perniagaan ini adalah baik jika anda tidak ada produk, kekurangan modal atau idea sendiri untuk dijual. Melalui model perniagaan ini, anda menjadi penjual semula produk orang lain (reseller), setiap jualan yang berjaya, anda akan mendapat bayaran komisyen. Apa yang anda perlu buat ialah melakukan jualan sebanyak mungkin bagi pihak atau syarikat yang anda bersetuju menjadi affiliate. Banyak syarikat menjalankan model perniagaan ini dengan merekrut affiliate-affiliate yang boleh melakukan jualan secara konsisten dan bagus setiap masa. Anda tidak perlu buang masa cipta produk atau hantar produk (syarikat yang uruskan), anda hanya buat jualan, anda dapat komisyen. Jumlah komisyen pula bergantung pada syarikat mana yang anda jadi affiliate.   

2. Perniagaan produk anda sendiri- Jika anda memiliki produk sendiri yang bagus, maka anda tidak perlu berkongsi komisyen dengan sesiapa. Setiap jualan untungnya adalah milik anda 100 peratus. Untuk model perniagaan jenis ini anda perlulah memiliki produk kreatif dengan penjenamaan yang kuat atau kelebihan istimewa seperti penulis hebat yang mampu menjual e-book sendiri. Jika produk anda berbentuk fizikal dan menjadi permintaan hangat anda boleh menjual di laman web seperti Mudah.my atau e-bay.com. Contohnya jika anda memiliki barangan klasik seperti syiling lama, koleksi keris, atau cincin dan sebagainya anda bolehlah menjual di e-bay atau mudah.my. Ada yang menjual koleksi mainan kanak-kanak di e-bay dan menjual ke seluruh dunia. 

Jika ilmu blog anda sudah mantap, maka anda bolehlah mula membina laman web atau blog sendiri untuk menjadi kedai maya anda jika produk anda memang banyak dan mantap. Contoh platform blog yang mantap ialah wordpress.org. Ia lengkap dengan "plug-in" e commerce seperti penerimaan bayaran, katalog barangan serta bakul check-out yang memudahkan bakal pelanggan anda membeli dan membayar dengan selamat dan yakin.  

Antara contoh kedai maya perniagaan dari internet yang popular hari ini adalah seperti zalora.com (menjual pakaian) atau shashinki.com (menjual kamera). Jualan meraka adalah puluhan ribu setiap bulan. Jika anda tidak suka menjual barang secara fizikal pun tak mengapa, ada banyak cara lagi untuk menjana duit dari internet seperti menjadi penulis blog atau penterjemah. Jika anda fokus, serius dan professional, duit yang mampu anda jana memang lebih baik dari bekerja makan gaji.     

Dengan perniagaan produk anda sendiri, semua urusan syarikat perlulah anda uruskan sendiri, atau jika mengupah kakitangan bolehlah melancarkan lagi urusan anda. Yang penting, anda berhak 100 peratus ke atas keuntungan produk itu.

Anda perlulah membina laman web atau blog dengan server berhosting sendiri yang bagus, nama domain dot com sendiri, dan juga urusan penerimaan duit secara mantap dan telus seperti Pay Pal atau Maybank2u.com. Pelaburan awal untuk ini juga adalah mahal, terutama jika anda mengupah orang membina lama web dan juga urusan menyimpan, memindah serta mengepos stok ke seluruh dunia. Namun ianya berbaloi dan menguntungkan pada masa panjang. Anda perlulah keluarkan sedikit modal untuk membeli nama domain yang mantap - penting untk penjenamaan yang mantap, kos hosting setiap bulan serta kos-kos e commerce lain-lain yang anda perlukan.         

3. Perniagaan pengiklanan- Perniagaan ini ialah anda menjadikan blog anda sebagai medium untuk menyiarkan iklan. Konsepnya sama seperti iklan di televisyen. Bezanya ialah dengan blog yang memiliki audiens atau pembaca yang ramai, anda persembahkan kepada mereka selingan iklan berbayar. Yang penting iklan itu mestilah bersifat iklan, iaitu ia hanya sebagai sampingan kepada "isi utama". Dengan blog yang mantap dan memiliki ratusan ribu pembaca maka bolehlah anda selitkan iklan sedikit. Ianya perlu di klik oleh pembaca anda yang mana setiap "klik" akan memberikan anda sedikit bayaran tertentu. Makin banyak "klik" makin lumayanlah pendapatan anda. Tapi ingat, ia hanya untuk blog yang mantap dengan ribuan pembaca tetap. Jika blog anda kecil dan tiada pambaca tetap, janganlah berangan untuk berniaga bentuk ini kerana bukan semua orang sukakan "iklan". Model ini boleh anda sertai di program seperti Google Ad Sense atau pengiklan-pengiklan lain seperti infolinks.com. Untuk model perniagaan ini biasanya anda perlu menulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang memiliki ramai pembaca seperti Cina atau Arab.      

Contoh usahawan perniagaan internet yang berjaya di Malaysia:
Antara usahawan perniagaan internet yang telah berjaya di Malaysia ialah Ishak Basiran yang mengusahakan perniagaan BIO-ASLI melalui laman web BIO-ASLI, sebuah perniagaan berasaskan produk kampung sahaja iaitu minyak kelapa dara. Walaupun produk bertaraf kampung sahaja, namun ianya kini sudah menjangkau jualan ke serata dunia dan memberikan Ishak pendapatan yamg lumayan sekali. Laman web BIO-ASLI adalah sangat interaktif dengan maklumat produk yang jelas dan lengkap, pelan pemasaran yang bagus serta kemudahan urusan tempahan, pembayaran dan juga pelanggan boleh melihat sendiri tahap proses produk yang kita tempah dengan id POS LAJU setiap tempahan. Apa yang menarik, laman BIO-ASLI menerima tempahan serata dunia dengan produk yang semakin menjadi sebutan ramai.