Saya agak kurang senang sistem ‘Band'(Band I-IV) digunakan di sekolah untuk menilai pelajar-pelajar.Ini kerana, sistem ini telah member peluang kepada segelintir guru-guru sekolah untuk tidak berlaku adil. Sebagai contohnya, ada dikalangan mereka hanya memberi Band yang bagus untuk anak-anak guru (iaitu anak-anak rakan mereka sahaja.

Saya difahamkan, penggunaan Band ini bukan sahaja untuk menilai dari segi pelajaran malah, ia digunakan untuk menilai segala aktiviti atau penglibatan murid-murid di sekolah. Hal ini juga boleh menyebabkan, guru tersebut, hanya memilih murid-murid iaitu (anak-anakcikgu) untuk menjawat segala jawatan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah.Oleh itu, hanya pelajar yang bergelar anak guru ini sahaja, yang akan nampak aktif di sekolah tersebut.


Ini sangat tidak adil, kerana masih banyak lagi pelajar-pelajar yang lain, berkelayakan untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Pada hari anugerah kecemerlangan hanya murid-murid tersebut(iaitu majority anak-anakcikgu) mendapat anugerah itu. Sebenarnya, saya tidak kisah akan sistem Band ini, akan tetapi sikap segelintir guru, yang mengambil kesempatan dalam memilih, pelajar-pelajar yang bergelar anak cikgu atau anak-anak rakan sekerja mereka ini, yang membuat saya kurang senang. Kesian kepada murid-murid lain yang layak menerima anugerah tetapi diabaikan.

Diberharap, penilaian untuk pelajar cemerlang akademik di sekolah dapat dinilai melalui sistem peperiksaan sepenuhnya seperti tahun-tahun yang sudah.