28 Januari 2013

Pagi itu aku dengan tenang memandu kereta kepejabat dan nampaknya aku kena keluar awal sebab nak kena cari parking kereta....ini yang menyebabkan aku malas nak bawak kete kepejabat tapi pagi tu aku rasa pening-pening sikit lagipun sehari sebelum itu aku dah MC satu hari sebab tak sehat. Kalau member-member aku dah lama subuh-subuh lagi kepejabat yang hanya terletak sejauh 3km dari rumah tapi aku sejak beberapa tahun ini aku tak mahu ambil risiko terpaksa bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi dan tergegas-gesa nak hantar anak kesekolah dan mengharungi jalanraya yang sesak setiap pagi untuk menghala kesekolah dan kemudian bergegas kepejabat,... mana-mana yang mengambil waktu bekerja pukul 7.30pagi dan akan berakhir pukul 4.30pagi. Dah 11tahun aku menjadi penghuni Putrajaya ini yang menyaksikan masalah parkir kereta baik di pejabat apatah lagi  kawasan rumah. Nak tunggu pak menteri mana yang nak menyelesaikan masalah itu namun bagi aku lebih baik aku mengalah sahaja dengan tidak membawa kereta kepejabat dan beli sebuah motosikal untuk berulang alik kepejabat setiap hari. 

Pagi itu sesampai aku di pejabat aku parkir kereta di sebuah parkir khas untuk staff yang tertulis SPA tapi dah waktu gitu dah pukul 8.15pagi itu bermakna parkir itu si penghuninya tak datang atau pergi kursus agaknya ....jadi aku dengan tawakalnya meletak kereta itu disana dan aku tinggalkan h/phone no aku untuk dihubungi kalau tuan punya parkir itu nak komplein apa-apa sebab aku dengan sengajanya  parking dia tuh. Memang itulah salah satu dari cara supaya adil bagi pengguna kereta di kawasan Kompleks C di Presint 1 Putrajaya itu dengan cara parkir yang ada itu di bahagikan kepada mana-mana pegawai-pegawai yang tak ada parkir dalam bangunan, namun itu tidak menyelesaikan masalah itu kalau di pejabat aku sendiri aku kat 1000 orang staff parkir kereta masih tak mencukupi jugak. Namun usaha pihak Perbadanan Putrajaya supaya orangramai menggunakan bus untuk kepejabat masih kurang sambutan. 

Pada pendapat aku la yang tak seberapa ni apasalahnya Perbadanan Putrajaya menggunakan kawasan yang sedia ada itu iaitu dibahagian belakang Kompleks C itu yang begitu luas yang hanya tumbuh-tumbuhan sahaja yang hidup disana itu di jadikan kawasan parkir kereta????....lihat sahaja belakang Kementerian Sains dan Alam Sekitar tu seluas mata memandang yang hanya ada pokok kelapa hiasan yang ada di kawasan itu dan begitu juga di bahagian hadapan bangunan JPA, SPA, Peguam Negara dan Jabatan Perangkaan. Beberapa bulan yang lepas ada kaji selidik tentang masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu diadakan..."pelik betul dah bertahun-tahun masalah itu berlaku masih lagi nak kaji mengkaji lagi ???? .....ramai yang kata JPA yang salah sebab JPA selalu ada temuduga untuk pemohon kerja yang akan datang temuduga disana....sekali fikir betul jugak tu kenapa tak mahu guna Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) itu sebagai tempat temuduga walhal memang sesuai tempat sebegitu besar dijadikan tempat temuduga....atau temuduga di lakukan pada hari cuti macam hari Sabtu ke atau hari Ahad????....atau staff tak sanggup nak datang pejabat hari cuti ????? apa-apa hal sepatutnya masalah kesesekan lalu lintas di kawasan itu harus diselesaikan dengan segera.....

Alangkah best kalau pegawai-pegawai naik motosikal kepejabat atau naik basikal kannn ???...."ah, takkan pegawai nak naik motosikal tentu tak manis dipandang orang dan tentu rasa malu nak bawak motosikal...itulah hakikatnya manusia jika sudah menjadikan kereta sebagai lambang keselesaan dan kesenangan hidup tentu mereka takut di perkatakan orang jika menggunakan motosikal ke pejabat. Jadi orang melayu ni kena ubah pemikiran masing-masing jangan asyik dengan falsafah sebegitu rupa sehingga dalam satu keadaan falsafah sebegitu seolah-olah tidak sesuai lagi pada zaman kini.

Tapi kalau orang macam aku orang tak pandang punnnn ....naik motosikal ke naik bus orang tak pernah kisah langsung jadi aku bebas membuat pilihan sendiri naik naik apa kepejabat setiap hari...tetapi biasalah mulut orang-orang yang suka memandang hina ini memang tak boleh nak di ubah. Elok je dia nampak kita bawak kereta dia berani cakap gini " lah ingatkan awak tak de kereta apasal naik moto gi office ??????.....itu maknanya tak kira seseorang pegawai besar ke pegawai kecik ke namun motosikal tetap di pandang orang sebagai pengangkutan "low class".........tapi bagi aku daripada puncard aku asyik merah setiap hari atau asyik nak membodek member tukang tolong puncard setiap hari baik aku naik bus ke naik motosikal kepejabat !!!!............ade aku kesah ????? sampai bila kita nak menipu dah memang kita yang tak mahu berubah sampai bila kita nak menyusahkan kawan pejabat tukang puncard ???? ....tak ada ke rasa kesihan asyik mintak cover line setiap hari????.....apakah ini budaya yang mana sebelum aku kerja ngan kerajaan aku langsung tak tahu bahawa kalau datang lewat kepejabat dengan berbaik-baik dengan orang akan membantu untuk tolong pucard masuk kerja ????...."ah, memang patutlah bila aku sendiri dah join dengan kerajaan aku dapat menyaksikan semua tabiat itu dan aku bersyukur kepada ALLAH semangat aku tetap sukar untuk terpengaruh dengan budaya itu....kalau kita dah terbiasa maka kata orang dah tegal biasa dah lali buat muka selamba datang pejabat lewat walhal ada orang tukang puncard masuk ????......

Tiada ulasan: