Aku rasa ramai yang benggang gile bila berita kebocoran kertas soalan UPSR yang membawa penangkapan beberapa orang guru, kakitangan Lembaga Peperiksaan Malaysia, wartawan dan jurutera yang sedang di siasat sekarang ini .....apa yang sebenarnya yang menjadi punca soalan peperiksaan itu bocor kalau bukan disebabkan Lembaga Peperiksaan Malaysia gagal dalam tanggungjawab menjaga keselamatan kertas itu dari di ketahui oleh seseorang. Terlalu mudah bagi sesiapa untuk berbuat salinan kertas soalan peperiksaan tersebut ......... Okeh paling mudah ialah dengan hanya bekerjasama dengan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Lembaga Peperiksaan Malaysia sahaja sebab hanya mereka ini sahaja yang tahu pada tarikh apa soalan itu siap untuk di cetak di Perbadanan Percetakan Negara...sudah pasti dengan mudah di imbas dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang dan juga dengan menggunakan telefon pintar seperti zaman sekarang dan juga dengan adanya kemudahan e-mail untuk menghantar terus kepada sesiapa yang begitu bersungguh-sungguh nak dapat "A" dalam semua subjek.
Pihak Kementerian Pendidikan juga wajib di persalahkan kerana imbuhan kepada mana-mana sekolah yang berjaya mengekalkan prestasi UPSR juga mendorong pihak sekolah itu sendiri akan berusaha sedaya upaya dengan apa cara sekalipun dan pihak sekolah ada yang sanggup tidak membenarkan pelajar yg selalu gagal menduduki peperiksaan hanya semata-mata untuk mengelakkan rekod "TIDAK LULUS" di serahkan kepada Kementerian Pendidikan. Oleh kerana itu issu kebocoran kertas peperiksaan UPSR itu sebenarnya berlaku atas sebab desakan pihak kementerian itu sendiri yang memandang serius mana-mana pelajar yang gagal dalam UPSR. Adakah jumlah murid yang gagal dalam peperiksaan UPSR itu di jadikan lambang baik buruknya sebuah sekolah ??????? Hala tuju seseorang pelajar yang tamat di sekolah rendah tidak akan tamat di peringkat itu sahaja semada pelajar itu gagal atau pun tidak kerana pelajar berkenaan wajib meneruskan lagi persekolah mereka ke Tingkatan Satu di sekolah menengah dan ada lagi 5 tahun lagi seorang pelajar itu akan menghabiskan zaman persekolah mereka.
Sekali aku fikir apalah yang beriya-iya sangat sanggup mengadai nama baik diri sendiri hanya semata-mata mahu anak mendapat pangkat "A" dalam UPSR ...................kenapa kemaruk sangat nakkan "A" itu ??????????? adakah kerana terlalu kemaruk nak masuk sekolah berasrama penuh???? Ibubapa juga menjadikan nilai "A" itu sendiri sebagai lambang kejayaan dalam mendidik anak dan sanggup menghantar anak ke kelas tambahan yang berbayar dan merasa begitu kecewa jika anak gagal memprolehi "A" .............. sekali aku fikir kalau soalan SPM berbaloi jugak kalau dapat semua subjek "A" dah sah dapat merasa masuk university ...........terfikir jugak aku sehingga ke tahap itu sanggup berbuat apa sahaja hanya semata-mata perlukan sebuah senyuman tatkala di umumkan nama sebagai pelajar yang cemerlang.
Aku teringat kejadian di sekolah anak aku pada tahun 2012 yang lalu yang mana seorang anak guru menangis teresak-esak ketika gagal mendapat 5A. Satu perkara pihak sekolah begitu meraikan secara besar-besaran juga menjadi punca kenapa ramai pihak guru bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar mereka mendapat "A". Perlu atau tidak pihak Kementerian meluluskan acara sedemikian ???? kalau zamn dulu kala tidak ada acara sambutan seperti itu itu ... keputusan peperiksaan hanya di tampal di papan kenyataan sahaja dan tidak ada majlis yang megah dengan cara penyerahan slip peperiksaan itu di lakukan di atas pentas dalam dewan sekolah yang di saksikan oleh ramai pelajar lain dan juga ibubapa .....pelajar ini juga di pakaikan jubah yang sama rupanya pelajar university yang baru tamat pengajian, dan ada pulak sessi bergambar beramai-ramai dan ada pulak yang jemput wartawan dari akhbar-akhbar untuk menemubual kejayaan pelajar tersebut ..............perlu sangat mereka yang baru berusia 12 tahun itu di raikan sedemikian rupa hanya semata-mata dapat 5A ????????? lain lah kalau SPM ada munasabah jugak kerana selepas SPM sudah pasti mereka akan melanjutkan pengajian di mana-mana university.
Zaman facebook yg begitu popular waktu ini di jadikan platform untuk menghebahkan kejayaan itu dengan gambar-gambar yang di muat naik di laman facebook oleh ibubapa, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri .........ibubapa yang memuat naik gambar-gambar di Facebook atau Blog menunjukkan niat untuk bermegah-megah sebenarnya. Apalah yang ada pada huruf "A" itu jika sebenarnya nilai markah itu sendiri tidak akan mengubah nasib pelajar itu sebenar selepas tamat SPM dan berada dalam dunia pekerjaan kelak ???????? ...............terlalu ramai yang bijak pandai waktu di university gagal mendapat pekerjaan pada waktu ini walhal dahulu mereka dapat 5A pada waktu UPSR dan 10A ketika SPM dahulu. Adakah itu nilai sebenarnya seorang pelajar ???? begitu ramai pelajar yang dahulu tidak mendapat apa-apa "A" sekarang berjaya dalam bidang pekerjaan dan sekarang begitu selesa dengan kehidupan mereka sekarang.
Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.
Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak SERTA Kuala Ketil, Kedah. Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur. Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut.
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.
LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai
=============================================
Pihak Kementerian Pendidikan juga wajib di persalahkan kerana imbuhan kepada mana-mana sekolah yang berjaya mengekalkan prestasi UPSR juga mendorong pihak sekolah itu sendiri akan berusaha sedaya upaya dengan apa cara sekalipun dan pihak sekolah ada yang sanggup tidak membenarkan pelajar yg selalu gagal menduduki peperiksaan hanya semata-mata untuk mengelakkan rekod "TIDAK LULUS" di serahkan kepada Kementerian Pendidikan. Oleh kerana itu issu kebocoran kertas peperiksaan UPSR itu sebenarnya berlaku atas sebab desakan pihak kementerian itu sendiri yang memandang serius mana-mana pelajar yang gagal dalam UPSR. Adakah jumlah murid yang gagal dalam peperiksaan UPSR itu di jadikan lambang baik buruknya sebuah sekolah ??????? Hala tuju seseorang pelajar yang tamat di sekolah rendah tidak akan tamat di peringkat itu sahaja semada pelajar itu gagal atau pun tidak kerana pelajar berkenaan wajib meneruskan lagi persekolah mereka ke Tingkatan Satu di sekolah menengah dan ada lagi 5 tahun lagi seorang pelajar itu akan menghabiskan zaman persekolah mereka.
Sekali aku fikir apalah yang beriya-iya sangat sanggup mengadai nama baik diri sendiri hanya semata-mata mahu anak mendapat pangkat "A" dalam UPSR ...................kenapa kemaruk sangat nakkan "A" itu ??????????? adakah kerana terlalu kemaruk nak masuk sekolah berasrama penuh???? Ibubapa juga menjadikan nilai "A" itu sendiri sebagai lambang kejayaan dalam mendidik anak dan sanggup menghantar anak ke kelas tambahan yang berbayar dan merasa begitu kecewa jika anak gagal memprolehi "A" .............. sekali aku fikir kalau soalan SPM berbaloi jugak kalau dapat semua subjek "A" dah sah dapat merasa masuk university ...........terfikir jugak aku sehingga ke tahap itu sanggup berbuat apa sahaja hanya semata-mata perlukan sebuah senyuman tatkala di umumkan nama sebagai pelajar yang cemerlang.
Aku teringat kejadian di sekolah anak aku pada tahun 2012 yang lalu yang mana seorang anak guru menangis teresak-esak ketika gagal mendapat 5A. Satu perkara pihak sekolah begitu meraikan secara besar-besaran juga menjadi punca kenapa ramai pihak guru bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar mereka mendapat "A". Perlu atau tidak pihak Kementerian meluluskan acara sedemikian ???? kalau zamn dulu kala tidak ada acara sambutan seperti itu itu ... keputusan peperiksaan hanya di tampal di papan kenyataan sahaja dan tidak ada majlis yang megah dengan cara penyerahan slip peperiksaan itu di lakukan di atas pentas dalam dewan sekolah yang di saksikan oleh ramai pelajar lain dan juga ibubapa .....pelajar ini juga di pakaikan jubah yang sama rupanya pelajar university yang baru tamat pengajian, dan ada pulak sessi bergambar beramai-ramai dan ada pulak yang jemput wartawan dari akhbar-akhbar untuk menemubual kejayaan pelajar tersebut ..............perlu sangat mereka yang baru berusia 12 tahun itu di raikan sedemikian rupa hanya semata-mata dapat 5A ????????? lain lah kalau SPM ada munasabah jugak kerana selepas SPM sudah pasti mereka akan melanjutkan pengajian di mana-mana university.
Zaman facebook yg begitu popular waktu ini di jadikan platform untuk menghebahkan kejayaan itu dengan gambar-gambar yang di muat naik di laman facebook oleh ibubapa, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri .........ibubapa yang memuat naik gambar-gambar di Facebook atau Blog menunjukkan niat untuk bermegah-megah sebenarnya. Apalah yang ada pada huruf "A" itu jika sebenarnya nilai markah itu sendiri tidak akan mengubah nasib pelajar itu sebenar selepas tamat SPM dan berada dalam dunia pekerjaan kelak ???????? ...............terlalu ramai yang bijak pandai waktu di university gagal mendapat pekerjaan pada waktu ini walhal dahulu mereka dapat 5A pada waktu UPSR dan 10A ketika SPM dahulu. Adakah itu nilai sebenarnya seorang pelajar ???? begitu ramai pelajar yang dahulu tidak mendapat apa-apa "A" sekarang berjaya dalam bidang pekerjaan dan sekarang begitu selesa dengan kehidupan mereka sekarang.
=========
GURU BESAR DISYAKI DALANG SOALAN UPSR
BOCOR
Seorang guru besar, dua
cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari bermula hari
ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur
Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas guru besar dan dua guru berusia 30 hingga
54 tahun dari Pulau Pinang SERTA ejen insurans berumur 31 tahun dari Kuala
Lumpur.Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.
Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak SERTA Kuala Ketil, Kedah. Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur. Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut.
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.
LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai
=============================================
TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke 'lubang cacing' dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu kebocoran UPSR itu adalah membabitkan soal integriti dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam soal berkenaan.
"Saya bagi tahu kita tidak akan lindung mana-mana pegawai kanan atau guru besar atau guru atau mana-mana lagi yang terlibat dalam isu kebocoran kertas UPSR ini.
"Kita tidak boleh berkompromi kerana ini soal integriti dan polis akan siasat sampai ke 'lubang cacing' untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab," katanya selepas menghadiri kenduri kampung bersama masyarakat di Kampung Kajang Sebidang di sini, malam tadi.
Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran itu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Dua hari lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran.
Mengulas perkara itu lagi Ahmad Zahid menyifatkan mereka yang terbabit dalam isu kebocoran itu sebagai `gunting dalam lipatan' dan `harapkan pagar, pagar makan padi' yang tidak boleh dimaafkan.
"Ini kes jenayah kerana ini adalah pecah amanah dan polis akan lihat jika ada aspek kesalahan jenayah yang lain lagi," katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno ketika mengulas isu politik di Selangor turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan banyak jasanya kepada rakyat negeri itu.
"Kami (Umno) menghargai Tan Sri Khalid yang telah mentadbir Selangor dengan baik selama enam tahun," katanya.
"Saya fikir ini bukan sekarang dan kami mengalu-alukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai ahli Parlimen Bebas dan berharap ia mesra kepada Barisan Nasional," katanya, katanya ketika menyentuh sama ada Abdul Khalid akan dipelawa menyertai Umno.
Semalam adalah hari terakhir buat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang akan diambil alih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali.
Majlis mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. - Bernama
======================================================
Kebocoran UPSR: Akauntabiliti diperlukan di semua peringkat
ShareThis
KOMEN: Selaku seorang pendidik yang berpengalaman, saya terkejut dengan berita kebocoran kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains tempoh hari. Ini diikuti pula dengan kebocoran bagi subjek Matematik dan Bahasa Tamil.
Saya tidak pernah menjangka perkara ini akan terjadi. Sebagai ketua pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selama 40 tahun, saya sering ke balai polis bagi mengambil kertas peperiksaan untuk dibawa ke tempat peperiksaan diadakan.
Lantas insiden kertas UPSR ini memperlihatkan bertapa longgarnya kawalan. Episod ini juga menimbulkan keraguan tentang peranan para pendidik hari ini. Buat masa ini, 14 orang telah ditahan dan kebanyakannya para guru. Adakah mereka kini sanggup mengorbankan matlamat pendidikan kerana sikap tamak?
Adakah kita telah sampai ke tahap di mana para guru memberitahu murids-murid supaya menipu bagi mencapai kejayaan? Apa yang telah terjadi kepada peranan mereka menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar? Kita sebenarnya lebih rela pelajar ketinggalan dari segi akademik berbanding melakar kejayaan dengan cara menipu.
Saya tidak fikir semua guru teruk dari segi moral. Sebaliknya saya yakin, kebanyakan guru tidak membenarkan murid-murid menipu. Mereka tidak akan membiarkan sistem peperiksaan rasmi di negara ini terjejas hanya kerana mahu pencapaian yang baik. Kebanyakan guru berdedikasi dan komited. Tetapi tangkapan menunjukkan ramai guru yang terlibat, di samping beberapa pusat tuisyen. Mereka ini menerima tekanan bagi menghasilkan keputusan yang dikehendaki dan ia telah merosakkan imej profesyen perguruan di negara ini.
Episod ini juga mengesahkan bahawa kita terlalu obses dengan peperiksaan. UPSR sebenarnya hanya ujian diagnostik di mana tahap pemahaman pelajar dinilai selepas enam tahun di sekolah rendah. Ia bukannya SPM atau STPM di mana para pelajar mahu keputusan terbaik bagi melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Bagaimanapun, UPSR tetap dilihat penting kerana guru-guru melihat keputusannya bagi memasukkan pelajar ke kelas tertentu ataupun ke sekolah berasrama penuh. Tekanan bagi pelajar, guru dan ibubapa memang begitu hebat hari ini!
Sistem pendidikan kita terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Pembelajaran tidak lagi meriangkan dan para pelajara hanya menghafal apa yang diterangkan guru-guru. Kita perlu kurangkan peranan peperiksaan serta beri peluang kepada sistem penilaian berasaskan sekolah. Guru-guru perlu diberi kebebasan untuk berinovasi agar pembelajaran dan pengajaran meriangkan.
Kita gembira mendengar keputusan Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa bebas yang diketuai bekas Ketua Hakim Tun Zaki Azmi bagi menjalankan siasatan dan meningkatkan integriti peperiksaan awam di Malaysia. Kementerian juga bertindak pantas menggantung perkhidmatan dua pegawai kanan di Lembaga Peperiksaan. Saya yakin jawatankuasa bebas ini akan mencari punca kebocoran bagi melindungi integriti sistem peperiksaan kita.
Bagi pihak Centre For A Better Tomorrow (CENBET), saya ingin memberitahu bahawa kami mengalu-alukan ketelusan dan akauntabiliti. Pesalahlaku perlu dibawa ke muka pengadilan kerana menyebabkan 473,715 calon peperiksaan terjejas. Begitu juga ibubapa dan guru-guru mereka. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid telah menunjukkan contoh yang terpuji apabila meletak jawatan berikutan insiden kemalangan yang meragut nyawa tiga pekerja baru-baru ini. Mengapa pula pegawai kanan kerajaan tidak boleh mengambil langkah serupa di dalam mencapai tahap akauntabiliti yang kita hajati? Sikap sebegini perlu menjadi budaya di kalangan kita semua.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Jangan-terlepas-