Kali ini aku copy paste lagi satu artickle untuk aku jadikan bahan bacaanku dalam blog yg dah bersawang-sawangan ini. Kali ini tentang umur ..... kenapa aku tiba-tiba mahu memilih tentang umur????? aku sebenarnya tidak pernah lupa tentang umurku yang makin lama makin menghampiri senja....... kepenatan pulang dari pejabat selalu aku gunakan sebagai alasan kuat untuk tidak mahu ke masjid ............Ah, fikirku cukup hanya sembahyang 5 waktu itu sebagai bekalan hari akhiratku ...........ketika membaca artikle ini berulang-ulang kali dari atas kebawah ternyata benar ..........hujung minggu masa bayak aku gunakan untuk tidur yang berlebihan ............ menonton TV tanpa jemu selepas balik pejabat dan meleteri anak dari satu perkara ke satu perkara lain hingga anak tiada ruang untuk bermanja atas kerana berbagai leteran itu. "Bila aku nak jemu dari berleter di rumah ???????????? Dalam artikle itu menyatakan bahawa umur satu pinjaman yang dikurniakan kepada
setiap dari kita. Tempohnya berbeza-beza. Apa kata kita hayati bersama-sama dan insafi akan setiap baris perkataan itu :-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada orang panjang umurnya dan
ada juga orang pendek sahaja. Sehinggakan ada bayi lahir-lahir sahaja
telah kembali menemui Allah. Aduhai…sangat pendekkan. Tapi dalam pada
itu ada juga insan-insan yang mendapat gelaran lelaki atau wanita tertua
di Malaysia dan sebagainya.Bagaimana
umur itu berakhir, tiada siapa yang mengetahui. Tiada pertunjuk atau
tanda-tanda tertentu. Berapa banyak insan yang kita kenali, hari ini
kita temu mereka dalam keadaan sihat, dan esok berita kematiannya kita
terima. Betapa banyak yang hari ini kita lihat sangat menderita
kesakitan, dan ia berlanjutan untuk satu tempoh yang agak lama juga
sebelum kematian menjemput mereka.Lalu
bagaimana pula kita? Jika anda sedang membaca catatan ini, bermakna anda
masih dalam tempoh umur yang dipinjamkan oleh Allah buat diri anda
sendiri.Seterusnya, ke mana haluan umur yang ada ini kita bawa?bila
memperkatakan tentang umur, ia sangat berkait-rapat dengan masa. Masa
yang setiap dari kita sama sahaja. 24 jam sehari. Tidak lebih tidak
kurang.Masa yang ada adalah ruang untuk
mencipta ‘kecemerlangan’ diri. Jika sedemikian halnya, bagaimana pula
kita telah mengurusi masa yang ada?
Bila saya cakap kecemerlangan, ia merujuk kepada cemerlang sebagai individu yang mengangkat kalimah tauhid sebagai pegangan hidupnya. Lesen untuk kembali ke pangkuan Allah dengan selamat sejahtera. Insya-Allah…Dalam perkataan mudah…Jangan terlalu alpa. Kalau bahasa kampung saya, jangan terlalu ralit dengan perkara-perkara yang banyak dikategorikan sebagai hiburan atau sesuatu yang tiada manfaat. Entahlah…hal ini sukar sikit nak ditegur. Tapi lihatlah apa yang kita selalu lakukan. Kita asyik dengan artis-artis barat atau produk-produk hiburan keluaran mereka. Soalannya….untuk apa? Tak perlu pergi jauh, lihat sendiri sekeliling kita sendiri. Hiburan-hiburan tempatan hampir menyamai hiburan barat. Cara dan isi yang cuba disampaikan tiada nilai tambah yang jelas. Sebagai contoh, keghairahan menghasilkan cerita-cerita seram, tak lebih dari ‘hiburan’ yang sangat pelik. Semuanya sekadar mengujakan emosi takut dalam diri penonton. Aduh!. Soalannya….apa kita mahu sebenarnya?Itu hanyalah sebahagian contoh yang amat mudah. Bak kata para cendiakawan budaya hendonisme yang menular dalam masyarakat kini. Sukar sekali nak membendung. Sukar bukan kerana apa, kerana semua itu berada dalam rumah kita sendiri. Tinggal lagi nak tengok atau tidak sahaja.
Berbalik kepada soal umur tadi, penggunaan masa yang bijak, mampu menjadikan kita insan yang lebih baik.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan, buang atau jika sukar, kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Tidak perlu saya nyatakan apa, tetapi lihatlah dalam diri sendiri untuk tempoh 24 jam yang lalu. Apa yang telah kita lakukan. Adakah aktivti tersebut, satu hal yang wajar dilakukan atau ia sekadar pengisi masa sahaja. Seterusnya, adakah aktiviti itu dilakukan terlalu berlebihan. Contohnya, tidur berlebihan. Atau melayari internet tanpa hala tujuan berjam-jam. Atau kita duduk tidak bermaya di hadapan TV. Erti kata…terlebih rehat! Paling utama, periksa diri kita, adakah aktiviti tersebut menyalahi hukum agama atau perbuatan yang melalai diri kita dari mengingati Allah. Nauzubillah…. Ok…mari lihat dari sudut yang lain pula. Jika kita mampu kurang tidur 30 minit setiap hari. Maka dalam setahun kita ada 7.6 hari untuk diisi dengan aktiviti lain. Maka jika kurangkan pula masa dari aktiviti-aktiviti lain yang kurang bermanfaat juga, hakikatnya kita punyai banyak masa untuk digunakan bagi urusan-urusan yang lebih baik. Bukankah masa dan umur itu nikmat yang diamanahkan buat diri kita? Dan tiap amanah itu pasti akan dipersoalkan kelak.
Akhirnya….isilah masa-masa kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika terang lagi bersuluh, apa yang telah melalaikan kita itu tidak mendatang apa-apa manfaat, usahakanlah untuk kita ucapkan selamat tinggal.
Bawalah umur kita kita pada jalan yang diredhai Allah. Jauhi perkara-perkara yang jelas melalaikan hati untuk mengingati Allah. Apatah lagi hal-hal yang mengundang dosa. Bukankah tujuan kita diciptakan itu sangat jelas? Lalu …. Tunggu apa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan