26 Februari 2018

Remy Ayob, Pemuda Sungai Lui Hulu Langat Selangor Catat Rekod Dunia 2018 Berbasikal Solo Tanpa Tajaan




Menatap akhbar New Strait Times (NST) online pada 25 Februari, 2018 pada waktu hampir magrib itu memang sungguh membuat aku gembira tak terhingga kerana detik-detik cemas sepanjang beberapa bulan sebelum ini akhirnya berhasil membuahkan satu kejayaan paling besar dalam sebuah keluarga  disebuah perkampungan jauh di Sungai Lui Hulu Langat Selangor dan apa yang terjadi dia telah mencipta rekod dunia berbasikal solo tanpa tajaan dari mana-mana pihak hanya semata-mata yakin pada allah yang maha berkuasa yang akan menyembuhkan satu jenis penyakit yang jarang disebut orang kecuali pada penyelam-penyelam dalam dasar laut  yang disebabkan oksigen yang digunakan oleh para penyelam gagal berfungsi dengan baik ketika itu. Puas jugak aku search kat Google apa jenis penyakit yang sering dialami oleh penyelam dalam dasar laut yang mana di tanggung oleh anak saudara aku Remy anak kepada kakak saudara kandung aku Rahmah Musa itu. Itu ialah sejenis penyakit paru-paru  yang mana kegagalan oksigen berfungsi menyebabkan penyelam mengalami kekejagan akibat daripada nitrogen yang telah masuk kedarah dalam bentuk buih-buih yang akan memperlahankan danyutan jantung seseorang. 

Jadi dengan cara bersukan lasak akan mengeluarkan peluh yang akan menyelamatkan diri seseorang maka dengan itu anak muda dari perkampungan Sungai Lui Hulu Langat, Selangor itu nekad untuk berbasikal seorang diri semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri dari maut walaupun ada cara moden yang boleh menyelamatkan beliau dari kematian tetapi dengan perbelanjaan yang begitu tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Pantang ajal sebelum maut dan itulah yang menjadi prinsip hidupnya ketika melewati setiap batu persegi yang terpaksa dilaluinya walaupun tanpa wang yang mencukupi dalam saku untuk makan dan minum dan berteduh.

Lalu apa yang aku lakukan ialah menggunakan prinsip ukhwah sesama manusia dan nilai-nilai persahabatan dalam kehidupan manusia sebagai cara untuk membantunya memberi sokongan moral yang bukan berbentuk wang ringgit yang mampu dijadikan bahan bantuan disepanjang perjalanan nya merentasi gunung ganang di sepanjang benua Eropah itu. Melalui nilai-nilai persahabatan aku berhubung dengan En. Shahrum yang merupakan duta di Kedutaan Malaysia di Burgaria mengharapkan bantuan ikhsan dari segi moral dan apa sahaja jenis bantuan sebagai menusia untuk memantau perjalanannya disetiap inci tanah yang dilaluinya sehingga sampai ke destinasi terakhirnya iaitu United Kingdom.
  











Tiada ulasan: