17 Oktober 2013

Info utk aku yg akan bersara 14tahun kelakkk

Persiapan Untuk Persaraan PDF Print E-mail
Seorang yang menjalani hidup yang sederhana pun tidak akan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa selepas bersara. Apabila mengambil kira pelbagai faktor seperti kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberangsangkan, berbanding dengan statistik bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan umur lain.Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutang-hutang mereka, namun mereka terpaksa menyimpan sebahagian daripada duit tersebut sebagai persiapan apabila bersara kelak. Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu terpaksa hidup dalam serba kekurangan walaupun sudah mencapai usia tua selain terpaksa menghadapi masalah lain dalam kehidupan mereka.

Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan

Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang:
  1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang?
  2. Berapakah pendapatan bulanan anda?
  3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan?
  4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan?
  5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?
Selepas menganalisis aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan buat pengubahsuaian berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60, atau 65? Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila bersara nanti. Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, kepelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan yang seimbang serta aktiviti riadah.Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

Tempoh persaraan
  1. 1. Mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti. Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.
  2. Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan dalam tabung simpanan persaraan sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. Misalnya, sekiranya anda bekerja dalam usia 25 tahun dengan simpanan sebanyak 10 peratus dan anda menentukan untuk meningkatkan duit simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, maka pada usia 26 tahun, anda boleh menyimpan sebanyak 11 peratus daripada gaji. Pada usia 35 tahun pula, anda boleh menyimpan sehingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan anda.
  3. Setiap kali berlaku kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan, masukkan sebahagian daripadanya ke dalam simpanan untuk persaraan.
  4. Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang pelaburan anda bertambah mengikut pelan persaraan kelak.
Tip-tip persiapan menghadapi persaraan
  1. Mulai daripada awal
    • Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan bertambah. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan patuhi perancangan tersebut. Tetapkan matlamat bagi perancangan persaraan  untuk diri anda sendiri.
  2. Elak daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan
    • Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi terhadap wang persaraan ialah:
      • Defisit.
        • Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melabur dengan terlalu berhati-hati, anda mengalami risiko kekurangan duit apabila bersara nanti.
      • Risiko kehilangan pokok pelaburan.
        • Risiko tersebut disebabkan oleh perubahan atau kenaikan harga dalam tempoh tertentu.
  3. Rancang untuk keperluan jangka panjang
    • Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yang disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka panjang, seperti menunaikan haji bagi orang beragama Islam.
  4. Jangkaan hayat anda
    • Jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 73 tahun. Daripada statistik ini anda dapat mensasarkan jangka hayat kehidupan anda. Pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan.
  5. Belanjawan apabila persaraan
    • Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan. Pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan. Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan.
    • Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah, sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarang kenaikan yang berlaku. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat. Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibur akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara.
  6. Meminjamkan wang
    • Jangan mudah meminjamkan wang kepada rakan dan keluarga. Katakan bahawa penasihat kewangan anda tidak membenarkan anda meminjamkan wang.
  7. Anggarkan berapa banyak wang yang boleh anda keluarkan
    • Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.
  8. Rancang kesan cukai dan inflasi
    • Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulangan pelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejak beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu banyak, namun cuba bayangkan jika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun. Dapatkan khidmat penasihat kewangan profesional atau perunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
  9. Cuba halang sebarang percubaan untuk menggugat akaun persaraan anda
    • Menurut perancang kewangan, dua daripada perkara buruk yang berlaku kepada perancangan persaraan adalah akses internet selama 24 jam kepada akaun dan harga harian.
  10. Nilai pendapatan bulanan persaraan secara realistik.
    • Punca pendapatan semasa persaraan adalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang.
  11. Peraturan pertama tentang simpanan ialah membayar untuk diri anda sendiri.
    • Oleh itu, apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain.
  12. Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.
  13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.
  14. Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba buat hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.

Tiada ulasan: