Semua orang suka berhutang-hutang namun hutang beli kereta paling terkenal mana taknya sebab semua berkeinginan nak memandu kereta kemana sahaja kita pergi dan kereta juga di jadikan lambang kejayaan seseorang dalam bidang kerjaya ...... dah ada kerja mesti nak beli kereta dahulu makayah pun memang selalu tanya hal yang sama jadi kita terdorong nak beli kereta dahulu dari benda-benda lain. Hari pertama berjaya beli kereta maka bermula lah hidup kita suka berhutang. Ada tak yang beli cash????? paling murahpun kereta kancil 850 tuh Rm25,000.00 adakah yang sanggup keluarkan duit tuh langsam banyak tuh???????.........kalau kita beli hutang kita cuma kena bayar pada bank Rm 230.00 sebulan dan duit gaji kita tuh yang kita dapat setiap bulan boleh kita agih-agihkan untuk benda lain. Bila dah berhutang maka 7/9 tahunlah jawabnya kita kena bayar setiap bulan selagi tak habis. Maka dari sana maka menjelma lah hutang lain yang sama waktu dengannya.
Tiga
jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup
bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi,
pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan. Kegilaan masyarakat
negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu
menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yang tertera di atas. Kegagalan
menguruskan hutang mengakibatkan 85,175 rakyat negara ini menjadi bankrap
ketika usia muda.Berikut adalah kes muflis di Malaysia. Sebanyak 85,175 kes
dari tahun 2007 hingga Mac 2012.Sewa beli kenderaan 21,796 kes, pinjaman peribadi
12,547 kes, pinjaman perumahan 12,098 kes dan pinjaman perniagaan 9,865 kes
(Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia).Bagi mereka yang sudah pun terjebak
dengan budaya meminjam dan berhutang ini, tidak ada jalan lain kecuali
melunaskan hutang mereka sekiranya tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan
pelbagai kerenah ceti haram dan ah long.Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
seseorang itu meminjam atau berhutang antaranya bermain judi tetapi ada juga
yang meminjam dan berhutang kerana hendak hidup mewah atau terpengaruh dengan
gaya hidup orang lain yang lebih mewah daripada mereka. Inilah masalahnya yang
sering melanda masyarakat kita, kalau tidak mampu untuk memiliki sesuatu dalam
hidup kita ini, usahlah membebankan diri dengan meminjam dan berhutang yang
akhirnya menjerat diri sendiri.
Terimalah
hakikat kemampuan gaji dan pendapatan kita serta hiduplah dengan sikap
sederhana (terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: Tidak akan
kekurangan orang yang hidup sederhana).Orang yang membelanjakan harta
dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan dan
berlebih-lebihan dan sudah tentu tidak akan kekurangan. Satu lagi sikap yang
perlu diamalkan ialah Qanaah iaitu cukuplah dengan apa yang ada, seperti kata
pepatah Melayu ukurlah baju di badan sendiri.Jangan sekali-kali terpedaya
dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa baik media elektronik
atau media cetak terutama sekali pada musim-musim perayaan yang menonjolkan
budaya hidup mewah, boros dan membazir yang semuanya berpaksikan kepada wang.Dalam
masyarakat kita, memang terdapat mereka yang suka meminjam wang, gemar hidup
bergaya lebih daripada kemampuan serta berbelanja lebih daripada pendapatan,
banyak orang kelihatan hidup senang walaupun pada hakikatnya kesenangan itu
berasaskan kepada hutang.
Satu
lagi amalan buruk di dalam masyarakat kita ialah membazir. Kini amalan membazir
di dalam masyarakat nampaknya tidak dibendung malah semakin dibiarkan. Perilaku
membazir ini dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk seperti membazir makanan,
aksesori dan hiasan diri, pembaziran di dalam rumah, membazir di dalam pakaian,
hiasan dan perabot rumah serta pejabat.Sehubungan itu, CAP menggesa pihak
berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah menularnya
budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara
ini.Pihak berkuasa juga digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang
disiarkan di dalam media massa itu tidak menggalakkan masyarakat ke arah budaya
hidup mewah, boros dan membazir.Masyarakat perlu dididik untuk mengamalkan cara
hidup sederhana, berjimat-cermat, tidak boros dan membazir di dalam hidup dan
menginsafi bahawa masih ada anggota masyarakat yang hidup di dalam kemiskinan
yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.