Kehidupan sebagai seorang ibu memang banyak perkara kita kena tahu.........sebab semua perkara apa yang berlaku didalam rumah adalah tanggungjawab kita dan kita kadang-kadang bila dah asyik kepala fokus pada dunia pejabat kadang-kadang selalu secara tak sengaja bersikap sambil lewa (buat-buar tak kesah hal anak dirumah..kadang-kadang anak mangadu sakit itu sakit ini tetapi kita hanya bersikap acuh tak acuh dan buat-buat tak dengar dan apa yang kita fikir "alah sikit je tu !!!..........itulah tabiat kita yang sebenarnya dirumah dan itu juga yang menjadi hobi kita tak ambil kisah walhal perkara itu yang sebenarnya yang menjadi punca penyakit anak kita berlarutan........aku masih ingat waktu anak umur 4 tahun disebabkan dia terlalu gemar bermain di taman permaianan kanak-kanak yang berdekatan dengan rumah aku tersilap langkah apabila aku membiarkan dia bermain seorang diri dan kesempatan kerana aku tiada ditempat dia selalu bermain itu menjadi sebab utama. Hanya beberapa minit aku tinggalkan dia bermain seorang diri anak aku terjatuh dan itu menyebabkan hidungnya berdarah dan paling parah aku tiada di tempat kejadian ............tiba-tiba pintu rumah aku di ketuk orang dan apabila aku membuka pintu aku melihat anakku dalam keadaan hidung berdarah dan aku cuba merawatnya dengan cara aku sendiri tanpa membawanya ke klinik walhal klinik berdekatan dengan rumah.........timbul rasa kesal dalam benak fikiran aku kalaulah petang itu aku boleh menemani anak aku bermain seperti yang aku amalkan setiap petang setelah pulang dari pejabat tentu perkara itu tidak berlaku......."aku geram dengan sesetengah kanak-kanak yang sudah dianggap tidak sesuai lagi naik kebahagian atas tempat kanak-kanak yang bawah 5 tahun itu bermain ........mereka berlumba-lumba bermain-main seperti kanak-kanak kecil walhal dah umur 7 tahun keatas tetapi aku tak boleh menyalahkan mereka kerana di kawasan itu memang kekurang tempat bermain jadi ibu-ibu terpaksa senantiasa memastikan anak mereka selamat bermain namun aku dah tersilap langkah. Pada hari itu aku kononnya cuba mengajarnya untuk bermain seorang diri hanya untuk satu jam dan kerana satu jam itulah berlaku kecelakaan yang tidak di duga ...........YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah hambamu ini ya allah hamba tidak dapat menduga kecelakaan itu kerana itu hingga kesaat ini anakku sudah mencapai usia 13tahun kekesalan itu sukar untuk di lupakan kerana selepas kejadian itu anakku kerap berdarah hidung.....kadang-kadang disekolah kadang-kadang ketika dia bangun awal pagi hidungnya berdarah dan kadang-kadang pada waktu malam dan walaupun aku membawanya ke klinik ternyata tidak berjaya menyembuhkannnya..............dan kerana itu aku kerap membaca antara sebab-sebab lain yang juga menjadi penyebab.........so jom baca artikle di bawah yang saya ambil dari INFO KESIHATAN .........
========================================================================================
Hidung Berdarah dan cara mengatasinya .....
Faktor Hidung Berdarah
| Salah satu senario yang mencemaskan ialah apabila melihat darah keluar
melalui hidung atau mulut. Lebih mengejutkan ialah apabila ibu bapa melihat
tompokan darah yang besar pada bantal atau cadar anak kesayangan mereka sebaik
sahaja anak mereka bangun dari tidur.
Gejala
hidung berdarah merupakan suatu situasi yang sering
mencemaskan, sebagaimana yang sering ditonjolkan dalam drama dan filem di kaca
televisyen. Apatah lagi jika hidung berdarah berlaku pada mereka yang belum
pernah mengalaminya. Situasi menjadi bertambah cemas jika pendarahan berlaku
dalam kuantiti yang banyak.
Pendarahan
hidung sering kali dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki yang aktif bermain.
Namun, gejala ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
jantina dan usia. Oleh
sebab itu, setiap satunya memerlukan pemeriksaan lanjut dan langkah-langkah
pencegahan yang sesuai, terutamanya terhadap punca yang telah dikenalpasti.
Gejala
Penyakit Hidung Berdarah
Pendarahan
hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan
ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah
yang berada di dalam rongga hidung pecah.
Ada
kalanya, ia boleh berhenti dengan sendiri di rumah, namun tidak kurang juga
bilangan mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik atau harus
dimasukkan ke wad akibat pendarahan yang banyak dan sukar berhenti.
Punca
Pendarahan Hidung
Pendarahan
hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor
lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik,
yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah
sewaktu pendarahan. Sungguhpun
begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak
dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini
disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.
Faktor-faktor
lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma
atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman
dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma
disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).
Benda
asing yang termasuk ke dalam hidung pula,
terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang
boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith). Apabila
keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh
mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang
sensitif.
Selain
itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung
yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan. Walaupun
ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun
tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan. Pendarahan
boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung
lain lantas menyebabkan iritasi.
Jika
pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia
emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya. Biasanya
pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan
gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga
hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah
telinga dan sebagainya.
Namun
begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang
hanya dengan simptom pendarahan.
Faktor
Penyumbang Hidung Berdarah
Faktor-faktor
umum yang boleh menyumbang kepada gejala hidung berdarah ini adalah seperti masalah
kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca
daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah
seperti leukemia dan limfoma.
Mereka
yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah
juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung. Disebabkan itulah
pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa
patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah.
Tekanan
darah tinggi yang kronik juga
boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan
kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya
pendarahan.
Kajian
perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang
mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis).
Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi)
sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).
Selain
itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang
jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.
Jenis
Pendarahan Hidung
Pendarahan
hidung secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, bergantung kepada di
kawasan mana salur darah dalam hidung yang pecah.
Jenis-jenisnya
ialah pendarahan hidung hadapan (anterior epistaxis) dan pendarahan hidung
bahagian belakang (posterior epistaxis). Kedua-dua jenis ini agak berbeza
daripada beberapa aspek. Pendarahan hidung bahagian hadapan biasanya lebih
kerap berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak atau golongan belia. Ia
seringkali dikaitkan dengan trauma, dan kebiasaannya lebih mudah untuk dikawal
atau dihentikan. Pendarahan
jenis ini biasanya dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi duduk.
Darah akan kelihatan mengalir keluar dari bahagian hadapan lubang hidung.
Hidung berdarah bahagian belakang lebih kerap
dilihat dalam kalangan mereka yang lebih berusia walaupun ia adalah sesuatu
yang jarang berlaku. Salur darah yang pecah berada di bahagian belakang hidung
dan ini menjadikan pendarahan jenis ini lebih sukar untuk diberhentikan. Biasanya
ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi atau kemalangan jalan raya yang
melibatkan kecederaan pada lantai tulang tengkorak. Pesakit
akan menelan darah ini memandangkan ia akan mengalir ke bahagian belakang
tekak. Apabila amaun darah yang ditelan terlalu banyak, ia tidak lagi
dapat ditampung oleh isipadu perut, maka pesakit akan mengalami muntah. Pendarahan
hidung jenis belakang ini juga lebih meningkatkan risiko darah termasuk ke
dalam paru-paru.
Tindakan
Segera
Apabila
berlaku situasi hidung berdarah, pesakit seharusnya bertenang dan jangan panik.
Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat.
Ia akan memburukkan lagi keadaan. Tambahan
pula, pesakit akan sukar diberi arahan dan mengikut langkah-langkah bantuan
yang akan diberikan. Pesakit
hidung berdarah sepatutnya tidak disuruh
baring untuk berehat. Sebaliknya, pesakit harus dinasihatkan berada dalam
keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Picit bahagian hadapan hidung
dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama 5 minit.
Pesakit
akan diminta bernafas melalui mulut
sementara seseorang membantunya meletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam
plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi. Jika
keadaan mengizinkan, pesakit juga elok diberikan ketulan ais kecil untuk
dikemam. Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga
hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah
(vasokonstriksi). Sekiranya
kaedah ini tidak berkesan, pesakit biasanya perlu dibawa ke klinik atau
hospital yang berdekatan.
Jika
perlu, pegawai perubatan akan memasukkan ‘ribbon gauze’ atau span kecil ke
dalam hidung. Span ini akan mengembang sedikit dan menghalang pendarahan
daripada terus berlaku. Biasanya,
selepas 2 atau 3 hari, pendarahan akan berhenti dan pesakit dibenarkan pulang
ke rumah. Dalam
situasi-situasi yang jarang berlaku, kaedah intervensi susulan seperti
menghentikan tempat pendarahan menggunakan sentuhan bahan kimia
(cauterization), atau prosedur mengikat salur darah yang pecah mungkin
dilakukan. Embolisasi untuk menyumbat salur darah yang berdarah juga
merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan.
Selepas
pendarahan dihentikan, biasanya pesakit akan diminta untuk datang semula bagi
mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada episod pendarahan tersebut. Bagi
mereka yang mengalami hidung berdarah di rumah,
adalah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan di hospital terutamanya bagi
kes-kes pendarahan hidung yang berulang-ulang.
Rawatan
yang sebenar dan langkah-langkah pencegahan daripada terjadinya insiden yang
sama adalah bergantung kepada masalah utama yang menjadi punca berlakunya
pendarahan. Penyiasatan
yang dilakukan termasuklah pemeriksaan hidung dengan menggunakan endoskop,
pengambilan sampel darah untuk melihat masalah pembekuan darah, merawat masalah
lokal dalam hidung dan seumpamanya.
Prosedur-prosedur
penyiasatan ini amatlah mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan kesan
pendarahan hidung itu sendiri yang ada kalanya boleh mengancam nyawa.
Melayukini.net
- Semoga penerangan ini mampu
memberikan sedikit pendedahan terhadap kes hidung berdarah. Pasti semua orang
pernah merasai proses hidung berdarah, namun pastikan segera berjumpa dengan
doktor sekiranya ia berlanjutan.
Sumber:
Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net