02 September 2014

ANGAN-ANGAN MAK-MAK ZAMAN SEKARANG ...

Sebagai manusia biasa suka berangan-angan kan ??????
"Siapa yang tak suka berangan-angan tu tandanya "tak normal" apatah lagi seorang ibu kepada anak-anak yang dah sekolah menengah yang asyik dok berleter bila nampak muka anak asyik dok menonton TV kat rumah ....bila kita tegur kita plakk di cap sebagai "suka berleter 24jam".................camna tak berleter kalo si anak asyik nak kena suruh 24jam semua benda yang patut di buat. Aku marah-marah anak pada suatu malam tu tuhan je yang tahu bila dia asyik dok melayan sms dari kawan-kawannya yang entah sapa-sapa entah .............banyak kali aku try nak check siapa kawan-kawan anak aku tapi dia plakkk letak passwords habis camne aku nak bukak hanphone dia ....bila aku tanya "kenapa letak passwords kat handphone dia plakkk marah-marah kita palkkk .............ini masalah anak remaja bukan takat aku sorang je yang ada masalah gini malah semua kot yg ada anak remaja .........kita nak tahu siapa kawan-kawan dia sebab kita takut dia salah pilih kawan !!!!!!!! .........terkawan dengan orang yang dah pandai hisap rokok ke atau dadah ke atau yang suka melihat gambar2 lucah ke ..........itu yang kita tak suka sebenarnya yang anak ni plakkk sanggup bergaduh-gaduh bagai dengan kita kalau kita tanya itu ini ..........aku dulu kan form 1 - 5 duduk asrama dah memang sah dah kat asrama banyak programme hujung minggu tapi kalo duduk kat rumah nih nampaknya kalau petang-petang anak dah balik sekolah aku tak tahu apa dia buat kat rumah kalau dulu di sekolah rendah memang petang dia ada sekolah ugama petang tapi dah sekolah menengah nih mana ada sekolah ugama untuk pelajar sekolah menengah kannn ?????..........itu sebab aku bising suruh anak aku petang-petang balik sekolah suruh dia join mana-mana pasukan Futsal ke Bolasepak ke boleh main petang-petang jangan asyik mengadap game je petang-petang ........aku nih kerja balik pukul 6.00petang baru sampai rumah takkan aku nak keluar pejabat nak buat sport check anak pergi mana lepas balik sekolah. Aku selalu tanya-tanya anak aku "adik nak kerja apa lepas SPM kalau buat perangai malas nak belajar????  "Nak kerja apa cuba cakap ???? orang masuk UKM,UPM itu bagai-bagai habis kalo malas ingat boleh masuk university ke ????????????? ...........marah aku pada suatu malam itu entah kali ke berapa aku marah anak aku entah ...................memang tak ada nak berlapik-lapik dah cakap dah nih ...........Dia kata dia nak juruterbang ......."Kata nak jadi juruterbang, ingat orang malas boleh jadi juruterbang ke ???? nak jadi juruterbang apa kalo malas macam nih ??????..............tengok ibu susah payah kerja gaji kecik adik nak jadi macam ibu ke ????? ..........harap muka je handsome tapi pemalasnya ya allah !!!!!.............marah betul aku dengan anak aku yang malas nak buat ulangkaji waktu malam dia cuma boleh bertahan belajar 1 jam sahaja. Hari tu aku tanya anak aku "tak minat ke nak jadi dokter ????? .............sebab ada sorang mak sedara dia yang jadi dokter gigi .....dia kata tak nak dia suka bidang penerbangan tu jugak .........banyak lah cantik kalau malas nak belajar cam tu gaya nak jadi juruterbang apa benda ????? tak nampak langsung ciri-ciri  pelajar yang rajin belajar yang ada rasa cemburu melihat orang lain bijak pandai di sekolah.....begitulah aku yang selalu je nak marah-marah dengan anak aku di rumah. Kadang-kadang aku terfikir apakah memang jenis genetic kalo anak "LELAKI" ni memang genetic yang pemalas ??????????? tengok je dalam pejabat aku nih staff lelaki ada lah dalam 10 orang yang lelain semua nya perempuan apatah lagi kat university memang ramai perempuan daari lelaki ............."aduh, risaunya aku dengan anak lelaki aku nih !!!!!!!! ............ liat betul kalau aku tak berleter kat umah memang dia pemalas nak buat ulangkaji pelajaran yang melawa-lawa nak pakai smart tu rajin plakkk dia .....asyik dok betulkan rambut depan cermin kalau rajin pegang buku lain lah kan ...........Hari ini aku try print satu jenis kerjaya yg paling top dalam era zaman sekarang .....aku pun nak tampal kat dinding manalah tahu kan lepas SPM anak bujang aku ni ada hati nak kerja hospital ...........korangpun kalo nak tu ambik je dari blog aku tak payah susah-susah nak cari info ni kat tempat lain  .............
 
KERJAYA : AHLI FARMASI DAN KELAYAKAN UNTUK BIDANG FARMASI
NEGARA masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan, disamping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini. Oleh itu, siswazah sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.
 
Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit. Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri.
 
Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik. Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan.

Syarat untuk menceburi bidang ini

Untuk menceburi bidang ini, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai farmasi.

Tempat melanjutkan pengajian

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus farmasi di peringkat ijazah sarjana muda. Universiti-universiti itu ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britian juga menawarkan program ini.

Syarat yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian
 
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.
 
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tamat pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farmasi di peringkat ijazah pertama untuk tempoh empat tahun.
 
Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya. Pemegang Diploma Farmasi daripada Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini.
 
Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Calon-calon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat SPM. Calon juga perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan. Misalnya sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal.
 
Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM), calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPM Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran Sains, Matematik dan teknikal
**************************************************************************************************************************************
Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.
Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan peraturan berkaitan. 

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi seperti alahan. 

Ketua Jabatan merangkap Pengurus Farmasi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Faridah Md Yusof, berkata antara rutin ahli farmasi adalah memberi kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat. 

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya. 
“Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. 

“Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit terhadap ubat diambil,” katanya. 

Faridah berkata antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan Kementerian Kesihatan. 

Beliau berkata antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul. 

“Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit,” katanya. 

Katanya, peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik. 

Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000. 

“Persatuan Farmasi Malaysia juga dalam usaha mendapatkan ‘Dispensing Right’ ahli farmasi bagi membolehkan lebih banyak Farmasi Komuniti dibuka sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi graduan bidang ini,” katanya. 

Kelayakan akademik bagi menjadi ahli farmasi adalah Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan antara universiti yang menawarkan program ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Malaysia.
*********************************************************************************************************************************************

Bidang Pengajian Sains Farmasi


 
Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi ni. Apakah sains farmasi ini? konsep apa yang dipelajari? prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk anda pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 4 tahun.
 
Apakah yang dipelajari ?
 
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya?
 
  • Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
  • Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
  • Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan
  • Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
Kebiasaanya juga pelajar akan berkhidmat dalam bidang seperti perkhidmatan farmasi pesakit luar, bekalan wad, kaunseling ubat-ubatan, maklumat drug, farmasi onkologi dan pelbagai lagi. Rujukan : http://www.xpresi.org/bidang-pengajian-sains-farmasi/#ixzz1uQRL0iiW