22 April 2013

Siapa Nak Jadi Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK ..mari sini kita baca


KETUA KAMPUNG TERIMA ELAUN BULANAN RM650, PENGERUSI JKKK RM400 MULAI BULAN DEPAN - HAJIJI
 
KOTA KINABALU, 21 Okt 21 (Bernama) -- Ketua-ketua Kampung di Sabah akan memperoleh elaun bulanan yang baru berjumlah RM650 mulai bulan depan, demikian diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor Jumaat.

Beliau berkata pembayaran elaun itu dipersetujui Kabinet negeri dalam mesyuaratnya dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, baru-baru ini.Bercakap kepada pemberita pada satu perhimpunan di kementerian itu di sini, beliau berkata jumlah pembayaran itu berbeza dengan pembayaran elaun ketua kampung sebanyak RM800 di Semenanjung.

"Ini kerana di Semenanjung, Ketua Kampung adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Dalam lain perkataan, beliau melakukan dua kerja dan adalah adil untuk Ketua Kampung di Semenanjung memperoleh RM800.
"Tetapi di Sabah, keadaannya berbeza kerana Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK adalah orang yang berlainan. Yang demikian, sebelum elaun ini dinaikkan Ketua Kampung hanya mendapat RM450, dengan RM400 dibiayai Kerajaan Persekutuan dan RM50 oleh Kerajaan Negeri.

"Dengan elaun yang baru, Ketua Kampung di Sabah akan mendapat RM650, dengan RM600 datang daripada Kerajaan Persekutuan dan RM50 oleh Kerajaan Negeri. Ini merupakan kenaikan RM200 sebulan bagi Ketua Kampung di Sabah," katanya.
Hajiji berkata berikutan perbezaan sistem di Sabah, Ketua Menteri telah membangkitkan hal ini dengan Kerajaan Persekutuan, dan akhirnya diputuskan kedua-dua Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Sabah mendapat tambahan elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Tiada ulasan: