Edisi Awal tahun 2013
Bertanyalah pada mereka yang berusia
lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka
impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan
mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang
yang mereka ingin ceburi.
Bertanyalah pula pada mereka yang
berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang
mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun
daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun
di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa
sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan
bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri.
Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang
yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!' Okeylah, mana mungkin tiada sesiapa
pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di
atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar
mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan
pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di
dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa
yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan
menceburi bidang lain! Mengapa terjadi begini? Mengapa
cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula
cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya
Dia berkuasa terhadap apa sahaja?
Merancanglah dengan teliti dan rapi.
Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita
berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari,
apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari
genggaman. Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu
kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan
kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan
yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of
our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya."Ketahuilah bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa
semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang
mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu
(dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di
sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada
pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang
yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak
lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
~ Al- Hadid: 20
Justeru itu, janganlah terlalu
berbangga
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini.
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan