Urat kaki bersimpul
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.my
Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan
jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul
pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud
simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam
badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua
jenis iaitu arteri dan vena.Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke
bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen
kembali ke jantung.Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana,
Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul
tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.
Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.“Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.
“Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.“Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.“Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali,” katanya.
Menurut Dr Lee, punca sebenar masalah urat kaki bersimpul tidak diketahui tetapi pakar percaya beberapa faktor boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

Gejala
Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah.Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis.“Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit.“Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser.
“Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki,” kata Dr Lee.
Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:
Pengesanan dan rawatan
Masalah urat kaki bersimpul mudah dikesan, terutama apabila anda berdiri. Doktor akan memeriksa kaki pada tempat bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika anda menunjukkan gejala urat kaki bersimpul, doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya.Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi pada kaki untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah.Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini.
Jika dibiarkan, kerosakan injap menyebabkan salur darah menjadi semakin besar, membuat kaki membengkak, sakit dan menjejaskan aktiviti harian.Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini, iaitu melalui pemakaian stokin khas (stokin tekanan), suntikan dan pembedahan.
Bagaimanapun, pemakaian stokin khas hanya dapat meredakan gejala urat kaki bersimpul tetapi tidak menghalang proses pembentukannya.Kaedah suntikan pula hanya berkesan jika salur darah tidak terlalu besar bagi fungsi kosmetik tetapi ia tidak menghalang pembentukan urat kaki bersimpul.Pernah, kaedah yang sering dicadangkan kepada pesakit ialah pembedahan tetapi ramai pesakit bimbang dan takut apabila diberitahu mereka perlu dibedah; apatah lagi ia mengambil masa lama (dua minggu) untuk sembuh.Kini ada kaedah baru untuk merawat masalah urat kaki bersimpul iaitu rawatan laser endovenus (EVLT) yang menggunakan tenaga haba.Teknik ini lebih berkesan kerana ia menggunakan kurang tenaga haba berbanding kaedah lain yang kadangkala menyebabkan lebam dan bengkak akibat tenaga haba yang terlalu tinggi.
“Tidak seperti pembedahan konvensional yang memerlukan pesakit bermalam di hospital, kaedah laser ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam dan pesakit boleh balik pada hari sama.“Dalam rawatan ini, doktor mencucuk jarum pada kaki dan memasukkan satu wayar halus ke dalam salur darah yang bersimpul.
“Selepas kedudukan wayar ditetapkan, doktor mengaktifkan laser dan tenaga haba disalurkan melalui wayar tadi. Ia secara perlahan-lahan memanaskan salur darah dan menyebabkan ia tertutup.“Apabila salur darah ini tertutup, aliran darah secara automatik beralih ke salur darah lain yang sihat. Maknanya aliran darah kembali normal.“Biasanya selepas rawatan, pesakit disaran memakai stokin tekanan untuk sekurang- kurangnya dua minggu bagi merangsang aliran darah.
“Kadangkala kaki pesakit terasa sakit sedikit tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil ubat untuk beberapa hari,” katanya.Kaedah ini juga boleh dilakukan pada pesakit yang mempunyai ulser dan tidak sembuh laupun sudah lama dirawat. Berdasarkan pengalamannya, selepas rawatan ulser lebih cepat sembuh kerana aliran darah pada kaki kembali normal. Malah ia juga sesuai untuk pesakit yang ada masalah jantung.Individu yang ada masalah urat kaki bersimpul tidak perlu risau kerana walaupun teknik ini agak baru di Malaysia (sekitar empat atau lima tahun) tetapi ia selamat dan berkesan (95 peratus kejayaan).Bahkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap urat yang dirawat menggunakan haba ini terbuka kembali dan menyebabkan masalah itu berulang juga tidak timbul.
Kos rawatan untuk kaedah laser ini adalah dua kali ganda berbanding pembedahan konvensional iaitu sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sebelah kaki.Bagaimanapun, untuk jangka panjang ia lebih murah jika diambil kira kos hospital, kesakitan dialami dan tempoh pemulihan kerana pesakit yang dirawat dengan kaedah laser cepat ‘sembuh’ dengan dan boleh berjalan dengan baik pada hari sama.
Cara mengelakkan
Dr Lee berkata, beberapa kaedah boleh diambil untuk mencegah masalah urat kaki bersimpul iaitu:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan