Hari terakhir anak aku habis exam SPM ialah hari Khamis
22/11/2017 last sekali subjek Ekonomi lepas tu aku nampak anak aku dah mula
merdeka dari semua benda …kasut main campak je merata-rata buku main lambak je atas
meja ….sepertimana yang aku rancang daripada awal lagi aku dah bagitahu dia
lepas shj SPM jangan lagi duduk melepak kat rumah dan itu adalah masa untuk
mencari kerja sambilan dan kerja apa sahaja asalkan halal …aku cakap dengan
anak aku dulu ibu lepas sahaj SPM ibu terus mintak kerja kilang yang berdekatan
dengan kampung itu sebuah kilang memproses bulu biri-biri MTM yang terletak di
Semenyih iaitu kira-kira 30minit dari rumah…disana aku kerja selama 4 bulan
sahaja dengan gaji hanya rm 180.00 sebulan pada waktu itu. Bagi aku jumlah itu
memang besar sekali pada tahun itu pada tahun 1984 dan dengan duit sebanyak itu
aku dah boleh bantu mak bayar bil dan beli barang-barang dapur …so bila aku ada
sekarang ini dan anak ak udah besar ….aku pun nak anak aku ikut jejak aku lepas SPM wajib kerja …buat apa
duduk melepak kat rumah main game 24jam kalo kerja dapat gak duit beli topup
hphone …..tak ada lahh asyik mintak duit aku aje kerja !!!!! …..
Jadi sebelum habis SPM lagi aku dah cari kerja untuk anak aku
tapi bila aku cakap kerja tu kerja apa dia tak nak pulakkkkk … ok taka pa kalao
dia nak cari sendiri dulu kerja yang dia suka nak buat ….jadi dirumah anak aku
dah mula berperang dengan aku yang dia tak nak kerja yang aku dah cari utk dia …..
tapi dia nak kerja yang dia sendiri cari dan paling gila nak gaji banyak
rm1500.00………… “gila dia ingat senang nak cari kerja dgn gaji banyak tu !!!! … “banyak
berlagak nak gaji banyak dia sendiri tak tahu dia boleh buat kerja ke tidak
!!!!! ………..kat rumah nak mintak tolong sikit pun payah selalu nampak berkira
sangat kalo nak mintak tolong apa-apa benda kat rumah..duk kat umah sendiripun
macam duk umah orang !!!!!!…... berkira sangat ….tolonglah buang sampah ke pa
?? cuci pinggan mangkuk sapu rumah kemas rumah lipat kain sejuk gak mata aku
ini tidak jadi bos kat rumah.
So aku dah cakap dengan anak aku yang dia wajib pergi kerja
selepas SPM sebab dia dah besar panjang dan dah boleh bekerja lagipun rugi
besar duduk bandar canggih gila begini rupa dekat dengan rumah ni bersepah
kalau nak…nak jadi tukang masak berderet restoran berdekatan dengan rumah, nak
jadi pekerja pam minyak pun ada dekat rumah, nak jadi pembuat kek pun ada kedai
kek yang berdekatan dan yang pasti aku dah cakap dia wajib kerja lepas
SPM………….senang aku kalau dia pergi kerja baru dia rasa susahnya carik duit
selama ini aku ikut shj kehendak dia apa dia nak aku ikut je walaupun perit
dlam otak aku ni …nak hphone tak nak yg murah nak yang mahal ..asyik mintak
duit topup dah kerja pandai ko lah heh …..
Hari tu hari Sabtu 2/12/2017 iaitu 4 hari selepas habis SPM
aku cakap dengan anak aku ………”adik, ibu dah ambik borang kerja ni untuk adik
satu kerja kat 7 Eleven, satu lagi kerja kat Dominos satu latu pasaraya MERO
MARKET, dan satu lagi jadi pengawal keselamatan yang dah lama aku booking dah
tapi anak aku taknak …dia plakkk bagitahu aku dia nak kerja kat catering jadi
waiters tapi bila aku tanya dia dngn kawan dia baru nak memohon kerja tu jadi
aku cakap dengan anak aku dia tak payah nak tunggu kawan kalo nak kerja …aku
bawak dia pergi hantar borang kerja tu kat Dominos dengan harapan anak aku di
terima kerja ….sampai di Dominos tu keadaan kat sana nampak macam begitu sebok
sekali aku tetap sabar menunggu supervisor itu dan dia bagitahu suh datang esok
jadi esoknya aku datang sekali lagi dgn anak aku …..alhamdulillah lepas
interview tu anak aku kena ambik injection kat klinik sebab dia dapat bahagian
penyediaan makanan …hah lega aku aku akhirnya dapat kerja tuh jadi aku terus
bawak anak aku pergi klinik yg berdekatan untuk ambik injection …..
Pepagi lagi hari tu hari Ahad 3/12/2017 – dia kelihatan
begitu bersemangat sekali nak pergi kerja …hari pertama anak aku menceburkan
diri dalam dunia kerjaya sebagai tukang masak pizza di sebuah organisasi
makanan segera terkemuka di dunia iaitu DOMINO’S …tempat kerja dekat dengan
rumah boleh jalan kaki ….ulang suara boleh jalan kaki cuma berapa meter shj
dari rumah kitaorang…jadi dah dapat lega ya allah rasa hati anak dah dapat
kerja lepas ini suka hati dia lah nak buat apa dengan duit gaji dia tuh…dia nak
beli handphone ke nak beli baju ke nak beli bahan pencuci muka dia yang macam2
tuh …………………………..yang pasti dah dapat kerja dan dengan ini dia dapat pengalaman
bekerja dan tahu begaimana menceburkan diri dalam dunia pekerjaan …….sepanjang
hari anak tiada dirumah kerana mula bekerja aku rasa cukup selesa…selesa sebab
aku tak sakit mata lagi sebab sebelum ini dia 24jam main game yg cukup
menyakitkan mata aku. Aku berdoa pada allah anak aku boleh bertahan sepanjang
hari ini bekerja sebagai tukang masak pizza yang sudah pasti disukai nya kerana
dia memang pernah memberitahu aku yang dia minat bidang masak memasak so aku
sedaya upaya usaha utk anak aku dapat kerja tu ….jadi caranya macam biasa pergi
sendiri kat tempat tu tanya dulu ada kerja kosong ke tidak kat tempat tu ….bila
aku pergi sana orang sana suruh isi borang dulu jadi aku isi borang dulu ….dan
kena ambik gambar passport untuk tampal kat borang tuh ….hah anak aku dah lama
tak ambik gambar passport jadi aku ajak anak aku pergi ambik gambar passport
kat kedai gambar dah tu isi borang tu semua kemudian aku sendiri dengan anak
pergi hantar borang itu…aku harap mana tahu anak aku kena interview terus
…alhamdulillah rezeki anak aku agaknya hari itu interview hari itu jugak dapat
kerja tuh….rasa nak melompat aku..anak aku dah dapat kerja tuh !!!!
Ini lah tempat kerja anak aku yang pertama DOMINO’S jadi
tukang masak pizza…..mulai hari itu aku asyik selak satu persatu semua hal
berkenaan dengan Domino’s dari latar belakang company itu sehingga lah kepada
semua produk-produk makanan keluaran company itu…alhamdulullha….syaukur aku
kepada allah yang maha esa rezeki anak aku dapat kerja itu satu kerja yang
begitu mencabar sekali sebagai tukang masak pizza dan dengan pelanggan yang
begitu ramai seluruh dunia. Ini ia sebuah company besar Food Delivery
Franchising Restaran dan mula beroperasi pada tahun 10 June 1960 di sebuah bandar
di Ypsilanti, Michigan Amerika Syarikat oleh orang yang bernama JAMES MONAGHAN DAN
TOM MONAGHAN. Company ini mempunyai ibu pejabat di Domino’s Farms Ann Arbor,
Michigan Amerika Syarikat yang mempunyai produk makanan seperti Pizza, Pasta
dan Submarine Sandwishes dan sekarang ini Dominos sekarang ini mempunyai
pekerja seramai 260,000 pada tahun 2016…yang tahun ini tahun 2017 entah berapa
juta entah pekerja dia dan termasuklah nama anaka aku dah jadi pekerja dia
tahun ini ….Company ni menggunakan nama DOMINO’S PIZZA INC pada tahun 1965.
Alhamhamdulillah anak aku salah seorang yang bertuah dapat bekerja dalam sebuah
syarikat terbesar di dunia ini sebagai tukang masak pizza ….bukan senang nak
dapat jadi tukang masak pizza tuh lagipun dia tak pernah pun belajar buat pizza
kat rumah yg cuma dia ada belajar cuma ayam goreng ,nasi goreng, mee goreng ….
So episode cari kerja lepas exam SPM dah tamat Cuma bertahanlah
dengan berbagai kerenag manusia yang berada dalam dunia kerjaya…aku dah
bagitahu kena datang awal jangan ponteng kerja jangan suka melawan ketua jangan
memandai-mandai buat kerja tanpa arahan, janagn sombong hormat orang jangan
suka meyombong jangan suka berlagak padnai dan jangan suka cari pasal dengan
orang dan janagn sombong dah dapat kerja company besar amca tuh….ib udah cakap
jangan bagitahu kawan-kawan kelas adi kdah dapat keraja tuh walhal aku yang dah
banyak bagitahu member offive anak aku kerja sambialn kat sana……………
Mula dari dapat kerja pada 3/12/2017 bermula pada hari itu anak aku kena hafal semua bahan-bahan nak memasak berbagai jenis pizza yang ada di bawah produk DOMINOS |
Ini lah baju uniform yang anak aku dapat selepas berjaya temuduga dengan Dominos Presint 8 Putrajaya ....dengan ini sah lah anak aku jadi tukang masak pizza yang orang sana panggil kerja bahagian insider (bahagian dapur/makanan) dan bukan rider (penghantar pizza yang guna motosikal tuh....) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan