05 Januari 2013

Hujan Lebat membawa seribu erti...


Aku hanya ada satu payung yg lusuh dan dah nampak memang buruk dan hujan yg begitu lebat petang tadi menyebabkan aku tak berani nak menggunakan payung lusuh itu untuk berlari kearah kereta yg aku park diatas sebuah bukit sebelah bangunan pejabat. Aku membuka payung yg lusuh itu dan cuba membetulkan ranting-ranting payung itu agar terbuka walau sedikit. Memandangkan keadaan payung itu sungguh menyedihkan aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga hujan reda seketika sebab aku tak mahu menggunakan payung itu sebab hujan terlalu lebat dan aku tak mahu baju aku basah dan aku cukup elergik dengan hujan sebab dengan sertamerta aku akan demam selepas itu.

 Sedang aku menunggu hujan reda lalu seorang wanita berbangsa Cina di depanku dan aku dengan muka tak malu bertanya padanya “Hi, where you going ????? wanita Cina it uterus menjawab “Oh, when back my car the otherside !!!!!......lalu menunjuk sebuah kereta yg agak jauh dari tempat kami berdiri dan aku Tanya lagi “where your working ????....dia jawab dengan selambanya “ I’m vendor Statistics Department ….katanya cukup ramah dan aku tak beritahu dia bahwa aku jugak dari office yg sama tapi aku tak pernah nampak Cina ni dalam office aku yg aku tahu Bahagian Teknologi Maklumat memang ramai vendor….lagipun terlalu ramai staff dalam office aku dan akupun tak minat nak kenal dengan mereka semua. Aku melihat Cina tadi ada tanda-tanda dia nak segera pulang kerumah sebab memang nmpak dari raut wajahnya dia kelihatan gelisah sedangkan hujan terlalu lebat dan dia pulak tak bawa payung dan aku dengan muka tak malu lalu mempelawa dia menggunakan payung aku yg koyak itu dengan berkata “if you don’t mind you can use my umbrella”…….dia terus tersenyum mesra lalu berkata “Oh yes ???? how to return back your umbrella???....kataku ringkas “Oh i’s ok you can take my umbrella I got another one in my car ….dia pun lalu tersenyum lebar “thank you very much dan dia lalu tergesa-gesa berlari dalam hujan lebat itu dan aku hanya memerhati dari jauh dia berlalu dalam hujan yg begitu lebat yang disertai dengan petir sambar menyambar yg cukup menakutkan aku…dalam hati aku hanya berfikir ada baiknya disaat-saat kita dalam kesusahan dan kedukaan yg entah apa sebabnya dengan cara kita membantu orang-orang yang benar-benar memerlukan walaupun kita tidak layak untuk membantu kerana ALLAH akan memberi kita sedikit ketenangan fikiran ketika kita memberi kerana telah tercatat dalam Alquran bahawa tangan yang memberi itu adalah lebih mulia.

Dan sehingga hampir satu jam aku menunggu hujan lebat berhenti tiba-tiba aku di sapa dari belakang dengan suara yg begitu halus “Thank you very much and this is for you !!!!!!.........aku terkejut besar melihat wajah perempuan Cina tadi muncul kembali dan apa yang diberikan untuk aku ialah sebakul buah oren bersama dengan kelender cina yg menjadi kegemaranku…”pelik betul cina nih tadi dia kata dia nak balik cepat mase bila pulak dia singgah kat mana-mana beli buah oren tuh???? Dan yg aku segan harga buah oren yg dia beli itu jauh lebih mahal dari payung koyak yang aku bagi dia pinjam tadi…….dia terus bertanya lagi “ you still here????.....aku tergamam bila dia bertanya kenapa aku sanggup menunggu begitu lama sehingga hujan berhenti ……dan melihat wajahnya yg begitu mesra baru aku memperkenalkan diri “Hi my name Hasmania and you???? Dan kamipun berkenalan rupa-rupanya rumah dia tu di Presint 10 berdekatan dgn pejabat aku jugak patutlah cepat sangat dia boleh berpusing semula…dan dia terus mempelawa aku kerumahnya bila raye cina kelak …..ya allah lambat lagi raya cina dah pelawa awal-awal “Ok, please come to my house ok !!!!!................puas jugak aku fikir pasal cina nih patutlah arwah bapak aku dulu dia suka berkawan dengan cina…hahahahahahhahaha kalo raye setiap tahun ada aje keluarga cina datang be

Tiada ulasan: