07 Disember 2017

Espisod Selepas SPM - Kerja Sambilan Aje



Hari terakhir anak aku habis exam SPM ialah hari Khamis 22/11/2017 last sekali subjek Ekonomi lepas tu aku nampak anak aku dah mula merdeka dari semua benda …kasut main campak je merata-rata buku main lambak je atas meja ….sepertimana yang aku rancang daripada awal lagi aku dah bagitahu dia lepas shj SPM jangan lagi duduk melepak kat rumah dan itu adalah masa untuk mencari kerja sambilan dan kerja apa sahaja asalkan halal …aku cakap dengan anak aku dulu ibu lepas sahaj SPM ibu terus mintak kerja kilang yang berdekatan dengan kampung itu sebuah kilang memproses bulu biri-biri MTM yang terletak di Semenyih iaitu kira-kira 30minit dari rumah…disana aku kerja selama 4 bulan sahaja dengan gaji hanya rm 180.00 sebulan pada waktu itu. Bagi aku jumlah itu memang besar sekali pada tahun itu pada tahun 1984 dan dengan duit sebanyak itu aku dah boleh bantu mak bayar bil dan beli barang-barang dapur …so bila aku ada sekarang ini dan anak ak udah besar ….aku pun nak anak aku  ikut jejak aku lepas SPM wajib kerja …buat apa duduk melepak kat rumah main game 24jam kalo kerja dapat gak duit beli topup hphone …..tak ada lahh asyik mintak duit aku aje kerja !!!!! …..

Jadi sebelum habis SPM lagi aku dah cari kerja untuk anak aku tapi bila aku cakap kerja tu kerja apa dia tak nak pulakkkkk … ok taka pa kalao dia nak cari sendiri dulu kerja yang dia suka nak buat ….jadi dirumah anak aku dah mula berperang dengan aku yang dia tak nak kerja yang aku dah cari utk dia ….. tapi dia nak kerja yang dia sendiri cari dan paling gila nak gaji banyak rm1500.00………… “gila dia ingat senang nak cari kerja dgn gaji banyak tu !!!! … “banyak berlagak nak gaji banyak dia sendiri tak tahu dia boleh buat kerja ke tidak !!!!! ………..kat rumah nak mintak tolong sikit pun payah selalu nampak berkira sangat kalo nak mintak tolong apa-apa benda kat rumah..duk kat umah sendiripun macam duk umah orang !!!!!!…... berkira sangat ….tolonglah buang sampah ke pa ?? cuci pinggan mangkuk sapu rumah kemas rumah lipat kain sejuk gak mata aku ini tidak jadi bos kat rumah. 

So aku dah cakap dengan anak aku yang dia wajib pergi kerja selepas SPM sebab dia dah besar panjang dan dah boleh bekerja lagipun rugi besar duduk bandar canggih gila begini rupa dekat dengan rumah ni bersepah kalau nak…nak jadi tukang masak berderet restoran berdekatan dengan rumah, nak jadi pekerja pam minyak pun ada dekat rumah, nak jadi pembuat kek pun ada kedai kek yang berdekatan dan yang pasti aku dah cakap dia wajib kerja lepas SPM………….senang aku kalau dia pergi kerja baru dia rasa susahnya carik duit selama ini aku ikut shj kehendak dia apa dia nak aku ikut je walaupun perit dlam otak aku ni …nak hphone tak nak yg murah nak yang mahal ..asyik mintak duit topup dah kerja pandai ko lah heh …..

Hari tu hari Sabtu 2/12/2017 iaitu 4 hari selepas habis SPM aku cakap dengan anak aku ………”adik, ibu dah ambik borang kerja ni untuk adik satu kerja kat 7 Eleven, satu lagi kerja kat Dominos satu latu pasaraya MERO MARKET, dan satu lagi jadi pengawal keselamatan yang dah lama aku booking dah tapi anak aku taknak …dia plakkk bagitahu aku dia nak kerja kat catering jadi waiters tapi bila aku tanya dia dngn kawan dia baru nak memohon kerja tu jadi aku cakap dengan anak aku dia tak payah nak tunggu kawan kalo nak kerja …aku bawak dia pergi hantar borang kerja tu kat Dominos dengan harapan anak aku di terima kerja ….sampai di Dominos tu keadaan kat sana nampak macam begitu sebok sekali aku tetap sabar menunggu supervisor itu dan dia bagitahu suh datang esok jadi esoknya aku datang sekali lagi dgn anak aku …..alhamdulillah lepas interview tu anak aku kena ambik injection kat klinik sebab dia dapat bahagian penyediaan makanan …hah lega aku aku akhirnya dapat kerja tuh jadi aku terus bawak anak aku pergi klinik yg berdekatan untuk ambik injection …..


Pepagi lagi hari tu hari Ahad 3/12/2017 – dia kelihatan begitu bersemangat sekali nak pergi kerja …hari pertama anak aku menceburkan diri dalam dunia kerjaya sebagai tukang masak pizza di sebuah organisasi makanan segera terkemuka di dunia iaitu DOMINO’S …tempat kerja dekat dengan rumah boleh jalan kaki ….ulang suara boleh jalan kaki cuma berapa meter shj dari rumah kitaorang…jadi dah dapat lega ya allah rasa hati anak dah dapat kerja lepas ini suka hati dia lah nak buat apa dengan duit gaji dia tuh…dia nak beli handphone ke nak beli baju ke nak beli bahan pencuci muka dia yang macam2 tuh …………………………..yang pasti dah dapat kerja dan dengan ini dia dapat pengalaman bekerja dan tahu begaimana menceburkan diri dalam dunia pekerjaan …….sepanjang hari anak tiada dirumah kerana mula bekerja aku rasa cukup selesa…selesa sebab aku tak sakit mata lagi sebab sebelum ini dia 24jam main game yg cukup menyakitkan mata aku. Aku berdoa pada allah anak aku boleh bertahan sepanjang hari ini bekerja sebagai tukang masak pizza yang sudah pasti disukai nya kerana dia memang pernah memberitahu aku yang dia minat bidang masak memasak so aku sedaya upaya usaha utk anak aku dapat kerja tu ….jadi caranya macam biasa pergi sendiri kat tempat tu tanya dulu ada kerja kosong ke tidak kat tempat tu ….bila aku pergi sana orang sana suruh isi borang dulu jadi aku isi borang dulu ….dan kena ambik gambar passport untuk tampal kat borang tuh ….hah anak aku dah lama tak ambik gambar passport jadi aku ajak anak aku pergi ambik gambar passport kat kedai gambar dah tu isi borang tu semua kemudian aku sendiri dengan anak pergi hantar borang itu…aku harap mana tahu anak aku kena interview terus …alhamdulillah rezeki anak aku agaknya hari itu interview hari itu jugak dapat kerja tuh….rasa nak melompat aku..anak aku dah dapat kerja tuh !!!!

 
INI DOMINO'S YANG ADA KAT LUAR NEGARA .....

  Ini lah tempat kerja anak aku yang pertama DOMINO’S jadi tukang masak pizza…..mulai hari itu aku asyik selak satu persatu semua hal berkenaan dengan Domino’s dari latar belakang company itu sehingga lah kepada semua produk-produk makanan keluaran company itu…alhamdulullha….syaukur aku kepada allah yang maha esa rezeki anak aku dapat kerja itu satu kerja yang begitu mencabar sekali sebagai tukang masak pizza dan dengan pelanggan yang begitu ramai seluruh dunia. Ini ia sebuah company besar Food Delivery Franchising Restaran dan mula beroperasi pada tahun 10 June 1960 di sebuah bandar di Ypsilanti, Michigan Amerika Syarikat oleh orang yang bernama JAMES MONAGHAN DAN TOM MONAGHAN. Company ini mempunyai ibu pejabat di Domino’s Farms Ann Arbor, Michigan Amerika Syarikat yang mempunyai produk makanan seperti Pizza, Pasta dan Submarine Sandwishes dan sekarang ini Dominos sekarang ini mempunyai pekerja seramai 260,000 pada tahun 2016…yang tahun ini tahun 2017 entah berapa juta entah pekerja dia dan termasuklah nama anaka aku dah jadi pekerja dia tahun ini ….Company ni menggunakan nama DOMINO’S PIZZA INC pada tahun 1965. Alhamhamdulillah anak aku salah seorang yang bertuah dapat bekerja dalam sebuah syarikat terbesar di dunia ini sebagai tukang masak pizza ….bukan senang nak dapat jadi tukang masak pizza tuh lagipun dia tak pernah pun belajar buat pizza kat rumah yg cuma dia ada belajar cuma ayam goreng ,nasi goreng, mee goreng ….

 So episode cari kerja lepas exam SPM dah tamat Cuma bertahanlah dengan berbagai kerenag manusia yang berada dalam dunia kerjaya…aku dah bagitahu kena datang awal jangan ponteng kerja jangan suka melawan ketua jangan memandai-mandai buat kerja tanpa arahan, janagn sombong hormat orang jangan suka meyombong jangan suka berlagak padnai dan jangan suka cari pasal dengan orang dan janagn sombong dah dapat kerja company besar amca tuh….ib udah cakap jangan bagitahu kawan-kawan kelas adi kdah dapat keraja tuh walhal aku yang dah banyak bagitahu member offive anak aku kerja sambialn kat sana……………

SO ini lah tempat kerja pertama anak bujang aku selepas SPM ....tempat ini berdekatan dengan rumah kami jadi senang dia nak pergi kerja tak payah nak bersusah payah ...nak makan nasi balik je kat rumah kalau dah muak asyi luch dengan pizza setiap hari ...yang penting dapat kerja tu kerja lah dengan ikhlas dan penuh bersemangat dan penuh didikasi jangan suka melawan ketua dan jangan perangai buruk sepanjang bekerja disana .................ingat ini duit hasil titik peluk adik sendiri .....
Mula dari dapat kerja pada 3/12/2017 bermula pada hari itu anak aku kena hafal semua bahan-bahan nak memasak berbagai jenis pizza yang ada di bawah produk DOMINOS


Ini lah baju uniform yang anak aku dapat selepas berjaya temuduga dengan Dominos Presint 8 Putrajaya ....dengan ini sah lah anak aku jadi tukang masak pizza yang orang sana panggil kerja bahagian insider (bahagian dapur/makanan) dan bukan rider (penghantar pizza yang guna motosikal tuh....)