28 Januari 2013

Pagi itu aku dengan tenang memandu kereta kepejabat dan nampaknya aku kena keluar awal sebab nak kena cari parking kereta....ini yang menyebabkan aku malas nak bawak kete kepejabat tapi pagi tu aku rasa pening-pening sikit lagipun sehari sebelum itu aku dah MC satu hari sebab tak sehat. Kalau member-member aku dah lama subuh-subuh lagi kepejabat yang hanya terletak sejauh 3km dari rumah tapi aku sejak beberapa tahun ini aku tak mahu ambil risiko terpaksa bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi dan tergegas-gesa nak hantar anak kesekolah dan mengharungi jalanraya yang sesak setiap pagi untuk menghala kesekolah dan kemudian bergegas kepejabat,... mana-mana yang mengambil waktu bekerja pukul 7.30pagi dan akan berakhir pukul 4.30pagi. Dah 11tahun aku menjadi penghuni Putrajaya ini yang menyaksikan masalah parkir kereta baik di pejabat apatah lagi  kawasan rumah. Nak tunggu pak menteri mana yang nak menyelesaikan masalah itu namun bagi aku lebih baik aku mengalah sahaja dengan tidak membawa kereta kepejabat dan beli sebuah motosikal untuk berulang alik kepejabat setiap hari. 

Pagi itu sesampai aku di pejabat aku parkir kereta di sebuah parkir khas untuk staff yang tertulis SPA tapi dah waktu gitu dah pukul 8.15pagi itu bermakna parkir itu si penghuninya tak datang atau pergi kursus agaknya ....jadi aku dengan tawakalnya meletak kereta itu disana dan aku tinggalkan h/phone no aku untuk dihubungi kalau tuan punya parkir itu nak komplein apa-apa sebab aku dengan sengajanya  parking dia tuh. Memang itulah salah satu dari cara supaya adil bagi pengguna kereta di kawasan Kompleks C di Presint 1 Putrajaya itu dengan cara parkir yang ada itu di bahagikan kepada mana-mana pegawai-pegawai yang tak ada parkir dalam bangunan, namun itu tidak menyelesaikan masalah itu kalau di pejabat aku sendiri aku kat 1000 orang staff parkir kereta masih tak mencukupi jugak. Namun usaha pihak Perbadanan Putrajaya supaya orangramai menggunakan bus untuk kepejabat masih kurang sambutan. 

Pada pendapat aku la yang tak seberapa ni apasalahnya Perbadanan Putrajaya menggunakan kawasan yang sedia ada itu iaitu dibahagian belakang Kompleks C itu yang begitu luas yang hanya tumbuh-tumbuhan sahaja yang hidup disana itu di jadikan kawasan parkir kereta????....lihat sahaja belakang Kementerian Sains dan Alam Sekitar tu seluas mata memandang yang hanya ada pokok kelapa hiasan yang ada di kawasan itu dan begitu juga di bahagian hadapan bangunan JPA, SPA, Peguam Negara dan Jabatan Perangkaan. Beberapa bulan yang lepas ada kaji selidik tentang masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu diadakan..."pelik betul dah bertahun-tahun masalah itu berlaku masih lagi nak kaji mengkaji lagi ???? .....ramai yang kata JPA yang salah sebab JPA selalu ada temuduga untuk pemohon kerja yang akan datang temuduga disana....sekali fikir betul jugak tu kenapa tak mahu guna Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) itu sebagai tempat temuduga walhal memang sesuai tempat sebegitu besar dijadikan tempat temuduga....atau temuduga di lakukan pada hari cuti macam hari Sabtu ke atau hari Ahad????....atau staff tak sanggup nak datang pejabat hari cuti ????? apa-apa hal sepatutnya masalah kesesekan lalu lintas di kawasan itu harus diselesaikan dengan segera.....

Alangkah best kalau pegawai-pegawai naik motosikal kepejabat atau naik basikal kannn ???...."ah, takkan pegawai nak naik motosikal tentu tak manis dipandang orang dan tentu rasa malu nak bawak motosikal...itulah hakikatnya manusia jika sudah menjadikan kereta sebagai lambang keselesaan dan kesenangan hidup tentu mereka takut di perkatakan orang jika menggunakan motosikal ke pejabat. Jadi orang melayu ni kena ubah pemikiran masing-masing jangan asyik dengan falsafah sebegitu rupa sehingga dalam satu keadaan falsafah sebegitu seolah-olah tidak sesuai lagi pada zaman kini.

Tapi kalau orang macam aku orang tak pandang punnnn ....naik motosikal ke naik bus orang tak pernah kisah langsung jadi aku bebas membuat pilihan sendiri naik naik apa kepejabat setiap hari...tetapi biasalah mulut orang-orang yang suka memandang hina ini memang tak boleh nak di ubah. Elok je dia nampak kita bawak kereta dia berani cakap gini " lah ingatkan awak tak de kereta apasal naik moto gi office ??????.....itu maknanya tak kira seseorang pegawai besar ke pegawai kecik ke namun motosikal tetap di pandang orang sebagai pengangkutan "low class".........tapi bagi aku daripada puncard aku asyik merah setiap hari atau asyik nak membodek member tukang tolong puncard setiap hari baik aku naik bus ke naik motosikal kepejabat !!!!............ade aku kesah ????? sampai bila kita nak menipu dah memang kita yang tak mahu berubah sampai bila kita nak menyusahkan kawan pejabat tukang puncard ???? ....tak ada ke rasa kesihan asyik mintak cover line setiap hari????.....apakah ini budaya yang mana sebelum aku kerja ngan kerajaan aku langsung tak tahu bahawa kalau datang lewat kepejabat dengan berbaik-baik dengan orang akan membantu untuk tolong pucard masuk kerja ????...."ah, memang patutlah bila aku sendiri dah join dengan kerajaan aku dapat menyaksikan semua tabiat itu dan aku bersyukur kepada ALLAH semangat aku tetap sukar untuk terpengaruh dengan budaya itu....kalau kita dah terbiasa maka kata orang dah tegal biasa dah lali buat muka selamba datang pejabat lewat walhal ada orang tukang puncard masuk ????......

25 Januari 2013

Hidup sebagai staff kerajaan ....


Elaun kakitangan awam : Jika sebelum ini mungkin ada yang memasang impian akan ada kemungkinan sekali lagi semakan gaji kakitangan awam melibatkan 1.4 juta kakitangan awam. Malangnya, berita semakan kaji hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja kakitangan awam yang diberikan perhatian di atas sebab-sebab seperti Kali ini kalangan kakitangan awam mendesak pula supaya dibuat semakan semula elaun penjawat awam seperti elaun perumahan untuk dikaji semula kerana merasakan elaun perumahan yang diberikan sekarang sudah tidak relevan lagi lebih-lebih lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ada ketika ini terutamanya kadar sewa rumah yang semakin meningkat tinggi…..
“Tak dapat semakan gaji, pusing permintaan kepada elaun pula”

Apa Kata Kalangan kakitangan Awam Mengenai Elaun Yang Diberikan Sekarang Ini?

  1. Mohd Husni Jamal  : “Sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang memanglah susah.Tetapi saya rasa kenaikan gaji penting (selain itu), elaun-elaun sampingan. Kalau kita lihat elaun perumahan, kita ambil contoh di Kuala Lumpur ini, yang diberi itu Cola sahaja tetapi rumah di Kuala Lumpur mesti RM500 hingga RM600.Jadi kerajaan kita tengok baliklah,”.
  2. Ahmad Helmi Abas : ““Kalau kita lihat kos kehidupan sekarang ini, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur amat-amat tinggi. Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya,”
  3. Suhaini Salleh : “Sudah lama  elaun perumahan dan khidmat awam tidak dikaji semula oleh kerajaan, kalau tak silap tahun 2002. Elaun perumahan, elaun khidmat awam perlu dikaji semula saya rasa, selain gaji. Kalau kita lihat kepada keadaan sekarang ini di samping, kajian mengenai elaun itu sudah lama tidak dinaikkan, cuma gaji sahaja (diselaraskan), jadi kita minta kerajaan lihat di situlah,”
  4. Kamaruddin Sa’ud : “Apa salahnya untuk kita lihat setiap lima tahun sekali gaji kakitangan awam ini,”
  5. Shazwani Sudarji : “Kalau kenaikan gaji saya rasa OK, seronok. Mungkin elaun perlu dinaikkan juga, tak pun, elaun rumah dinaikkan kan ke… macam itulah,”
  6. Mohd Hakimi Mohd Johar, “Tidak semestinya dengan wang… ya… memang betul kita perlukan wang tetapi seperti memberikan mereka lebih kepada sumbangan-sumbangan anak-anak sekolah. Ia boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gigih,”
  7. Zulkarnain Othman : “Dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan. Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri… untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira.”
  8. Abe Epin Upin : “Sokong sesangat… elaun rumah dikaji semua bersama dengan elaun cola diselaraskan… tak perlu bezakan luar bandar dan dalam Bandar, kerja sama juga kena buat.
  9. Wan Musa : “Alhamdulillah… berkat doa dari penjawat-penjawat awam yang sentisa minta dari ALLAH SWT agar dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki…cuma satu lontaran yang saya ingin lontarkan kepada pihak penguasa dan pelaksana…kesetimpalan kenaikan gaji ni akan memberi manfaat sekiranya harga barang-barang yang wujud ini tidak dinaikkan… kos-kos pengangkutan…kos perkhidmatan dan sebagainya… sekiranya ini juga dinaikkan, maka gaji naiklah beberapa kali pun…kalau kos-kos disebutkan diatas…juga dinaikkan…saya rasa…tak akan menjadi…kita akan berada ditakuk yang sama.”
  10. Mohd Hazli Ahmad : “Betul tu!saya setuju! Asal naik gaji je,barang-barang keperluan pun turut naik, jadi tak ada makna la gaji naik sekali pun… kalau gaji naik,barang keperluan tak naik baru rasa kenaikan gaji tu… kalau tak, tak rasa apa la gaji naik pun.”
  11. Pojie Seman yang berkata, “Memang patut… dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat gaji kakitangan awam perlu diberi kenaikan… selain gaji… lain-lain elaun perlu juga dikaji… sebagai contoh elaun rumah…kebanyakan elaun rumah tidak dapat menampung kos sewa rumah terutama di kawasan bandar..Selain itu, kenaikan gaji perlu juga mengambil kira kadar inflasi dinegara ni… naik gaji barang pun naik… sepatutnya kawalan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan makanan… ini penting bagi memastikan nilai ringgit yang dibelanjakan… jangan sampai jadi zaman duit daun pisang…”
  12. Syakir Yazid : ”Gaji dekat Lembah Kelang ni dah tak logik. Kebanyakkan sudah tak mampu beli rumah, taraf hidup tinggi. Kerajaan prihatin dengan kami dengan memberi kamera AES,”
  13. Hashim Buyu : “Yang penting harga barang, rumah perlu dikawal – jika tidak naik gaji tidak bermakna!”
  14. Ra Mo Sha : “Gaji tak naik pun harga barang naik. Gaji tak naik harga rumah naik, gaji tak naik harga petrol naik, gaji tak naik harga kereta naik…tak payahlah salahkan gaji yang naik yang menyebabkan semua naik, dasar kerajaan yang menyebabkan semua ni naik,” katanya.
Ada yang mengatakan kalangan kakitangan awam  memegang kunci “PRU”. Benarkah? Mungkin ada kalangan kakitangan awam merasakan apa yang mereka minta adalah sebenarnya “HAK” mereka sebenarnya. dan merasakan inilah waktu ketika dan masa yang terbaik utnuk membuat tuntutan….
Walaubagaimanapun,  hakikatnya yang perlu diakui sekarang ini kos untuk membayar emolumen (gaji + elaun kakitangan awam) kepada 1.42 juta penjawat awam sekarang ini adalah mencecah RM60 billion setahun, suatu jumlah yang amat besar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia yang pendapatan tahunannya hanya sekitar 200+- billion setahun…

P/S : Bagi kami, jika kita masih tidak perbetulkan asas bagaimana boleh melonjaknya kos sara hidup di Malaysia sampai bila-bila pun kita pasti akan mendengar rungutan dan tuntutan untuk semakan gaji dan elaun kakitangan awam. Walaupun ada kenaikan gajidan elaun tetapi dalam pada masa yang sama harga barang dan kos sara hidup turut melonjak sama, sebenar nya tiada makna di situ. Apa kata yang lain?







23 Januari 2013

Maka bergembiralah mana-mana yang nak pencen ....

 Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini ...


ALI (kiri) bersalaman dengan sebahagian penjawat awam pada majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013 di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA -
Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan."Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.

"JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik."Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Sebelum itu, Ali menyampaikan amanat kepada kira-kira 4,000 penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi sidang video itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam turut memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa. 
- Bernama

========================================================================

"Bagi mana-mana penjawat awam yang sudah lama bekerja berita ini sudah pastinya benar-benar mengembirakan mereka ....mana tidaknya dalam slip gaji mereka kebanyakkan dah banyak yang tinggal separuh gaji disebabkan banyak membayar berbagai-bagai jenis hutang (hutang bank kemunkinan disebabkan membuat pinjaman atau kereta, rumah, hutang pinjaman pendidikan anak juga ramai ibubapa yang terpaksa membayar pinjaman tersebut disebabkan anak kemunkinan belum mendapat pekerjaan dan ada juga kemunkinan si anak yang sanggup menyusahkan ibubapa dengan meminta ibu membayar wang tersebut dan itu tidak termasuk bil ASTRO, bil letrik, air dan berbagai-bagai perkara dan juga dengan wang itu dapat menambah wang simpanan untuk menunaikan fardu haji. Dan tambah rasa gembira dengan gaji baru itu dapat mengurangkan beban  disebabkan kos sara hidup zaman kini yang begitu tinggi disebabkan makanan begitu mahal dan ditambah lagi dengan keperluan hidup anak-anak yang perlu disediakan oleh ibubapa.......jadi dengan berita terbaru ini bersyukurlah kita kepada ALLAH kerana memberi rezeki dan juga terima kasih kepada keperihatinan pemimpin negara yang melihat bahawa masalah gaji yang kecil di kalangan penjawat awam ini sebagai satu masalah besar yang perlu segera diatasi......"

22 Januari 2013

SELERA ANAK - IKAN SARDIN...dah lama tak masak ikan sardin ni maka semalam sayapun singgah di sebuah mini market beli segala benda nak bubuh dalam resepi ini...........sebab anak asyik kata nak makan ikan sardin sebab katanya dia dah jemu makan ayam ........begitulah selera budak-budak kita ikut je lah ..... 

21 Januari 2013

Kulitku yang dah teruk ....

Kolagen - kepentinganya


Kepentingan Kolagen pada Tubuh

Ramai wanita yang merasa bimbang melihat kedut-kedut halus yang mula muncul pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun berlaku secara semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang.

Pertumbuhan sel baru kulit agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) yang kian menipis menjadikan proses pembaikan kulit menjadi perlahan. Selain perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kolagen. Apabila ia berkurang, keanjalan kulit mula hilang. Selain masalah kulit, penyusutan kolagen ini turut menjejaskan kecantikan rambut (rambut gugur), kuku mula rapuh dan tahap metabolisme menurun.
Fungsi Kolagen :
# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi
# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).
#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.
Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.
Antaranya ialah:
- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering


KHASIATNYA kolagen Powder Shaklee

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(**LIKE** page saya :  http://www.facebook.com/LoveBabyShoppe
(Add FB saya   Roselina Nina)

16 Januari 2013

UPSR dimansuhkan atau PMR ???.....


Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja. Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat.Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah.Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

sumber : Utusan Malaysia

Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR
Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-masing.Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan yang telah dikemukakan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.Katanya lagi ada yang berpendapat yang penting bukan peperiksaan tapi setiap pelajar perlu dinilai prestasi mereka setiap tahun, sama ada dalam bentuk peperiksaan awam atau berasaskan sekolah.Dalam sistem persekolahan sekarang sudah ada penilaian dibuat secara berkala, tiga bulan sekali dan ada yang setiap bulan tetapi kerana sistem itu menjurus kepada peperiksaan, sebahagian besar mengarah kepada nak mendapat keputusan terbaik.
Muhyiddin sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan UPSR dan PMR di masa hadapan kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.Antara kemungkinan yang sedang dikaji ialah UPSR dan PMR akan hanya diteruskan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.Pada masa yang sama beliau meminta semua pihak memberi pandangan terhadap cadangan itu.
sumber : BERNAMA
Pemansuhan UPSR Dan PMR Tidak Jejas Kemasukan Pelajar MRSM

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), jika dilaksanakan, tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini kerana pengambilan pelajar tingkatan empat ke MRSM sebelum ini melibatkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar tingkatan satu juga akan menggunakan kaedah sama mulai tahun depan.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Jun lepas berkata dua peperiksaan itu mungkin dimansuhkan kerana pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama memberi pendidikan holistik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
MRSM mengambil kira-kira 9,000 pelajar baru setiap tahun.

sumber : BERNAMA

Mansuh UPSR, PMR: Kerajaan Diminta Buat Kajian Teliti

Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan  dua peperiksaan awam berkenaan.

Beliau menyokong langkah kerajaan mahu menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR. Namun kementerian perlu pastikan 100 peratus pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovasi, tambahnya lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan bahawa KPM mungkin akan memansuhkan UPSR dan PMR dan mengekalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai peperiksaan awam tunggal pada masa hadapan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata kerajaan melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam. Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan kementerian perlu mengadakan ujian penilaian yang setanding dengan peperiksaan awam itu bagi menilai pencapaian pelajar di peringkat sekolah.

Beliau berkata dengan mengaplikasikan kaedah itu, ia secara tidak langsung dapat menilai secara menyeluruh sama ada seseorang pelajar itu mampu mengaplikasi apa yang dipelajarinya di sekolah. Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim berkata langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang. Pemansuhan itu juga katanya akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan. Bagaimanapun katanya, pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai untuk mengukur pencapaian pelajar.

Bagi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pemansuhan PMR wajar di laksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat. Pegawai Perhubungan Pesatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah pula berkata pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan.

Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan, katanya.

sumber : 


Keningau: Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR
KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.
Pendapat Orang Awam

1. “Dengan ketiadaan UPSR dan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul,”
– Masdir Hussien, 52

2.  “UPSR dan PMR tidak sesuai untuk dijadikan penanda ukur kebolehan seorang pelajar dan pemansuhan itu merupakan satu penstrukturan baru dalam sistem pelajaran di negara ini”
 -  Pengerusi PIBG, Mohd Khairil Abdullah, 40

3.  “Jika ini berlaku, negara akan menghadapi tekanan ramai pelajar menamatkan persekolahan di peringkat awal,” jelas seorang bapa
– Idris Mohd Tahir, 60.

4.  “Kerajaan telah meneliti satu kaedah terbaik dalam proses penambahbaikan sistem pelajaran di negara ini, dengan memansuhkan dua kekangan besar terhadap pelajar dan ibu bapa”
- Harry Gitik, 47







15 Januari 2013

Kenapa Rezeki kita sempit...........??

 Allah SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembagian rezekinya. Tidak ada satu pun yang akan ditelantarkan- Nya, termasuk kita. Karena itu, rezeki kita yang sudah Allah jamin pemenuhannya. Adakah sungguh sungguh mencarinya atau tidak? Yang lebih tinggi lagi benar atau tidak cara mendapatkannya. Rezeki di sini tentu bukan sekadar wang. Ilmu, kesehatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup, keturunan, nama baik, persaudaraan, ketaatan termasuk pula rezeki, bahkan lebih tinggi nilainya dibanding wang ringgit.

Walau demikian, ada banyak orang yang dipusingkan dengan masalah pembagian rezeki ini. “Mengapa sukar memperolehi rizqi, padahal sudah mati-matian mencarinya?” “Mengapa ya saya gagal terus dalam perniagaan?” “Mengapa hati saya tidak pernah tenang?” Ada banyak penyebab, mungkin cara mencarinya yang kurang profesional, kurang serius mengusahakannya, atau ada keadaan atau situasi yang menyebabkan Allah Azza wa Jalla “menahan” rezeki yang bersangkutan. Poin terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa aliran rezeki kita tersumbat? Apakah penyebabnya?

Allah adalah Dzat Pembagi Rezeki. Tidak ada setetes pun air yang masuk ke mulut kita kecuali atas izin-Nya. Karena itu, jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada sesuatu yang salah yang kita lakukan. Setidaknya ada lima hal yang menghalangi aliran rezeki.


Pertama, tahap tawakkal di hati. Dengan kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah. Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya. Padahal Allah itu mengikut prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.


Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan. Dosa adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menyumbat aliran rezeki, maka tobat akan membukanya. Andai kita simak, doa minta hujan isinya adalah permintaan tobat, doa Nabi Yunus saat berada dalam perut ikan adalah permintaan tobat, demikian pula doa memohon anak dan Lailatul Qadar adalah tobat. Karena itu, bila rezeki terasa seret, perbanyaklah tobat, dengan hati, ucapan dan perbuatan kita.


Ketiga, maksiat saat mencari nafkah. Apakah pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalaninya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam mencari nafkah, entah itu korupsi (waktu, uang), memanipulasi timbangan, praktik mark up, dsb akan membaut rezeki kita tidak berkah. Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang. Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah menguap untuk hal sia-sia, tidak membawa ketenangan, sulit dipakai untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segera bertobat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.


Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingat Allah. Bertanyalah, apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solatt (atau minimal jadi telat), lupa membaca Alquran, lupa mendidik keluarga, adalah contoh-contoh pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan heran bila rezeki kita akan tersumbat. Idealnya, semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Sibuk boleh, namun jangan sampai hak-hak Allah kita abaikan. Saudaraku, bencana sesungguhnya bukanlah bencana alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.


Kelima, enggan bersedekah. Siapapun yang kedekut, niscaya hidupnya akan sempit, rezekinya kurang. Sebaliknya, sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat (QS Al Baqarah [2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan, tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Amin.



KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..


Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_23118.gif?1446174191

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.


* Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.


* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.


* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur