25 Ogos 2014

Penting Sangat ke sarapan pagi ????

"Jom baca pasal pentingnya sarapan pagi untuk mana-mana mak yang malas nak menyiapkan sarapan untuk anak setiap pagi" ....sila baca sampai habis jangan baca sekerat jalan !!!! okeh ....jangan malas nak bangun pagi nak siapkan sarapan pagi untuk anak ...nak tahu kenapa ???? baca lah sampai habis ....

 

Sarapan Pagi : Jangan Diremehkan

Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang enteng. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.
Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.
Apabila kita bangun daripada tidur, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas.
Oleh itu, saranan kerajaan agar pihak sekolah mewujudkan waktu rehat yang fleksibel bagi murid-murid yang menghadapi masalah tidak sempat untuk bersarapan harus disusuli dengan tindakan yang bijak. Ia dilihat sebagai satu langkah yang tepat jika diberi perhatian oleh pihak sekolah kerana membolehkan pelajar dapat makan dan mengisi perut untuk meneruskan sesi pembelajaran seterusnya. Melihat senario pada hari ini, kekangan waktu dan ketidaksempatan para ibu bapa untuk menguruskan sarapan pagi anak-anak ke sekolah memerlukan waktu rehat persekolahan yang lebih awal. Ini dapat memudahkan lagi para pelajar mengambil sarapan pagi sebagai pemula pada hari tersebut dan meningkatkan lagi keupayaan fizikal dan mental untuk pembelajaran.
Ini kerana, badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan. Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih, malas dan tidak berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan jayanya.
Jadi tidak hairanlah jika kanak-kanak sekolah yang tidak sempat bersarapan akan menjadi kurang aktif berbanding yang bersarapan. Situasi inilah yang berlaku kepada kanak-kanak di Malaysia pada hari ini di mana satu daripada tiga kanak-kanak sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong. Disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa ibu bapa pada sebelah pagi akhirnya anak-anak menjadi mangsa tidak sempat untuk bersarapan. Tidak mustahil, ia juga akan menjejaskan mutu pembelajaran mereka di sekolah. Oleh itu, para ibu bapa, cuba tanya diri anda, adakah anda bersarapan pagi setiap hari dan adakah anda telah mengabaikan anak-anak untuk bersarapan pagi sebelum memulakan pelajaran di sekolah? Ayuh, mulakan perubahan tabiat untuk bersarapan pada waktu persekolahan baru bermula ini agar ia menjadi satu kebiasaan untuk hari-hari yang seterusnya.
Kaitan sarapan pagi dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Ia bukan sekadar momokan untuk mengisi perut tetapi sarapan pagi juga terbukti untuk mengurangkan berat badan seseorang. Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan sarapan pagi secara berterusan.
Justeru itu, sarapan pagi bukan sekadar untuk menambahkan tenaga tetapi juga dapat menimbulkan "mood" yang baik, menghasilkan sikap yang positif, mental yang baik dan juga membantu untuk seseorang yang menjaga penampilan badan.
Sarapan pagi tidak dapat digantikan dengan makan tengah hari. Oleh itu cuba usahakan juga mencari waktu untuk bersarapan pagi walaupun hanya dengan segelas susu. Makan lebih pada waktu tengah hari juga tidak dapat menggantikan keistimewaan bagi yang bersarapan pagi. Ini kerana tabiat ini juga akan menimbulkan masalah kesihatan. Tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu. Ini disebabkan tahap kelaparan yang tinggi akibat tidak mengambil sebarang makanan pada waktu sebelumnya menyumbang kepada makan lebih banyak karbohidrat yang dapat memberikan tenaga. Situasi inilah yang menyebabkan seseorang mengambil kalori yang berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada masalah obesiti.
Tidak mengambil sarapan pagi tidak akan bermakna seseorang akan menjadi langsing. Ada segelintir berpendapat bahawa sarapan pagi hanya akan menyebabkan gemuk. Tanggapan picisan ini menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. Mereka telah membuat kesilapan yang besar kerana menganggap pengambilan makanan pada waktu sarapan pagi akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan kalori. Tetapi hakikatnya, sarapan pagi dapat mengelakkan seseorang makan berlebihan apabila tiba waktu makan tengahari.
Pada hari ini, barangkali ramai di antara kita yang tidak mengambil sarapan pagi kerana membuat alasan waktu yang terhad dan menganggapnya ia tidak penting. Memperuntukkan waktu untuk bersarapan adalah kunci utama kepada permulaan hari yang baik dan kehidupan yang sihat. Maka, pemilihan makanan untuk bersarapan juga perlu dititikberatkan. Penyediaan makanan untuk bersarapan pagi seharusnya tidak menjadi penghalang. Ini kerana penyediaan hidangan yang ringkas dapat membantu seseorang yang kesuntukan masa.
Jika dilihat pada hari ini, masyarakat Malaysia seolah-oleh menjadikan budaya bersarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ia mungkin tidak mendatangkan masalah jika diambil sekali sekala sebagai pengubah selera tetapi perlu dielakkan jika ia dijadikan satu hidangan wajib pada setiap hari. Ini kerana bersarapan hanya untuk mencetuskan tenaga dan cukup ia sekadar dengan hidangan ringkas yang pelbagai pada setiap hari. Bijirin sarapan dengan susu, atau ditambah dengan buah amat senang untuk disediakan tetapi ia cukup mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Islam menyarankan umatnya agar bersahur apabila hendak berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bagi yang berpuasa, bersahur ibarat mengambil sarapan pagi. Justeru, amalan ini bukan hanya mendatangkan manfaat kepada kesihatan malah ia juga digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban; "Bersahurlah kamu walau dengan seteguk air". Akhirnya manfaat itu akan kembali kepada pengamalnya sendiri. Oleh itu, jangan dipandang remeh waktu bersarapan pagi walau sekadar segelas minuman yang digemari dan sekeping roti juga mampu memberi perubahan yang ketara. Cuba jadikan tabiat bersarapan pagi yang sihat sebagai azam pada tahun baru ini, semoga ia terus menjadi satu amalan yang akhirnya menyumbang kepada kesihatan dan keabdian diri kepada Pencipta.
 
Saya memang jenis rajin bagun pagi sediakan sarapan pagi untuk anak ....... dan paling anak saya suka ialah roti dan perbagai-bagai jenis roti yang sama waktu dengannya yg di sapu dengan jem atau mayonis .......

......dan yang pasti air milo secawan
 
 

20 Ogos 2014

Rumah Mana Dia Rumah

ELAUN DAN ISU PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM DIPERJUANGKAN OLEH CUEPACS DALAM BAJET 2013


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.Menurutnya, isu perumahan diharap menjadi penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.


"Ini situasi yang membimbangkan. Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri."Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun tiba tempoh persaraan," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA) dan Harapan Bajet 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal Abidin Bahari.Menurut Osman, CUEPACS juga berharap pembentangan bajet kali ini memberi harapan baru kepada pekerja sektor awam termasuk pemberian bonus.


"Sekiranya kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan atau sebulan gaji kepada penjawat awam, ini menunjukkan kemampuan ekonomi negara, selain menjadi sejarah serta perubahan dalam sektor awam."Kami juga berharap permohonan elaun dan insentif sektor awam kembali dipertimbangkan," katanya.Mengulas penyerahan memorandum hari ini, Osman berkata, ia berkaitan dengan tuntutan menaik taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di IPTA seluruh negara.


Katanya, tuntutan yang diminta itu selari dengan tugas pembantu makmal universiti yang membantu melakukan penyelidikan, memantau latihan amali pelajar dan banyak lagi."Kira-kira 1,200 pembantu makmal sahaja yang mendapat kenaikan pangkat sejak ia dinaik taraf pada 2005."Menginjak ke tahun 2009, skim berkenaan kembali bergerak perlahan dan kini seramai 387 pembantu makmal lagi telah lulus Bridging Programme pada 2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan pangkat," katanya.


Omar memberitahu, memorandum tersebut akan diserahkan pada 20 September ini untuk perhatian Setiausaha Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan Mustafa."Jika tiada sebarang tindakan sehingga 1 November depan, pihak universiti mungkin menghadapi masalah dan pengajian pelajar akan terjejas kerana kumpulan ini bakal melaksanakan work to rule atau bekerja mengikut waktu pejabat," katanya lagi.

Apabila Anak Tidak Lagi Memerlukan Ibubapa nya ....

Berlindung di Darul Insyirah

Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.
 
 
DEWASA ini kesibukan adalah kekangan utama yang dihadapi oleh kita semua, golongan mereka yang bekerja. Pagi-pagi lagi terpaksa keluar ke tempat kerja manakala lewat petang atau malam baru balik ke rumah. Sekiranya masih mempunyai ibu dan bapa yang sudah tua, pada waktu ini masalah besar yang dihadapi adalah ketidaksanggupan mereka untuk meninggalkan warga emas berkenaan berseorangan kerana khuatir pelbagai perkara buruk yang menimpa. Ini termasuklah kecederaan, kebakaran dan sebagainya apatah lagi sekiranya warga emas yang ditinggalkan itu mengalami masalah ingatan.
 
Jika diletakkan di bawah pengawasan pembantu rumah mungkin tidak serasi begitu juga dengan pengawasan cucu atau sebagainya, justeru menjadikan ramai warga emas yang terbiar atau terabai semakin bertambah akibat kadar hayat orang tua makin panjang. Di sinilah fungsi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, yang ditubuhkan dalam usaha membangunkan sebuah rumah penjagaan orang-orang tua beragama Islam dengan menyediakan pelbagai kemudahan, keselesaan dan menjamin kesejahteraan dan kebajikan kehidupan warga emas. Bukan itu sahaja, menurut Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas merangkap Pengerusi Darul Insyirah, Asral Widad Ahmad Asnawi, pusat jagaan ini juga bertujuan untuk merangka dan melaksana program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam masyarakat.
 
Pada masa sama ia turut menjalinkan program kerjasama dengan masyarakat dan individu bagi memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif. "Rumah penjagaan warga emas yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor ini dikendalikan di bawah Yayasan Ikhlas, dengan cara jagaan harian, jagaan mingguan atau bulanan. "Darul Insyirah ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2013, mempunyai enam bilik, empat bilik air, dapur kering dan dapur basah, ruang tamu, gazebo serta laman yang besar dan indah dengan keluasan rumah 10,000 kaki persegi.
"Setakat ini masih baharu dan hanya terdapat tiga warga emas di bawah jagaan rumah ini yang boleh memuatkan sehinggakan 15 penghuni dan sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Pusat ini kami buka untuk menempatkan warga emas wanita sahaja dan sekiranya ada permintaan akan dibuka pula pusat jagaan warga emas lelaki," kata Asral Widad.
 
Pengambilan berbeza
Katanya, kriteria pengambilan penghuni rumah ini adalah berbeza dengan rumah-rumah penjagaan warga emas yang lain kerana di sini bukan tempat untuk meletak atau ‘membuang’ warga emas. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai tempat jagaan dan anak-anak harus juga bertanggungjawab untuk mengambil ibu mereka semula sebagaimana dijadualkan. "Bagi anak-anak yang berkemampuan akan dikenakan sedikit bayaran sebagai bayaran bulanan, manakala yang sebatang kara atau kurang mampu akan dicarikan dana atau anak angkat, untuk menampung kos hidup mereka di sini," jelasnya.
 
Dalam pada itu seorang lagi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas, Siti Nadzrah Sheh Omar yang juga Bendahari Darul Insyirah bekata, setakat ini ada anak-anak yang meletakkan ibu mereka untuk penjagaan harian, iaitu menghantar ibunya pada waktu pagi dan mengambil semula pada lewat petang.
Bagi yang tinggal jauh, mereka akan menghantar ibu mereka pada pagi Isnin dan menjemputnya semula pada petang Jumaat, manakala bagi yang terlalu sibuk mereka akan menjemput ibu mereka sebulan sekali. Itu semua adalah peraturan di sini yang mana telah termaktub dalam syarat-syarat yang telah dipersetujui ketika ditemuduga sebelum penghantaran dilakukan.


 
Kelas agama di Darul Insyirah turut disertai oleh penduduk setempat.
 
 
Bermakna ketika temuduga sekiranya ada salah seorang adik-beradik yang sanggup menjaga ibu mereka, maka pusat jagaan ini tidak akan menerima warga emas itu sebaliknya menggalakkan dijaga oleh anak mereka sendiri. "Pusat jagaan ini umpama kelab untuk warga emas. Di sini kita pastikan warga emasnya sentiasa positif, produktif dan tidak murung, sebab itu kita adakan kelas agama untuk membolehkan mereka belajar. "Kelas pengajian diadakan dua jam di sebelah pagi dan 1 jam di sebelah petang dengan ustaz dan ustazah yang dijemput datang memberikan kuliah agama. "Apa yang bagusnya, kuliah agama atau pun aktiviti turut disertai oleh jiran-jiran dari Helwa seksyen 3 dan Surau Al-Umm, Sungai Ramal Dalam," kata Siti Nadzrah.
 
Bukan itu sahaja, warga emas di Darul Insyirah diberikan kemudahan kaunseling peribadi oleh Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh yang merupakan konsultan agama di situ, selain pemeriksaan kesihatan oleh doktor-doktor dari I-Medik dan jururawat dari Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) Bandar Baru Bangi. "Apa yang pasti mereka di sini lebih ceria. Ada warga emas yang mula datang ke sini nampak murung tetapi sekarang sudah boleh menerima keadaan dan beraktiviti bersama, lebih ceria dan beransur-ansur memulihkan ingatan mereka ," katanya. Seterusnya Siti Nadzrah menjelaskan, pihak Yayasan Ikhlas sekarang ini sudah mengenal pasti untuk penempatan penghuni tetap warga emas iaitu di tapak wakaf Kampung Jijan, Nilai, Negeri Sembilan, tetapi itu masih dalam proses persiapan.
 
Di tanah wakaf itu nanti, Yayasan Ikhlas berhasrat untuk membangunkan sebuah Nursing Home yang selesa untuk warga emas yang tiada waris mendapatkan penjagaan dan pendidikan sepanjang hayat secara percuma. Apabila ditanya siapakah yang mengurus warga emas berkenaan di pusat itu, Pengurus Darul Insyirah, Nor Azeana Zakaria berkata, setakat ini mereka dijaga oleh warden yang sentiasa mengambil berat tentang diri mereka. Sekiranya terdapat permintaan bagi penjagaan warga emas yang sakit atau terlantar, kami akan salurkan ke rangkaian sahabat-sahabat kami. Pusat jagaan ini katanya, turut mendapat bantuan daripada zakat dan derma daripada orang perseorangan kerana sekiranya ditambah kepada 15 orang, dalam sebulan pusat ini memerlukan kos kira-kira RM30,000.
 
Bagaimanapun, pihak Darul Insyirah berhasrat untuk membeli banglo yang diduduki sekarang secara jualan wakaf kepada orang ramai agar dapat mengurangkan kos operasi bulanan. Derma atau wakaf adalah sebanyak RM200/kaki persegi untuk pembelian banglo. "Sekarang kita juga telah mendapat sedikit bantuan perseorangan berbentuk barang seperti cadar, hiasan dalaman, makanan, dan sebagainya. Pihak Darul Insyirah mengalu-alukan apa-apa bentuk sumbangan wang tunai, penajaan barangan dan perkhidmatan serta duit tidak bersih seperti dividen, keuntungan institusi perbankan konvensional untuk disalurkan pada pembangunan infrastuktur," katanya. Ketika ditanya apa yang paling menyentuh perasaannya ketika berada di pusat jagaan berkenaan, Nor Azeana berkata, ada anak-anak yang datang ke sini berjanji untuk meletak dan kemudian menjemput ibu mereka semula, namun semua itu tidak berlaku. Akhirnya mereka datang untuk mengambil semula ibu mereka kerana telah dapat satu tempat yang sesuai untuk meletakkan ibu mereka secara kekal di situ.
 
Mbah menjadi penyeri
Di pusat itu penghuninya berumur antara 56 tahun sehingga 87 tahun. Panggilan Mbah, adalah sinonim dengan wanita warga emas yang berusia 87 tahun ini. Mempunyai empat orang anak, Mbah masih sihat tetapi ingatannya sedikit pelupa. Setiap pagi anaknya akan menghantar ke pusat jagaan ini dan mengambilnya semula apabila petang kerana semua anak-anaknya bekerja. Mbah akan dijaga oleh anak-anaknya pada hujung minggu ataupun sekiranya ada salah seorang anak-anaknya cuti pada hari-hari biasa.
 
Mbah adalah penyeri di pusat jagaan ini kerana sifatnya yang ceria dan lucu. Apabila ditanya dirinya adakah dia seronok berada di situ, dia berkata seronok kerana di situ dia menerima layanan yang mesra daripada pengurusan pusat berkenaan.
 
Alamat Darul Insyirah: No. 4, Jalan 3/6, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Telefon: 03 8920 9661 / 012 294 1976 Facebook: MyDarulinsyirah.
 
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga
 

24 Jun 2014

Rasa Diri Syok Sendiri

 ‘Syok sendiri’ mungkin istilah agak sinis. SHUHADA MANSOR cuba alih pandangan dan faham maksud ayat ini dari sudut berbeza. Tak salah buat diri rasa gembira untuk lupakan perkara tak penting yang mengganggu emosi seharian.
Malas untuk bersiap ke tempat kerja atau ke kuliah adalah perkara biasa. Rutin harian ini kadang-kadang boleh buatkan perjalanan harian penuh dengan tekanan. Jika ia kerap berlaku, mulalah kita buat hal. Pergi kerja lambat, makan tengah hari berjam-jam, tak sabar untuk habis kerja, kuliah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku sudah lama, itu tandanya anda sudah muak dengan rutin terbabit. 
Keadaan pejabat, kelas dan persekitaran yang tidak menyeronokkan antara punca untuk kita mengelak daripada ‘duduk’ lama di setiap lokasi disebutkan. Mungkin ada segelintir pernah terfikir tekanan ini membuatkan anda rasa seolah-olah mahu berhenti belajar atau menamatkan kuliah, tetapi ada kekangan tak dapat dielakkan. Sebagai contoh, keadaan ekonomi keluarga ataupun diri sendiri yang tidak kukuh, tidak ada sumber pendapatan lain antara sebab utama. Justeru, mahu atau tidak, kita terpaksa menghadapi isu yang sama setiap hari. 

Sebenarnya, dari sudut psikologi, banyak faktor mampu mendorong kita untuk kembalikan rasa seronok dalam diri walaupun dengan hanya mengubah sedikit rutin harian. Perwatakan, sikap diri, persekitaran antara elemen yang boleh diubah dan diperbaiki untuk kesenangan masa depan. Banyak cara boleh dilakukan untuk ‘tembusi’ rasa bosan ini. Baca dan cuba beberapa perkara menarik yang Gen Y kongsikan untuk anda.
Dilema waktu pagi 

Waktu pagi perlu dimulakan dengan emosi tenang, tetapi percayalah ia boleh dimusnahkan sekelip mata dengan perkara tidak diingini. Kesesakan lalu lintas, kemalangan, tertinggal barang di rumah, terlupa kunci pintu rumah, antara sebab boleh tukarkan rasa tenang menjadi marah dan tekanan. Sudahlah lambat sampai ke destinasi, orang sekeliling seolah-olah sengaja cari pasal dengan memandu melulu, ‘potong’ garisan waktu membeli tiket bas boleh bikin gaduh.
 

Elakkan perkara ini mengganggu kosentrasi anda untuk ke tempat kerja atau kuliah, jika menggunakan kenderaan awam, baca novel kesukaan, pakai ‘mp3’ dan putarkan lagu kegemaran anda sepanjang perjalanan. Begitu juga bagi sesiapa yang memandu ke tempat kerja. Itu cara untuk buatkan rutin harian lebih menarik, sekali gus emosi tenang dibawa ke pejabat.
 

Kreatifkan ruang sendiri
 

Status pelajar ataupun bekerja pasti mempunyai ruang anda sendiri. Meja kerja anda adalah antara elemen yang mampu mempengaruhi emosi seharian. Bayangkan jika anda terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas selama berjam-jam hingga lambat tiba di pejabat walaupun keluar rumah awal, emosi akan lebih terganggu apabila melihat ruang kerja yang serabut.
 

Selalunya kita akan diberikan sebuah meja kerja yang membosankan dan kecil. Oleh itu, maksimumkan kreativiti anda dengan mencipta dekorasi berbeza seperti lampu atau tanaman mini yang dapat memberikan rasa nyaman. Hal lain yang anda dapat lakukan adalah menjadi ‘pembersih tegar’. Bersihkan meja kerja atau ruang kerja jika anda bosan, hal ini akan mengisi waktu anda dengan cepat. Jika meja kerja sudah bersih, bersihkan fail berhabuk ataupun fail di dalam perisian komputer anda.
 

Letakkan foto orang yang anda sayangi, pilih ‘screen saver’ gambar selebriti idola anda, atau pelapik tetikus bergambar haiwan comel. Tak ada salahnya meletakkan hiasan meja dengan cenderamata yang mengingatkan anda pada kenangan bercuti yang menyenangkan. Ketahuilah, meja kerja yang terlalu banyak ‘sentuhan peribadi’ pemiliknya boleh mengurangkan ciri profesional atau ‘skema’.
 

Tak salah bermain
 

Setiap orang mempunyai rutin harian berbeza, namun tak salah jika anda selitkan permainan antara masa bekerja ataupun belajar untuk buatkan diri lebih ceria. ­Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga anda tidak sedar masa berlalu.
 

Jika kerja sudah siap, apa kata cabar diri anda. Tapi kali ini pilih untuk mencabar diri anda dalam satu permainan. Beribu permainan yang anda boleh pilih dari pelbagai sumber antaranya daripada telefon pintar jenis Android (google play), permainan komputer atau ‘play station’, ataupun apa saja permainan video di dalam ‘Aps Store’ (Iphone).
 

Sekiranya anda bukan seorang yang ‘gila gadjet’, tak salah untuk beli satu set permainan chess ataupun sodoku untuk diletakkan di pejabat. Penulis percaya pasti ramai rakan yang mengalami masalah sama, jadi, permainan anda ini pasti akan mendapat sambutan menggalakkan!
 

Berborak
 

Tidak semua orang dilahirkan dengan sikap positif sepanjang masa. Penulis percaya dalam kalangan rakan kuliah atau sepejabat pasti ada yang senasib dengan anda. Jika orang berhampiran anda kelihatan sama bosan, mulalah berbual kosong ataupun topik menarik untuk mengisi kebosanan sementara. Tentunya hal ini harus dilakukan dengan hati-hati agar tidak mengganggu suasana pejabat. Jangan pula asyik bercerita hingga ketawa terlalu kuat dan mengganggu orang lain.
 

Jika anda bosan sendirian sedangkan orang lain sibuk dengan kerja mereka, apa kata anda cuba ringan tulang untuk membantu. Mungkin dengan melakukan skop kerja berbeza mampu mengganggu sebentar rasa bosan. Selain mampu mengisi kebosanan, situasi ini juga boleh mengeratkan lagi hubungan dengan rakan.
 

Cari kerja baru
 

Anda sudah melakukan semua hal di atas, tetapi tetap rasa bosan dengan pekerjaan sekarang. Bagi mereka yang sudah bekerja, jangan terlalu tegas kerana mungkin tidak ada yang salah dengan diri anda. Cuma, ada kemungkinan pekerjaan itu tidak sesuai dengan perwatakan dan cita rasa anda. Justeru, sudah sampai waktunya untuk ucapkan selamat tinggal kepada rasa bosan itu untuk selamanya, iaitu keluar dari pekerjaan dan mencari pekerjaan baru yang lebih menyeronokkan!
 

Ada pendapat mengatakan jika berasa bosan kerja dalam tempoh lama, maka itu sudah tiba waktunya anda pertimbangkan alternatif ini. Tapi, perlu tahu akibat sisi baik dan buruknya. Jika ada yang memandang sini, katakan pada diri, bukan kawan-kawan anda yang bayar gaji. Untuk menjadi individu yang cemerlang, perlu komited dengan apa yang anda lakukan, rajin dan belajar kemahiran lebih dari bidang tugas sedia ada yang diperlukan. Paling penting, lakukan dengan rasa gembira tanpa dipaksa!


09 Mei 2014

Kisah Kueh Kacang Hijau Nan Sekeping

Al kisah tak plak sya sangka tak semudah itu nak buat kueh kegemaran sya yang satu ini …memang suka makan kueh ini dari kecik dulu tapi tak terfikir langsung nak belajar buat sendiri…entah tetiba je sejak kebelakangan ini sya teringin plakkk nak buat sendiri kueh tu ….itupun sejak ternampak satu plastic kacang hijau dalam bekas Tupperware “ Aisehmen, ada kacang hijau la dalam bekas ni…apa agaknya makananan yg sesuai nak masak ni ???? hati sya berkata-kata sambil membebel berdiri dalam dapor sambil mengelap dapor yang tak ada rupa kemas sepanjang hayat  ……”okeh, apa kata sya try buat kueh ….kueh yang saya suka masa kecik dulu …. Zaman mak ada dulu mak memang rajin benor masak sya waktu tu langsung tak minat nak masak …..mak dah meninggal baru padan muka tak pandai masak kueh ……. Hahahaha ……Okeh, kueh yg ini memang sya suka lah sebenar nya yang mana sampai sekarang sya suka beli kat office sya ….kat office sya lah kan, kakak tu jual mahal gak kueh tu dia buat kecik je tapi dia jual 40sen satu keeping …. Dah dia buat kecik je harga mak ai tak ada rasa bersalah langsung letak harga mahal …..tapi dah suka mahal-mahalpun bantai beli jugak lahhhh !!!!! ……….  Kalau kat kampong sya kueh jenis macam tu harga 30sen je dan saizpun besar kalau tak buat camtu tak ada siapa nak beli …..

“Okeh hari ini mood ada baik sikit why not masa yang terluang waktu cuti Sabtu Ahad ni sya nak try buat kueh kacang hijau. “Okeh apa kata kali ini kau buat sendiri lah wei wahai tuan punya blog ini….trylah buat sendiri kueh tu tengok apa jadi ….. apa salahkan try dulu dia jadi kueh ke tidak atau jadi benda lain …… So sya trylah pada hari Ahad yang lepas dgn merendam dulu kacang hijau tu sebab pada pendapat sya kalau kita rendam dulu kacang hijau tu kan jadi senanglah masak nanti tak payah nak rebus lama-lama lagipun cepat masak dan cepat kacang hijau tu jadi lembik untuk buat inti kueh tu ……..”betul ke sya nih buat macam nih atau kacang tu jadi busuk kalau kita rendam lama atau akan jadi pokok tauge pulakkkk…karang kalau dah tumbuh daun tauge dah jadi lain pulak kan ….. tak pasal-pasal dari nak buat kueh dah jadi sayur taugeh buat sayur plakkkk ………..”aduh, lambab punya kepala bab nak mencuba benda yang baru nih so bila sya dah rendam tu kan selama 2 hari jadi sya pun nak try buat kueh tuh …..memang lawak betul, sya sebenarnya tak tahu apa nama tepung yang sesuai nak buat kueh kacang tuh yang ada dalam bekas itu cuma ada tepung ubi kayu…..ya tepung ubi kayu !!!!!…sesuai ke guna tepung ini ???? “Ah, bantai lah nak try je nih jadi ke tidak kueh kacang nih ….. so sya pun bancuhlah tepung tu sikit dulu + telor ayam+gula dan sya pun gaul tepung tuh macam biasa………..”huh, tahu apa jadi????? Tepung tu jadi beku terus …..bila dah beku macam gitu sya pun malas nak teruskan memasak cuma sya try satu sahaja dan dengan menggunakan senduk je sya masukkan dalam kuali yang tengah menggelegak dengan minyak panas tu ………………setelah beberapa minit sya tak nampakpun kueh tu dah menjadi kueh kacang tetapi sebaliknya dah jadi kerepek plakkk dah ….

Anak saya banyak kali Tanya apa jenis kurh yang sya masak tu atas sebab malu nak mengaku yang sya sebenarnya memang tak tahu memasak kueh tu sya pun cakap kat anak sya semata-mata nak menggelakkan diri dari di tertawakan oleh anak sya yg memang becok itu ……”ala dik, ini ibu try je ni buat kueh kacang nih sebab ibu tak pernah belajarpun camne nak masak kueh kacang tuh ….ibu tak tahu tepung apa yang sesuai nak masak kueh tu jadi ibu try je lah …..tak sangka plak ingat hati nak buat kueh tapi dah jadi kerepek pulakkkk !!!!! ……………anak sya cuma diam bila sya cakap camtu walhal sebenarnya sya tahu dia nak komplen sebenarnya tentu anak sya terkejut bahawa sebenarnya mak dia yg dah tua nih tak pandai masak kueh …..”aduh, begitulah wanita yang senantiasa mahu menyembunyikan sesuatu yang nyata walhal apa salah kan sebagai manusia biasa kita mengaku bahawa kita memang tak tahu memasak jenih kueh jenis sebegitu rupa ….. “okeh, di sebabkan niat kat hati masih berkobar-kobar nak jugak try masak kueh tuh maka esoknya waktu kat pejabat dan waktu tak sebok dengan kerja-kerja pejabat sya try search kat Google nak cari info camne nak masak kueh kacang tuh ……………barulah tahu sebenarnya bukan guna tepung ubi kayu sebenarnya tapi sebenarnya sepatutnya guna tepung gandum untuk memasak kueh kacang tuh …..”aduh,aduh,aduh malu betol patutlah tak jadi kueh kacang tapi dah jadi kerepek kacang ………….sesiapa nak belajar buat kueh tuh ini sya dah dapatkan menu dari blog siapa tah tak ingat saya Cuma tumpang “copy and paste” sebab tuan punya blog tu pun jenis tak kisah orang nak ciplak menu masakan dia tuh …….. gitu lah adat kita sebagai manusia biasa kan bila kita menceburkan diri dalam dunia blog ni kan tak perlu lah kita beriya-iya sangat nak mengamalkan sikap kedekut tu …tuhan bagi kita ilmu untuk di kongsi-kongsikan dengan orang lain kan…kan,kan,kan !!!!


  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Di bawah ini adalah cara yang betul nak buat kueh kacang hijau tu….jangan ada plak yang ikut cara saya plakk sudah nanti lain plakk jadinya …

Inti Kacang Hijau

Bahan-bahan nya ialah : -
·                1 cawan kacang hijau
·                3/4 atau 1 cawan gula pasir (kalau manis lagi sedap kata orang)
·                1 sudu kecil garam
·                Air secukupnya untuk merebus kacang (tambah air bila kacang masih tak empuk)

Cara2 membuatnya:
1.    Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
1.    Apabila air rebusan hampir kering, tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
2.    INGAT : - Setelah benar2 kering, barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..
    1. Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
    2. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
    3. untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang.
    4. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..

Bahan-bahan membuat adunan tepung/batter:


    1. 1/2 cawan tepung gandum (kalan nak bagi garing boleh guna di campur tepung raggup supaya bila makan rasa ranggup)
    2. 1/3 sudu mkn marjerin
    3. 1 sudu kecil garam
    4. secubit gula 
 Setelah selesai bahan-bahan adunan boleh lah di kepul-kepulkan mengikut saiz yang di kehendaki dan pastikan dengan menggunakan api yang panas supaya cepat garing ....... jangan lupa kalao nak jual kueh kacang hijau nih perlu buat dengan rapi dan cantik supaya menimbulkan minat orang nak beli kueh tu .... kalau nak cantik guna bekas bulat yg di perbuat dari aluminium supaya bentuk bulat tu nampak kemas

19 Februari 2014

Banyaknya buku teks

Kurangkan beban bawa buku





APABILA bercakap tentang buku teks ketika di alam persekolahan, pasti setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri. Sama ada sengaja meninggalkannya di rumah atau terpaksa berhempas-pulas mengangkat beg yang berat. Bayangkan, hampir kesemua mata pelajaran mempunyai buku teks dengan purata dua jenis setiap satu subjek. Disebabkan itu, ramai yang mengambil pendekatan berbeza bagi mengurangkan mengendong ‘beban’ itu.“Pada kebiasaannya, saya akan berkongsi bersama rakan yang duduk bersebelahan. Contohnya, jika saya membawa buku teks Sejarah, dia akan membawa buku Matematik,” ujar Nur Dania Arifah Mohd. Rashidi, 17.

Dia menambah, langkah ‘bijak’ itu terpaksa diambil memandangkan dalam sehari, sebanyak enam ke tujuh buah buku yang akan dibawa mengikut jadual sekolah harian.“Ia belum lagi ditambah buku-buku latihan yang akan digunakan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun in,” tambah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Cheras, Kuala Lumpur itu. Namun, situasi itu bakal berubah melalui pengenalan buku teks digital yang dilancarkan di bawah Kementerian Pendidikan baru-baru ini.Inovasi baharu Inovasi baharu dunia pendidikan itu memberi satu anjakan positif kepada guru dan pelajar yang dilihat membantu sistem pengajaran dengan lebih efektif.Buku teks digital tersebut merupakan versi elektronik buku bercetak yang boleh diakses secara dalam talian. Ia mengandungi teks dan grafik serta mempunyai ciri flip seperti buku teks bercetak.Menurut Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan, Abdul Ghani Mohamad Niza, ia adalah lanjutan daripada penggunaan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) 1BestariNet yang diperkenalkan pada tahun 2012.


PARA pelajar membawa beg sekolah berat bakal menjadi sejarah apabila pengenalan buku teks digital diperkenalkan di sekolah-sekolah.



“Sehubungan itu, kementerian berusaha supaya buku-buku teks dapat dimuat naik ke VLE. Melalui usaha itu, pelajar boleh mengakses buku teks secara maya selain terus menggunakan buku teks bercetak,” ujarnya ketika ditemui Infiniti di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini. Dia menambah, pada peringkat awal, bahan buku teks bercetak didigitalkan dalam format Electronik Publishing 2 (ePub2) dan seterusnya dimuat naik ke platform VLE. “Dengan adanya buku teks digital ini, pelajar dan guru yang telah dibekalkan dengan kata laluan akan dapat mengakses buku teks melalui internet pada bila-bila masa,” jelas Abdul Ghani. Sebanyak 300 judul buku teks bercetak telah didigitalkan mengikut tindakan gelombang pertama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Menyambut baik pembaharuan itu, guru subjek Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik, Norhaniza Abd. Jamil, 35, berpendapat, pengenalan buku teks digital memudahkan proses pengajaran guru kerana ia lebih interaktif dan menarik.“Buku teks biasa yang statik kadangkala membuatkan pelajar mudah hilang tumpuan. Pendigitalan tersebut sedikit sebanyak memudahkan pemahaman pelajar malah lebih cepat dan pantas,” ujarnya yang mengajar di SMK Cheras.Dia menambah, menggunakan buku teks digital menerusi laman VLE memudahkan pelajar ketika membuat latihan ulang kaji kerana jawapan boleh diperoleh dengan cepat.
“Selain itu, animasi-animasi yang terdapat dalam pendigitalan itu juga membolehkan pelajar memahami subjek-subjek tertentu dengan lebih baik,” jelas Norhaniza yang berasal dari Kulim, Kedah.


PENGENALAN buku teks digital memudahkan proses pengajaran kerana ia lebih interaktif dan menarik.




Berkongsi pendapat yang sama, Norliza Borhan, 42, berkata pendigitalan buku teks adalah satu pembaharuan berinovatif.“Rugi jika kita tidak bergerak selari dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin meluas pada hari ini. Mereka sendiri sudah biasa menggunakan komputer, maka proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik,” ujarnya yang turut mengajar subjek IT dan Matematik.
Berdasarkan Laporan Ciri-Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar celik komputer bagi penduduk warganegara Malaysia berumur lima hingga 69 tahun di semua negeri telah mencapai lebih daripada 45 peratus. Kepekaan dalam bidang ICT itu memyebabkan generasi muda lebih peka dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu. Pendedahan pada usia yang muda membolehkan pelajar menggunakan komputer tanpa sebarang masalah.

“Saya sendiri tahu menggunakan komputer pada usia tujuh tahun. Melalui pengenalan buku teks digital itu, cara pembelajaran saya turut berubah ke arah yang lebih baik,” ujar pelajar tingkatan lima, Tsen Wen Liang, 18.Tambah pelajar dari Cheras, Kuala Lumpur itu, walaupun baru diperkenalkan, cara penggunaannya tidak terlalu rumit kerana ia disediakan dalam Platform VLE yang telah digunakan sejak dua tahun lepas.Beberapa negara telah beralih kepada penggunaan buku teks digital untuk digunakan dalam sektor pendidikan umum. Antaranya, Korea Selatan, Poland dan Singapura.Korea Selatan telah merencana transformasi sistem pendidikan ke arah pendigitalan sejak lima tahun lepas. Penggunaan buku teks digital baharu itu akan dirintis oleh 150 sekolah rendah dan 300 sekolah menengah.


PELAJAR boleh mengakses pembelajaran mereka menggunakan peranti mudah alih.



Masalah
Namun, pakar bidang pendidikan di negara yang mempunyai sambungan internet antara terlaju di dunia itu, menyatakan pendigitalan buku sekolah membawa kepada beberapa masalah.Mereka berpendapat, ia akan menyebabkan kebergantungan melampau generasi muda terhadap gajet dan teknologi baharu.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mendapati, satu daripada 12 pelajar berumur lima hingga sembilan tahun terdedah kepada ketagihan internet.Mengulas situasi itu, pengetua SMK Cheras, Juahir Mondakir berkata, pihak kementerian sudah semestinya telah mengambil kira perkara tersebut sebelum pelaksanaan ke seluruh sekolah awam.“Contohnya, sambungan internet yang terhad untuk ke laman-laman web bersesuaian. Disebabkan itu, pelajar tidak boleh melayari internet untuk memasuki laman sosial dan berkaitan,” ujarnya.

17 Februari 2014

Musim Sakit Tekak

Sya batuk-batuk dari minggu lepas lagi tau ...... kat office sana sini dengar kengkawan dah ramai yang terbatuk-batuk dan sebab penyebab nya biasalah kannnnn ......... udara dah panas cerebu plakkk sampai gelap keliling dan menganggu pemandangan ............ walaupun banyak minum air suam terkena jugak batuk........sya selalu lah sebelum pergi klinik tuh sya kunyah je Gula-gula Hacks sambil buat kerja kat office tak hilang jugak sya balik rumah minum ubat batuk yang ada balance yg anak punya ubat.........ah,ah malasnya nak pergi klinik walaupun klinik dekat dengan rumah ...........okeh tahan lagi kali ini dah sakit tekak pulakkkk dahhhh ..........suara dah mula bunyik lain plakkkkkk dan demampun dah mula datang serta merta.............sebenarnya sya dah lama tak demam, batuk-batuk dan sakit tekak 

Virus punca sakit tekak

SAKIT tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak.

Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya.
Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

Penyebab sakit tekak


Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.



Punca sakit tekak


  • Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.
  • Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
  • Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.


    Kemungkinan punca lain


    Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan.


    Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.


    Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.



    Tanda lain bagi sakit tekak

  • Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga.
  • Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
  • Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.

    Rawatan


    Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.


    Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.


    Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.



  • 11 Februari 2014

    Jalan-jalan ke Bangunan Kenanga


    Okeh setelah berhari-hari tak ber-update blog nih selepas cuti raye cina tu ari ………bayangkan 30/1/14 budak sekolah cuti kat belah sini dan 31/1/14 dah start dahh cuti raye cina ………..yang kakak plakkkk dah lama merancang nak pergi ke majlis kawin di Pendang Kedah jadi kamipun beriya-iya sakan pergi lah ke Kedah selama 2 hari sahaja….bertolak pagi Jummat pd 31/1/14 tuh pkul 11.00pagi dan sampai lebih kurang waktu yg sama gak lahhhh sebab memang jem lah jalanraya  sebab raya cina …………jadi majlis kawin tuh hari Sabtu lepas makan je kami terus balik semula ke kampung kami lahhhh ………..dan selang esoknya plakkk kita orang ronda KL plakkkkkk sebab tetiba jek rasa nak ronda-ronda KL sambil bawak saudaramara jalan-jalan KL lagipun kedai banyak yg tutup kat KL sebab Hari Wilayah jadi boleh lah pusing-pusing sambil makan angin …………..yang makcik ajak pergi temankan saudara nak membeli belah di Bangunan Kenanga WholeSale City (KWC) di Jalan Gelugor berdekatan ngan Dewan Bahasa dan Pustaka……….kata makcik kat sana banyak koleksi boleh borong ..... alkisah sya dah lama tak drive ke KL jadi bolehlah sekali sekala meredah jalan-jalan raya yg sesak pada hari-hari biasa kecuali cuti umum………

    ok set dalam kepala sya follow keta anak saudara yg memang tahu kawasan itu …..biasalah kalau bawak kete dalam bandar siapa berani jek boleh tahan memandu dalam kawasan bandar yg semak samun dgn perbagai jenis kenderaan. Dari kampung kami tuh sebenarnya bukan jauh sangatpun dengan KL kalau tak jem hanya 30 minit kalau jem jadi 2 jam....... setelah menyusuri jalan-jalan kampung dan berhenti isi minyak jap kami pun teruslah ke KL ...................Kami sampai di Bangunan Kenanga yg amat terkenal dgn jualan borong itu setelah 30minit memandu dari rumah sebab ari tuh jalan lenggan dan selenggangnya sebab cuti raya cina …….."ah best gak memandu sebab jalan tak jem kalau tidak sorry lahhh kalau nak masuk   KL baik sya naik apa je jenis kenderaan awam yg ada dari bawak keta …......... so kali ini sya park keta kat tingkat 9 sebab terikut-ikut kan keta si Liza yg sanggup memanjat sampai ke atas walhal ada parking kat belah bawah...thank you lah kat keta nih dia tak meragam plakk hari ini kalo tidak tersemput-semput dgn bunyi injin keta macam ada paku dalam injin keta tuh......oh gagah jugak le naik sampai parking atas tuh .....agak nya keta nih dah lama tak jalan jauh maka tu lah dia selalu meragam .....tapi kali ini dia ok palkkk boleh sampai tingkat 9 tuh ..... kalau sapa-sapa gayat jangan park kat atas tuh tau park kat bawah atau tepi-tepi bangunan tu je pun boleh kalau ada kosong ……….

    Sesampai dalam bangunan Kenanga tuh macam tak sangka jugakkkkk banyak betul koleksi  ............ sya rasa tempat ini memang paling-paling sesuai untuk mana-mana orang yang nak beli borong sebab kalau beli borong banyak discount yang bukan seringgit dua malah beringgit banyaknya diskaun ..........sebut je nak fesyen apa semua ada dalam bangunan Kenanga nih cuma satu hal sya dok terfikir dalam kepala otak nih kenapa lah bangunan itu di bina tengah-tengah bandar yg sebok gitu ....awat lah tak bina jauh-jauh sikit luar kawasan KL...... dah lah banyak perumahan di kawasan itu yg sudah pastinya bertambah-tambah sesak......so siapa nak tengok bangunan KENANGA jom kita tengok gambar kat bawah ini.....sya ada snap gambar waktu gi shopping kat sana tapi sya malas plakkk nak upload kat sini so pakai gmbar ini je lah .......