Pernah tak korang terfikir nak tanya kat oang Kelantan ke atau Terengganu kenapa
peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM)
amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu? Agak-agak deorang akan bagitau tak rahsia deorang ????
Satu
kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu
menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan
Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.
Ikan
Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang
sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus
untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama
kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan
mata.
Selain
rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti
mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan
serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.
Bagi
mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh
amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan
ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/
bubur nasi. So sejak 4/5 bulan lepas aku baca artikel nih sayapun dah mula gemar memasak ikan tongkol ni dengan perbagai-bagai gaya masakan ....kekadang saya buat goreng kicap, masak lemak kuning, masak kari ......hasilnya memang agak memeranjatkan sebab anak kelihatan menunjukkan banyak perubahan dalam perkembangan dalam pelajaran .............
kadang-kadang terfikir jugak kenapa lah dari dulu saya tak tahu khasiat ikan tongkol nih ini asyik masak ayam segala jenis masakan ayam tak tahu palkkkk ikan tongkol lagi bagus dari masak ayam ............harga ikan tongkol nih pun sebenarnya tak lah mahal benar pun sebenarnya ...biasanya yang had sedang tu harga Rm 5.00 seekor yang had besar tuh lebih kuranglah kalau dah di potong2 ......
gambar yg sebelah ni paling biasa kita masak kat umah ..........ah senang jek nak masak nya ikan tongkol nih ....goreng dulu lepas buh kicap, cili padi tu and then buh lah tomato kalo nak bagi sedap campor ngan sos tiram ...... satu lagi ikan tongkol tu kan nak bagi sedap lagi buh lah perasa lada sulah gitu atau apa je lah bagi sedap ...........isk, anak kita suka je makan ikan tongkol nih selalu nya sya akan masak ikan tongkol nih dalam sebulan tu ada lah 2 kali takkan sepanjang bulan plakkk nak makan ikan tongkol ni sya selang seli gak ngan menu lain ...........tapi yg pasti ikan tongkol tu memang patut kita amalkan makan selalu elok utk pertumbuhan otak anak ......
|
25 November 2014
Ikan tongkol dan khasiat nya .....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan