Tips Penjagaan Kereta
Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya pemandu
kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak
stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila
seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan
dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi
perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya
tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran
sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan
jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi
masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa,
lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca
kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan
penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak,
biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang
dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran
atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan
jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam
(kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini
dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini
mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau
skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya
masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru
untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku
boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar
baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian,
jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan
lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau
kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau
kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga
menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan
bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar
dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya
pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh
terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod
gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang
boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan
mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk
mengatasinya.
Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah
Sebelum ini anda
mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga
200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat
bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat
makan petrol.Penggunaan petrol
yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan
bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara
tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia
mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis
pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi,
ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas
titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna
kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel
untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip
petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika
masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan
sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada
beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan
bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan
itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan
sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan
menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati
penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya
sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol
yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin
tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami
masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara
terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan
pelarasan enjin.
Selain itu, perkara
penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan
kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya,
menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear
seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan
mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang
berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia
membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping
teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi
20 peratus atau lebih.Di samping itu, anda
juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar
yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap
biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam
but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada
dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat
membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan
petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke
belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam
keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan
prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan
dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu
merancang jalan mana untuk ke destinasi.
Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu
tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat.
Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan
ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu
banyak membelok.Antara sebab keadaan
ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran
(alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan
minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada
sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang
kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan
dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan
pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan
dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan
tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem
pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang
harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan
bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat.
Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan.
Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng
sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian
mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai
kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan
di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke
sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk
mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya
terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama,
diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran
roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah
lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah
rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda
depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan
dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup
seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan
belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan
perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan
perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih
cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan
pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim
kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian
periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain
itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya
sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada
sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan
aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Sistem Brek
Seperti yang kita
tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita
berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.Kepada pemilik
kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang
mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp
ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek
original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda
abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli
haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan
pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di
tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan
kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan
kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia
tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek
terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak,
pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering
dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan
brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik
supaya brek berkesan.
Kereta Baru
Semasa service
pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk
pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua
angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek
tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata.
Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi
masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal
brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang
kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta
mekanik tukar.
Cara Penjagaan Sistem Brek.
1. Setiap sebulan
sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum
pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN
SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS
MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan
semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek.
Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam
'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem
saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana
yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat
merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat
kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal
dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik
memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini
mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang
dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah
minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk
kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum
di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai
sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya
mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan
sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang
diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat
kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada
boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya
cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik.
Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk
atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang
selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik
brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus
mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik
brek.
7. Untuk kereta
auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang
(biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa
pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda
ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat
kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan
syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku
disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap
kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni
bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin
(gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda
suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda
kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar
juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini
bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan
tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat
apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk
ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak
gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth,
tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis
petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana
peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan
mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila
kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang
tinggi untuk upahnya.