05 Disember 2014

Orang Putrajaya kena warning sebab sidai baju ......

PUTRAJAYA 13 Feb. - Putrajaya, yang dibangunkan dengan penuh kecanggihan dan keindahan kini diancam pemandangan comot oleh sikap segelintir penduduk yang menyidai pakaian di balkoni rumah dan kawasan terdedah kepada pandangan umum.
Bandar satelit kebanggaan negara dan dikagumi oleh dunia luar itu yang bakal menjadi model baru kehidupan masyarakat Malaysia, seakan tercemar dengan pemandangan sedemikian.
Selain mencomotkan keindahan pemandangan keseluruhan Putrajaya, tindakan itu sebenarnya mencerminkan sikap kurang prihatin masih wujud di kalangan penghuni bandar tersebut, yang rata-ratanya pegawai dan kakitangan awam.
Tinjauan Utusan ke Putrajaya mendapati perbuatan menyidai pakaian di tempat yang tidak sesuai, dilakukan secara ketara dan dikhuatiri berleluasa selepas ini.
Hampir di semua pangsapuri yang telah didiami iaitu di Persint 8 dan 9, pakaian disidai di balkoni atau di mana saja kawasan yang boleh menyidai pakaian - walaupun tempat menyidai kain sebenar disediakan.
Berdasarkan maklum balas penduduk, mereka tidak menggunakan penyidai khas yang disediakan di ruang belakang rumah kerana dikatakan terlalu kecil dan tidak begitu terdedah kepada cahaya matahari.
Di kawasan kediaman rumah teres pula, sebahagian penduduk tanpa rasa bersalah menyidai pakaian di palang pagar yang terletak berhampiran cerun di jalan utama yang dilalui oleh kenderaan. Malah ada penduduk rumah teres ini tidak langsung menggunakan ampaian tetap yang disediakan di kawasan lapang di belakang rumah.
Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil Putrajaya akan menerima nasib yang sama seperti pemandangan yang boleh dilihat di rumah-rumah pangsa dan kawasan setinggan di seluruh negara.
Perancangan teliti bertahun-tahun untuk membangunkan bandar satelit ini tidak seharusnya menjadi `korban' kepada budaya dan sikap lama yang masih tidak berubah di sebalik pemodenan.
Kini, terpulang kepada para penduduk untuk membuat sedikit anjakan dalam budaya hidup mereka atau melihat imej bandar kebanggaan negara tercalar di tangan mereka sendiri.
Berdasarkan perangkaan penduduk yang masih sedikit, kira-kira 10,000 orang - masih ada ruang untuk Perbadanan Putrajaya melakukan sesuatu membaiki keadaan..

        ============================================

"Dah lama dah citer nih kitaorang memang selalu dapat surat amaran dari tuan punya kuaters di Putrajaya nih ......sidai baju di balkoni adalah satu kesalahan tetapi Perbadanan sendiri yang tahu salah mereka sendiri kenapa ruang sidai baju yg mereka sediakan terlalu kecil ...........cuma boleh muat dalam berapa helai baju jek kalau kami menggunakan penyangkut baju keberangkalian baju memang tak kering selama 2/3 minggu ...........bukan tak nak ikut arahan ruang sidai kain yang ada di setiap rumah disana hanya boleh muat sidai seluar dalam dengan baju dalam sahaja ................. siapa yang sanggup nak pakai baju basah setiap hari ????? nak beli mesin pengering mahal tu bukannya murah mesin tuh ..... gaji kakitangan kerajaan banyak manapun dah lah harga makanan kat sini mahal takkan kitaorang nak beli mesin tu pulkkkk .................kenapa dari awal lagi waktu pembinaan Putrajaya nih tak plan awal-awal sepatutnya wajib ada ruang khas untuk sidai baju ............sepatutnya setiap blok arpartment tu di sediakan satu mesin pengering mahal macam yang laundry guna tu bukan nak menyalahkan penghuni kuaters pulkkkkk ...............lagi satu hal kenapa bangunan tempat tinggal di bina berdekatan dengan pejabat ????????? kalo dah tahu akan ada aktiviti menyidai kain tu sepatutnya rumah kakitangan nun sepatutnya dekat kawasan jauh sana nun di Presint 11 sana nun tetapi arpartment di Phase 4,8,9 dan 12 semuanya terletak di tepi jalanraya utama yang mana menjadi laluan utama kenderaan yang masuk ke arah Putrajaya .............takkan nak halau kitaorang keluar kuaters disebabkan masalah sidai baju punya hal kan ????? ......



Begini rupa sebenar-benarnya arpartment yang betul-betul menjadi laluan utama Putrajaya .......nun disana tu ialah Phase 3 dan 4 yang mana blok yang mengadap jalanraya selalu  dapat surat dari Perbadanan Putrajaya ...........nak bagi cantik supaya penghuni tak sidai kain di balkoni ialah Perbadanan Putrajaya WAJIB menyediakan mesin pengering untuk setiap blok dan bukan memaksa penghuni menyidai kain di kawasan belakang dapur yang hanya menyediakan tali penyidai yang begitu pendek walhal tuan rumah mempunyai anak yang ramai ..............bagi yang tinggal membelakang cahaya matahari kadang-kadang memakan masa 1/2 minggu baru kering pakaian yang di sidai .............

Kawasan ini ialah Phase 12 yang orang panggil blok pensel kalo nak kata penting mereka2 yg tinggal di kawasan ini lagi mustahak wajib disediakan mesin pengering sebab Phase 12 nih memang di tepi jalan utama di Putrajaya ..........

cuba tengok betul2 arpartment yang had ini ............jalanraya depan tu memang paling popular menjadi jalan utama semua pelancong atau sesiapa sahaja masuk ke kawasan Putrajaya ....ini ialah arpartment yang di duduki oleh kumpulan kedua jabatan-jabatan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dulu pada tahun 2001 dah di paksa pindah dari pejabat di Kuala Lumpur dulu ............sepatutnya lah kan kalau benar nak menjaga pemandangan cantik Putrajaya arpartment yang ini yang wajib disedika mesin pengering untuk setiap blok ........ini ialah kawasan Phase 4 dan 3 sebelah kiri dan yang diseberang nun adalah lebih utama iaitu Phase 8 yang betul-betul berdekatan dengan jalan masuk menuju Sri Perdana di Jalan Lebuh Perdana Barat ..........


Ini contoh mesin pengering yang sepatutnya di sedikan oleh Perbadanan Putrajaya untuk kegunaan penghuni ......kalau letak dalam setiap blok arpartment bukan ke bagus ..........kami boleh gilir-gilir guna kalo dalam satu arpartment ada dalam lingkungan 80buah rumah kira ok jugaklah kan ???? tapi siapa pulak nak bayar bil ???? kitaorang ke yang kena bayar bil ????? ..............kalao serius nak jaga pemandangan cantik Putrajaya sepatutnya mesin sebegini canggih di sedikan oleh Perbadanan Putrajaya

ataupun yang jenis ini ..............

Kalau yang jenis begini ok jugak kan ......


Tiada ulasan: