PUTRAJAYA
13 Feb. - Putrajaya, yang dibangunkan dengan penuh kecanggihan dan keindahan
kini diancam pemandangan comot oleh sikap segelintir penduduk yang menyidai
pakaian di balkoni rumah dan kawasan terdedah kepada pandangan umum.
Bandar
satelit kebanggaan negara dan dikagumi oleh dunia luar itu yang bakal menjadi
model baru kehidupan masyarakat Malaysia, seakan tercemar dengan pemandangan
sedemikian.
Selain
mencomotkan keindahan pemandangan keseluruhan Putrajaya, tindakan itu
sebenarnya mencerminkan sikap kurang prihatin masih wujud di kalangan penghuni
bandar tersebut, yang rata-ratanya pegawai dan kakitangan awam.
Tinjauan Utusan ke Putrajaya mendapati perbuatan menyidai pakaian di tempat yang
tidak sesuai, dilakukan secara ketara dan dikhuatiri berleluasa selepas ini.
Hampir di
semua pangsapuri yang telah didiami iaitu di Persint 8 dan 9, pakaian disidai
di balkoni atau di mana saja kawasan yang boleh menyidai pakaian - walaupun
tempat menyidai kain sebenar disediakan.
Berdasarkan
maklum balas penduduk, mereka tidak menggunakan penyidai khas yang disediakan
di ruang belakang rumah kerana dikatakan terlalu kecil dan tidak begitu
terdedah kepada cahaya matahari.
Di
kawasan kediaman rumah teres pula, sebahagian penduduk tanpa rasa bersalah
menyidai pakaian di palang pagar yang terletak berhampiran cerun di jalan utama
yang dilalui oleh kenderaan. Malah ada penduduk rumah teres ini tidak langsung
menggunakan ampaian tetap yang disediakan di kawasan lapang di belakang rumah.
Jika
keadaan ini berterusan, tidak mustahil Putrajaya akan menerima nasib yang sama
seperti pemandangan yang boleh dilihat di rumah-rumah pangsa dan kawasan
setinggan di seluruh negara.
Perancangan
teliti bertahun-tahun untuk membangunkan bandar satelit ini tidak seharusnya
menjadi `korban' kepada budaya dan sikap lama yang masih tidak berubah di
sebalik pemodenan.
Kini,
terpulang kepada para penduduk untuk membuat sedikit anjakan dalam budaya hidup
mereka atau melihat imej bandar kebanggaan negara tercalar di tangan mereka
sendiri.
Berdasarkan perangkaan penduduk yang masih sedikit, kira-kira 10,000
orang - masih ada ruang untuk Perbadanan Putrajaya melakukan sesuatu membaiki
keadaan..============================================
"Dah lama dah citer nih kitaorang memang selalu dapat surat amaran dari tuan punya kuaters di Putrajaya nih ......sidai baju di balkoni adalah satu kesalahan tetapi Perbadanan sendiri yang tahu salah mereka sendiri kenapa ruang sidai baju yg mereka sediakan terlalu kecil ...........cuma boleh muat dalam berapa helai baju jek kalau kami menggunakan penyangkut baju keberangkalian baju memang tak kering selama 2/3 minggu ...........bukan tak nak ikut arahan ruang sidai kain yang ada di setiap rumah disana hanya boleh muat sidai seluar dalam dengan baju dalam sahaja ................. siapa yang sanggup nak pakai baju basah setiap hari ????? nak beli mesin pengering mahal tu bukannya murah mesin tuh ..... gaji kakitangan kerajaan banyak manapun dah lah harga makanan kat sini mahal takkan kitaorang nak beli mesin tu pulkkkk .................kenapa dari awal lagi waktu pembinaan Putrajaya nih tak plan awal-awal sepatutnya wajib ada ruang khas untuk sidai baju ............sepatutnya setiap blok arpartment tu di sediakan satu mesin pengering mahal macam yang laundry guna tu bukan nak menyalahkan penghuni kuaters pulkkkkk ...............lagi satu hal kenapa bangunan tempat tinggal di bina berdekatan dengan pejabat ????????? kalo dah tahu akan ada aktiviti menyidai kain tu sepatutnya rumah kakitangan nun sepatutnya dekat kawasan jauh sana nun di Presint 11 sana nun tetapi arpartment di Phase 4,8,9 dan 12 semuanya terletak di tepi jalanraya utama yang mana menjadi laluan utama kenderaan yang masuk ke arah Putrajaya .............takkan nak halau kitaorang keluar kuaters disebabkan masalah sidai baju punya hal kan ????? ......
ataupun yang jenis ini .............. |
Kalau yang jenis begini ok jugak kan ...... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan