JANGAN MARAH KEPADA BLOGER SEDUNIA - kerja memcopy dan mempaste hasil typing orang adalah environment biasa bagi semua bloger lagipun semua bloger tak ada mase nak check siapa curi typing masing-masing .....jadi kali ini den nak artickle yg ini pulakkk........
==========================================================
DARI MATPON - Matpon: Artikel ni gua post balik dari Garaj Kosmo. Sekian. Gua ikut arahan je.
Sepanjang pengalaman saya menulis
mengenai kereta Korea ada saja pembaca yang membandingkannya dengan
pengeluar kereta nasional, bagaimana mereka begitu maju dalam masa
singkat, namun perjalanan pengeluar kereta Korea tidak sepantas dan
semudah disangka. Kia sebagai contoh bermula pada tahun 1944 dan bukan
sezaman dengan Proton seperti fahaman sesetengah mereka yang membuat
ulasan. Mereka bermula sebagai pembuat tiub besi dan peralatan basikal
sebelum menghasilkan basikal sendiri dan selepas itu skuter dan
motosikal. Pada tahun 1962 Kia mengeluarkan trak Korea pertama dan pada
tahun 1974 memasang Peugeot 604 dan Fiat 132. Perjalanan gah Kia bermula
pada tahun 1991 apabila mereka mengumumkan kemasukan dalam pasaran
Amerika Syarikat dan pada tahun 1994 model Sephia mula dijual di sana.
Langit tidak selalu cerah, pada tahun 1997 Kia bankrap dan diselamatkan
oleh Hyundai pada tahun 1998. Ironinya, Hyundai Motor Company ditubukan
pada tahun 1967 dan boleh dianggap sebagai adik kepada Kia.
Berbekalkan jerih payah dan jatuh
bangun, Kia pada masa kini bangkit sebagai antara pengeluar automotif
yang disegani, pendapatan bersih pada tahun 2010 ialah USD 2.06 billion
manakala eksport kumulatifnya sudah melebihi 10 juta unit. Jika dahulu
poin utama larisnya kereta Kia adalah kerana harga jualan yang murah dan
kini faktor itu masih lagi tidak berubah, pada laras harga global, Kia
masih lagi mampu milik cuma bonusnya ialah rekaan yang menawan dan
kejuruteraan berkualiti. Bukti ada di depan mata. Untuk melihat sejauh
mana produk Kia sudah berubah ialah bandingkan model terdahulu seperti
Sephia dengan Forte atau Sportage lama dengan yang baru. Hebat bukan?
Kia tidak putus-putus melancarkan
produk-produk ‘pengacau’ pengeluar kereta Timur dan Barat. Forte, Koup,
Soul, Sportage dan Optima berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Kia dalam
pasaran global dan terkini mereka melancarkan Rio 2012 di New York. Rio
generasi pertama dulu agak masyhur, rekaan wagon yang seperti kereta api
laju mendahului zaman bahkan lebih dulu popular sebelum jalan raya
negara dibanjiri Toyota Caldina. Walau bagaimanapun Rio generasi kedua
gagal untuk meneruskan kegemilangan model sebelumnya dalam pasaran
tempatan. Dengan rekaan yang segar dan ‘spesifikasi penuh’ pada Rio
2012, dijangka model itu akan kembali popular di pasaran tempatan.
“Ria serba baru adalah lambang kejayaan
kombinasi rekaan kelas dunia, penggunaan bahan api ekonomikal, teknologi
maju dan nilai tinggi di dalam barisan kenderaan paling kecil dan
ekonomikal Kia,” kata Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Kia
Motors America, Michael Sprague. “Dengan peningkatan harga minyak,
kereta sub-kompak semakin popular dan dengan peningkatan kuasa serta
penggunaan minyak yang ekonomikal dan rekaan yang menarik, Rio telah
menetapkan satu standard baru dalam segmennya dan menjadi kenderaan yang
bukan sahaja mampu milik tetapi juga menjadi suatu yang diidamkan untuk
dimiliki.” tambah Michael.
Untuk pasaran Amerika Syarikat [AS], Rio
2012 dipasangkan enjin 1.6 liter Gasoline Direct Injection [GDI] Gamma
generasi ketiga dengan opsyen transmisi enam kelajuan manual atau enam
kelajuan automatik. Enjin itu berkuasa 138 kuasa kuda [hp] dengan rating
penggunaan minyak 30/40 batu segelen [bandar/lebuh raya] mengikut
standard AS. Rio juga mempunyai teknologi Idle, Stop & Go [ISG],
suatu yang baru untuk kenderaan Kia dan merupakan trend popular dalam
penjimatan minyak. ISG berfungsi dengan mematikan enjin apabila kereta
berada di dalam keadaan pegun seperti berhenti di lampu isyarat atau
kesesakan trafik. Enjin dihidupkan semula apabila pemandu melepaskan
pendikit dan seterusnya mengurangkan pengunaan minyak yang sia-sia.
Selain dari itu, Jurutera Rio turut mengurangkan berat enjin sebanyak
13.2kg berbanding enjin generasi terdahulu dengan menggunakan penutup
injap dan blok aluminium di samping pelapik besi acuan untuk lebih
ketahanan.
Diilhamkan di studio rekaan Kia di
Irvine, California, Rio kelihatan bergaya dengan garisan bahu dengan
bentuk badan seperti baji [wedge] yang membayangkan profail atlet
bertenaga dan lincah. Rekabentuk seperti itu bukan asing kerana ianya
adalah identiti Kia yang juga boleh dilihat pada model Optima dan
Sportage baru. Identiti Kia turut dilangsungkan pada gril Rio yang
dinipiskan untuk disenadikan pada lampu depan selain daripada corong
kemasukan udara yang lebih besar bagi menampakkan persona muda.
Beralih ke bahagian interior, Rio
‘membalut’ pemandu dan penumpang di dalam kabin yang moden. Panel
instrumen kekal dengan dengan identiti Kia iaitu ‘horizontal
three-cylinder’. Pereka turut menggunakan dua tona warna untuk
menimbulkan suasana luas dan keselesaan. Titik roda yang dipanjangkan
[101.2 inci] menawarkan ruang yang di atas kertas nampak selesa untuk
penumpang dan kargo, ruang atas [headroom] pemandu dan penumpang depan
bersaiz 40 inci, ruang atas penumpang belakang bersaiz 37.8 inci, ruang
kaki pemandu dan penumpang depan bersaiz 43.3 inci manakala ruang kaki
penumpang belakang bersaiz 31.1 inci.
Rio 2012 menggunakan platform baru yang
lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model sebelumnya. Posisinya
yang tegap dibantu oleh panjang keselurahan iaitu 171.9 dengan platform
berukuran 67.7 inci lebar dan 57.3 inci tinggi. Badan Rio juga tegar, 63
peratus bahan yang digunakan adalah keluli tegangan tinggi manakala
rekaan yang ringan menawarkan ketegaran torsi tinggi [high torsional
stiffness] untuk pengendalian dan keselesaan yang lebih baik. Bagi
memastikan getaran suara dan kekasaran [nvh] yang kurang, Rio
dipasangkan insulator pada hud dan papan pemuka dan busa yang boleh
mengembang pada tiang A dan C dan juga Thinsulate daripada 3M pada tiang
A dan B. Pada bahagian suspensi, Rio menggunakan topang MacPherson
dengan bar penstabil untuk roda depan dan gandar palang kilasan [axle
torsion beam] pada roda belakang.
Rio adalah kereta global dan saya
optimis ianya bakal dijual di dalam negara. Saingan terdekat Rio adalah
Honda City, Toyota Vios dan mungkin juga model gantian Proton Persona.
Jika diletakkan pada harga yang betul, Rio bakal menerima respon yang
menggalakkan seperti Forte dan menjadi alternatif yang bagus untuk
pesaing sekelasnya. Selain dari itu, dalam kita kagum dengan industri
automotif Korea, perhatian yang berat juga patut diberikan pada industri
lain, negara itu turut maju dalam industri elektronik, pembinaan,
perkapalan dan sukan. Tidak adil jika beban diletakkan pada industri
automotif tempatan sahaja, paling mustahak sudahkah kita berfikiran dan
mempunyai sikap seperti rakyat negara maju?
NOTA PENTING:-
................sesiapa yg dah baca tuh jangan tanya lak den nak beli ke tidak keta RIO nih !!!!...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan