05 Oktober 2017

Anak punya pasal masuk stadium Perak

Mood aku minggu ni entah apa entah aku tetiba aje aku asyik nak tulis entri pasal anak aku aje ....sebenarnya sedari mula awal aku register blog ni aku kalau boleh nak mengelakkan diri dari banyak menulis tentang hal keluarga aku sebab aku nak blog aku ni ada banyak tajuk yang bercampor-campor sebab bila aku letak tajuk atas sekali tu ""Kita Manusia Biasa" aku sebolehnya nak tulis secara santai yang boleh lahhhhhh ........ dah aku memang dah fikir 1001 kali fikir samada nak jadikan travel blog atau peribadi .........aku memang lebih suka tulis ikut suka hati aku nak tulis apa ...kadang-kadang aku malas nak check spelling pun ada ...maka orang yang tersilap terbukak blog aku memang sakit hati baca blog aku sebab nampak sangat betapa malas nya aku nak menyemak spelling .........aku dah taip sekali jalan and then aku preview sekali aje kalo aku dah rasa ok aku bantai aje send terus untuk publish terus ............kadang-kadang aku fikir punya lahh pemalas nya aku bab nak menyemak spelling walhal orang kat luar sana dah pasti dapat tahu aku jenis manusia jenis apa punya lah pemalas giler ......

Ok pasal anak aku yg sorang ni yang aku post gambar yang atas tuh ...masa tuh anak aku umur 12tahun..apa yang aku nak citer ialah kesanggupan aku mengikut kehendak hati anak aku yang sememangnya suka dengan bolasepak. Ini aku nak citer pasal aku pergi Perak umah saudara aku jadi dah alang kepalang aku gi sana anak aku ni asyik cakap yang dia nak tengok perlawan bolasepak yang mana pada minggu tu Perak lawan Kelantan Piala Malaysia waktu tu. Ayah dia plakk waktu tu gi outstation as a dia memang kerja buat oudit bawah Jabatan Akautan Negara ....akupun dah abah dia suh aku bawak anak tengok bola akupun ajak beberapa orang anak saudara dia tuh sekali join jadi kami pergi seramai 15 orang malam tuh. Nak jadi citer sebenarnya stadium tu berdekatan dengan rumah saudara aku ni jadi kami beramai-ramailah masuk stadium malam tu...dah biasa dah aku kalo nak berehat dengan anak saudara sebelum masuk stadium aku memang beli banyak makanan ringan dan air itu belum lagi aku beli baju jersey untuk anak aku....anak aku memang banyak koleksi jersey bolasepak yg jersey Itali dan Jepun pun ada yang original. 

Nak jadi citer malam tu kat stadium kami masuk awal selepas sembahyang magrib kat surau tu ....time nak masuk kat stage tuh aku dengan selamba nya masuk stage yang paling depan tuh al kononnya nak tengok bola dari jarak dekat lah konon. Tetiba baru aje aku nak duduk datang seorang lelaki kearah aku sambil berkata "assalamualaikum makcik, makcik kami dah pasang kemera dah ni untuk perlawanan ni ..... nanti masuk kejap lagi boleh tak makcik ???? aku pun segera beredar dari tempat tu sebab tadi orang tu kata kamera dah pasang jadi aku ingat itu undang-undang dalam stadium tak boleh duduk kat stage tu sebab dah pasang kamera..........sambil berjalan keluar dari kawasan tu aku terfikir "eh, kenapa ye disebabkan kamera dah pasang kami tak boleh duduk tempat tu ???? ........"ah, aku malas nak fikir banyak aku dan batalion anak saudara aku beredar dari kawasan itu. Sebenarnya mood aku dah hilang dah sebenarnya nak duduk depan tadi sebenarnya ........... dah aku dah hilang mood last aku masuk semula stadium tuh pukul 8.45malam dan masa aku masuk tu semua kerusi depan tu dah penuh dahhhh dan yang ada banyak ruang kosong barisan sebelah atas jadi aku terus aje pilih kerusi yang belah atas tuh cuma aku macam geram sikit lah kannnn ................mana tak nya elok-elok aku dah dapat tempat depan tadi pekerja stadium tu suruh aku keluar sebab kata dia "kamera dah pasang" ........... ok fine kamera dah pasang maka aku tak boleh duduk tempat tuh .......dalam kepala otak aku apa hal disebabkan itu aku tak boleh nak duduk kat situ ..........tetiba tengak aku dah melayan rasa geram dengan pekerja stadium tadi tetiba aku disapa oleh seseorang sambil berkata "puan, maaf ye puan saya ganggu puan sekejap .....tadi puan nak duduk depan kannnn saya dah booking kerusi tadi untuk puan ....." mak ai tersentak nya aku allah aje yang tahu ...kepala otak aku ni tadi memang tengah mengompat dia tadi sebenarnya .....Bagaikan terbalik 120%  fikiran aku serta merta berubah .........kalo tidak tadi dah lama dah aku layan aje perangai panas baran aku nih !!!! 

Jadi settle dah sakit hati aku malam tuh dalam stadium tu hari jadi malam tu semua anak saudara aku memang happy tengok bola life malam tuh dah lah dapat duduk kat depan kannn ..........memang bestlah !!! balik dari stadium malam tu aku tak citer kat asben aku apa yang terjadi tapi mulut murai anak aku ni memang cepat betul lahhhh ........maka terburailah gelak tawa satu rumah malam tu deorang semua gelak pasal tu .... asben aku sendir aku lagi teruk "awak, oh awak, lain kali jangan memandai-mandai aje terus masuk stadium tunggu orangramai masuk dulu baru ikut sekali bukan tetiba aje nak cop tempat ..... orang mesti pelik awak masuk awal nanti orang ingat awak nak pasang bom !!! saya terus menjerit 

"sungguh tak logik sungguh-sungguh "


Tiada ulasan: