Petang tuh memang lawak gile ada 3 wanita termasuk lah sya yg waktu tu dengan penuh tergesa-gesanya sebab ada urusan di Bangi.....atas sebab sya tak confident benar dengan jalan-jalan sekitar Bangi tuh dan atas sebab sya dah pernah beberapa kali sesat menyebabkan sya mengambil keputusan untuk naik komuter sahaja sebab lebih selamat dari sesat entah mana-mana simpang ...... sya memang dah jenuh dah tak mahu bawak kete ke Bangi tu lagi ....... lepas berurusan tuh sya terus naik teksi ke stesyen komuter UKM rupanya dekat je sebenarnya cuma yg peliknya camne sya boleh terlupa waktu menunggu komuter tuh sampai sya dengan 3 orang wanita terus je masuk dengan selamba nya .......tetiba waktu kami bertiga melangkah semua mata memandang kami bertiga dan menyebabkan kami bertiga terus sedar serta merta .............YA ALLAH, patutlah semua orang pandang kearah kami rupa-rupanya kami bertiga nih perempuan ......yang pergi masuk dalam koc lelaki tu kenapa ??????? .......tak ingat langsung dah bertahun-tahun ada koc wanita ......sebelum kami kena sound kamipun segera berjalan-jalan perlahan-lahan sikit demi sedikit ke belakang sebab koc wanita sebelah belakang .........malu lah jugakkkkk salah sendiri kan ?????? walhal waktu menunggu komuter tadi selamba jek duduk kat kerusi tuh sambil makan goreng pisang ngan air mineral sementara menunggu komuter sampai tak terfikir langsung pasal benda tuh ......
30 Januari 2014
28 Januari 2014
BERSIN PENYAKIT BIASA BUKAN SUKA-SUKA NAK BERSIN
BERSIN - itulah yang kerap sya alami baik dirumah mahupun di pejabat .....nak kata tanda-tanda resdung hai tak munkin lah kot sya kena resdung ..... kat office nih mana ada hama jauh lah lagi bulu-bulu kucing mana ada kucing kat pejabat nih.....habis sebab apa???? ke sya yang tak mengaku sya sebenarnya alahan????? isk,isk,isk,isk bukan alahan kut yang sya tak dapat nak tahan ialah waktu bersin tuh puas tahan dan tutup mulut untuk halang "bunyik aaaa...cccccummmmmmm !!!!!! .........lepas tuh mula lah ambik tissu berhelai-helai lap sana sini itu belum lagi muka dah berubah jadi merahhh sakan .........Bukan sekali, tapi berkali-kali! Itulah bunyi yang sudah menjadi irama
biasa di rumah Hashim. Anak isteri sudah maklum, malah jiran tetangga
sampaikan tahu kalau Hashim ada di rumah atau tidak.Kalau tak dengar bunyi bersin, maknanya 'dia tak ada lah tu'.Bagi Hashim dan orang sekeliling, dia menghidap resdung. Ini perkara
biasa dan dialami ramai orang tapi tahap keterukannya berbeza.Seperti kes Hashim, dia dianggap sudah parah sebab mudah bersin, hidung
selalu berair dan mata pun kadang-kadang merah akibat menahan kegatalan
hidung dan muka.Inilah gangguan alergi atau alahan rhinitis (AR) yang biasa berlaku di
seluruh dunia. Malah di negara Eropah dan Jepun, ia menjadi-jadi setiap
kali musim bunga dan luruh disebabkan penyebaran debunga.
Disebabkan histamina
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung, Dan Tekak (ENT), Profesor Dr
Prepageran Narayanan, dianggarkan hampir 1.4 bilion penduduk dunia
menghidap gangguan alergi dan kejadiannya semakin meningkat,
menjadikannya salah satu masalah perubatan kronik yang paling lazim
berlaku.“Rinitis menjejaskan kira-kira 40 peratus penduduk Malaysia.
Berdasarkan angka ini, alergi ialah punca utama (80 peratus) rinitis di
kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia.“Bagaimanapun dalam kalangan pesakit yang lebih berumur, hampir separuh
menghidap AR manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi,”
katanya.
Terdapat dua jenis AR yang utama, iaitu simptom yang berlangsung dari semasa ke semasa dan simptom berlarutan.AR dari semasa ke semasa berlaku kurang daripada empat hari seminggu
atau kurang daripada empat minggu berturut-turut. Manakala AR berlarutan
berlaku lebih empat hari seminggu dan lebih daripada empat minggu
berturut-turut.Alergen yang paling lazim menyebabkan AR dari masa ke masa ialah
alergen di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai,
manakala AR berlarutan disebabkan oleh alergen dalam rumah seperti
haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat.“Apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit AR akan menghasilkan
histamina lalu menyebabkan timbulnya simptom-simptom alergi,” kata
Profesor Dr Prepageran.
Hal ini kerana histamina yang dibebaskan bagi menyingkir antigen
seperti hama, habuk dan spora akan menyebabkan saluran pernafasan
membengkak seterusnya menyebabkan gejala AR.Simptom alahan yang biasa dialami adalah hidung tersumbat, rasa gatal, tidak dapat mengawal bersin dan mata berair.Alahan boleh berlaku di mana-mana sahaja, sepanjang hari tapi selalunya lebih kerap pada waktu pagi.Berbanding dewasa, golongan kanak-kanak lebih cenderung mendapat AR.
Ini disokong satu kaji selidik yang dijalankan antara pada 2009 hingga
2010 di lapan negara Asia Pasifik.Keputusannya, daripada 491 kediaman yang ditinjau di Malaysia, 41
peratus kanakkanak menghidap AR bermusim manakala 48 peratus menghidap
AR berlarutan. Ini agak ketara berbanding dengan 37 peratus dewasa yang
menghidap AR bermusim dan AR berlarutan.
Perlu diagnosis, ubat tepat
Meskipun AR tidak sampai membuatkan penghidapnya terdedah pada maut,
sedikit sebanyak ia mampu mengganggu kehidupan seharian termasuk
prestasi di sekolah dan tempat kerja.Keadaan kadangkala menjadi lebih buruk apabila penghidap mengambil
langkah pemulihan sendiri dengan memakan ubat atau mengambil bahan
antihistamina yang boleh menjejaskan tidur.“Sepatutnya pesakit tidak menggunakan ubat selesema yang dipilihnya sendiri apabila mereka menghidap AR.“Jumpalah doktor untuk mendapatkan diagnosis dan ubat yang betul supaya simptom AR dapat dikawal,” ujarnya.Pesakit yang menghidapi AR biasanya diberikan ubat anti-alahan seperti
anti-histamina, ubat steroid intra-nasal atau decongestant bagi
melegakan gejala alahan.Terdapat juga rawatan lebih khusus yang biasanya diberikan secara titisan di bawah lidah atau suntikan.
Ubat lain yang boleh dicuba penghidap AR adalah AERIUS D-12
(desloratadine 2.5 mg/pseudoefedrina 120 mg), ubat gabungan terbaru
antihistamina. Kelebihan ubat ini, selain merawat hidung tersumbat, ia
tidak menyebabkan rasa mengantuk.
27 Januari 2014
CEKGU CINA SURUH MURID MAKAN RUMPUT
SUNGKAI 25 Jan - Seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khai Meng
bertindak memaksa dua murid sekolah tersebut memakai loceng lembu dan memaksa
murid berkenaan makan rumput sekiranya enggan dirotan 10 kali.
Bapa saudara kepada Muhammad Naswinder Muhammad Hamid, Muktasim Hashim berkata,
cara guru tersebut menghukum Naswinder dan rakannya Mohamad Izat Iqbal Mohd
Harith adalah melampau.
"Dia (guru) telah merotan pelajar tersebut dua kali sebelum itu, dan
memilih untuk memalukan mereka dengan memaksa memakai loceng di leher dan
memanggil mereka lembu di hadapan kelas.
"Dan ianya menjadi lebih buruk, dia ambil gambar murid menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk memuat naik ke Facebook sebelum mengarahkan mereka untuk makan rumput atau dikenakan tambahan 10 kali rotan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Difahamkan, guru tersebut menghukum Muhammad Naswinder dan Mohamad Izat berikutan keduanya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Muktasim kemudiannya mendesak agar guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain kerana telah bertindak melampaui batasan kemanusiaan."Guru tersebut telah meminta maaf apabila ditemui di balai polis, semalam tetapi ianya tidak memadai untuk menenangkan keadaan."Kami mahu dia dipindahkan dengan segera," tegasnya.Sementara itu, ibu Mohamad Izat, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Ariffin berkata, anaknya tetap akan bersekolah di tempat sama dan mahukan guru tersebut dikenakan hukuman setimpal.
"Mengapa Izat perlu dikenakan hukuman dan dinafikan peluang untuk belajar di sekolah Cina kerana kesalahan orang lain?" soalnya.Ahli Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan ketika dihubungi menjelaskan pengetua sekolah tersebut telah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumlan guru tersebut telah meminta maaf.Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai isiden itu.
"Dan ianya menjadi lebih buruk, dia ambil gambar murid menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk memuat naik ke Facebook sebelum mengarahkan mereka untuk makan rumput atau dikenakan tambahan 10 kali rotan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Difahamkan, guru tersebut menghukum Muhammad Naswinder dan Mohamad Izat berikutan keduanya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Muktasim kemudiannya mendesak agar guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain kerana telah bertindak melampaui batasan kemanusiaan."Guru tersebut telah meminta maaf apabila ditemui di balai polis, semalam tetapi ianya tidak memadai untuk menenangkan keadaan."Kami mahu dia dipindahkan dengan segera," tegasnya.Sementara itu, ibu Mohamad Izat, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Ariffin berkata, anaknya tetap akan bersekolah di tempat sama dan mahukan guru tersebut dikenakan hukuman setimpal.
"Mengapa Izat perlu dikenakan hukuman dan dinafikan peluang untuk belajar di sekolah Cina kerana kesalahan orang lain?" soalnya.Ahli Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan ketika dihubungi menjelaskan pengetua sekolah tersebut telah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumlan guru tersebut telah meminta maaf.Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai isiden itu.
Hanya kerana gagal
menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu
apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru
sekolah itu, Khamis lalu. Guru lelaki berusia 26 tahun yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad
Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10
tahun sebagai lembu malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang
diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook. Dalam kejadian kira-kira pukul 9
pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru
terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.
Difahamkan, dua lagi murid lain
tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada
doktor.Bapa saudara kepada Muhammad
Nasvinder, Muktasim Hashim, 28, berkata, pada mulanya kedua-dua murid berkenaan
dirotan sebanyak dua kali di bahagian tapak tangan sebelum diarahkan memakai
loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul
1.30 petang.
Katanya, jika murid itu ingkar
arahan berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda rotan
sebanyak 10 kali lagi.Kedua-dua murid ini akur dengan
arahan guru tersebut kerana bimbang akan dirotan lagi. Bagaimanapun, tindakan
guru terbabit membuatkan mereka malu untuk ke kantin sekolah," katanya
dalam sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai di sini hari ini.Muktasim berkata, kejadian kedua
pula berlaku pada pukul 10.10 pagi iaitu pada waktu rehat yang guru tersebut datang
semula ke kelas mangsa sebelum mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa
mangsa makan.
Tindakan keterlaluan guru itu,
katanya, memaksa Muhammad Nasvinder mengeluarkan kata-kata Lembu puasa hari ini
jadi saya tidak boleh makan kepada gurunya kerana tidak tahan dipaksa makan
rumput tersebut.
Empat murid tidak siapkan kerja
sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang
diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa
tindakan.Alasan yang diberikan guru itu
kerana dua lagi (murid Cina) berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada
doktor. Ini tidak masuk akal kerana anak saudara saya juga mempunyai masalah
kesihatan kerana menghidap asma," katanya.Sementara itu, ibu Muhammad
Nasvinder, Siti Aisha Hashim, 32, memberitahu, anaknya trauma dan malu dengan
kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakannya mengejek dengan panggilan lembu.
Katanya, guru terbabit mengakui
anaknya seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada
enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.Saya rasa cukup terkilan kerana kita
hantar mereka pergi sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh tidak
baik, apa akan jadi pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Yarni Kasuma Dewi Zainal
Aripin, 33, ibu kepada Mohd. Izat Iqbal berkata, mereka membuat laporan polis
di Balai Polis Sungkai berhubung perbuatan melampau guru berkenaan, semalam. Katanya, guru itu ada menemui mereka
dan membuat permohonan maaf, namun permohonan maaf itu dilihat dibuat dalam
keadaan tidak ikhlas.Guru besar yang ditemui juga
memberitahu kejadian itu (gantung loceng) bukan kali pertama dilakukan oleh
guru terbabit tetapi memaksa makan rumput dengan gelaran lembu adalah kali
pertama," katanya.Justeru katanya, mereka sebulat
suara mahukan guru tersebut diambil tindakan keras agar kejadian sama tidak
berulang.
24 Januari 2014
KELANTAN DAH MUSIM SEJUK (17 darjah Celsius)
Kuala Krai: “Ketika tengah hari pun air paip sejuk macam air batu,
apatah lagi waktu pagi. Saya terpaksa merebus satu periuk besar air
untuk anak mandi pada waktu pagi.“Anak balik sekolah pada waktu tengah hari pun tak nak mandi sebab
air masih sejuk,” kata suri rumah, Rosmanita Zainal Abidin, 42, dari
Kampung Sungai Dala, Jalan Tualang, dekat sini, semalam.Rosmanita berkata demikian mengulas perubahan suhu di Kuala Krai yang dilaporkan menurun sehingga 17 darjah Celsius, kelmarin.Keadaan turut tidak berubah semalam apabila laman web Jabatan
Meteorologi memaparkan suhu minimum di daerah itu adalah 17.5 darjah
Celcius manakala suhu maksimumnya 30.1 darjah Celsius.
KANAK-kanak dari Kampung Tualang, Kuala Krai memakai baju sejuk ketika berjalan ke kelas mengaji, semalam.
Menurut Rosmanita, cuaca sejuk itu berlaku sejak seminggu lalu dan dia mengakui ia satu pengalaman baru.
“Siang sejuk, malam lagilah sejuk. Setakat selimut biasa memang
tak memadai, kena pakai selimut tebal dan kadang kala kena guna dua
helai selimut tebal sebab sejuk sampai ke tulang,” katanya.Katanya, suaminya, R Azmi Jaafar, 48, yang menghidap angin ahmar
sejak tujuh bulan lalu terpaksa dipakaikan dua helai baju selain
menyelimutkannya dengan dua selimut tebal bagi mengelak dia kesejukan
selain bimbang boleh menjejaskan kesihatannya.Seorang lagi penduduk, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata,
cuaca sejuk kebelakangan ini membuatkan dia mengurangkan aktiviti luar
terutama pada sebelah pagi.
“Sebelum ini saya suka berjalan mengelilingi kampung pada sebelah
pagi, tapi dalam cuaca sejuk begini, saya lebih rela duduk dalam rumah.“Bukan setakat pagi, pada jam 5 petang pun sejuk, “ kata Mohamed yang kediamannya berhampiran Sungai Kelantan.Sementara itu, daerah Kota Bharu turut menyaksikan fenomena cuaca sejuk terutama apabila angin bertiup.Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi, suhu minimum di daerah
ini ialah 20.2 darjah Celsius, manakala maksimum 28.2 darjah Celsius,
semalam.
Penolong Pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kota Bharu,
Mohd Zakri Abd Halim, 46, berkata, perubahan ketara dapat dirasainya
terutama pada waktu petang.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
dan dari sumber penduduk lain di Kalantan : http://mr-liey.blogspot.com
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
dan dari sumber penduduk lain di Kalantan : http://mr-liey.blogspot.com
Subhana'Allah..Maha Suci Allah, Maha Pencipta yang mencipta bumi dan segala pergerakan di seluruh alam ini.
Kuala Krai,
Kelantan kebiasaannya mengalami suhu purata sekitar 30-35 Celcius pada
waktu siang dan purata pada 25-30 celcius pada waktu malam mengalami
suhu sejuk sejak beberapa hari yang lalu. Seingat ambe, ambe perasan
suhu sejuk ini sejak hampir 2 minggu yang lalu iaitu sekitar pada awal
tahun iaitu bermula seawal 3 Januari lagi. Memula ambe ingat ini
disebabkan musim banjir peringkat ke 2, tetapi tiada nya hujan lebat
yang berlaku, hanya hujan renyai-renyai.
Sekitar 7 Januari 2014, tiada hujan namun suhu masih sejuk. Suhu sejuk masih terasa hingga sekarang.
Akhirnya,
ambe menjumpai jawapan yang dicari-cari. Terima kasih kepada My lovely
bro, Abg Ami...Pada 21 Januari 2014, ambe ditunjukkan satu artikel dalam
The Star Online oleh Jabatan Metareologi Malaysia yang mengatakan, suhu
di Kuantan, Pahang, Sebahagian Kedah, Perlis termasuk Kelantan amnya
terutamanya Kuala Krai khasnya.
Mengikut
Jabatan Metareologi, Kuala Krai mengalami suhu sejuk akibat perubahan
monson yang biasa berlaku sebelum ini. Suhu sejuk ini sekitar 20-22
celcius. (Jadi betul le apa yang ambe alami sebelum ini).
Suhu di
Kuala Krai akan jatuh pada tahap minimum iaitu pada 19 celcius yang akan
berlaku dalam tempoh 2 hari lagi, iaitu pada esok, 24.01.2014. Suhu
terendah yang sama macam suhu di Cameron Highlands dan Genting
Highlands.
Jika mengikut pakar, suhu ini pernah berlaku sebelum ini dan adalah satu fenomena biasa.
Bagi diri
ambe pula, sejak ambe tinggal di Kuala Krai, sejak dilahirkan pada tahun
1982, dan seingat ambe, ini kali pertama ambe alami. Jika pakar
mengatakan pernah dan biasa berlaku, sejujur ambe katakan, tiada dalam
ingatan ambe. Malah ambe bertanya juga pada Mama dan Abah, orang lama di
Kuala Krai sejak zaman penjajah lagi, mereka juga tidak tahu dan tidak
ingat bila keadaan ini berlaku.
Jika
diikutkan oleh pakar antarabangsa yang ambe pernah baca artikelnya di
dalam Sinar Harian, Malaysia mungkin akan mengalami suhu sejuk dan
mungkin bersalji. Keadaan itu bakal berlaku sekitar diantara tahun 2040
atau 2050.
Namun begitu, artikel ini dinafikan oleh pakar metareologi Malaysia yang mengatakan Malaysia masih terlindung di dalam kawasan Garisan Khatulistiwa. Tetapi, dengan apa yang telah terjadi pada Mesir, Vietnam dan Indonesia, ambe rasa Garisan Khatulistiwa ini bukan lagi sebagai ukuran. Malah ukuran ini dibuat oleh manusia sendiri. Segala apa yang berlaku, atas kehendak Nya. Kita berserah pada Allah S.W.T selaku pemilik dan pentadbir alam ini.
Namun begitu, artikel ini dinafikan oleh pakar metareologi Malaysia yang mengatakan Malaysia masih terlindung di dalam kawasan Garisan Khatulistiwa. Tetapi, dengan apa yang telah terjadi pada Mesir, Vietnam dan Indonesia, ambe rasa Garisan Khatulistiwa ini bukan lagi sebagai ukuran. Malah ukuran ini dibuat oleh manusia sendiri. Segala apa yang berlaku, atas kehendak Nya. Kita berserah pada Allah S.W.T selaku pemilik dan pentadbir alam ini.
Ketika ambe
menulis blog saat ini, memang sudah dilaporkan di media sosial,
elektronik malah di berita arus perdana yang Vietnam mengalami salji
buat kali pertama, Mesir turut mengalami salji buat kali pertama dalam
tempoh 100 tahun dan turut mengalami salji adalah Indonesia.
Subhana'allah
20 Januari 2014
PARCEL D PUTRAJAYA PUNYA CERITA
Parcel C, D dan E di Presint 1 di
sini yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian di kenal pasti
sebagai kawasan yang menghadapi kekurangan tempat meletak kenderaan yang
kritikal bukan setakat kritikal lagi malah dah tak ada sah macam dulu-dulu asal masuk je lepas pintu gerbang tu nampak sahaja bangunan-bangunan pejabat kerajaan di sekeliling bukit Perdana Putra tuh di situlah tempatnya . Walaupun terdapat ruang yang disediakan masing-masing untuk
kakitangan awam dan pelawat, namun kapasitinya gagal menampung keperluan semasa
sehingga menyebabkan banyak kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan maka senanglah En polis trafik nak tulis surat saman untuk menyaman mana-mana kereta yang park kat tepi jalan tetapi itu tidak sepatutnya di saman kerana memang tak ada tempat nak park kereta.Tinjauan
Utusan Malaysia di Parcel E baru-baru ini mendapati, satu kemalangan kecil
berlaku antara dua kereta, dipercayai disebabkan jalan yang terlalu sempit
berikutan banyak kenderaan diletakkan di kedua-dua belah jalan.Tidak kurang
juga pemandu yang meletakkan kereta mereka di tepi jalan yang menghubungi
Parcel E dengan pusat membeli-belah Alamanda.
Bukannya
saya tidak mahu letak kereta di tempat yang betul, tetapi saya telah
berpusing-pusing di Parcel E selama 20 minit, tetapi masih gagal mendapatkan
tempat meletak kenderaan yang sesuai, kata seorang pelawat ke Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional yang terletak di Parcel E. Di tempat meletak
kenderaan bawah tanah di Parcel D yang disediakan untuk kakitangan sektor awam
pula, keadaan sesak melampau berlaku sehingga menyukarkan kereta bersaiz besar
seperti van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki tempat itu.Rata-rata
kenderaan di tempat letak kereta bawah tanah itu diletakkan secara berkembar
dengan brek tangan dilepaskan untuk memudahkan kenderaan itu dialihkan
sekiranya menghalang laluan kenderaan lain.Pegawai Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Mazli Bidu, 26, berkata persaingan untuk mendapatkan tempat
meletak kenderaan menyebabkan kegiatan mencuri parking pernah dilaporkan di
Parcel D.Kejadian berlaku apabila ada orang bertindak mencuri tempat letak kereta
yang dikhaskan untuk pegawai tertentu, keadaan ini mewujudkan pertelingkahan
antara pemilik tempat letak kereta dengan pencuri tersebut, katanya ketika
ditemui di sini.
Jika
kakitangan sektor awam perlu bersaing untuk mendapatkan ruang yang terhad dan sanggup keluar rumah subuh-subuh lagi untuk berebut parking, lain
pula ceritanya dengan orang awam yang mendakwa tidak dibenarkan meletak
kenderaan di kawasan Parcel D walaupun terdapat tempat kosong untuk kereta
orang awam. Muhd Nor Arif, 38, yang berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan
di Parcel D baru-baru ini berkata, orang ramai yang berkunjung ke tempat itu
terpaksa meletakkan kereta di Parcel E atau di tepi-tepi jalan.Pengawal
keselamatan tidak membenarkan kereta saya memasuki Parcel D, jadi saya terpaksa
berjalan jauh dan tindakan saya meletakkan kenderaan di bahu jalan mengundang
risiko disaman polis.Ini tempat awam di mana orang ramai berurusan dengan
pejabat kerajaan, saya tidak faham kenapa Parcel D perlu ditutup kepada
kenderaan awam. Semua Parcel perlu dibuka kepada kereta pelawat untuk memudahkan
kita berurusan, katanya.Seorang pengawal keselamatan di Parcel D yang enggan
dikenali mengesahkan bahawa baru-baru ini, pihak atasannya telah mengeluarkan
arahan supaya semua kereta pelawat tidak dibenarkan memasuki Parcel itu.
Kami
bagaimanapun membenarkan wartawan yang ingin membuat liputan masuk. Saya
bukannya zalim, saya benarkan juga wanita yang mengandung untuk meletak
kenderaan di kawasan itu, katanya.Bagaimanapun, keadaan di Presint 2 dan 4 di
sini jauh lebih selesa berbanding di Parcel C, D dan E.
10 Januari 2014
JENIS-JENIS HUTANG
Semua orang suka berhutang-hutang namun hutang beli kereta paling terkenal mana taknya sebab semua berkeinginan nak memandu kereta kemana sahaja kita pergi dan kereta juga di jadikan lambang kejayaan seseorang dalam bidang kerjaya ...... dah ada kerja mesti nak beli kereta dahulu makayah pun memang selalu tanya hal yang sama jadi kita terdorong nak beli kereta dahulu dari benda-benda lain. Hari pertama berjaya beli kereta maka bermula lah hidup kita suka berhutang. Ada tak yang beli cash????? paling murahpun kereta kancil 850 tuh Rm25,000.00 adakah yang sanggup keluarkan duit tuh langsam banyak tuh???????.........kalau kita beli hutang kita cuma kena bayar pada bank Rm 230.00 sebulan dan duit gaji kita tuh yang kita dapat setiap bulan boleh kita agih-agihkan untuk benda lain. Bila dah berhutang maka 7/9 tahunlah jawabnya kita kena bayar setiap bulan selagi tak habis. Maka dari sana maka menjelma lah hutang lain yang sama waktu dengannya.
Tiga
jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup
bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi,
pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan. Kegilaan masyarakat
negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu
menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yang tertera di atas. Kegagalan
menguruskan hutang mengakibatkan 85,175 rakyat negara ini menjadi bankrap
ketika usia muda.Berikut adalah kes muflis di Malaysia. Sebanyak 85,175 kes
dari tahun 2007 hingga Mac 2012.Sewa beli kenderaan 21,796 kes, pinjaman peribadi
12,547 kes, pinjaman perumahan 12,098 kes dan pinjaman perniagaan 9,865 kes
(Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia).Bagi mereka yang sudah pun terjebak
dengan budaya meminjam dan berhutang ini, tidak ada jalan lain kecuali
melunaskan hutang mereka sekiranya tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan
pelbagai kerenah ceti haram dan ah long.Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
seseorang itu meminjam atau berhutang antaranya bermain judi tetapi ada juga
yang meminjam dan berhutang kerana hendak hidup mewah atau terpengaruh dengan
gaya hidup orang lain yang lebih mewah daripada mereka. Inilah masalahnya yang
sering melanda masyarakat kita, kalau tidak mampu untuk memiliki sesuatu dalam
hidup kita ini, usahlah membebankan diri dengan meminjam dan berhutang yang
akhirnya menjerat diri sendiri.
Terimalah
hakikat kemampuan gaji dan pendapatan kita serta hiduplah dengan sikap
sederhana (terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: Tidak akan
kekurangan orang yang hidup sederhana).Orang yang membelanjakan harta
dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan dan
berlebih-lebihan dan sudah tentu tidak akan kekurangan. Satu lagi sikap yang
perlu diamalkan ialah Qanaah iaitu cukuplah dengan apa yang ada, seperti kata
pepatah Melayu ukurlah baju di badan sendiri.Jangan sekali-kali terpedaya
dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa baik media elektronik
atau media cetak terutama sekali pada musim-musim perayaan yang menonjolkan
budaya hidup mewah, boros dan membazir yang semuanya berpaksikan kepada wang.Dalam
masyarakat kita, memang terdapat mereka yang suka meminjam wang, gemar hidup
bergaya lebih daripada kemampuan serta berbelanja lebih daripada pendapatan,
banyak orang kelihatan hidup senang walaupun pada hakikatnya kesenangan itu
berasaskan kepada hutang.
Satu
lagi amalan buruk di dalam masyarakat kita ialah membazir. Kini amalan membazir
di dalam masyarakat nampaknya tidak dibendung malah semakin dibiarkan. Perilaku
membazir ini dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk seperti membazir makanan,
aksesori dan hiasan diri, pembaziran di dalam rumah, membazir di dalam pakaian,
hiasan dan perabot rumah serta pejabat.Sehubungan itu, CAP menggesa pihak
berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah menularnya
budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara
ini.Pihak berkuasa juga digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang
disiarkan di dalam media massa itu tidak menggalakkan masyarakat ke arah budaya
hidup mewah, boros dan membazir.Masyarakat perlu dididik untuk mengamalkan cara
hidup sederhana, berjimat-cermat, tidak boros dan membazir di dalam hidup dan
menginsafi bahawa masih ada anggota masyarakat yang hidup di dalam kemiskinan
yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.
Langgan:
Catatan (Atom)