09 Disember 2013

Wanita Yang Aku Hormati .....

adakah anda kenal siapa wanita yang sedang duduk atas kerusi buruk itu ????? di kelilingnya ada sampah sarap dan seolah-olah tempat itu hanya untuk orang-orang sederhana atau miskin-miskin sederhana gitu ???????? kalaupun kita yang duduk di kampung-kampung sekalipun kita masih nak berkira-kira dan  nak berfkir-fikir 100kali kalau nak duduk makan kat tempat sebegitu rupa .......









apapun yang menjadi sangkaan orangramai tentang gambar diatas ini...ada yang kata sengaja nak menunjuk2 yg dia tu prihatin time banjir di negeri tempat suami dia memerintah .... so bagaimana gambar ini boleh terlepas masuk dalam internet kalau bukan kerja wartawan2 yg bawa khas untuk mengambil gambar2 tuh semua ?????....... atau disana memang wartawan ramai time tuh yang siap menunggu disana....ahhhhhh korang yg suka bersangka buruk dengan orang itu memang perangai korang kannnnn ?????? dah dia isteri kepada sultan sudah pasti semua gerak geri di ambil ........... kalau dia orang biasa2 ade orang kisah apa dia nak buat dalam dapor tuh ???????? ........apa ke hal nak ambik gambar banyak2 sedangkan dia orang biasa tetapi sebab dia tuh (wanita dalam gambar ini ialah anak sultan maka dia jadi penggemar2 photografer) ...isk,isk aku baca dalam laman sosial yg banyak2 tuh time tengok je gambar2 nih deorang tuduh dia tu sengaja nak tunjuk baikkkk la konon !!!!!!!! ..........isk,isk korang ni kan....cecuba ajar diri korang tuh yang asyik dok mengumpat orang je kerja cecuba tanam dalam diri korang tuh "jangan suka mengata orang, jangan suka memburuk2 orang, jangan suka tiap masa dan saat asyik melihat kekurangan orang je kerja .......cuba cakap begini :- " best nyee dia walaupun dia anak sultan hidup senang lenang sanggup datang tolong masak kat dapor tuh time musim banjir tuh kat negeri Pahang tu hari ........... dah berminggu2 hujan tak berhenti2 sampai dah nak tenggelam dah negeri Pahang tuh .........bukan Pahang saje tetapi Kelantan dan Johor sejak 28/11/2013 tu hari lagikkkk ............





KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh. "Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya. Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan. Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan. Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. 

- Bernama


JOHOR BARU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam Rabu dengan 8,705 mangsa dipindahkan ke 63 pusat pemindahan berbanding 8,250 orang di sebelah petang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Pontian dan Ledang menjadi daerah terbaharu yang membuka pusat pemindahan banjir.Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian lewat petang Rabu bagi menempatkan 303 mangsa manakala tujuh orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Ledang.Jumlah mangsa di Mersing turut mencatatkan peningkatan daripada 5,694 kepada 5,711 orang; di Kluang meningkat daripada 975 kepada 1,005 orang; di Kota Tinggi meningkat daripada 212 kepada 223 orang; dan di Batu Pahat meningkat daripada 71 kepada 175.Bagaimanapun, di Segamat, jumlah mangsa menurun daripada 1,081 kepada 1,064 orang manakala di Muar kekal 217 orang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata anggoa polis melakukan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir sebagai langkah pencegahan jenayah.Beliau turut mengingatkan penghuni rumah yang perlu dipindahkan supaya mengunci rumah masing-masing dan membawa bersama barangan berharga.
Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan paras air meningkat melebihi 0.7 meter iaitu di Kilometer 40 Jalan Perepat-Sedili sepanjang 100 meter dan Kilometer 78 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara sepanjang 30 meter. Turut dinaiki air sedalam 3.1 meter ialah di Kilometer 59 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Dusun Panti sepanjang 20 meter dan Kilometer 73 Jalan Johor Baharu-Mersing sepanjang 30 meter.Di Segamat, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kolonel Ghazali Abd memberitahu pemberita pihaknya cuba memberikan bantuan sebaik-baiknya kepada mangsa yang dipindahkan termasuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan menerusi khidmat petugas dari Hospital Segamat.Seorang mangsa banjir Abdul Wahid Md Akin, 70, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Pogoh 2, yang tidak boleh bernafas dengan baik akibat masalah paru-paru, dipantau sepanjang masa oleh petugas berkenaan."Dengan keadaan yang uzur saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya berbaring menunggu air surut dan dapat pulang ke rumah dengan selamat," kata Abdul Wahid.
Pihak pasaraya Econsave turut tampil memberi sumbangan kelengkapan asas seperti air minuman bersih, makanan, dan lampin pakai buang bayi untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: