21 September 2017

Deman Anak Nak Exam Punya Pasal .....

"dah nak masuk bulan Oktober dah wei ya allah lagi berapa hari lagi anak aku nak peksa nih ???? dah tak kuasa aku membebel sampai aku dah kena hastaq "kaki membebel" oleh anak teruna aku yg tunggal nih ......hati mak mana yang tak risauuuuuuu oi kalau adik asyik main futsal aje kerja setiap petang bila dah main futsal sampai kat 2 jam mahu tak letih nye" habis camne nak buat ulangkaji dah penat dahhh kan ?????? lepas tu ada-ada aje alasan suh buat ulangkaji sampai kul 12tengah malam .........."ibu, adik dah pergi kelas tution ibu ada 3 kelas tution plakkk tu tak cukup lagi ke ???? jawab anak aku time aku membebel bila dia asyik buat dont know aje bila aku membebel. "Adik nak macam ibu ke kerja kerana aje ?????????? bentak aku suatu hari tu. Aku dah kerja kerani takkan anak aku nak ikut jejak aku jadi kerani jugakkkkkkkkkkk ?? geram aje aku dengan perangai anak aku ni dia dah lah anak tunggal ....sekurangnya nak jugak lah tengok dia pegang jawatan lebih sikit daripada aku ...ini ape hal takkan nak ikut aku plakkk jadi kerani pakai sijil SPM jek ni ???.

Memang otak aku ni start aje dia masuk Form 1 dah dia tak nak masuk asrama penuh dia gak yang nak sekolah biasa aje aku dah start dah push dia. Tiap hari Isnin malam lepas makan kul 8.30malam kelas tution aku masukkan dia nun kat sana untuk dua subjek "the killer subjek" iaitu Matematik dan Matematik Tambahan ...........yg itu setiap hari Isnin, Khamis sahaja dan satu lagi tution kat rumah  cekgu dia tuh dan ketiga tution kat sekolah dia sendiri for all the subject. "Ibu, penat lah otak adik ni bu .......dah banyak kali dia mengeluh bila aku jadi "jaga" setiap malam tengok dia study ke tidak kat rumah ..........bagi aku walaupun ada kelas tambahan kat umah mesti sambung lagi buat ulangkaji kat rumah ..........dia pergi kelas tambahan aku bukan nampak pun apa dia buat kan ?? entah dia asyik berborak aje kerja gan kawan-kawan dia mana aku nampak !!!!!!!!! tahu dah habis dua jam dia balik rumah mana aku nampak apa dia buat. Jadi aku balik aje dari office kul 6.00ptg lepas sembahyang Asar aku memang masak tiap hari dan pastikan anak makan sebelum pergi kelas tambahan tapi anak aku ni jenis entah apa tahhh akupun tak tahu ....aku dah masak kat rumah ayam goreng kedai mamak tu jugak dia beli bawak balik rumah !!!!!!!!! .........hangin gak aku kekadang tu. "apa aku masak tak setaraf dengan kedai mamak ke ??? ??? penat gak aku memikirkan benda tu. 

Pelik betul aku dulu masa kecik zaman umur dia tu apa mak aku masak aku makan aje apa mak aku masakkkkkkkkkk !!!! no more complain anything as aku respect kat air tengan mak aku ...........anak aku ni apa citer ?????? aku masak bukan main campak-campak aje kat dalam kuali tau ... aku siap search google lagi menu apa dan apa bahan nak masak tapi anak aku ....kedai mamak tu jugak dia pilih !!!!!!!!! Pernah gak aku terfikir aku nak tiru lahh cara mamak tu masak goreng ayam apa ramuan dia letak sampai anak aku asyik nak memperbandingkan masakan aku dengan kedai mamak tu.

Begitulah hati seorang ibu ingat semua ibu boleh terima ke perangai anak dia yang suka nak memperbandingkan keenakan sesuatu makanan yg dimasak kat rumah. "Aku pelik gan perangai anak aku ni adakah aku sorang aje yang mengalami masalah macam ni rupa ??? ke aku memang masak tak sedap kot ???? tapi anak nak peksa punya pasal aku ia kan aje lahhhhhhhh dia nak ayam goreng kedai mamak..........Minggu lepas lagi lawak gila anak aku punya hal aku balik dari office beriya-iya dia kata dia demam dan aku nampak dia nampak pucat sangat jadi aku ingat memang betul dia demam tanpa rasa was-was entah-entah dia tipu sebab aku malas nak ambik penyukat suhu dalam almari tu waktu tu. Anak aku dah mula melakonkan satu babak ringkas macam seolah-olah dia memang demam denggi gamaknya..."ibu, ibu, ibu adik demam ni bu !!!! dia menunjukkan dahinya pada aku waktu tu aku ada kat dapor sambil lap dapur sebab aku nak start memasak petang tu. Aku buat muka selamba je sambil cakap "Adik demam sangat ke ??? bukan itu penyakit adik kalau dah dekat nak exam ke ???? bukan itu penyakit adik dari dulu sampai sekarang time nak peksa aje mesti demam !!!.....dia mula rasa lakonannya macam tak menjadi dan mula buat-buat batuk kering plakk dahhhh ....aku hanya selamba aje dia batul-batuk sambil cakap dengan dia "adik, dalam freezer tu ada ubat batuk lepas makan adik minum ubat batuk tu malam ni tidur awal" kata aku sekadar nak menenangkan fikiran dia yang memang cukup pandai berlakon seolah-olah dia ada penyakit sangat.....dulu aku masih ingat waktu umur 12 tahun waktu tu dah nak dekat exam UPSR dia beriya kata dia demam...dah kebetulan sekolah dia tuh depan klinik jadi aku terus bawak dia pergi klinik tu ........dah dia kata dia demam kannn aku pun malas nak ber beralasan lagi dah dia kata dia nak jumpa dokter....alih-alih bila dah jumpa dokter selamba aje dokter tu kata "adik, adik, adik tak demam pun adik ...........masa tu dia jenis muka tak malu selamba je dia jawab "iye ke dokter, tapi kenapa bawah leher saya rasa panas sangat ???? entah-entah anak aku lap bawah leher dia tuh dengan air suam panas beli kat kantin sekolah dia tuh kan???mana tahu kannnn ...........dokter tu terus pujuk dia "adik,adik nak UPSR minggu depan jawab elok-elok saya rasa adik awak boleh berjaya menjawab semua soalan UPSR tuh " selamba aje dokter tu pujuk anak aku waktu tu walhal aku yang malu sebenarnya. Maka start daripada tuh aku dah ingat dah perangai anak aku kalo tiba musim exam nak nya exam PT3 tu hari dia ulang balik lakonan tu jugakkkk .....Ini macam peranga aku ke hape hah ??? masa aku sekolah dulu aku akan demam tiba-tiba bila nak exam !!! iya betul waktu aku sekolah dulupun macam tu jugak cekgu aku semua tahu .....


Tahun ini dia nak ambik SPM mudahan berjaya lah dapat banyak "A" walhal sayapun dah dapat agak dahhhhh .....semoga dapat mark yang terbaik utk masuk Matrikulasi atau apa aje yang sesuai ....kita tanya minat bidang apa tak mahu bagitahu plakkkk ..........oh masa kecik komain nak jadi pilot lepas tu tukar balik cita-cita nak jadi lain plakkk nak jadi tukang masak kat hotel plakkkk selang dua tahun tukar lagi cita-cita nak jadi pemain bolasepak negara plakkk (isk, apa hal nak jadi pemain bolasepak bagai ????) ........last lepas dapat result PT3 dia nak masuk kelas akaun so start dari form 4-5 dia duduk dalam kelas akaun ...........jadi dia malu nak cakap takut terbabas markah akaun nak kerja kat bank katanya ............last minggu lepas bagitahu nak ambik bidang yg boleh jadi Pegawai Takdbir dan Diplomatik (PTD) sebab katanya jawatan tu kalo dapat kat Wisma Putra boleh round satu alam sebab semua tempat ada branch ................eleh, eleh,eleh bukan tak tahu adik memang suka "TRAVEL" ............macam perangai mak saudara dia tuh masa study kat oversea habis satu alam dia pergi yg dia tak pergi bahagian ANTARTIK tu aje yg dia jejak ..........

Anak sorang macam ni kalo ikutkan aku nak anak aku jadi cekgu .........dia plakkk tak minat jadi cekgu habis nak macamana gayakan ???? kan bagus amdik bidang pendidikan bukan ke ramai mak saudara dia jadi cekgu .........apapun yang penting lepas SPM tengok result SPM tu dapat apa .........ke semua huruf ko dapat adik wei !!!!!!!! kempunan lah mak ko ini adik wei nak tengok adik masuk UKM ke ..........UM ke ............. asalkan jangan kerani macam ibu ni sudah lah adik wei !!!!!!!!

Masa sekolah rendah habis main bola aje kerja tiap petang ........time ni ada aje perlawanan persahabatan kat mana-mana dia main masuk aje last cekgu dia listkan nama dia utk appy sekolah sukan ...........dah dapat dapat aku plakkk yang tetiba tak nak anak sekolah sana .........siapa salah ????? start dari situ dia memang selalu aje tiap petang ada kat padang bola sampai lah ke umur 17tahun sekarang ni .........dah kalau dia minat nak sangat jadi pemain bolasepak apa kata ibu try ini kali lepas exam SPM kannn ??????????










Tiada ulasan: