Al kisah yg terjadi pada malam raya
yg lepas aku begitu bersemangat nak buat kuah lontong/sambal lontong untuk
santapan sanak saudara yg akan berkunjung kerumah kami …….. jadi nyee dalam
perjalanan nak balek kampung aku dengan penuh bersemangat nyee singgah di
sebuah pasaraya mini di Sri Nanding ………..ya sebuah pasaraya kecil di Sri
Nanding yg mana satu ketika dulu begitu ramai pelanggan yg datang membeli belah
di sana namun semakin hari semakin tak de orang berkunjung atas sebab dah ade
pasaraya Mydin tidak jauh dari sana …… sebenarnya tiap raya aku memang malas
nak masak benda-benda yg berkuah ni dah lama dah …………… sebab nyee aku tak
sanggup asyik cuci pinggan mangkuk jadi kebanyakkan saudaramara aku yg datang tiap
raya memang hanya makan kueh raye sahaja ……tak macam rumah orang yang akan
menyediakan berbagai jenis juadah raya (maksud aku deorang akan menyediakan
makanan berat utk tetamu nak makan …….) tapi sejak 3 tahun ni aku dah mula nak
menghidupkan semula memasak makanan berat utk tetamu ………… jadi aku beli semua
bahan-bahan nak memasak untuk hari raya dan yg pasti aku akan sediakan juadah
itu pada malam raya ……….jadi aku mesti guna santan kelapa ….sebut je pasal
santan kelapa nih aku macam dah serik dan seratur ribu kali serik sebab aku dah
pernah terkena …….dapat santan basi !!!!!!!!!! ….. jadi aku dah merasa betapa
benggang nye kite yg beriya –iya bersemangat nak memasak dah jadi tawar hati
nak memasak ………entah kenapa aku macam tak sedap hati time aku ambik santan tuh
sebab santan tuh aku nampak macam dah basi …….. tapi aku masih ada rasa yakin
santan itu masih elok ….ah geram pada mulanya aku terfikir nak guna santan yg
kita perah tuh ………. Tapi fikir lagi betapa malas nye aku nak memerah kelapa….tak
pe aku beli jugak yg had santan siap tuh harap aku tak terkena dengan santan
basi lagi ………..tup,tup,tup,tup time aku dah siap semua dgn segala bahan nak
memasak tuh tetiba bau basi itu aku dapat rasa …………. Nampak buih-buih yg aku
rasa memang sah itu adalah di sebabkan santan basi …………Ahhhhhhhhhhhhhhh, geram
nyeeeeee ……………geram,geram,geram kenapa aku terbeli lagi santan basi ni
???????????.......so apa lagi aku buang terus dalam sinki dan otak aku berfikir
dgn cara membasuh semua bahan-bahan lain boleh di gunakan lagi untuk memasak
kuah lontong itu dan kebetulan kakak aku pulak membeli santan kelapa yg belum
di perah ………..apa lgi aktiviti seterusnya adalah perah santan pulakkkkkkkkkkkk …………..ok
tak pe … aku sanggup perah santan nih dengan bersemangat nyee sebab apa ????
sebab semangat nak buat kuah lontong lah
ni !!!!!!!!!!!!!! …………kalau orang lain ni dah lame campak semua bahan-bahan tuh
kat tong sampah dah ……….oh aku tidak sesekali buat cam tuh ……aku rendam
lama-lama semua bahan-bahan tuh dalam air sambil aku gosokkan agar santan basi
itu hilang tapi rupa-rupanye ……….. baru aku tahu tak de guna nyee kite buat
macam tuh dah memang semua bahan tu dah rosak dahhhhhh ……….. mana tak nye time
aku masak sekali lagi dengan menggunakan santan baru itu lontong yg aku masak
itu tetap berbau …… sudahnya pada pagi raya pertama aku tak berani nak
hidangkan pada tetamu ………..sudah nya lontong itu dah pasti aku buang jugak
dalam tong sampahhhhhhhhhhhhhhhhh …………….so, baru hari ini aku dapat berita di
bawah ini pasal kisah santan basi itu ………….
KUALA LUMPUR: Krisis kekurangan
bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang
sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka
santan dibeli adalah segar. Difahamkan, penipuan terancang itu dilakukan
segelintir peniaga yang cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin termasuk dengan
menjual santan yang dicampurkan serbuk khas bagi memekatkan kandungan
cecairnya. Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, taktik itu
dibongkar selepas pihaknya mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan
penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin. “Sebanyak
10 premis menjual santan dipantau dan disiasat petugas KPDNKK sebelum mendapati
dua premis itu mencurigakan,” katanya. Beliau berkata, salah sebuah premis yang
juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung
putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang
diperah. “Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu
tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk
memekatkan santan berkenaan. “Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya
mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar
kandungan kimia di dalamnya. “Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah
bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna,” katanya. “Dalam serbuan kedua
di sebuah premis di kawasan sama, seorang lagi peniaga melakukan aktiviti sama
dengan mencampurkan santan dengan air bagi menambah kuantiti,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berusaha
membanteras penipuan ini dengan bekerja sama dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi memastikan santan itu selamat kepada pengguna.“Setakat ini,
pihak kami sudah mengambil sampel santan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia,”
katanya. nya.Berdasarkan siasatan, santan campuran itu dijual dengan harga
hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram.Dalam
operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing
dalam santan yang dijual kepada pengguna.Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah
menerima aduan daripada beberapa orang awam yang mengesyaki berlaku penipuan
berikutan rasa dan kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang
digunakan sebelum ini.“Pihak KPDNKK tidak memandang remeh aduan itu, sebaliknya
segera melakukan risikan dan pemantauan di beberapa pasar utama di ibu kota
membabitkan syarikat pengeluar santan pekat atau santan segar.
NoTA :
“ingat lah wahai wanita yg rajin
memasak tu ……… nak masak kena fikir apa jenis masakan yg hendak di masak..kalau
yg nak di masak itu kena guna “SANTAN KELAPA” ………. Fikir dulu nak beli kelapa yg jenis macamana …….yg
jenis kita kena perah kelapa tu dgn tangan ke atau kelapa yg dah siap perah itu
(kelapa santan yg digunakan oleh peniaga dgn meletak tepung dan air paip itu) ……….atau
kalau rajin perah kelapa beli je yg jenis kelapa jenis yg itu ………… beli kelapa
parut sampai rumah sebelum masak perah dulu kelapa tuh sebelum masak ….. ingat
tu kena perah dgn tangan dan tapis air kelapa tuh dan guna penapis kelapa
supaya hampas kelapa itu tidak masuk dalam periuk ……kalau malas nak perah ambik
blender ……….. blender je kelapa tuh hingga lumat and then tapis !!!!!!!! ………..
atau paling akhir guna santan dalm kotak yg banyak di jual di mana-mana
pasaraya tuh ……..