" Aku jumpa entri nih kat blog seseorang(aku tak ingat nama)....so bile aku baca dari atas kebawah memang sesuai aku jadikan bahan utk aku letak kat blog aku sekadar bahan bacaan sahaja .........bawah ini artikel pasal "KRONI DI PEJABAT"........selama aku keja ni memang aku nampak kroni2 ni semacam kuasa besar dalam pejabat ........mereka-mereka ini dah selalunya dah duduk lama dalam satu bahagian hingga bertahun2 lamanya kemana pergi turun naik pejabat senantiasa bersama-sama....bukan tu je malah dah jadi satu kumpulan "AJAIB" bila salah seorang tak datang kerja maka yg lain-lain akan berpakat utk bercuti pada waktu itu dgn alasan "tak ada kawan" .........siapa nak baca lebih lanjut silakan, silakan
========================================================================
Budaya
Kroni atau kumpulan puak di pejabat lebih banyak mendatangkan kesan yang tidak
baik dalam membina budaya ‘team-building’ di kalangan pekerja. Walaupun
dari segi positifnya ianya membawa ikatan ukhwah yang mantap di antara kumpulan
kroni tersebut, namun dari segi persekitaran kerja jangka panjang ianya adalah
kurang baik. Budaya kroni di pejabat ini akan menyebabkan segelintir pekerja
rasa terpinggir kerana dipinggirkan oleh kumpulan kroni dan kesannya membawa
kepada jauhnya ukhwah silaturrahim antara pekerja dengan pekerja lain sekaligus
akan menjatuhkan semangat dan motivasi pekerja. 8 jam masa bekerja dipejabat
terasa seperti 24 jam bekerja jika pejabat dimonopoli oleh puak-puak (kroni)
tertentu. Semua kerja dan apa jua keputusan dalam pekerjaan dimonopoli, bagi
menunjukkan kekuatan kroni tersebut. Kesannya, pekerja lain akan ‘down’ dan
merasakan diri mereka dalam keadaan tidak selesa bekerja. Disebabkan masa
dipejabat adalah lebih lama berbanding dengan masa kita berada dirumah,
seharusnya kita sama-sama menjadikan pejabat sebagai ‘syurga’ juga seperti
‘rumah ku syurga ku’. pekerja adalah aset utama dalam mempastikan organisasi
kita cemerlang dalam bidang diceburi. Tanpa pekerja, organisasi tidak akan
dapat beroperasi dengan sempurna.Persekitaran
kerja yang harmoni disulami dengan hubungan silaturrahim yang baik dikalangan
pekerja akan mengelakkan daripada wujudnya budaya kroni di pejabat. Malahan
pekerja lebih akrab, tanpa membeza-bezakan diri orang lain dengan yang lain.
Kerja dilaksanakan bersama-sama, malahan melaksanakan program luar bersama-sama
seperti makan bersama dan menjalankan aktiviti riadah bersama-sama pekerja
seharusnya dijadikan budaya. Segala-galanya dilaksanakan seperi adik-beradik
dan bergaul tanpa mengira pangkat/jawatan bagi mengelakkan budaya kroni di
pejabat.
Rasulullah
SAW pernah bersabda yang bermaksud;
“Perumpamaan
orang-orang mukmin dalam hal cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu
tubuh. Jika salah satu bagian tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota badan
akan merasa demam dan susah tidur”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Pepatah
melayu ada mengatakan “Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya”. Bertuahnya
dan bahagianya jika kita sampai ketahap pemikiran dan penghayatan sebenar dalam
memahami budaya kerja tanpa kroni di pejabat sebaliknya bergaul bersama tanpa
mengira sesiapa.Tanggapan dan andaian positif kepada seseorang amat perlu dalam
menjalani hubungan silaturrahim di antara insan. Jika kita masih berfikiran
negatif mengenai personaliti dan sikap seseorang, sudah semestinya budaya kroni
dipejabat ini akan terus berleluasa. Oleh yang demikian, semaikan lah sikap
pekerja ada aset dan insan yang amat penting dalam organisasi. Acuan taqwa,
keimanan dan kasih sayang semasa pekerja perlu diadun dengan baik bagi
mewujudkan budaya kerja yang harmoni tanpa kroni. Sebagai pekerja, usahalah
elakkan budaya kroni dipejabat dan binalah budaya kerja yang mesra dan
mendamaikan hati semua pihak.
“Ya
Allah, jauhilah budaya kroni dipejabat yang memecah belahkan hubungan sesama
insan. Bersihkan lah hati-hati kami daripada dendam dan sikap pentingkan diri.
Siramilah hati kami dengan kasih sayang. Sesungguhnya Engkau Ya Allah maha
pengasih dan penyayang kepada hambaMU”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan