19 Februari 2014

Banyaknya buku teks

Kurangkan beban bawa buku





APABILA bercakap tentang buku teks ketika di alam persekolahan, pasti setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri. Sama ada sengaja meninggalkannya di rumah atau terpaksa berhempas-pulas mengangkat beg yang berat. Bayangkan, hampir kesemua mata pelajaran mempunyai buku teks dengan purata dua jenis setiap satu subjek. Disebabkan itu, ramai yang mengambil pendekatan berbeza bagi mengurangkan mengendong ‘beban’ itu.“Pada kebiasaannya, saya akan berkongsi bersama rakan yang duduk bersebelahan. Contohnya, jika saya membawa buku teks Sejarah, dia akan membawa buku Matematik,” ujar Nur Dania Arifah Mohd. Rashidi, 17.

Dia menambah, langkah ‘bijak’ itu terpaksa diambil memandangkan dalam sehari, sebanyak enam ke tujuh buah buku yang akan dibawa mengikut jadual sekolah harian.“Ia belum lagi ditambah buku-buku latihan yang akan digunakan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun in,” tambah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Cheras, Kuala Lumpur itu. Namun, situasi itu bakal berubah melalui pengenalan buku teks digital yang dilancarkan di bawah Kementerian Pendidikan baru-baru ini.Inovasi baharu Inovasi baharu dunia pendidikan itu memberi satu anjakan positif kepada guru dan pelajar yang dilihat membantu sistem pengajaran dengan lebih efektif.Buku teks digital tersebut merupakan versi elektronik buku bercetak yang boleh diakses secara dalam talian. Ia mengandungi teks dan grafik serta mempunyai ciri flip seperti buku teks bercetak.Menurut Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan, Abdul Ghani Mohamad Niza, ia adalah lanjutan daripada penggunaan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) 1BestariNet yang diperkenalkan pada tahun 2012.


PARA pelajar membawa beg sekolah berat bakal menjadi sejarah apabila pengenalan buku teks digital diperkenalkan di sekolah-sekolah.



“Sehubungan itu, kementerian berusaha supaya buku-buku teks dapat dimuat naik ke VLE. Melalui usaha itu, pelajar boleh mengakses buku teks secara maya selain terus menggunakan buku teks bercetak,” ujarnya ketika ditemui Infiniti di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini. Dia menambah, pada peringkat awal, bahan buku teks bercetak didigitalkan dalam format Electronik Publishing 2 (ePub2) dan seterusnya dimuat naik ke platform VLE. “Dengan adanya buku teks digital ini, pelajar dan guru yang telah dibekalkan dengan kata laluan akan dapat mengakses buku teks melalui internet pada bila-bila masa,” jelas Abdul Ghani. Sebanyak 300 judul buku teks bercetak telah didigitalkan mengikut tindakan gelombang pertama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Menyambut baik pembaharuan itu, guru subjek Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik, Norhaniza Abd. Jamil, 35, berpendapat, pengenalan buku teks digital memudahkan proses pengajaran guru kerana ia lebih interaktif dan menarik.“Buku teks biasa yang statik kadangkala membuatkan pelajar mudah hilang tumpuan. Pendigitalan tersebut sedikit sebanyak memudahkan pemahaman pelajar malah lebih cepat dan pantas,” ujarnya yang mengajar di SMK Cheras.Dia menambah, menggunakan buku teks digital menerusi laman VLE memudahkan pelajar ketika membuat latihan ulang kaji kerana jawapan boleh diperoleh dengan cepat.
“Selain itu, animasi-animasi yang terdapat dalam pendigitalan itu juga membolehkan pelajar memahami subjek-subjek tertentu dengan lebih baik,” jelas Norhaniza yang berasal dari Kulim, Kedah.


PENGENALAN buku teks digital memudahkan proses pengajaran kerana ia lebih interaktif dan menarik.




Berkongsi pendapat yang sama, Norliza Borhan, 42, berkata pendigitalan buku teks adalah satu pembaharuan berinovatif.“Rugi jika kita tidak bergerak selari dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin meluas pada hari ini. Mereka sendiri sudah biasa menggunakan komputer, maka proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik,” ujarnya yang turut mengajar subjek IT dan Matematik.
Berdasarkan Laporan Ciri-Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar celik komputer bagi penduduk warganegara Malaysia berumur lima hingga 69 tahun di semua negeri telah mencapai lebih daripada 45 peratus. Kepekaan dalam bidang ICT itu memyebabkan generasi muda lebih peka dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu. Pendedahan pada usia yang muda membolehkan pelajar menggunakan komputer tanpa sebarang masalah.

“Saya sendiri tahu menggunakan komputer pada usia tujuh tahun. Melalui pengenalan buku teks digital itu, cara pembelajaran saya turut berubah ke arah yang lebih baik,” ujar pelajar tingkatan lima, Tsen Wen Liang, 18.Tambah pelajar dari Cheras, Kuala Lumpur itu, walaupun baru diperkenalkan, cara penggunaannya tidak terlalu rumit kerana ia disediakan dalam Platform VLE yang telah digunakan sejak dua tahun lepas.Beberapa negara telah beralih kepada penggunaan buku teks digital untuk digunakan dalam sektor pendidikan umum. Antaranya, Korea Selatan, Poland dan Singapura.Korea Selatan telah merencana transformasi sistem pendidikan ke arah pendigitalan sejak lima tahun lepas. Penggunaan buku teks digital baharu itu akan dirintis oleh 150 sekolah rendah dan 300 sekolah menengah.


PELAJAR boleh mengakses pembelajaran mereka menggunakan peranti mudah alih.



Masalah
Namun, pakar bidang pendidikan di negara yang mempunyai sambungan internet antara terlaju di dunia itu, menyatakan pendigitalan buku sekolah membawa kepada beberapa masalah.Mereka berpendapat, ia akan menyebabkan kebergantungan melampau generasi muda terhadap gajet dan teknologi baharu.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mendapati, satu daripada 12 pelajar berumur lima hingga sembilan tahun terdedah kepada ketagihan internet.Mengulas situasi itu, pengetua SMK Cheras, Juahir Mondakir berkata, pihak kementerian sudah semestinya telah mengambil kira perkara tersebut sebelum pelaksanaan ke seluruh sekolah awam.“Contohnya, sambungan internet yang terhad untuk ke laman-laman web bersesuaian. Disebabkan itu, pelajar tidak boleh melayari internet untuk memasuki laman sosial dan berkaitan,” ujarnya.

17 Februari 2014

Musim Sakit Tekak

Sya batuk-batuk dari minggu lepas lagi tau ...... kat office sana sini dengar kengkawan dah ramai yang terbatuk-batuk dan sebab penyebab nya biasalah kannnnn ......... udara dah panas cerebu plakkk sampai gelap keliling dan menganggu pemandangan ............ walaupun banyak minum air suam terkena jugak batuk........sya selalu lah sebelum pergi klinik tuh sya kunyah je Gula-gula Hacks sambil buat kerja kat office tak hilang jugak sya balik rumah minum ubat batuk yang ada balance yg anak punya ubat.........ah,ah malasnya nak pergi klinik walaupun klinik dekat dengan rumah ...........okeh tahan lagi kali ini dah sakit tekak pulakkkk dahhhh ..........suara dah mula bunyik lain plakkkkkk dan demampun dah mula datang serta merta.............sebenarnya sya dah lama tak demam, batuk-batuk dan sakit tekak 

Virus punca sakit tekak

SAKIT tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak.

Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya.
Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

Penyebab sakit tekak


Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.



Punca sakit tekak


  • Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.
  • Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
  • Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.


    Kemungkinan punca lain


    Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan.


    Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.


    Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.



    Tanda lain bagi sakit tekak

  • Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga.
  • Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
  • Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.

    Rawatan


    Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.


    Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.


    Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.



  • 11 Februari 2014

    Jalan-jalan ke Bangunan Kenanga


    Okeh setelah berhari-hari tak ber-update blog nih selepas cuti raye cina tu ari ………bayangkan 30/1/14 budak sekolah cuti kat belah sini dan 31/1/14 dah start dahh cuti raye cina ………..yang kakak plakkkk dah lama merancang nak pergi ke majlis kawin di Pendang Kedah jadi kamipun beriya-iya sakan pergi lah ke Kedah selama 2 hari sahaja….bertolak pagi Jummat pd 31/1/14 tuh pkul 11.00pagi dan sampai lebih kurang waktu yg sama gak lahhhh sebab memang jem lah jalanraya  sebab raya cina …………jadi majlis kawin tuh hari Sabtu lepas makan je kami terus balik semula ke kampung kami lahhhh ………..dan selang esoknya plakkk kita orang ronda KL plakkkkkk sebab tetiba jek rasa nak ronda-ronda KL sambil bawak saudaramara jalan-jalan KL lagipun kedai banyak yg tutup kat KL sebab Hari Wilayah jadi boleh lah pusing-pusing sambil makan angin …………..yang makcik ajak pergi temankan saudara nak membeli belah di Bangunan Kenanga WholeSale City (KWC) di Jalan Gelugor berdekatan ngan Dewan Bahasa dan Pustaka……….kata makcik kat sana banyak koleksi boleh borong ..... alkisah sya dah lama tak drive ke KL jadi bolehlah sekali sekala meredah jalan-jalan raya yg sesak pada hari-hari biasa kecuali cuti umum………

    ok set dalam kepala sya follow keta anak saudara yg memang tahu kawasan itu …..biasalah kalau bawak kete dalam bandar siapa berani jek boleh tahan memandu dalam kawasan bandar yg semak samun dgn perbagai jenis kenderaan. Dari kampung kami tuh sebenarnya bukan jauh sangatpun dengan KL kalau tak jem hanya 30 minit kalau jem jadi 2 jam....... setelah menyusuri jalan-jalan kampung dan berhenti isi minyak jap kami pun teruslah ke KL ...................Kami sampai di Bangunan Kenanga yg amat terkenal dgn jualan borong itu setelah 30minit memandu dari rumah sebab ari tuh jalan lenggan dan selenggangnya sebab cuti raya cina …….."ah best gak memandu sebab jalan tak jem kalau tidak sorry lahhh kalau nak masuk   KL baik sya naik apa je jenis kenderaan awam yg ada dari bawak keta …......... so kali ini sya park keta kat tingkat 9 sebab terikut-ikut kan keta si Liza yg sanggup memanjat sampai ke atas walhal ada parking kat belah bawah...thank you lah kat keta nih dia tak meragam plakk hari ini kalo tidak tersemput-semput dgn bunyi injin keta macam ada paku dalam injin keta tuh......oh gagah jugak le naik sampai parking atas tuh .....agak nya keta nih dah lama tak jalan jauh maka tu lah dia selalu meragam .....tapi kali ini dia ok palkkk boleh sampai tingkat 9 tuh ..... kalau sapa-sapa gayat jangan park kat atas tuh tau park kat bawah atau tepi-tepi bangunan tu je pun boleh kalau ada kosong ……….

    Sesampai dalam bangunan Kenanga tuh macam tak sangka jugakkkkk banyak betul koleksi  ............ sya rasa tempat ini memang paling-paling sesuai untuk mana-mana orang yang nak beli borong sebab kalau beli borong banyak discount yang bukan seringgit dua malah beringgit banyaknya diskaun ..........sebut je nak fesyen apa semua ada dalam bangunan Kenanga nih cuma satu hal sya dok terfikir dalam kepala otak nih kenapa lah bangunan itu di bina tengah-tengah bandar yg sebok gitu ....awat lah tak bina jauh-jauh sikit luar kawasan KL...... dah lah banyak perumahan di kawasan itu yg sudah pastinya bertambah-tambah sesak......so siapa nak tengok bangunan KENANGA jom kita tengok gambar kat bawah ini.....sya ada snap gambar waktu gi shopping kat sana tapi sya malas plakkk nak upload kat sini so pakai gmbar ini je lah .......





    SEMUA TENTANG KERETA

    Tips Penjagaan Kereta

    Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

    Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
    Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

    Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.

    Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.

    Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

    'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

    Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

    Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah
    Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

    Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

    Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
    Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

    Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

    Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

    Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
    Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

    Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

    Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
    Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html



    Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
    steering-wheel-and-f1-shift
    Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

    Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

    Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

    Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

    Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

    Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

    Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
    Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

    Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

    Sistem Brek
    Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

    Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

    Kereta Baru
    Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

    Cara Penjagaan Sistem Brek.

    1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

    2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

    3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

    4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

    5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

    6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

    7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

    8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

    9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

    10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

    11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

    Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

    30 Januari 2014

    LUPA ADA KOC WANITA ....




    Petang tuh memang lawak gile ada 3 wanita termasuk lah sya yg waktu tu dengan penuh tergesa-gesanya sebab ada urusan di Bangi.....atas sebab sya tak confident benar dengan jalan-jalan sekitar Bangi tuh dan atas sebab sya dah pernah beberapa kali sesat menyebabkan sya mengambil keputusan untuk naik komuter sahaja sebab lebih selamat dari sesat entah mana-mana simpang ...... sya memang dah jenuh dah tak mahu bawak kete ke Bangi tu lagi ....... lepas berurusan tuh sya terus naik teksi ke stesyen komuter UKM rupanya dekat je sebenarnya cuma yg peliknya camne sya boleh terlupa waktu menunggu komuter tuh sampai sya dengan 3 orang wanita terus je masuk dengan selamba nya .......tetiba waktu kami bertiga melangkah semua mata memandang kami bertiga dan menyebabkan kami bertiga terus sedar serta merta .............YA ALLAH, patutlah semua orang pandang kearah kami rupa-rupanya kami bertiga nih perempuan ......yang pergi masuk dalam koc lelaki tu kenapa ??????? .......tak ingat langsung dah bertahun-tahun ada koc wanita ......sebelum kami kena sound kamipun segera berjalan-jalan perlahan-lahan sikit demi sedikit ke belakang sebab koc wanita sebelah belakang .........malu lah jugakkkkk salah sendiri kan ?????? walhal waktu menunggu komuter tadi selamba jek duduk kat kerusi tuh sambil makan goreng pisang ngan air mineral sementara menunggu komuter sampai tak terfikir langsung pasal benda tuh ......

    28 Januari 2014

    BERSIN PENYAKIT BIASA BUKAN SUKA-SUKA NAK BERSIN


    Memang ramai yang ada penyakit "BERSIN" ini sebab lebih dari 40% rakyat mengalami penyakit itu....tapi kalau dah rasa nak bersin tuh cepat-cepatlah tutup mulut jangan menganga dengan mulut besar begitu ........



    BERSIN - itulah yang kerap sya alami baik dirumah mahupun di pejabat .....nak kata tanda-tanda resdung hai tak munkin lah kot sya kena resdung ..... kat office nih mana ada hama jauh lah lagi bulu-bulu kucing mana ada kucing kat pejabat nih.....habis sebab apa???? ke sya yang tak mengaku sya sebenarnya alahan????? isk,isk,isk,isk bukan alahan kut yang sya tak dapat nak tahan ialah waktu bersin tuh puas tahan dan tutup mulut untuk halang "bunyik aaaa...cccccummmmmmm !!!!!! .........lepas tuh mula lah ambik tissu berhelai-helai lap sana sini itu belum lagi muka dah berubah jadi merahhh sakan .........Bukan sekali, tapi berkali-kali! Itulah bunyi yang sudah menjadi irama biasa di rumah Hashim. Anak isteri sudah maklum, malah jiran tetangga sampaikan tahu kalau Hashim ada di rumah atau tidak.Kalau tak dengar bunyi bersin, maknanya 'dia tak ada lah tu'.Bagi Hashim dan orang sekeliling, dia menghidap resdung. Ini perkara biasa dan dialami ramai orang tapi tahap keterukannya berbeza.Seperti kes Hashim, dia dianggap sudah parah sebab mudah bersin, hidung selalu berair dan mata pun kadang-kadang merah akibat menahan kegatalan hidung dan muka.Inilah gangguan alergi atau alahan rhinitis (AR) yang biasa berlaku di seluruh dunia. Malah di negara Eropah dan Jepun, ia menjadi-jadi setiap kali musim bunga dan luruh disebabkan penyebaran debunga.


    Disebabkan histamina

    Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung, Dan Tekak (ENT), Profesor Dr Prepageran Narayanan, dianggarkan hampir 1.4 bilion penduduk dunia menghidap gangguan alergi dan kejadiannya semakin meningkat, menjadikannya salah satu masalah perubatan kronik yang paling lazim berlaku.“Rinitis menjejaskan kira-kira 40 peratus penduduk Malaysia. Berdasarkan angka ini, alergi ialah punca utama (80 peratus) rinitis di kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia.“Bagaimanapun dalam kalangan pesakit yang lebih berumur, hampir separuh menghidap AR manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi,” katanya.

    Terdapat dua jenis AR yang utama, iaitu simptom yang berlangsung dari semasa ke semasa dan simptom berlarutan.AR dari semasa ke semasa berlaku kurang daripada empat hari seminggu atau kurang daripada empat minggu berturut-turut. Manakala AR berlarutan berlaku lebih empat hari seminggu dan lebih daripada empat minggu berturut-turut.Alergen yang paling lazim menyebabkan AR dari masa ke masa ialah alergen di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai, manakala AR berlarutan disebabkan oleh alergen dalam rumah seperti haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat.“Apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit AR akan menghasilkan histamina lalu menyebabkan timbulnya simptom-simptom alergi,” kata Profesor Dr Prepageran.

    Hal ini kerana histamina yang dibebaskan bagi menyingkir antigen seperti hama, habuk dan spora akan menyebabkan saluran pernafasan membengkak seterusnya menyebabkan gejala AR.Simptom alahan yang biasa dialami adalah hidung tersumbat, rasa gatal, tidak dapat mengawal bersin dan mata berair.Alahan boleh berlaku di mana-mana sahaja, sepanjang hari tapi selalunya lebih kerap pada waktu pagi.Berbanding dewasa, golongan kanak-kanak lebih cenderung mendapat AR. Ini disokong satu kaji selidik yang dijalankan antara pada 2009 hingga 2010 di lapan negara Asia Pasifik.Keputusannya, daripada 491 kediaman yang ditinjau di Malaysia, 41 peratus kanakkanak menghidap AR bermusim manakala 48 peratus menghidap AR berlarutan. Ini agak ketara berbanding dengan 37 peratus dewasa yang menghidap AR bermusim dan AR berlarutan.


    Perlu diagnosis, ubat tepat

    Meskipun AR tidak sampai membuatkan penghidapnya terdedah pada maut, sedikit sebanyak ia mampu mengganggu kehidupan seharian termasuk prestasi di sekolah dan tempat kerja.Keadaan kadangkala menjadi lebih buruk apabila penghidap mengambil langkah pemulihan sendiri dengan memakan ubat atau mengambil bahan antihistamina yang boleh menjejaskan tidur.“Sepatutnya pesakit tidak menggunakan ubat selesema yang dipilihnya sendiri apabila mereka menghidap AR.“Jumpalah doktor untuk mendapatkan diagnosis dan ubat yang betul supaya simptom AR dapat dikawal,” ujarnya.Pesakit yang menghidapi AR biasanya diberikan ubat anti-alahan seperti anti-histamina, ubat steroid intra-nasal atau decongestant bagi melegakan gejala alahan.Terdapat juga rawatan lebih khusus yang biasanya diberikan secara titisan di bawah lidah atau suntikan.

    Ubat lain yang boleh dicuba penghidap AR adalah AERIUS D-12 (desloratadine 2.5 mg/pseudoefedrina 120 mg), ubat gabungan terbaru antihistamina. Kelebihan ubat ini, selain merawat hidung tersumbat, ia tidak menyebabkan rasa mengantuk.

    27 Januari 2014

    CEKGU CINA SURUH MURID MAKAN RUMPUT




    SUNGKAI 25 Jan - Seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khai Meng bertindak memaksa dua murid sekolah tersebut memakai loceng lembu dan memaksa murid berkenaan makan rumput sekiranya enggan dirotan 10 kali. Bapa saudara kepada Muhammad Naswinder Muhammad Hamid, Muktasim Hashim berkata, cara guru tersebut menghukum Naswinder dan rakannya Mohamad Izat Iqbal Mohd Harith adalah melampau. "Dia  (guru) telah merotan pelajar tersebut dua kali sebelum itu, dan memilih untuk memalukan mereka dengan memaksa memakai loceng di leher dan memanggil mereka lembu di hadapan kelas.

    "Dan ianya menjadi lebih buruk, dia ambil gambar murid menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk memuat naik ke Facebook sebelum mengarahkan mereka untuk makan rumput atau dikenakan tambahan 10 kali rotan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Difahamkan, guru tersebut menghukum Muhammad Naswinder dan Mohamad Izat berikutan keduanya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

    Muktasim kemudiannya mendesak agar guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain kerana telah bertindak melampaui batasan kemanusiaan."Guru tersebut telah meminta maaf apabila ditemui di balai polis, semalam tetapi ianya tidak memadai untuk menenangkan keadaan."Kami mahu dia dipindahkan dengan segera," tegasnya.Sementara itu, ibu Mohamad Izat, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Ariffin berkata, anaknya tetap akan bersekolah di tempat sama dan mahukan guru tersebut dikenakan hukuman setimpal.

    "Mengapa Izat perlu dikenakan hukuman dan dinafikan peluang untuk belajar di sekolah Cina kerana kesalahan orang lain?" soalnya.Ahli Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan ketika dihubungi menjelaskan pengetua sekolah tersebut telah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumlan guru tersebut telah meminta maaf.Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai isiden itu.

    Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu. Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai lembu malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.

    Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor.Bapa saudara kepada Muhammad Nasvinder, Muktasim Hashim, 28, berkata, pada mulanya kedua-dua murid berkenaan dirotan sebanyak dua kali di bahagian tapak tangan sebelum diarahkan memakai loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

    Katanya, jika murid itu ingkar arahan berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda rotan sebanyak 10 kali lagi.Kedua-dua murid ini akur dengan arahan guru tersebut kerana bimbang akan dirotan lagi. Bagaimanapun, tindakan guru terbabit membuatkan mereka malu untuk ke kantin sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai di sini hari ini.Muktasim berkata, kejadian kedua pula berlaku pada pukul 10.10 pagi iaitu pada waktu rehat yang guru tersebut datang semula ke kelas mangsa sebelum mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan.
    Tindakan keterlaluan guru itu, katanya, memaksa Muhammad Nasvinder mengeluarkan kata-kata Lembu puasa hari ini jadi saya tidak boleh makan kepada gurunya kerana tidak tahan dipaksa makan rumput tersebut.

    Empat murid tidak siapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.Alasan yang diberikan guru itu kerana dua lagi (murid Cina) berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor. Ini tidak masuk akal kerana anak saudara saya juga mempunyai masalah kesihatan kerana menghidap asma," katanya.Sementara itu, ibu Muhammad Nasvinder, Siti Aisha Hashim, 32, memberitahu, anaknya trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakannya mengejek dengan panggilan lembu.

    Katanya, guru terbabit mengakui anaknya seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.Saya rasa cukup terkilan kerana kita hantar mereka pergi sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh tidak baik, apa akan jadi pada masa akan datang," katanya.

    Dalam pada itu, Yarni Kasuma Dewi Zainal Aripin, 33, ibu kepada Mohd. Izat Iqbal berkata, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai berhubung perbuatan melampau guru berkenaan, semalam. Katanya, guru itu ada menemui mereka dan membuat permohonan maaf, namun permohonan maaf itu dilihat dibuat dalam keadaan tidak ikhlas.Guru besar yang ditemui juga memberitahu kejadian itu (gantung loceng) bukan kali pertama dilakukan oleh guru terbabit tetapi memaksa makan rumput dengan gelaran lembu adalah kali pertama," katanya.Justeru katanya, mereka sebulat suara mahukan guru tersebut diambil tindakan keras agar kejadian sama tidak berulang.