SINGAPURA – Bekas Speaker Parlimen berumur 63
tahun, Halimah Yacob akan dicalonkan sebagai Presiden Singapura kelapan pada
hari ini.
Halimah akan diisytiharkan sebagai ketua negara
Singapura yang baharu sejurus selepas proses penamaan calon ditutup tengah hari
ini.
Singapura telah memutuskan untuk menetapkan
calon daripada masyarakat Melayu bagi mengisi jawatan tersebut kali ini dalam usaha
mengukuhkan perpaduan di negara berbilang bangsa itu.
Pengalaman luas Halimah sebagai Speaker Parlimen
secara automatik melayakkan beliau untuk jawatan tersebut di bawah peraturan
pencalonan pilihan raya.
Jabatan Pilihan Raya Singapura semalam mengumumkan
bahawa hanya seorang sahaja pemohon (Halimah) akan diberikan kedua-dua Sijil
Kelayakan dan Sijil Komuniti yang dikhaskan untuk masyarakat Melayu bagi
pilihan raya Presiden pada September ini.
Menurut jabatan itu, untuk seseorang individu
layak sebagai calon, mereka perlu mendapatkan Sijil Kelayakan daripada
Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) dan Sijil Komuniti daripada
Jawatankuasa Komuniti (CC) yang menyatakan bahawa pemohon adalah daripada
masyarakat Melayu.
“Empat individu lain gagal mendapatkan sijil
kelayakan sebagai calon,” kata jabatan pilihan raya pulau itu.
Dua pemohon tersebut hilang kelayakan disebabkan
mereka bukan berbangsa Melayu, manakala dua ahli perniagaan Melayu pula
didapati tidak layak menjadi calon disebabkan syarikat yang mereka miliki
terlalu kecil.
Situasi itu melayakkan Halimah menyandang
jawatan tersebut tanpa perlu bertanding. Pilihan raya Presiden Singapura
sepatutnya diadakan pada 23 September ini.
Sekiranya proses pencalonan berjalan lancar hari
ini, Halimah akan menjadi wanita Melayu pertama menyandang jawatan Presiden
Singapura.
Orang Melayu terakhir menjawat jawatan itu ialah
Yusof Ishak. Wajah pemimpin tersebut tertera pada wang kertas Singapura.
Yusof menjadi Presiden antara tahun 1965 hingga
1970, tahun-tahun pertama kemerdekaan Singapura susulan penyatuan pendek dengan
jirannya, Malaysia.
Kuasa eksekutif bagaimanapun, dipegang oleh
Perdana Menteri pertama pulau itu, mendiang Lee Kuan Yew.
Penggal enam tahun bekas Presiden Singapura,
Tony Tan tamat pada 31 Ogos lalu, manakala jawatan tersebut dipangku oleh
Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, J Y Pillay sejak 1 September lepas.
Halimah pula dijadualkan mengangkat sumpah
sebagai Presiden Singapura yang baharu esok.
Dalam pada itu, terdapat kritikan terhadap Halimah
dalam kalangan pengguna media sosial Singapura berikutan keputusan menang tanpa
bertanding tersebut.
“Jangan memanggilnya pilihan raya jika kami
rakyat Singapura tidak boleh mengundi,” kata seorang pengguna Facebook, Fazly
Jijio Din. – Bernama/ AFP/ Reuters
==============================================================================
" So korang dah bacakan siapa tu Halimah ...aku komain gigih bukak suratkhabas online waktu aku baru masuk opis hari nin...tengah makan kueh ala mak nenek gitu sambil bukak internet kat opis ....biasalah aku kalo pepagi buta time masuk office aku duduk kejap beberapa saat. ambik nafas kejap, betulkan tudung aku sikit-sikit depan cermin kecik sebelah PC aku ni, lepas tu aku biasalah turun kafetaria opis ni sekadar nak beli teh tarik dan kueh 4 ketul, naik balik dan aku start bukak Internet dan benda yg aku suka setiap hari ialah baca suratkhabar online ...........ada aku kesah kawan sekeliling berborak ikut kegemaran memasing setiap pagi ...aku dengan hobi aku pepagi aku akan baco suratkhabar online sambil sarapan pagi.
Hati aku mula berkata-kata bila nampak nama Halimah Yacob tu .........siapa dia tuh ye ??? baca punya baca aku terbeliak "Apa dia President baru Singapore yang baru ???????????????????????????????????????
biar betul wei muka pun macam nak dekat dgn muka ai tu ........cuma ai lebih muda sikit ..........umur dia 65 tahun jadi President alangkah bestnya dia .........tapi aku terfikir apa kelayakan dia boleh jadi President tu ye ??? dia belajar kat mana dulu???apa sumbangan dia pada negara sebelum ini??? siapa parent dia heh sampai boleh jadi President tuh ...........Singapore plakkk tuh bukan calang-calang negara ....so daripada aku terkial-kial lebih baik aku tanya Mr. Google je lah .............so tajuk ini kali bagi memenuhi blog yang dah dua tahun bersawang ni akan bermula dengan tajuk "Halimah Yacob President Singapore bermula pada September 2017"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan