20 Januari 2014

PARCEL D PUTRAJAYA PUNYA CERITA




Parcel C, D dan E di Presint 1 di sini yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian di kenal pasti sebagai kawasan yang menghadapi kekurangan tempat meletak kenderaan yang kritikal bukan setakat kritikal lagi malah dah tak ada sah macam dulu-dulu asal masuk je lepas pintu gerbang tu nampak sahaja bangunan-bangunan pejabat kerajaan di sekeliling bukit Perdana Putra tuh di situlah tempatnya . Walaupun terdapat ruang yang disediakan masing-masing untuk kakitangan awam dan pelawat, namun kapasitinya gagal menampung keperluan semasa sehingga menyebabkan banyak kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan maka senanglah En polis trafik nak tulis surat saman untuk menyaman mana-mana kereta yang park kat tepi jalan tetapi itu tidak sepatutnya di saman kerana memang tak ada tempat nak park kereta.Tinjauan Utusan Malaysia di Parcel E baru-baru ini mendapati, satu kemalangan kecil berlaku antara dua kereta, dipercayai disebabkan jalan yang terlalu sempit berikutan banyak kenderaan diletakkan di kedua-dua belah jalan.Tidak kurang juga pemandu yang meletakkan kereta mereka di tepi jalan yang menghubungi Parcel E dengan pusat membeli-belah Alamanda.
Bukannya saya tidak mahu letak kereta di tempat yang betul, tetapi saya telah berpusing-pusing di Parcel E selama 20 minit, tetapi masih gagal mendapatkan tempat meletak kenderaan yang sesuai, kata seorang pelawat ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang terletak di Parcel E. Di tempat meletak kenderaan bawah tanah di Parcel D yang disediakan untuk kakitangan sektor awam pula, keadaan sesak melampau berlaku sehingga menyukarkan kereta bersaiz besar seperti van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki tempat itu.Rata-rata kenderaan di tempat letak kereta bawah tanah itu diletakkan secara berkembar dengan brek tangan dilepaskan untuk memudahkan kenderaan itu dialihkan sekiranya menghalang laluan kenderaan lain.Pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mazli Bidu, 26, berkata persaingan untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan menyebabkan kegiatan mencuri parking pernah dilaporkan di Parcel D.Kejadian berlaku apabila ada orang bertindak mencuri tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pegawai tertentu, keadaan ini mewujudkan pertelingkahan antara pemilik tempat letak kereta dengan pencuri tersebut, katanya ketika ditemui di sini.
Jika kakitangan sektor awam perlu bersaing untuk mendapatkan ruang yang terhad dan sanggup keluar rumah subuh-subuh lagi untuk berebut parking, lain pula ceritanya dengan orang awam yang mendakwa tidak dibenarkan meletak kenderaan di kawasan Parcel D walaupun terdapat tempat kosong untuk kereta orang awam. Muhd Nor Arif, 38, yang berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan di Parcel D baru-baru ini berkata, orang ramai yang berkunjung ke tempat itu terpaksa meletakkan kereta di Parcel E atau di tepi-tepi jalan.Pengawal keselamatan tidak membenarkan kereta saya memasuki Parcel D, jadi saya terpaksa berjalan jauh dan tindakan saya meletakkan kenderaan di bahu jalan mengundang risiko disaman polis.Ini tempat awam di mana orang ramai berurusan dengan pejabat kerajaan, saya tidak faham kenapa Parcel D perlu ditutup kepada kenderaan awam. Semua Parcel perlu dibuka kepada kereta pelawat untuk memudahkan kita berurusan, katanya.Seorang pengawal keselamatan di Parcel D yang enggan dikenali mengesahkan bahawa baru-baru ini, pihak atasannya telah mengeluarkan arahan supaya semua kereta pelawat tidak dibenarkan memasuki Parcel itu.
Kami bagaimanapun membenarkan wartawan yang ingin membuat liputan masuk. Saya bukannya zalim, saya benarkan juga wanita yang mengandung untuk meletak kenderaan di kawasan itu, katanya.Bagaimanapun, keadaan di Presint 2 dan 4 di sini jauh lebih selesa berbanding di Parcel C, D dan E.