20 Mac 2015

TAK PAHAM GST PUNYA HAL .......

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) 

ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai. 
(PENERANGAN DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU)

Korang cuba ckap betul2 paham ke tidak apa yg tertulis spt diatas ini .... memula sya boring gak nak baca benda allah ni waktu time mula diperkenalkantu hari tu .... "sorry otak lembab cam sya nih mmg patut kena masuk tadika balik lahhhhh ..........GST tu sya punya cara nak terangkan gini caranya :-
Okeh, korang tahu tak cukai ....kalo korang pergi pergi Indon nun time nak balik korang banyak beli barangkan...waktu time korang nak lepas masuk tu korang kena soal dek pegawai kastam tu kan ????? deorang akan tanya berapa berat barang korng beli kedian deorang kira sekali gus cukai tu sekali lah berapa korang kena bayar ...... macam GST sama gak lah wei cukai perkhidmatan maaaaa ........korang try lah masuk Pulau Langkawi tu beli barang banyak2 tengok berapa banyak cukai korang kena bayar ...........itu fesyen dulu kalo nak masuk Pulau Langkawi la ni semua barang makanan semua kena cukai .....(tak paham lagi ke ?????)............entah la tak tahu nak buat camne syapun benci gak nih semalam time sya pergi pasar tengok list harga apa ke benda nyaaa makin mahal lahhhhh .............apa GST ni di kutip utk apa sebenanya ???? kerajaan dah habis duit ka nak bayar kakitangan gomen yg ramai tu smpai kena buat lagi nih plakkkkk !!!!!!  meh sini sat siapa nak explain kat depa kat luak sana nun mane yg tak paham ......

"Apa susah-susah tak suka GST habis dah alang kepalang duk bumi Malaysia nih nak buat camne wei ..... tak suka kalo nak beli barang kat kedai dah sah dahhhh dah ada GST ....tak suka ???? nak membantah arahan kerajaan ???? ade ke yg nak dengo kau punya suara hahhahahhaha !!!!!!! ............habis nak buek lago mano boh ??????  anok kat umoh nak make nih semua menda maha sokmo .......

Alkisah suka ke tak suka baik kawe baca betul-betul hal segala hal GST nih ..ape kemenda GST nih ....pening pala teman nak paham payoh bena .......JOM BACA benda betul bawah ni 

=====================================

MENJELANG pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang semakin hampir, kerisauan rakyat semakin membahang apabila banyak maklumat negatif yang tersebar sama ada di laman sosial ataupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Walaupun banyak penerangan dibuat untuk memberi kefahaman kepada sistem baharu ini namun penerimaannya tidak memberangsangkan. Rata-rata pihak masih menganggap GST membebankan rakyat yang menjadi pengguna akhir.

Ikuti temu bual Sinar Harian, berhubung GST bersama Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Apakah GST?

Dr Ahmad Azrin:  Cukai barang dan perkhidmatan ('Goods and Services Tax') atau mudahnya disebut GST telah banyak dibincangkan oleh pelbagai pihak. Biarpun menggunakan laras bahasa yang berbeza, ia terarah kepada tafsiran yang sama. Paling tidak ada dua perkara utama yang menjadi intipati kepada pendefinisian GST bagi memudahkan kefahaman masyarakat awam.

Pertama, apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Ertinya, setiap kali kita sebagai pelanggan melakukan sesuatu pembelian, kita akan dikenakan cukai.

Oleh sebab itu, GST sebenarnya dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam.  Kedua, sebelum sesuatu barang atau perkhidmatan dinikmati pengguna, ia perlu melalui pelbagai peringkat pengedaran.

Bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhirnya pengguna. Tidak dinafikan terdapat keadaan di mana pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan daripada pengimport yang kemudiannya berpindah kepada pengilang.

Boleh jadi juga pengguna memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan terus daripada pengilang tanpa melalui pemborong dan peruncit. Apapun keadaannya, GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan.

Kedua-dua intipati ini menjadi asas kepada mekanisme GST. Mekanisme GST pula tertakluk kepada sama ada sesuatu barang atau perkhidmatan itu dikenakan cukai ataupun tidak kerana tidak semuanya dikenakan cukai.

Oleh sebab itu, GST terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pengenaan cukai pada kadar standard (enam peratus), pengenaan cukai pada kadar sifar (0 peratus) dan pengecualian cukai.
Bagi pengenaan cukai pada kadar standard, pengguna akan membayar GST pada kadar enam peratus. Semua pihak di setiap peringkat pengedaran pula boleh menuntut kembali GST.

Bagi pengenaan cukai pada kadar sifar, pengguna tidak perlu membayar GST. Walau bagaimanapun semua pihak di setiap peringkat pengedaran masih boleh menuntut kembali GST.  Bagi GST yang dikecualikan, tiada sebarang bayaran GST dikenakan ke atas pengguna.

Dalam masa yang sama, tiada tuntutan GST boleh dibuat oleh semua pihak di setiap peringkat pengedaran. Antara barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST ialah barang makanan asas, penggunaan utiliti (bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna),
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan, perkhidmatan pengangkutan, proses jual beli dan sewa rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST?

Dr Ahmad Azrin:  Cadangan pelaksanaan GST ini sebenarnya telah diumumkan pada pembentangan belanjawan 2005. Untuk melaksanakannya, ia tidaklah mudah kerana pelbagai cukai telahpun dikenakan ke atas pengguna pada masa kini seperti cukai korporat, cukai pendapatan individu, cukai keuntungan harta tanah, cukai jualan dan perkhidmatan, duti setem, duti kastam dan duti eksais.

Tidak hairanlah kenapa banyak pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup dan pengurangan pendapatan boleh guna. Di atas kertas, pelaksanaan GST tampak mudah. Realitinya nanti, banyak cabaran yang terpaksa dilalui terutamanya dalam kalangan peniaga yang tidak mempunyai rekod perakaunan yang lengkap dan keupayaan literasi komputer yang rendah.

Namun perlu diingatkan bahawa pelaksanaan GST tidak menambah bilangan cukai sedia ada. Ia sebenarnya menggantikan sistem cukai sedia ada, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (Sales and Service Tax) atau mudahnya disebut SST.

Dengan pengenaan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, pengguna sebenarnya telah menanggung cukai sebanyak 16 peratus bagi setiap barangan yang dibeli selama ini. Ertinya, sebaik sahaja cukai GST dikuatkuasakan pada 1 April ini, SST akan dimansuhkan dan pengguna hanya dikenakan cukai GST enam peratus sahaja.

Dalam masa yang sama, cukai korporat dan cukai pendapatan individu dijangka mengalami sedikit perubahan yang bakal menambah pendapatan boleh guna. Di pihak kerajaan pula, SST mempunyai banyak kelemahan.

Antaranya ialah masalah cukai tersembunyi, cukai bertindih, tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport, kelakuan sabotaj ekonomi seperti mengelak membayar cukai, menyembunyikan sumber, aliran dan pendapatan kewangan syarikat, memonopoli barang dan sukatan harga serta pelbagai kegiatan lain yang tidak bermoral menurut perspektif ekonomi.

Dengan kata lain, SST tidak sekadar membebankan pengguna secara tersembunyi, malah kutipan hasil kerajaan berada di bawah kemampuan ekonomi sebenar. Jauh lebih penting adalah usaha radikal untuk meningkatkan pendapatan negara dalam mengharungi suasana ekonomi yang agak mencabar.

Tidak dinafikan kedudukan asas ekonomi Malaysia masih di tahap yang baik. Namun kita tidak boleh bersikap defensif apologetik kerana simptom seperti pengurangan pendapatan negara, peningkatan hutang luar negara, peningkatan jumlah hutang isi rumah dan peningkatan bilangan muflis sedang kita alami.

Kerajaan juga sedang berhadapan dengan tekanan untuk mengurangkan defisit fiskal. Oleh yang demikian, pelaksanaan GST dilihat sebagai solusi untuk berhadapan dengan segala tribulasi ini. Lebih-lebih lagi, ia telah berjaya dilaksanakan di 160 negara termasuk negara Islam yang menjadi anggota kepada Pertubuhan Islam Sedunia.

Dalam kalangan negara anggota Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar sahaja yang belum melaksanakan GST. Myanmar dikhabarkan akan melaksanakannya dalam waktu terdekat. Di Brunei pula, pelaksanaan GST bukanlah sesuatu yang mendesak berdasarkan sumber kewangannya yang kukuh dalam keadaan jumlah penduduknya yang kecil.

Bagaimanakah mahu memastikan ketelusan GST kepada masyarakat?

Dr Ahmad Azrin: Secara realitinya, usaha untuk memastikan ketelusan GST kepada masyarakat tidaklah mudah. Terdapat kemungkinan penjimatan yang  diperoleh daripada tuntutan semula GST mungkin tidak disalurkan oleh  peniaga kepada pengguna.

Natijahnya, pengguna tidak dapat menikmati kelebihan GST. Ada kemungkinan juga harga yang dikenakan oleh peniaga merangkumi SST dan GST. Barangkali ini yang banyak terjadi nanti. Natijahnya, GST akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang amat ketara.

Mendepani permasalahan ini, setidak-tidaknya ada tiga inisiatif berikut. Pertama, pihak kerajaan telah mengeluarkan senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST atau tidak.

Dengan adanya senarai ini, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan kadar standard kepada semua jenis barangan.

Kedua, hanya peniaga berdaftar dengan Jabatan Kastam boleh kenakan GST ke atas setiap transaksi pembelian. Untuk itu, pihak peniaga perlu mengeluarkan invois yang mengandungi maklumat seperti nombor pengenalan GST, nilai barang yang dijual dan amaun GST yang dikenakan kepada pelanggannya.

Aduan boleh dikemukakan melalui aplikasi ‘EZ Complaint’ atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my sekiranya resit atau bil dikeluarkan peniaga tidak paparkan nombor pengenalan GST dan simbol bagi setiap item barang atau perkhidmatan sama ada kadar sifar (ditulis dengan simbol z) atau kadar standard (ditulis dengan simbol s).

Ketiga, kerajaan mengadakan pemantauan oleh jawatankuasa kawalan harga, panduan harga pengguna yang diterbitkan secara berkala, peruntukan undang-undang melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang memberi kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan mengawal sebarang kenaikan harga yang disebabkan keuntungan berlebihan.

Antara ketiga-tiga inisiatif ini, saya berpendapat aspek penguatkuasaan perlu diberi keutamaan tertinggi oleh pihak kerajaan. Ini tidaklah bermakna kerajaan mengabaikan usaha penguatkuasaan. Cuma inisiatif ini memerlukan perubahan yang radikal demi melindungi kepentingan pengguna.

Adakah GST menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga barang?
Dr Ahmad Azrin: Pertamanya perlu kita fahami bahawa GST sepatutnya tidak menjadi kos kepada peniaga. Ini sebab bagi setiap pembekalan yang berkadar sederhana mahupun sifar, peniaga boleh menuntut semula bayaran GST.

Bagi perniagaan yang tidak berdaftar dengan pihak berwajib, mereka sama sekali tidak boleh mengenakan GST ke atas jualan mereka. Secara spesifiknya, perniagaan kecil yang jualan tahunannya kurang daripada RM500,000 tidak akan termasuk dalam sistem GST dan boleh menjual barangan mereka tanpa mengenakan GST.

Dengan kata lain, apabila dilaksanakan GST kelak, terdapat tiga keadaan yang akan terjadi, iaitu tiada perubahan harga, sedikit kenaikan harga (minuman alkohol dan tembakau, pendidikan swasta, kesihatan swasta, restoran dan hotel) dan sedikit penurunan harga (seperti pakaian, kasut, hiasan, perkakasan rumah dan penyelenggaraan serta komunikasi).

Ketiga-tiga keadaan ini sedikit sebanyak akan beri kesan kepada peningkatan kadar inflasi kerana corak penggunaan barangan alami kenaikan harga belum dapat disesuaikan sebaiknya.

Namun begitu kesannya bersifat sementara antara enam bulan dan setahun sebagaimana yang terjadi di banyak negara yang telah melaksanakan GST. Walau bagaimanapun saya berpendapat nilai 'threshold' yang ideal untuk permulaan pelaksanaan GST ditetapkan pada nilai yang lebih tinggi, misalnya RM2,000,000.

Ia berasaskan justifikasi kemampuan kewangan, sumber manusia dan pelbagai faktor lain yang dimiliki syarikat. Nilai ini boleh diturunkan dari masa ke masa.

Berapa kadar yang sesuai dikenakan jika GST mahu dilaksanakan?

Dr Ahmad Azrin: Sebenarnya tidak ada satu peraturan yang boleh dirujuk untuk menentukan kadar permulaan yang ideal. Walau bagaimanapun pengalaman negara yang telahpun melaksanakan GST boleh dijadikan panduan.

Pada masa kini, kadar puratanya ialah 16.6 peratus, kadar tertinggi ialah 27 peratus (Hungary) dan kadar terendah ialah lima peratus (Jepun, Nigeria, Taiwan, Iran dan Kanada).

Dalam kalangan negara Asean misalnya, ia berada antara 7 peratus hingga 12 peratus. Kadar ini tidak statik dan ia berubah-ubah mengikut situasi ekonomi semasa.

Sehingga kini, 12 negara telah menurunkan kadar GST semenjak tahun pertama pelaksanaannya. Sebanyak 55 negara pula menaikkan kadar GST. Angka sama dicatatkan dalam kalangan negara yang menurunkan kadar GST.

Berdasarkan situasi ini, bolehlah dikatakan bahawa kadar enam peratus adalah praktikal.

Kadar ini terendah dalam kalangan negara Asean dan antara terendah dalam kalangan negara yang melaksanakan GST. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kadar yang lebih rendah adalah lebih baik sebagai permulaan bagi menghindari suasana yang kurang harmoni.

Ini sebab tidak semua peniaga benar-benar memahami mekanisme GST dan tidak semua pengguna boleh menerima sedikit kenaikan harga bagi barangan tertentu.

Bagaimana pengguna tangani GST?

Dr Ahmad Azrin: Paling tidak ada lima perkara perlu menjadi manual bertindak bagi setiap pengguna. Pertama, cubalah fahami konsep asas GST. Kedua, semak status peniaga dan status barang atau perkhidmatan setiap kali transaksi.

Bagi setiap transaksi ini, pastikan resit atau bil diperoleh daripada peniaga. Keempat, buat aduan kepada pihak berwajib bagi sebarang salah laku peniaga. Kelima, biasakan diri buat perbandingan harga. Kelima-lima perkara ini tidaklah sukar untuk dilakukan.




05 Disember 2014

Orang Putrajaya kena warning sebab sidai baju ......

PUTRAJAYA 13 Feb. - Putrajaya, yang dibangunkan dengan penuh kecanggihan dan keindahan kini diancam pemandangan comot oleh sikap segelintir penduduk yang menyidai pakaian di balkoni rumah dan kawasan terdedah kepada pandangan umum.
Bandar satelit kebanggaan negara dan dikagumi oleh dunia luar itu yang bakal menjadi model baru kehidupan masyarakat Malaysia, seakan tercemar dengan pemandangan sedemikian.
Selain mencomotkan keindahan pemandangan keseluruhan Putrajaya, tindakan itu sebenarnya mencerminkan sikap kurang prihatin masih wujud di kalangan penghuni bandar tersebut, yang rata-ratanya pegawai dan kakitangan awam.
Tinjauan Utusan ke Putrajaya mendapati perbuatan menyidai pakaian di tempat yang tidak sesuai, dilakukan secara ketara dan dikhuatiri berleluasa selepas ini.
Hampir di semua pangsapuri yang telah didiami iaitu di Persint 8 dan 9, pakaian disidai di balkoni atau di mana saja kawasan yang boleh menyidai pakaian - walaupun tempat menyidai kain sebenar disediakan.
Berdasarkan maklum balas penduduk, mereka tidak menggunakan penyidai khas yang disediakan di ruang belakang rumah kerana dikatakan terlalu kecil dan tidak begitu terdedah kepada cahaya matahari.
Di kawasan kediaman rumah teres pula, sebahagian penduduk tanpa rasa bersalah menyidai pakaian di palang pagar yang terletak berhampiran cerun di jalan utama yang dilalui oleh kenderaan. Malah ada penduduk rumah teres ini tidak langsung menggunakan ampaian tetap yang disediakan di kawasan lapang di belakang rumah.
Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil Putrajaya akan menerima nasib yang sama seperti pemandangan yang boleh dilihat di rumah-rumah pangsa dan kawasan setinggan di seluruh negara.
Perancangan teliti bertahun-tahun untuk membangunkan bandar satelit ini tidak seharusnya menjadi `korban' kepada budaya dan sikap lama yang masih tidak berubah di sebalik pemodenan.
Kini, terpulang kepada para penduduk untuk membuat sedikit anjakan dalam budaya hidup mereka atau melihat imej bandar kebanggaan negara tercalar di tangan mereka sendiri.
Berdasarkan perangkaan penduduk yang masih sedikit, kira-kira 10,000 orang - masih ada ruang untuk Perbadanan Putrajaya melakukan sesuatu membaiki keadaan..

        ============================================

"Dah lama dah citer nih kitaorang memang selalu dapat surat amaran dari tuan punya kuaters di Putrajaya nih ......sidai baju di balkoni adalah satu kesalahan tetapi Perbadanan sendiri yang tahu salah mereka sendiri kenapa ruang sidai baju yg mereka sediakan terlalu kecil ...........cuma boleh muat dalam berapa helai baju jek kalau kami menggunakan penyangkut baju keberangkalian baju memang tak kering selama 2/3 minggu ...........bukan tak nak ikut arahan ruang sidai kain yang ada di setiap rumah disana hanya boleh muat sidai seluar dalam dengan baju dalam sahaja ................. siapa yang sanggup nak pakai baju basah setiap hari ????? nak beli mesin pengering mahal tu bukannya murah mesin tuh ..... gaji kakitangan kerajaan banyak manapun dah lah harga makanan kat sini mahal takkan kitaorang nak beli mesin tu pulkkkk .................kenapa dari awal lagi waktu pembinaan Putrajaya nih tak plan awal-awal sepatutnya wajib ada ruang khas untuk sidai baju ............sepatutnya setiap blok arpartment tu di sediakan satu mesin pengering mahal macam yang laundry guna tu bukan nak menyalahkan penghuni kuaters pulkkkkk ...............lagi satu hal kenapa bangunan tempat tinggal di bina berdekatan dengan pejabat ????????? kalo dah tahu akan ada aktiviti menyidai kain tu sepatutnya rumah kakitangan nun sepatutnya dekat kawasan jauh sana nun di Presint 11 sana nun tetapi arpartment di Phase 4,8,9 dan 12 semuanya terletak di tepi jalanraya utama yang mana menjadi laluan utama kenderaan yang masuk ke arah Putrajaya .............takkan nak halau kitaorang keluar kuaters disebabkan masalah sidai baju punya hal kan ????? ......



Begini rupa sebenar-benarnya arpartment yang betul-betul menjadi laluan utama Putrajaya .......nun disana tu ialah Phase 3 dan 4 yang mana blok yang mengadap jalanraya selalu  dapat surat dari Perbadanan Putrajaya ...........nak bagi cantik supaya penghuni tak sidai kain di balkoni ialah Perbadanan Putrajaya WAJIB menyediakan mesin pengering untuk setiap blok dan bukan memaksa penghuni menyidai kain di kawasan belakang dapur yang hanya menyediakan tali penyidai yang begitu pendek walhal tuan rumah mempunyai anak yang ramai ..............bagi yang tinggal membelakang cahaya matahari kadang-kadang memakan masa 1/2 minggu baru kering pakaian yang di sidai .............

Kawasan ini ialah Phase 12 yang orang panggil blok pensel kalo nak kata penting mereka2 yg tinggal di kawasan ini lagi mustahak wajib disediakan mesin pengering sebab Phase 12 nih memang di tepi jalan utama di Putrajaya ..........

cuba tengok betul2 arpartment yang had ini ............jalanraya depan tu memang paling popular menjadi jalan utama semua pelancong atau sesiapa sahaja masuk ke kawasan Putrajaya ....ini ialah arpartment yang di duduki oleh kumpulan kedua jabatan-jabatan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dulu pada tahun 2001 dah di paksa pindah dari pejabat di Kuala Lumpur dulu ............sepatutnya lah kan kalau benar nak menjaga pemandangan cantik Putrajaya arpartment yang ini yang wajib disedika mesin pengering untuk setiap blok ........ini ialah kawasan Phase 4 dan 3 sebelah kiri dan yang diseberang nun adalah lebih utama iaitu Phase 8 yang betul-betul berdekatan dengan jalan masuk menuju Sri Perdana di Jalan Lebuh Perdana Barat ..........


Ini contoh mesin pengering yang sepatutnya di sedikan oleh Perbadanan Putrajaya untuk kegunaan penghuni ......kalau letak dalam setiap blok arpartment bukan ke bagus ..........kami boleh gilir-gilir guna kalo dalam satu arpartment ada dalam lingkungan 80buah rumah kira ok jugaklah kan ???? tapi siapa pulak nak bayar bil ???? kitaorang ke yang kena bayar bil ????? ..............kalao serius nak jaga pemandangan cantik Putrajaya sepatutnya mesin sebegini canggih di sedikan oleh Perbadanan Putrajaya

ataupun yang jenis ini ..............

Kalau yang jenis begini ok jugak kan ......


04 Disember 2014

Apa kata deorang tentang CTOS ....meh sini kita baca !!!

Dalam hidup kita seharian ada benda yang menyebabkan kita jadi susah hati tak kira malam ataupun siang …..kalau bukan disebabkan masalah kewangan yang biasa-biasa semua orang akan mengalaminya tetapi lebih pening apabila ada hutang yang kita tak mampu nak bayar (Contoh : hutang kereta, rumah, pinjaman PPTN, bill telefon, bil internet, kad credit, ) mana tak susah hati kalo tak bayar 4/5 bulan jek nama terus di blacklist .............apasalah cepat sangat dalam jangakamasa itu sekejap jek nama kita akan di senarai hitamkan ........apasal tak tunggu setahun ke baru buat begitu ......atau ini cara nak bagi kita cepat insaf "jangan sesuka hati lupa hutang" kalo ikut cara EON CREDIT mereka nih lebih rela call pelanggan dan dah siap dengan tex maki hamun disebabkan pelanggan lambat bayar .......... mana lebih baik ????? So mai lah sini kita baca and baca yang sya dah ulang cetak dari satu website nih .....sya kebetulan plakk nama sya dah masuk CTOS sebab line internet P1 .........sekali rasa malas nak bayar suka hati dia lah nak masuk dalam senarai CTOS tuh dan berharap ada hamba allah yg akan sanggup ambik loywer ataupun sya doa jek lah mana lah tahu company P1 tu akan menarik balik .......

                            ======================

Salam, mintak tolong geng majalah terangkan pasal ctos ni. Aku pening la, kejap ada yang cakap hanya hutang kad credit dan pinjaman bank yang masuk ctos, tapi kawan aku blacklist ctos pasal hutang bil telekom. Memang dah x ader peluang ker blacklisted ctos ni nak wt pinjaman bank.

Lg satu, sebenarnya berapa lama bank proses pinjaman perumahan? 

terima kasih banyak2 kepada yang sudi membantu. murah rezeki korang tolong aku..amin..
 Dalam
1.   Azizan Bin Ismail - Sat 21/May/2011 3:33pm
Azmin, ctos adalah agensi yg menawarkan service penyenaraian hitam semua jenis hutang dari agensi kewangan spt bank, sykt credit dll. ctos membekalkan rekod balik kepada agensi pemberi pinjaman utk melihat rekod org yg hendak pinjam wang samada mereka pernah x bayar hutang dsb. Ccris pulak sama spt ctos juga tapi ccris dilakukan sendiri oleh bank negara. Fungsi kedua2 ni sama saja iaitu memberi maklumat tentang status hutang individu.
Peluang utk dapat pinjaman tu bergantung kepada keyakinan sykt pemberi pinjaman itu sendiri, kalau dia org rasa kita mampu bayar walaupun pernah sangkut2 ..mereka akan beri juga... biasanya peminjam kena pi jumpa dan explain la knapa x bayar dulu bla... kalau nak clear ctos/ccris ni kena settle la smua yg tertunggak tu...
Lg satu bank akan hantar laporan bayaran kita setiap bulan kepada ccris, kalau over due akan nampak kita x bayar pd bulan tersebut.. oleh itu payment mestilah sblum over due ... wasslam...  
Hanif 5 - Sat 21/May/2011 9:46pm
Azmin klu awk kje gov or badan berkanun sya blh tlg awk walaupun awk ccris, ctos or blacklist skalipun..ni no fon sya
Hanif 017-6657679  
2.   Jid Cobra Yazid - Sun 22/May/2011 4:29am
-keje swasta
-name clear
-gaji 2k sebulan
-gaji by hand
-epf x potong
ade jalan x nak buat loan??????
sms aku 0125921550  
3.   Norhaizam Bin Mahadi - Sun 22/May/2011 10:28am
For info,Untuk clearkan nama sesiapa yg ada record dgn CTOS,ia mengambil masa 6 bulan untuk clear.kawan saya dah kena.Adik Beli kereta guna nama abag.Tapi adik tak bayar 3 bulan.Lepas tu,nama abg kena blacklist dgn CTOS.Lepas tu,Abg buat full settlement payment yg tertunggak.Bila nak buat load rumah sangkut sebab record ada dlm CTOS.So,kena ambil masa 6 bulan untuk clear nama dlm system CTOS.pastikan walaupun anda berhutang kad kredit RM20,jgn ambil mudah tak bayar.Bila nama dah sangkut dgn CTOS,susah nak buat loan kemudian hari.  
4.    Mohammad Amin - Sun 22/May/2011 11:31am
perrhhh power la Hanif 5 tu....  
5.   Loan Advisor 2 - Sun 22/May/2011 2:50pm
kpd yg yang ada masalah ctos , kalau dah buat settlement utk loan yg sangkut . nama boleh clear dlm masa 3 hari , dgn syarat pegi atau cll ctos ckp nk buat clearence nama , dan jgn lupa bawa skali surat full settlement yg dah buat tu . jgn harap bank atau company yg blacklistkan kita nk tolong clear kan rekod . diaorg clear memang mkn masa 6 bln . kita kena buat sendiri . tq harap info ni berguna utk semua . ni sy sertakan no telefon CTOS : 03 2770 8833 .  
6.   Azmin 5 - Mon 23/May/2011 12:31am
tq untuk semua yang sudi comment kt sini. info korang mmg sgt bermanfaat buat aku...  
7.    Dragonbuzz - Mon 23/May/2011 7:16am
Salah tu, aku penah pergi CTOS, CTOS tak blacklistkan nama2 penghutang, tapi pemberi hutang yang merekodkan nama kita dalam sistem CTOS. Kalau dah buat full settlement hari ni, mintak surat full settlement dan suruh syarikat pemberi hutang clearkan nama kita secepat mungkin. Kalau clear hari tu, hari tu jugak nama kita akan bersih.tu yang pihak CTOS bagi tau.  
8.   Dragonbuzz - Mon 23/May/2011 7:19am
Lepas syarikat tu dah clearkan nama kat CTOS, pegi CTOS check balik nama kita dah clear atau tak...kalau tak clear lagi baru gunakan surat full settlement tunjuk kat pihak CTOSuntuk clearkan nama kita dari CTOS.  
9.   Ryza 2 - Mon 23/May/2011 10:39am
Ctos Cris same ke dengan blacklist??
let say la kan....kite ade utang card credit.. xbayar untuk jangka mase yang panjang...so sekarang kite dah buat full settlement...boleh ke kite apply pinjaman kat bank???...kawan kite kate susah sbb dah blacklist....boleh tak sape2 explain kat kite???  
10. Dragonbuzz - Mon 23/May/2011 11:44am
CCRIS ni ialah sistem BNM yang merekodkan maklumat pembayaran balik pinjaman,kalau kita tak bayar lebih 3 bulan,nama akan termasuk dalam CCRIS. Kalau kita tak bayar langsung sehingga keluar surat saman mahkamah,nama akan diblacklistkan dalam BNM atau CTOS. CTOS ckp diorang bukan blacklist WTF,tapi sebenarnya sama mcm blacklist.kalau orang tak bayar hutang,nama masuk dalam CTOS, lps tu nak buat pinjaman ape pun tak dapat.ade lagi satu BNM pakai.dia sama mcm CTOS. nama die FIS (financial Information System) tapi belum digunakan secara meluas.  
11.Fariss 2 - Mon 23/May/2011 12:07pm
salam,skg kowamas pun ada menawarkan pinjaman kpada smua org dan mereka menyediakan perkhidmatan bayaran balik yang mudah,pada masa sama mereka boleh menambah pndapatan sehingga rm 5k sebulan......untuk details sila emailkan saya maklumat gaji anda atau sebarang pertanyaan juga dialu-alukan...fariss_kowamas@yahoo.com....saya akan cuba bantu anda semampu saya...yang pnting anda emelkan details anda n saya akan surveykan details dari syarikat dan akan emelkan semula...yang ikhlas fariss...t.q.........fariss_kowamas@yahoo.com  
12.Mama Effa - Mon 23/May/2011 11:16pm
Fariss 2, Kowamas hanya menyediakan pinjaman utk kakitangan kerajaan shjkn?  
13. Izan 22 - Wed 25/May/2011 12:39pm
salam..tumpang lalu...pd kawan2 yg ada masalah nak byr kredit kad boleh tgk kat sini www.inforaktif.com / sms 0107874979 izan.tq  
14.Nikfauzan - Sat 5/May/2012 12:50pm
salam,saya ada buat pinjaman peribadi dengan kewangan berlesen dan di black list ctos,adakah kewangan berlesen ni blh blacklist nama kita?  
15.Noor Azizah 6 - Wed 9/May/2012 4:45am
Betul ke klu nak clearkan nama kat ctos ni kena buat bayaran cecah RM 1000  
16. Akumuflis - Thu 14/Jun/2012 9:44am
Apa la ko org ni semua bagi info tonggang langgang...CTOS ni membantu pemberi pinjaman utk menyenaraikan mereka2 yang gagal membuat bayaran dan utk maklumat jika si peminjam telah membuat penjelasan hutang maka pihak peminjam perlu mengemaskini maklumat dgn CTOS tetapi segelintir tidak berbuat demikian,ini kerana CTOS mengenakan charge 3% kepada pemberi pinjaman jika ingin mengeluarkan nama peminjam tadi so segelintir pemberi pinjaman tidak mahu membayarnya so itu yg menyebabkan nama peminjam masih wujud didalam CTOS..ia la dlm erti kata "aku (Ctos)dah tolong ko utk dptkan semula hutang2 yg tertunggak so x kan la semudah itu nak keluarkan nama peminjam tanpa komisen?" .. kalau ko org sebagai individu nak g tanya CTOS modes operandi mereka,mmg la mrk x kan bagi input yg terang so ko org kena la bukak syarikat dan mohon utk melanggan servis CTOS ni,ha kat situ baru la ko org nampak apa perkhidmatan yg CTOS berikan kepada mereka yg melanggan perkhidmatan CTOS....kepada org CTOS jgn plak ko failkan defamation sued kat aku eh!! tapi kalau nak sue,sue la sebab aku muflis tiada siapa boleh sue aku hekhekhekhek  
17.Akumuflis - Thu 14/Jun/2012 9:49am
Hmmm Dragonbuzz ni pun bagi info tonggang terbalik,btw bro ki ni banker ke? ko mcm mahir gile cite pasal CCRIS,CTOS & FIS...boleh tak ko jelaskan dgn lebih terperinci mengenai CCRIS,CTOS & FIS??? yg paling aku minat nak tahu dr ko FIS,apa FIS tu bro??..jgn bagi salah maklumat nanti semua jadi huru hara,jadi BERSIH plak nanti  
18.Lifenotsoeasy - Thu 12/Jul/2012 2:02pm
salam..

aku da hutang ngan satu kedai moto nie..
then dia ctoskan nma aku..
yang aku hairan sblum kedai moto tuu ctoskan nama aku hutangnye cecah 10k..
tapi bila nma aku dictos aku dpt panggilan aku cuma kena byar dlm linkungan 3k untuk clearkan nama..
Seriously aku xpham ape permainan diorang kat cni..

n kepada yang lebih pro,
aku nak tnya pendapat korang if kes aku hutang kedai tu 16 bulan lepas, logik ke kalau aku hutang kedai tu smpai 10k, sedangkan aku cuma bli moto modenas kris secondhand..

hopefully dapat feedback yang positif..
thanx.  
19. Karina - Mon 24/Sep/2012 10:56am
salam..
pelik bin ajaib jgk ler..

adik aku guna nama aku beli motor(2nd motor krisis ja)
pastu xbyr kena tarik..

dlm masa sthn pstu aku cuba buat loan beli umh..tp xbole diorg ckp nama aku bankrup?? aku dgr klu nama bankrup dlm 30k..tp xkn arr motor buruk tue harga sampai 30k kot!!!giler per...

aku pi cek nama kt bnm tp nama aku clear jew..cek kt putrajaya tp ttp clear jgk..xke pelik mcmtu..

pastu aku pi tya agen yg kedai moto tue serah kn kes aku kt dia,dia kira2 hutang yg aku kena byr 10k oooo...hampeh betoi arrr..dia kata akn naik lg skiranya aku xbyr..ALONG KA NIE!!!

jd pgajaran buat diri sdiri jgn penah bg sape2 guna nama kita walaupun org tdekat..yg kena tangung sape?diri sendiri jgk!!  
20.Me 8 - Tue 9/Oct/2012 6:11pm
assalamualaikum...saya ade pengalaman tentang ctos ni.mula2 saya xtau yg name saye telah di ctos kan,sy xde terima ape2 surat dr mane2 pihak yg mengatakan name sy ade ctos!!ade skali tu sy try nak buat personal loan tp xlepas n then bank pun tak dpt pastikan ape punca loan sy x lepas.klau nak tau name ade ctos ke x korg kene register kat http://ctosid.ctos.com.my ... follow ape yg dia suruh.. da register nanti korang baru bleh cek nama korang ade ctos ke x n ape punca klau name korg ade ctos.lg 1 sy nak nasihatkan bile da tau ape punca ctos jgn terburu-buru nak byr amount yg perlu korg satle kan..buat semakan detail k.. punca ctos sy p1 wimax,tu pun sy dpt tau bile sy register name sy kat ctos n total amount yg sy kene bayar RM16++ tapi sy try call p1 centre n runding camane nak satlekan,last2 sy cume perlu bayar RM380 je(jahanam duit aku) dlm mase sminggu name sy da clear tp korg kene igt,bile da byr korg kene call ctos n tanye camane nak clear.klau korg x buat memang name korg masih ctos lg...ctos memang melecehkan,jadi lepas ni perlu hati2..sekarang ni sy da lepas dr ctos..  
21.Ny 3 - Wed 10/Oct/2012 5:32pm
kena bg salinan ic ke nk register ctos 2?  
22. Tj 2 - Sun 28/Oct/2012 1:25am
satu lagi hal courts mammoth,dia ckp kalau aku pulangkan baranag dorang,nama aku akan blacklist di bank negara..aku sound direct dorang ckp aku d call bnm n dorang ckp bnm takde kena mengena dgn courts mammoth..pihak courts mamoth plak ckp nama aku akan dictos la..setau aku bnm takde kena mengena dgn ctos..dan bayaran bulan2 aku kat courts mammoth takde la tertunggak.ada sape2 leh explain kat sini?  
23.Easy Way - Sun 11/Nov/2012 11:45pm
Penjamin boleh ke dikenakan CTOS kalau peminjam buat bayaran tapi tak sempurna. Setahu aku kalau bank terima bayaran (kalau mengikut undang undang contract) ada acceptable kat situ, dah ada contract dan persetujuan. Boleh ke dimasukan CTOS kat penjamin. Kalau boleh CTOS ni memang perlu pemantaan dari BNM.  
24.Farhan 97 - Fri 23/Nov/2012 5:19pm
Klu nama di black list dlm ctos, kita still boleh ke luar negara tak?  
25. Lin 23 - Tue 4/Dec/2012 5:41pm
saya ingin membeli kereta tapi saya diblacklistkn kerana jadi penjamin dulu.tapi ikut pendapatan saya layak....sape boleh tolong..  
26.Info Wealth - Thu 13/Dec/2012 11:53pm
Lps ni kita boleh amik tindakan kpd ctos n syrkt yg bg kita hutang coz mendedahkan data peribadi pelanggan kpd pihak ke 3 apabila Akta Perlindungan Maklumat Peribadi dikuatkuasa pd 1/1/2013 ni..  
27.Aluvely - Fri 14/Dec/2012 3:19am
Me 8..

Camne cara awak settlekan p1 max tu. sy pon dapat nasib yg sama. ada try call tp yg angkat telefon tu cakap mmg kena bayar abis.. sy pon dah x ingat bila sy start guna p1 max ni. tunggakan sy sekarang dah seribu lebih walaupun dah berbulan2 sy x guna. serius, sy x tahu pon yg p1 max ni ada kontrak 2 tahun sbb masa nak amik dulu, seller dia xde gtau pon pasal tu. cuma diorg ckp, klu sy x bayar hanya xleh guna tenet je.. klu sy tahu, mmg sy x kan amik p1 max ni.. cam gampang.. seller tu pulak, sbb nak komisyen, sanggup x cakap jujur ngn customer..  
28. Hizmi Ghazali - Sun 30/Dec/2012 12:09am
Saya nak tanya pada yang expert. Saya pernah di blacklist oleh bank disebabkan credit card. Pada bulan July 12 saya dah clearkan semua hutang piutang saya. Saya dah ke BNM utk printout statement CCRIS...dah clear. CTOS pun dah clear. Nama tetap ada di CTOS cuma dia letak remark : Debt fully settled (tarikh). Baru2 ni saya ada nak beli kereta, tapi bank x nak approvekan loan. Bila saya tanya bank kata pasal record x elok. Adakah sebab record yg lampau sampai bila2 x boleh apply loan? Saya skrg x ada apa2 commitment langsung. Gaji bersih x ada bayar apa2 pun. Please advice, apa yang saya boleh buat ye?  
29.Nsim2508 - Wed 2/Jan/2013 7:32pm
SALAM,SY nak tanye..de sape2 x yg bleh bantu untuk mohon loan perumahan bg kerja swasta gaji basic RM970 [ dah tolah epf/socso ] + OT [ dlm rm580 sbulan ]...harga rumah yg nak beli@mohon tu RM42k..sy xlpas mohon sbb de hutang personal loan rm5k...boleh x bantu@ bg idea..?
30.Bell 16 - Thu 7/Feb/2013 12:14pm
and fyi..aku free from any commitment skrg..sbb ape2 loan (keta,umh,crdt card) yg aku apply sume x lepas sbb ctos ni...harap ade ejen2 bank rakyat yg bole consider  
31.Umie 31 - Mon 11/Feb/2013 12:26am
salam tumpang tanya,kalau ada payment lewat 3 bln akan masuk cris ke???saya x berapa tau sgt tntg ni,kalau nak clearkn scepat mgkin mcamana???dan 1 lg mcmna kita nak tau nama kita tersenarai dlm cris,,bleh tlg ajarkan x???  
32.Hizmi Ghazali - Sat 16/Feb/2013 2:09am
Umie 31...once kita ada loan dari bank, secara automatic nama akan tersenarai di CCRIS. Cuma bila payment x ada sangkut, pada statement CCRIS tu akan tertulis 0, kalau sangkut 1 bulan akan tertulis 1 dan seterusnya. Untuk check CCRIS, Umie kena pergi BNM dan print out kan je report tu.  
33.Anna Aziz - Tue 26/Feb/2013 9:49am
Aluvely..

assalamualaikum semua..

aluvely..sy juga mendapat nasib yg serupa dgn saudari.. seller tak bgtau kontrak 2tahun..sy pulangkn broadband P1 wimax sbb tiada liputan internet dan line sgt slow..skrg tuggakkn mencecah 1+++..  
34.Nana 285 - Thu 28/Mar/2013 11:55pm
Aku pun ada problem dgn P1 wimax yg nk meng-CTOS kan nma aku...walhal aku dh lmer terminate account..x psl2 kena bayo bil rm400...penipu aih...  
35.Nuraishah 6 - Fri 29/Mar/2013 11:58am
Bila nama dah di senaraikan dalam CTOS dan CCRIS memang susah nak dapatkan pinjaman dari bank. Nama harus di bersihkan dulu. HUTANG harus di selesaikan dulu.

Hubungi saya di talian 012 6516706, insya allah kita bole berbincang untuk selesaikan masalah CTOS dan CCRIS anda.  
36.Mimie 121 - Sat 6/Apr/2013 11:08am
hai..sye tahun 2012 memang ade mslh dlm lewat byr instment kerete sye.tapi tahun ni sye dah clearkn dn byar setiap bulan tnpa sangkut lagi.untuk lanjut,sye perlu cek nama di citos ke ccris?minta bantuan. cleomiepatra@yahoo.com  
37.Hafilah - Wed 10/Apr/2013 9:23pm
Nak tanya, blacklist ni cmane? Kalo x byr instalment 3 bln trus kne blacklist ke?
Kalo min RM30K, akan jd bankrap kan? RM30k tu 1 bank ke campur2 hutang dgn sume bank?
And lg 1...kalo kite ni blacklisted, apa tindakan bank ke atas kita? Kne masuk court ke ape ke?  
38.Liyana 140 - Sun 21/Apr/2013 1:34pm
Kalau nak tanya if tak bayar Linguaphone yang tertunggak akan diblacklistkan tak? Sbb benda ni cam menipu je. Saya rasa tertipu so saya boikot tak nak bayar Macam mana?  
39.Ita 71 - Tue 23/Apr/2013 7:24pm
Hizmi ghazali. Sya pn mcm awak. Nk mintak hse loan sume reject. Hutang suma dah zero.
Sbb rekod krdt card hutang lapok dulu. Walau dah Fully settled. rekod rumah kna lelong pn ada. Nk apply loan hnya 50% pn x lepas.

Me 8. Citos tak de1ete info @ rekod lama. Hanya remark: fully settled sja. Betol kn?  
40.Florence 4 - Wed 12/Jun/2013 1:43pm
Nak tanya...kalau dah bankrap gara2 kereta punya loan. Loan rumah mcm mana? Ada kaitan kah dgn loan rumah. tapi tak sama bank.  
41.Arfan 7 - Sat 17/Aug/2013 11:15am
blacklist broadband msk x dlm ctos  
42.Knowledge1st - Tue 20/Aug/2013 11:18am
Akumuflis.. x perlu komplen org lain, kalau ada knowlegde berguna n tepat, just bg tau k. kami memang memerlukan knowledge yg tepat.
Knowledge is all matter, complain complain complain. very tipical melayu.
harap boleh bagi info yg tepat dan berguna. tq  
43.Fatinizzati 6 - Thu 22/Aug/2013 1:09pm
blacklist linguaphone boleh ke apply AEON service?  
44.Naimahpaan - Thu 22/Aug/2013 4:56pm
brader arfan: yes.. kene
aku pon dah jadi siti ctos.. bru jer cek.. mangkuk btol p1 wimax... dah lah mnder tu smpai 1 riban weii... hermmm..

gilerzzz.. nak buat pengurangan pmbyrn jugak.. lepas dh setel dgn p1 wimax ni nak kene kol ctos plak ke?..phtu sy kene byr dgn ctos plak ker?..  
45.Ayue 2 - Tue 27/Aug/2013 11:22am
salam aku nak tanya laa,aku penak refinen moto lps tue tak byr skng nie org kedai call ckp aku dah blcklist ctos & aku lepas ke nak buat loan kereta??aku call bank negara dorg bagitahu yg ctos x de kene mengene dengan dorg.so ada sape2 boleh tlg??  
46.Widad97 - Tue 17/Sep/2013 3:17pm
salam, ayue2, mmg btul ctos tu agensi berasingan, tkde kena mengena ngan bank negara, tp pihak bank dan institusi kewangan yg lain tetap suke check ngan ctos utk tahu sejarah pinjaman atau kad kredit customer.

try check info dr azizan b hashim, norhaizam, dragonbuzz dan loan advisor2 kat atas ni, utk tahu lebih lanjut.  
47.Widad97 - Tue 17/Sep/2013 3:19pm
btw, jika ada yg berminat dgn link affiliates, yg ni beri USD15 upfront..
check out >> http://bit.ly/18dz9ku  
48.De Jebon - Sat 19/Oct/2013 3:12pm
Aku punya kes lagi sadis. Tahun 99 aku kerja dgn satu subsidiari anak sykt kerajaan negeri. 5 tahun aku kerja gaji naik sekali, bonus dpt sekali, epf payment tunggang langgang. Tahun 2004 aku berenti dgn notis 3 bln tp 1 bln lepas aku notis aku quit ats sbb x dpt dielakkan. Aku xde mslh buat loan rumah, kereta etc sehinggalah awl tahun ni aku nak buat personal loan sangkut sbb blacklist kat ctos atas sebab yg aku nyatakan. Slps hampir 10 tahun. Giler diorang ni. Sat lagi org hutang kedai runcit payment x cantik pun boleh blacklist. Kalau aku sue diorang boleh menang tak? Aku nak tau mmg semua bank akn refer ke ctoske? Ada sesape kat sini yg arif ttg perundangan boleh beri nasihat kat aku. Aku punya stand mmg tak nak bayar kat diorg pun ats sbb yg aku beritau kat ats tu.