30 Oktober 2014

Mak bantu cari bahan sejarah .....

Pepagi lagi sebelum aku bersiap kepejabat anak aku mintak tolong untuk cari maklumat sejarah untuk dia nak buat karangan sejarah ……..walaupun dalam hati aku nak dia cari sendiri dengan usaha dia sendiri tapi aku sebagai ibu wajib jugak bantu dia bagaimana nak cari maklumat tersebut sekurang-kurangnya membantu anak untuk lebih paham bagaimana nak buat karangan sejarah. Kadang-kadang aku rasa bersalah kalau tak membantu anak aku dalam pelajaran dan tiba-tiba aku teringat masa zaman sekolah aku dulu aku paling benci dengan subjek sejarah naknya kena hafal tahun-tahun peristiwa penting kena pulak cekgu sejarah aku suka benar tanya soalan sebelum start mengajar habislah kitaorang tergagap-gagap nak menjawab soalan tu ini aku dah ada anak apa salahkan kalau aku bantu search kat Google tentang tajuk sejarah tu….

Masa aku asyik dok search kat Google tu baru aku tahu group student2 ini rupa-rupanya ada satu website khas yang bertujuan membantu murid sekolah membuat kerja sekolah deorang ……deorang ini join laman web://www.brainly.my  yg mana disana mereka akan bekerjasama antara satu sama yang lain untuk menyelesaikan satu-satu soalan untuk subjek-subjek yang berlainan. Aku cukup tertarik dengan website itu sebab disana mereka akan bekerjasama membantu rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikan masalah kerja sekolah deorang ……….. dan mana-mana ahli yang dapat membantu rakan-rakan akan diberi point …….aku cukup kagum dengan website itu sebab dengan tidak semena-mena mereka senantiasa ada keinginan untuk membantu rakan-rakan yang lain dengan cara mereka sendiri akan mencari maklumat dengan cara membaca artikel dari tempat lain untuk membantu rakan mereka menyelesaikan masalah kerja sekolah dan lagi satu aku tabik hormatlah pada guru-guru yang buat blog yang mana dalam blog tersebut guru tersebut akan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran jadi mana-mana murid yg kurang paham pada ketika dalam kelas akan berusaha bila balik dari sekolah deorang akan bukak laman blog itu untuk meneliti semula apa yang mereka tidak paham ………….. yang ini aku nak tabik hormat dengan guru-guru yang rajin menulis dalam blog.

Aku amat rasa lega lah sebagai seorang parent aku pun nak bantu anak dalam menyelesaikan masalah kerja sekolah jadi dengan cara ini anak aku kurang sedikit rasa stress dalam dunia kerja sekolah deorang dan juga dapat  bantu deorang cari bahan ……..bukan apa sekurang-kurangnya anak tidak merasa hanya kawan-kawan sahaja yang boleh di hubungi jika ada masalah kerja sekolah …..kadang-kadang aku jeles jugak hubungan anak aku begitu akrap dengan kawan-kawan sekolahnya sedangkan dengan aku anak kurang nak bercakap dirumah dan dengan cara aku membantu anak menyelesaikan kerja sekolah anak akan tersendirinya akan banyak berbual-bual dengan aku dirumah …….kalau setiap malam kita asyik berleter dengan anak pun tak ada guna nya pun kan ???? baik kita ubah cara kita sebagai mak ini kita pulak berlakon jadi seoalah-olah kawan sekolah dia pulak ….. aku paling suka ingatkan balik zaman sekolah aku dulu dan aku bercerita waktu dalam kelas dulu camane gaya masing-masing waktu berhadapan dengan subjek yang susah.

Meh sini kalau korang nak tahu apa tajuk tu ……….tajuk yg di beri oleh guru nih sebenarnya WAJIB di buat dalam bentuk karangan bukan dalam bentuk contoh-contoh ….dah aku kata tadi kalau bab karang mengarang nih zaman aku sekolah dulu memang lemah lah aku ……….tapi nasib baik sebab kami dulu-dulu waktu tingkatan 4 baru ada karang mengarang ini tapi zaman sekarang budak tingkatan 3 pulak yang kena jawab dalam bentuk karangan dulu kitaorang dulu waktu tingkatan 3 jawab ABCD je (dalam objective) waktu ini boleh lagi main dadu je waktu tu TAPI kalau kena jawab dalam bentuk subjective memang kena jawab dalam objective lah jawabnya kalau tidak mahu kertas kosong je yang diserahkan pada cekgu waktu exam kalau tak dapat jawab …..memang sakit otak le naknya kalau kita suka target soalan tetiba soalan tu tak keluar nak di buat apa kalau tidak main reka je jawapan atau main ingat gitu-gitu je …………….

Okeh ini tajuk subjek sejarah anak aku :-

TAJUK : KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

 Tulis sebuah karangan tidak kurang 300patah perkataan mengenai ciri-ciri warga patriotic yang boleh di amalkan dengan merujuk kepada kegigihan perjuangan para nasionalisme dalam mempertahan kan kedaulatan Negara.

8.1 MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN
·       Semangat kebangsaan bermaksud sifat-sifat seperti:
a) cinta akan negara
b) taat setia kepada tanah air
c) inginkan kemajuan dan kemakmuran untuk tanah air
d) sedia berkorban demi tanah air
·       Semangat kebangsaan atau nasionalisme mendorong rakyat menuntut kebebasan daripada penjajahan British.
·        
1.     menaikkan imej negara
2. membentuk masyarakat yang harmoni
3. dapat membantu memajukan negara
4. dapat mengelakkan kesalahfahaman antara kaum
5. kehidupan aman dan damai

Maksud : Semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. Semangat ini mendorong keazaman untuk berjuang menebus maruah bangsa dan membentuk masa depan bangsa dan negara.

Huraian : Semangat cinta akan tanah air telah menyebabkan kita berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British bagi membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.

Soalan no. 3. Nyatakan ciri-ciri yang perlu anda amalkan sebagai seorang warganegara yang patriotik.
Nyatakan lima ciri yang dapat anda amalkan sebagai seorang warganegara yang patriotic
 1. MENJAGA NAMA BAIK NEGARA WALAU DI MANA BERADA
 2. MENGHARUMKAN NAMA NEGARA
3. MENGAMALKAN TAAT SETIA KEPADA NEGARA
 4. MENGAMALKAN SEMANGAT KEKITAAN
5. BERUSAHA DAN PRODUKTIF
6. MENGUTAMAKAN PERPADUAN KAUM
 7. MENGHORMATI PEMIMPIN & LAMBANG NEGARA

No. 5 - RUMUSAN
Ssemangat kebangsaan telah melahirkan golongan pejuang kebangsaan yg bersemangat patriotik untuk memperbaiki nasib bangsa dan negara, rasa cinta yg mendalam terhadap negara, bersatu padu sesama walaupun berlainan bangsa dan budaya, semua kaum bersatu padu, memberi semangat pada rakyat, melahirkan bangsa yang berjaya, memupuk semangat kerjasama dan memberi keyakinan kpada rakyat. -Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana negara kita telah mencapai kemerdekaan.
-Kita juga haruslah berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin dan pihak yang terlibat dalam memerdekakkan Tanah Melayu. Selain daripada itu, kita sebagai rakyat juga haruslah bekerjasama dan bersatu-padu supaya tiada lagi perpecahan antara kaum.Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana menetap di negara yang merdeka. Dan seharusnya kita bekerjasama untuk menjaga keamanan negara supaya tidak dijajah lagi.

No. 4 Apakah cadangan untuk menerapkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat???

JAWAPAN : Kita boleh adakan ceramah....minggu patriotisme... dan ia juga ptt dipupuk dlm kalangan remaja dari kecil lagi
 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar.

PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan
2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme
3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat
4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah – pendidikan berorientasikan peperiksaan
5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Dapat memastikan kemerdekaan negara terpelihara
2. Dapat membentuk identiti negara dengan bebas
3. Dapat menikmati kemajuan negara
4. Dapat menjamin keharmonian negara
5. Dapat mengekalkan perpaduan nasional

LANGKAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Peranan ibu bapa – mempraktikkan semangat patriotisme untuk diteladani oleh anak-anak
2. Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan swasta
3. Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah
5. Penekanan diberikan kepada kepentingan mempelajari sejarah negara

Tugasan – Ciri-ciri Rakyat yang Mencintai Negara
1. Menghormati Lagu Negaraku
2. Mendukung Prinsip Rukun Negara
3. Mengamalkan Perpaduan

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:

·                Pepatah Arab - cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman (AR)
·                tanah air adalah sesuatu yang amat besar maknanya kepada sesuatu bangsa (AR)
·                Setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar - memberikan taat setia dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap negara (AA)
Isi-isi:
Isi 1: Menghormati Lagu Negaraku (AI)
·                Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan - melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara itu (AH)
·                Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku (AH)
·                Kaya dengan prinsip dan doktrin penting untuk memupuk semangat patriotisme (AH)
·                Meminjam kata mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy, iaitu “Usahlah disoal apakah sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada negara?”
·                Berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda hormat (AC)
·                Sebagai rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, kita sepatutnya menujukkan taat setia kepada negara dengan menghormati lagu kebangsaan (AKI)

Isi 2: Mendukung Prinsip Rukun Negara (AI)
·                Membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu (AH)
·                Malaysia melalui kebijaksanaan para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan iaitu Rukun Negara (AH)
·                Menjadi tonggak panduan untuk rakyat (AH)
·                Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati - perlu sensitif terhadap kepentingan dan nilai perasaan orang lain seperti kata peribahasa, hukum orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak
(AH)
·                Contohnya - Malaysia mengamalkan sistem beraja yang sentiasa dijadikan tonggak perpaduan - rakyat Malaysia perlu menghormati raja (AC)
·                setiap rakyat perlulah lebih sensitif dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka (AKI)
Isi 3: Mengamalkan Perpaduan (AI)
·                merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara (AH)
·                mempunyai rakyat yang berbilang kaum - berusaha untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari generasi ke generasi (AH)
·                Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan beragama. (AH)
·                dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka – mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat memupuk perpaduan tanpa mengira darah dan warna kulit (AC)
·                perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara. (AKI)
PENUTUP
·                Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - ungkapan penting untuk menanamkan semangat sayang dan cinta akan negara (AR)
·                Ahli falsafah ada menyatakan bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. (AR)
·                haruslah menanamkan semangat cinta akan negara yang mendalam (ACdgn)
masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh dan maruah negara akan gah di seantero dunia. (AHrpn)

·       2. Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4: (i) nilai individu, (ii) nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan (iv) nilai intelek.
·       3. Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai tersebut mempunyai signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.
·       4. Hal ini akan dapat membantu murid- murid memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat bermasyarakat dan seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai sikap patriotisme/perasaan mendalam terhadap negara.
·        
·       5. 1. Nilai q Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. [Kajian sejarah: nilai-nilai utama masyarakat ialah ilmu, kebijaksanaan, keadilan]. (Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991)
·       6. q Jules Henry (1985) mendifinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. q Hermin et al.(1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku yang memberi arah kehidupan kepada seseorang atau anggota sesuatu masyarakat.
·       7. q Mengikut Redfild (1993) nilai ialah satu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat suatu kelompok yang dikenendaki yang mempunyai pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan.
·       8. q Wan Mohd. Zahid (1988), nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. q Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
·       9. q Justeru nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni seterusnya ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat- menghormati, tolong- menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain- lain lagi.
·       10. 2. Patriotisme q Kata patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka akan maksud kecintaan kepada tanah air. q Menurut kamus Webster, patriotism ialah "the devoted love, support and defence of once's country".q
·       11. q Dari segi konsepnya, semangat patriotik didefinisikan sebagai semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta. q Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.
·       12. q Dob (1994) semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
·       13. q Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai seorang warganegara. q Melalui pengetahuan dan pelajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar negara yang berkaitan, pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan negara sendiri. q Manakala nilai murni (ilmu, kebijaksanaan & keadilan) merupakan pemangkin kepada penghayatan patrotisme seseorang warganegara.
·       14. (a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.
·       15. (b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan
·       16. (c) Bersemangat kekitaan Rakyat Malaysia perlu bersatu dan harmoni, bersatu, bekerjasama tolong menolong dan bersefahaman dan muafakat mempunyai semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.
·       17. (d) Berdisiplin Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa.
·       18. (e) Berusaha dan produktif Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong satu sama lain dengan tujuan menyemaikan semangat cintakan negara secara bersama.
·       19. ( f ) Menyertai aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan -Rujuk bah.aktiviti panitia mp sejarah sr.
·       20. (g) Menyediakan Tugasan Mengikut standard Kurikulum - Sila rujuk tajuk pengurusan panitia mp sejarah SR.
·       21. (h) Menghargai jasa Pemimpin - Pejuang kemerdekaan - Hormat kepada pemimpin - Taat setia kepada Agong - Bijak dalam kepimpinan - Berkorban sepenuh hati untuk negara.
·       22. (i) Aktiviti yang mencetus kesedaran semangat cintakan negara - Sila rujuk program tahunan panitia mp sejarah SR
·       23. (j) Memupuk Kemahiran } Belajar } Bermaklumat } Berfikir aras tinggi } Menyelesai masalah } Kreatif } Pengurusan masa } Sosial – interaktif } Interpersonal } Refleksi berstruktur
·       24. (k) Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kepentingannya -Sila rujuk tajuk khas untuk PSH.
·       25. • Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. • Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia, berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
·       26. • Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. (Pembelajaran akan membawa kepada perubahan tingkahlaku seseorang) • Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. 
·       27. • Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. • Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.
·       28. • Aliran behavioris berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. • Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
·       29. • Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. • Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.
·       30. • Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. 
·       31. • Pendidikan tidak formal - merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian. • Contoh - sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu.
·       32. • Pendidikan formal - pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara. • Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.
·       33. } Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi.
·       34. “Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi (modal insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang” (Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia)
·       35. 4 prinsip pembelajaran sepanjang hayat -pembelajaran untuk mengetahui, -pembelajaran untuk melakukan, -pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa -pembelajaran untuk tinggal bersama.
·       36. Empat prinsip tersebut membentuk proses pembelajaran yang sempurna. Tough berpendapat bahawa proses pembelajaran berlaku pada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama ada secara terancang mahupun tidak terancang. 
·       37. • Perubahan di sekeliling kita adalah suasana yang sangat radikal dari sudut transformasi sosial menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabiat kerja dan gaya hidup. • Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua orang dan hanya melalui pembelajaran yang berterusan, cabaran akan dapat diatasi.
·       38. • Seseorang yang dapat bertahan dengan keadaan yang telah berubah, ilmu yang dimiliki akan menjadikan cabaran tersebut diolah semula sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kesenangan. 
·       39. • Mewujudkan masyarakat demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersifat patriotisme.
·       40. (l) Perkaitan dengan Perkembangan Global l.i. Kesedaran kompetensi sivik untuk kesejahteraan masyarakat - sivik bermaksud ilmu tatarakyat, hak, perasaan bertanggungjawab terhadap seseorang atau masarakatnya. - Tatarakyat (kehidupan rakyat, kebudayaan, adat resam, peraturan bermasyarakat) - Kompetensi sivik (kemahiran peradaban sosial) - Sifat-sifat peribadi yang mulia - Berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan
·       41. l.ii. Kesan industrialisasi dan pembangunan -Membina ketahanan diri murid meliputi ketahanan mental, fizikal dan emosi utk menghadapi cabaran masa depan -Mampu menyuburkan perpaduan dalam pelbagai masyarakat walaupun telah mengecapi pelbagai kemajuan -Kemajuan dan pembangunan tidak menghalang untuk memastikan warganegara bertanggungjawab terhadap penghayatan patriotisme
·       42. l.iii. Pembentukan warganegara dunia yang bertanggunjawab -Mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri -Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorak negara pada masa hadapan -Menghormati orang lain, mempromosikan amalan membenci keganasan, menegak etika kerjasama dan bertoleransi untuk kejayaan bersama
·       43. Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah adalah berterusan. Malah Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, amat berharap semua kaum menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing.
·       44. Gagasan1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.
·       45. Abdul Razak Habib. 1993. Tinjauan Awal tentang Keberkesanan Pendidikan Matematik KBSM. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Nan Kamis. 1992. Satu kajian latar belakang sosial dan hubungannya kepada sikap prasangka atau toleransi terhadap integrasi nasional. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Nan Kamis. 1993. Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Kamis & Chew Fong Peng. 2002. Kemampuan Bahasa Melayu dan sastera kebangsaan dalam mengisi perpaduan nasional. Kertas kerja Seminar Pemikiran Kebangsaan Melayu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 18-19 Jun.
·       46. Ahmad Jaffni Hassan. 1993. Pendidikan Moral dalam KBSM: Satu Arah Memupuk Insan Harmonis. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Halimah Harun. 1993. Melahirkan Masyarakat Berdikari melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Tingkatan Empat. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. .
·       47. Martin, J.G.. 1966. The Tolerant Personality. Detroit Dyne State University Press. Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali. 1993. Unsur Sosiobudaya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Sani Ibrahim. 1999. Perancangan dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dengan Pembangunan: Satu Perspektif dan Warisan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Musa Daia. 1993. Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Nor Azizah Salleh & Shamsiah Ahmad. 1993. Pendidikan Sains dalam KBSM: Satu Tinjauan Keberkesanannya dalam Pengajarand an Pembelajaran di Sekolah. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Bersepadu: Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tokijan Abd. Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1993. Persepsi Guru Geografi terhadap Pendidikan Sepadu dan Penerapan Nilai Murni. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Yusoff Ismail. 1993. Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia


BAB 8
KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
8.1 MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN
·       Semangat kebangsaan bermaksud sifat-sifat seperti:
a) cinta akan negara
b) taat setia kepada tanah air
c) inginkan kemajuan dan kemakmuran untuk tanah air
d) sedia berkorban demi tanah air
·       Semangat kebangsaan atau nasionalisme mendorong rakyat menuntut kebebasan daripada penjajahan British.

8.2 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU DIPENGARUHI PERKEMBANGAN DI LUAR NEGARA
·       Perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu untuk menentang British telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa di luar negara.

Peristiwa

Huraian

Kebangkitan Islam di Timur Tengah pada akhir kurun ke-19
· Gerakan Pan-Islam yang bertujuan menyatukan seluruh umat Islam di bawah naungan Empayar Turki untuk menentang penjajahan oleh kuasa asing tercetus di Turki apabila kuasa Barat bertapak di Turki
· Gerakan Pan-Islam yang bermula di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British.
· Gerakan Islah yang diasaskan di Turki oleh Sayid Jamaiuddin al-afghani dan Syeikh Muhammad Abduh bertujuan menentang penjajahan British di Turki.
· Pengaruh Gerakan Islah disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir setelah mereka kembali ke Tanah Melayu.
Kejayaan Jepun dalam perang Rusia-Jepun pada tahun 1905
·    Kejayaan Jepun, sebuah negara Asia. mengalahkan kuasa Eropah (Rusia) menaikkan semangat negara-negara Asia yang lain untuk menentang penjajahan kuasa Barat
·    Penduduk Tanah Melayu turut mendapat semangat untuk menentang penjajahan British.
Revolusi China
pada tahun 1911
·    Kejayaan Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan Republik China membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British.
Penentangan Penjajahan Sepanyol oleh Jose Rizal di Filipina
·    Kebangkitan Jose Rizal menentang Sepanyol di Filipina mempengaruhi semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Penentangan Penjajahan British di India oleh Mahatma Gandhi
· Gerakan kesedaran kebangsaan di India yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi mempengaruhi semangat kebangsaan di Tanah Melayu

Penentangan Penjajahan Belanda di Indonesia oleh Soekarno
· Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) untuk menentang Belanda melalui tindakan tidak bekerjasama.
· Pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris banyak terpengaruh oleh perjuangan PNI melalui bahan kesusasteraan dari Indonesia.

·       Kemajuan dalam sistem perhubungan dan percetakan membolehkan penduduk Tanah Melayu mengikuti perkembangan di luar negara.

8.3 GERAKAN ISLAH MENCETUSKAN KESEDARAN KEBANGSAAN
·       Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir.
·       Mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
·       Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda.
·       Pemimpin Kaum Muda terdiri daripada:
a)     Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin
b)     Haji Abbas bin Muhammad Taha
c)     Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
·       Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuannya melalui majalah Al-Imam.
·       Majalah Al-Imam mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 dan berjaya mempengaruhi perkembangan pemikiran orang Melayu.
·       Majalah Al-Imam menyeru orang Melayu supaya:-
a)     berpegang kepada ajaran al-Quran dan Hadith
b)     memberi keutamaan terhadap ilmu pengetahuan supaya dapat mencapai kemajuan.
c)     mempelajar iktibar daripada pengetahuan sejarah
d)     memberikan pendidikan kepada anak mereka
e)     memberikan peluang pendidikan kepada kaum perempuan
f)      membuang kepercayaan karut dan adat resam yang boleh menghalang kemajuan mereka
·       Penerbitan Al-Imam terhenti pada tahun 1908.
·       Majalah Al-Imam telah digantikkan oleh majalah lain seperti Neracha, Al-lkhwan, Pengasuh dan Saudara.
·       Madrasah seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang dan Madrasah al-Ihya Assyariff dibina oleh kaum Muda untuk menyebarkan ajaran mereka dengan lebih berkesan.
·       Kaum Muda menerima tentangan daripada Kaum Tua.
·       Akhbar seperti Suara Benar dan Lidah Benar diterbitkan oleh Kaum Tua bagi menentang idea pembaharuan Kaum Muda.

 
8.5 PERJUANGAN NASIONALISME MELALUI MATA PENA

Peranan Akhbar dan Majalah Melayu

·       Akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kerana akhbar dan majalah
a)     merupakan saluran bagi orang ramai melahirkan pendapat mereka tentang kesedaran kebangsaan.
b)     membolehkan pemimpin menyalurkan idea tentang kesedaran kebangsaan kepada orang ramai.
·       Antara peranan dan perjuangan akhbar-akhbar ini ialah:-
a)     Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu.
b)     Memajukan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.
c)     Menyeru orang Melayu bersatu dan ber­usaha menghapuskan semangat kenegerian.
d)     Menuntut kedudukan yang lebih baik untuk orang Melayu dalam bidang pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan.
·       Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu ialah contoh akhbar yang memainkan peranan utama dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu pada tahun 1930-an.
Akhbar

Keterangan

Warta Melayu
·   tempat terbitan di Singapura.
·   pengarang pertamanya Dato' Onn Jaafar.
·   memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang sosio ekonomi.
·   mahukan orang Melayu diberikan lebih banyak peluang dalam perkhidmatan awam kerajaan
Majlis
·   tempat terbitan di Kuala Lumpur.
·   pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai.
·   mempersoalkan dasar British yang merugikan orang Melayu.
Utusan Melayu
·   tempat terbitan di Singapura.
·   pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai.
·   menggalakkan orang Melayu menyertai persatuan politik untuk memperjuang nasib bangsa dan tanah air.


Kegiatan Persuratkhabaran di kalangan Orang Cina dan Orang India

·         Masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu mempunyai akhbar mereka sendiri.
·         Akhbar mereka memuatkan
a)     berita kegiatan sosial dan ekonomi kaum masing-masing di Tanah Melayu.
b)     berita tentang peristiwa yang berlaku di China dan di India.
c)     menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.
·       Akhbar masyarakat Cina adalah seperti Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.
·       Masyarakat India pula mempunyai akhbar seperti Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
·       Masyarakat Jawi Peranakan (kacukan India-Melayu) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Sekolah Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.
·       Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor. Khabar Uchapan Baru dan Bintang Peranakan.

Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif

·       Penulisan kreatif seperti puisi. novel dan cerpen telah digunakan sebagai saluran untuk menyampaikan kesedaran semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Puisi yang membangkitkan semangat kebangsaan dan pengarangnya
Puisi
Nama Pengarang
·   Tenaga Kaumku
·   Rayuan Bangsa Mu
·   Mempertahankan Hak Kita
·   Perwira Melayu
Harun Aminurrashid
·   Serunai Pujangga
·   Kapal Tiada Nakhoda
·   Hari Kejatuhan Kita
Abdul Samad Ahmad
·   Dunia yang Fana
·   Di Lautan Seberang
Muhammad Yusuf Harun
·   Bangkitlah
Omar Mustaffa
·   Seruan Kebangsaan
Melati Pahang
·   Sedarlah
Mahmud Ahmadi
·   Di Tengah Segara
Muhammad Yasin Maamor


Novel yang membangkitkan semangat kebangsaan dan pengarangnya
Novel
Nama Pengarang
Hikayat Faridah Hanum
Syed Sheikh al-Hadi
lakah Salmah? .
Ahmad Rashid Talu
Melor Kuala Lumpur
Harun Aminurrashid
Putera Gunung Tahan
Ishak Haji Muhammad
Anak Mat Lela Gila
Ishak Haji Muhammad
Man Kita Berjuang
Abdullah Sidek
Melati Kota Bharu
Abdul Kadir Adabi


Cerpen yang membangkitkan semangat kebangsaan dan pengarangnya
Cerpen
Nama Pengarang
·   Cerita Awang Putat
Abdul Rahim Kajai
·     Rumah Besar Tiang Sebatang
Ishak Haji Muhammad
·   Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
·   Siasat yang Tiada Diminta
Shamsuddin Salleh
8.6   
8.7  KESEPAKATAN MENJAMIN KEUTUHAN PERJUANGAN

Kemunculan Pertubuhan Melayu

·       Orang Melayu menubuhkan pertubuhan setelah akhbar menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu.
·       Pertubuhan orang Melayu seterusnva memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran nasionalisme.
·       Pemimpin di Negeri-negeri Melayu telah menubuhkan persatuan Melayu di negeri masing-masing sebagai mencontohi penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMMS).
·       Ciri-ciri persatuan Melayu yang ditubuh:
a)     bersifat kenegerian
b)     dianggotai golongan Melayu berpendidikan Inggeris yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam British
c)     perjuangan persatuan bersifat sederhana
d)     setia kepada raja-raja Melayu
e)     bekerjasama dengan British
f)      menggesa British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu.

Tahun

Persatuan Melayu yang ditubuhkan

1926
  Kesatuan Melayu Singapura
1937
  Persatuan Melayu Perak
  Persatuan Melayu Melaka
  Persatuan Melayu Pulau Pinang

1938
  Persatuan Melayu Pahang
  Persatuan Melayu Selangor
  Persatuan Melayu Negeri Sembilan
1939
  Persatuan Melayu Kelantan
  Persatuan Melayu Sarawak
  Persatuan Melayu Johor

·       Sebagai contoh Persatuan Melayu Selangor telah menggesa kerajaan British:
a)     menubuhkan angkatan tentera laut dan tentera udara Tanah Melayu
b)     menambahkan bilangan askar Melayu dalam tentera darat Tanah Melayu
c)     menempatkan lebih ramai pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri.
·       Pada tahun 1939, Kongres Melayu Se­Tanah Melayu telah berjaya dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura dengan Persatuan Melayu Selangor.
·       Kongress Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama:
a) berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1939
b) berjaya menarik kehadiran semua persatuan Melayu
c)  bertujuan mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu bagi memajukan bangsa Melayu
·       Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang kedua:
a)     berlangsung di Singapura pada tahun 1940.
b)     menyeru semua persatuan Melayu memajukan kebajikan orang Melayu di negeri masing-masing.
·        Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
·        Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934 untuk memupuk semangat persaudaraan di kalangan penulis Melayu.
·        Cogan kata PASPAM ialah “Hidup Bahasa Hidup Bangsa”.
·        Persidangan peringkat kebangsaan PASPAM yang pertama diadakan di Taiping.
·        Persidangan tersebut dianggap amat bererti kerana:
a)     semangat kenegerian dapat dipecahkan
b)     semangat kebangsaan terpupuk
·       PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan seterusnya yang telah diadakan di Pulau Pinang, Singapura. Ipoh dan Seremban.

Kesatuan Melayu Muda
·       KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob pada tahun 1938.
·       Kebanyakan ahli KMM ialah guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
·       Pemimpin KMM termasuk Ahmad Boestamam. Mustapha Hussain dan Ishak Muhammad.
·       KMM mendukung dasar tidak bekerjasama dengan British dan menentang dasar British secara terbuka.
·       Tujuan KMM ialah
a)     memupuk semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak orang Melayu.
b)     berjuang untuk menggulingkan penjajah British dan memerdekakan Tanah Melayu.
c)     menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Melayu Raya.
·       KMM telah berpakat dengan Jepun secara sulit untuk menggulingkan British.
·       KMM menyemarakkan semangat anti-British melalui akhbar Warta Malaya.
·       Pergerakan KMM membimbangkan British.
·       Ibrahim Yaakob telah ditangkap dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941.

Pertubuhan Orang Cina dan India
·       Sebelum Perang Dunia Kedua, pertubuhan kaum Cina dan kaum India
a)     berperanan menjaga kepentingan kaum masing-masing
b)     menumpukan perhatian kepada perkara yang berlaku di negara asal mereka
c)     menumpukan taat setia kepada negara asal mereka
·       Contoh pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu yang menumpukan perhatian kepada negara China ialah
a)     Hsing Chong Hui
b)     Chung Ho Tang
·       Golongan orang Cina yang menumpukan perhatian kepada politik Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan.
·       Persatuan orang-orang Cina Peranakan British:
a)     ditubuhkan pada tahun 1900
b)     berperanan melindungi kepentingan orang Cina peranakan di Negeri­-negeri Selat
c)     menggalakkan orang Cina peranakan menuntut pendidikan teknikal dan pendidikan tinggi
d)     menunjukkan taat setia kepada kerajaan British
·       Pemimpin Persatuan Orang-orang Cina Peranakan British termasuk:
a)     Tan Jiak Kim
b)     Lim Boon Keng
c)     Song Ong Siang
d)     Seah Liang Seah
·       Antara tokoh Cina peranakan yang berkecimpung dalam politik Tanah Melayu ialah Tan Cheng Lock.
·       Orang India juga menubuhkan persatuan untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
·       Persatuan India Pusat Tanah Melayu:
a)     ditubuhkan pada tahun 1936
b)     pemimpinnya ialah A.M. Soosay
c)     terbentuk daripada 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan
d)     berperanan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu. 


CONTOH KARANGAN 

        Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

        Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah denganmemberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolahlagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

        Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

        Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

        Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

        Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

        Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat