Aduh, ya allah ya tuhanku.....ini lagi 30 minit
aku nak keluar office nih kete aku buat hal lagiiiii ........!!!!!!!!! tak
boleh start injin nih ?????.........Ampun, aku baru je repair awal bulan tahun
hari tuh pasal benda yang sama nih...ini jadi balik tak boleh start injin dari
tadi nih !!!!!.........dah lah aku blok kereta orang kejap lagi kereta depan
nih nak keluar dah nihhhh !!!!!...... apalagi yang rosak nih ???????...........tengah
aku kebinggungan 2 orang member office (lelaki) keluar nak tolong check
mana-mana yang tak kena ........ok deorang suruh aku start injin sementara
deoang tengok mana-mana yang tak kena ............tak..tak..tak...takkk
bunyi tuh beberapa kali eh tetiba injin tuh hidup plakkkkk dahhh !!!!!!!
................member aku 2 orang nih pun tak tahu apa masalah tetiba dah
boleh start injin tuh ............nak kata bateri dah kong aku baru tukar
bateri bulan Januari lepas takkan lah baru 12 bulan dah jahanam kot ?????
............ ok dah start injin aku pun nak keluar nak alihkan kereta tuh
....ya allah ya tuhanku, baru sahaja aku pusing streng tuh injin tuh mati balik
!!!!!! .............ah sudah nak buat camne nih ????? aku try start kat 10kali
tak berbunyik jugak injin tuh ..........apa nak jadi nih???? esok cuti Krismas
(25/12/2013) takkan aku nak tinggalkan kereta nih kat basement pejabat aku nih
???????......... ok aku start lagi dah aku ulang beberapa kali tak boleh
jugakkkkk ............dan kali ini member office aku yang lain palkkkk try
beberapa kali ....entah apa dia buat entah mase dia pijak-pijak minyak tuh
tetiba injin hidup balikkkkkk ................... tak ke gila ?????.....apa
sebenarnya penyakit kereta aku nih ....... alhamdulillah injin dah start balik
dahhhhh so aku alihkan kereta tu dulu sebab member nak keluar jadi aku park kat
tiang tuh ....... sebab aku kena naik balik untuk puncard keluar
............harap bile aku nak balik kejap lagi tak ada lah dia buat hal lagi sampai
aku selamat sampai rumah .............dalam pada tuh aku try cari mana-mana
info pasal masalah yang sama nih dan aku jumpa entri kat bawah nih ....
========================================
Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan
Asas-asas utama
kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.
Bateri
Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.
1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.
Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?
1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa
Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?
Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..
1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)
Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-
1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' .
(rujuk gambar)
Ketika kunci 'ON' |
Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku .
Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.
Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.
Alternator
Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.
Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.
Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.
Harus diingat juga jika enjin akan berbunyi kasar sedikit dengan penambahan aksesori yang banyak seperti video dibawah.