24 Januari 2014

KELANTAN DAH MUSIM SEJUK (17 darjah Celsius)


 Kalau kat US deorang terkejut disebabkan musim sejuk yang melampau-lampau sehinggakan banyak jalanraya di tutup dan penerbangan untuk ke US juga banyak yang dibatalkan tak kurang jugak lah di kawasan-kawasan di MESIR mereka semua dah seronok bermain salji di siang hari dan dulu pernah orang tanya adakah ada kemunkinan di Malaysia pun akan timbul sajli tiba-tiba.....oh, semua orang kata takkan munkin lah yang memang seumur hidup tak pernah ada salji...........bukan nak sebut pasal salji tetapi udara sejuk yang lain dari yang lain yang lain dari hari biasa-biasa yang nak di sebutkan sebenarnya.......contoh lah macam kat kampung saya nun jauh di Sungai Lui Hulu Langat kalau sebelah malam memang sejuk ........memang sejuk yang amat-amat sejuk kalau sya balik kampung memang sya akan bawak stokin tebal. Tentu ramai yang takkan percaya bahawa satu ketika ada negeri yang pertama yang akan di landa musim sejuk yang melampau dan sah memang dah ada dahhhhh .... Kuala Krai Kelantan penduduk-penduduk disana dah mula membeli baju-baju sejuk untuk di pakai setiap hari ....



 Kuala Krai: “Ketika tengah hari pun air paip sejuk macam air batu, apatah lagi waktu pagi. Saya terpaksa merebus satu periuk besar air untuk anak mandi pada waktu pagi.“Anak balik sekolah pada waktu tengah hari pun tak nak mandi sebab air masih sejuk,” kata suri rumah, Rosmanita Zainal Abidin, 42, dari Kampung Sungai Dala, Jalan Tualang, dekat sini, semalam.Rosmanita berkata demikian mengulas perubahan suhu di Kuala Krai yang dilaporkan menurun sehingga 17 darjah Celsius, kelmarin.Keadaan turut tidak berubah semalam apabila laman web Jabatan Meteorologi memaparkan suhu minimum di daerah itu adalah 17.5 darjah Celcius manakala suhu maksimumnya 30.1 darjah Celsius.
FotoKANAK-kanak dari Kampung Tualang, Kuala Krai memakai baju sejuk ketika berjalan ke kelas mengaji, semalam.

Menurut Rosmanita, cuaca sejuk itu berlaku sejak seminggu lalu dan dia mengakui ia satu pengalaman baru.
“Siang sejuk, malam lagilah sejuk. Setakat selimut biasa memang tak memadai, kena pakai selimut tebal dan kadang kala kena guna dua helai selimut tebal sebab sejuk sampai ke tulang,” katanya.Katanya, suaminya, R Azmi Jaafar, 48, yang menghidap angin ahmar sejak tujuh bulan lalu terpaksa dipakaikan dua helai baju selain menyelimutkannya dengan dua selimut tebal bagi mengelak dia kesejukan selain bimbang boleh menjejaskan kesihatannya.Seorang lagi penduduk, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata, cuaca sejuk kebelakangan ini membuatkan dia mengurangkan aktiviti luar terutama pada sebelah pagi.

“Sebelum ini saya suka berjalan mengelilingi kampung pada sebelah pagi, tapi dalam cuaca sejuk begini, saya lebih rela duduk dalam rumah.“Bukan setakat pagi, pada jam 5 petang pun sejuk, “ kata Mohamed yang kediamannya berhampiran Sungai Kelantan.Sementara itu, daerah Kota Bharu turut menyaksikan fenomena cuaca sejuk terutama apabila angin bertiup.Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi, suhu minimum di daerah ini ialah 20.2 darjah Celsius, manakala maksimum 28.2 darjah Celsius, semalam.

Penolong Pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kota Bharu, Mohd Zakri Abd Halim, 46, berkata, perubahan ketara dapat dirasainya terutama pada waktu petang.

                                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan dari sumber penduduk lain di Kalantan : http://mr-liey.blogspot.com


Subhana'Allah..Maha Suci Allah, Maha Pencipta yang mencipta bumi dan segala pergerakan di seluruh alam ini.

Kuala Krai, Kelantan kebiasaannya mengalami suhu purata sekitar 30-35 Celcius pada waktu siang dan purata pada 25-30 celcius pada waktu malam mengalami suhu sejuk sejak beberapa hari yang lalu. Seingat ambe, ambe perasan suhu sejuk ini sejak hampir 2 minggu yang lalu iaitu sekitar pada awal tahun iaitu bermula seawal 3 Januari lagi. Memula ambe ingat ini disebabkan musim banjir peringkat ke 2, tetapi tiada nya hujan lebat yang berlaku, hanya hujan renyai-renyai.

Sekitar 7 Januari 2014, tiada hujan namun suhu masih sejuk. Suhu sejuk masih terasa hingga sekarang. 

Akhirnya, ambe menjumpai jawapan yang dicari-cari. Terima kasih kepada My lovely bro, Abg Ami...Pada 21 Januari 2014, ambe ditunjukkan satu artikel dalam The Star Online oleh Jabatan Metareologi Malaysia yang mengatakan, suhu di Kuantan, Pahang, Sebahagian Kedah, Perlis termasuk Kelantan amnya terutamanya Kuala Krai khasnya. 

Mengikut Jabatan Metareologi, Kuala Krai mengalami suhu sejuk akibat perubahan monson yang biasa berlaku sebelum ini. Suhu sejuk ini sekitar 20-22 celcius. (Jadi betul le apa yang ambe alami sebelum ini).

Suhu di Kuala Krai akan jatuh pada tahap minimum iaitu pada 19 celcius yang akan berlaku dalam tempoh 2 hari lagi, iaitu pada esok, 24.01.2014. Suhu terendah yang sama macam suhu di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Jika mengikut pakar, suhu ini pernah berlaku sebelum ini dan adalah satu fenomena biasa.

Bagi diri ambe pula, sejak ambe tinggal di Kuala Krai, sejak dilahirkan pada tahun 1982, dan seingat ambe, ini kali pertama ambe alami. Jika pakar mengatakan pernah dan biasa berlaku, sejujur ambe katakan, tiada dalam ingatan ambe. Malah ambe bertanya juga pada Mama dan Abah, orang lama di Kuala Krai sejak zaman penjajah lagi, mereka juga tidak tahu dan tidak ingat bila keadaan ini berlaku.

Jika diikutkan oleh pakar antarabangsa yang ambe pernah baca artikelnya di dalam Sinar Harian, Malaysia mungkin akan mengalami suhu sejuk dan mungkin bersalji. Keadaan itu bakal berlaku sekitar diantara tahun 2040 atau 2050. 

Namun begitu, artikel ini dinafikan oleh pakar metareologi Malaysia yang mengatakan Malaysia masih terlindung di dalam kawasan Garisan Khatulistiwa. Tetapi, dengan apa yang telah terjadi pada Mesir, Vietnam dan Indonesia, ambe rasa Garisan Khatulistiwa ini bukan lagi sebagai ukuran. Malah ukuran ini dibuat oleh manusia sendiri. Segala apa yang berlaku, atas kehendak Nya. Kita berserah pada Allah S.W.T selaku pemilik dan pentadbir alam ini.

Ketika ambe menulis blog saat ini, memang sudah dilaporkan di media sosial, elektronik malah di berita arus perdana yang Vietnam mengalami salji buat kali pertama, Mesir turut mengalami salji buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun dan turut mengalami salji adalah Indonesia. Subhana'allah