07 Disember 2017

Espisod Selepas SPM - Kerja Sambilan Aje



Hari terakhir anak aku habis exam SPM ialah hari Khamis 22/11/2017 last sekali subjek Ekonomi lepas tu aku nampak anak aku dah mula merdeka dari semua benda …kasut main campak je merata-rata buku main lambak je atas meja ….sepertimana yang aku rancang daripada awal lagi aku dah bagitahu dia lepas shj SPM jangan lagi duduk melepak kat rumah dan itu adalah masa untuk mencari kerja sambilan dan kerja apa sahaja asalkan halal …aku cakap dengan anak aku dulu ibu lepas sahaj SPM ibu terus mintak kerja kilang yang berdekatan dengan kampung itu sebuah kilang memproses bulu biri-biri MTM yang terletak di Semenyih iaitu kira-kira 30minit dari rumah…disana aku kerja selama 4 bulan sahaja dengan gaji hanya rm 180.00 sebulan pada waktu itu. Bagi aku jumlah itu memang besar sekali pada tahun itu pada tahun 1984 dan dengan duit sebanyak itu aku dah boleh bantu mak bayar bil dan beli barang-barang dapur …so bila aku ada sekarang ini dan anak ak udah besar ….aku pun nak anak aku  ikut jejak aku lepas SPM wajib kerja …buat apa duduk melepak kat rumah main game 24jam kalo kerja dapat gak duit beli topup hphone …..tak ada lahh asyik mintak duit aku aje kerja !!!!! …..

Jadi sebelum habis SPM lagi aku dah cari kerja untuk anak aku tapi bila aku cakap kerja tu kerja apa dia tak nak pulakkkkk … ok taka pa kalao dia nak cari sendiri dulu kerja yang dia suka nak buat ….jadi dirumah anak aku dah mula berperang dengan aku yang dia tak nak kerja yang aku dah cari utk dia ….. tapi dia nak kerja yang dia sendiri cari dan paling gila nak gaji banyak rm1500.00………… “gila dia ingat senang nak cari kerja dgn gaji banyak tu !!!! … “banyak berlagak nak gaji banyak dia sendiri tak tahu dia boleh buat kerja ke tidak !!!!! ………..kat rumah nak mintak tolong sikit pun payah selalu nampak berkira sangat kalo nak mintak tolong apa-apa benda kat rumah..duk kat umah sendiripun macam duk umah orang !!!!!!…... berkira sangat ….tolonglah buang sampah ke pa ?? cuci pinggan mangkuk sapu rumah kemas rumah lipat kain sejuk gak mata aku ini tidak jadi bos kat rumah. 

So aku dah cakap dengan anak aku yang dia wajib pergi kerja selepas SPM sebab dia dah besar panjang dan dah boleh bekerja lagipun rugi besar duduk bandar canggih gila begini rupa dekat dengan rumah ni bersepah kalau nak…nak jadi tukang masak berderet restoran berdekatan dengan rumah, nak jadi pekerja pam minyak pun ada dekat rumah, nak jadi pembuat kek pun ada kedai kek yang berdekatan dan yang pasti aku dah cakap dia wajib kerja lepas SPM………….senang aku kalau dia pergi kerja baru dia rasa susahnya carik duit selama ini aku ikut shj kehendak dia apa dia nak aku ikut je walaupun perit dlam otak aku ni …nak hphone tak nak yg murah nak yang mahal ..asyik mintak duit topup dah kerja pandai ko lah heh …..

Hari tu hari Sabtu 2/12/2017 iaitu 4 hari selepas habis SPM aku cakap dengan anak aku ………”adik, ibu dah ambik borang kerja ni untuk adik satu kerja kat 7 Eleven, satu lagi kerja kat Dominos satu latu pasaraya MERO MARKET, dan satu lagi jadi pengawal keselamatan yang dah lama aku booking dah tapi anak aku taknak …dia plakkk bagitahu aku dia nak kerja kat catering jadi waiters tapi bila aku tanya dia dngn kawan dia baru nak memohon kerja tu jadi aku cakap dengan anak aku dia tak payah nak tunggu kawan kalo nak kerja …aku bawak dia pergi hantar borang kerja tu kat Dominos dengan harapan anak aku di terima kerja ….sampai di Dominos tu keadaan kat sana nampak macam begitu sebok sekali aku tetap sabar menunggu supervisor itu dan dia bagitahu suh datang esok jadi esoknya aku datang sekali lagi dgn anak aku …..alhamdulillah lepas interview tu anak aku kena ambik injection kat klinik sebab dia dapat bahagian penyediaan makanan …hah lega aku aku akhirnya dapat kerja tuh jadi aku terus bawak anak aku pergi klinik yg berdekatan untuk ambik injection …..


Pepagi lagi hari tu hari Ahad 3/12/2017 – dia kelihatan begitu bersemangat sekali nak pergi kerja …hari pertama anak aku menceburkan diri dalam dunia kerjaya sebagai tukang masak pizza di sebuah organisasi makanan segera terkemuka di dunia iaitu DOMINO’S …tempat kerja dekat dengan rumah boleh jalan kaki ….ulang suara boleh jalan kaki cuma berapa meter shj dari rumah kitaorang…jadi dah dapat lega ya allah rasa hati anak dah dapat kerja lepas ini suka hati dia lah nak buat apa dengan duit gaji dia tuh…dia nak beli handphone ke nak beli baju ke nak beli bahan pencuci muka dia yang macam2 tuh …………………………..yang pasti dah dapat kerja dan dengan ini dia dapat pengalaman bekerja dan tahu begaimana menceburkan diri dalam dunia pekerjaan …….sepanjang hari anak tiada dirumah kerana mula bekerja aku rasa cukup selesa…selesa sebab aku tak sakit mata lagi sebab sebelum ini dia 24jam main game yg cukup menyakitkan mata aku. Aku berdoa pada allah anak aku boleh bertahan sepanjang hari ini bekerja sebagai tukang masak pizza yang sudah pasti disukai nya kerana dia memang pernah memberitahu aku yang dia minat bidang masak memasak so aku sedaya upaya usaha utk anak aku dapat kerja tu ….jadi caranya macam biasa pergi sendiri kat tempat tu tanya dulu ada kerja kosong ke tidak kat tempat tu ….bila aku pergi sana orang sana suruh isi borang dulu jadi aku isi borang dulu ….dan kena ambik gambar passport untuk tampal kat borang tuh ….hah anak aku dah lama tak ambik gambar passport jadi aku ajak anak aku pergi ambik gambar passport kat kedai gambar dah tu isi borang tu semua kemudian aku sendiri dengan anak pergi hantar borang itu…aku harap mana tahu anak aku kena interview terus …alhamdulillah rezeki anak aku agaknya hari itu interview hari itu jugak dapat kerja tuh….rasa nak melompat aku..anak aku dah dapat kerja tuh !!!!

 
INI DOMINO'S YANG ADA KAT LUAR NEGARA .....

  Ini lah tempat kerja anak aku yang pertama DOMINO’S jadi tukang masak pizza…..mulai hari itu aku asyik selak satu persatu semua hal berkenaan dengan Domino’s dari latar belakang company itu sehingga lah kepada semua produk-produk makanan keluaran company itu…alhamdulullha….syaukur aku kepada allah yang maha esa rezeki anak aku dapat kerja itu satu kerja yang begitu mencabar sekali sebagai tukang masak pizza dan dengan pelanggan yang begitu ramai seluruh dunia. Ini ia sebuah company besar Food Delivery Franchising Restaran dan mula beroperasi pada tahun 10 June 1960 di sebuah bandar di Ypsilanti, Michigan Amerika Syarikat oleh orang yang bernama JAMES MONAGHAN DAN TOM MONAGHAN. Company ini mempunyai ibu pejabat di Domino’s Farms Ann Arbor, Michigan Amerika Syarikat yang mempunyai produk makanan seperti Pizza, Pasta dan Submarine Sandwishes dan sekarang ini Dominos sekarang ini mempunyai pekerja seramai 260,000 pada tahun 2016…yang tahun ini tahun 2017 entah berapa juta entah pekerja dia dan termasuklah nama anaka aku dah jadi pekerja dia tahun ini ….Company ni menggunakan nama DOMINO’S PIZZA INC pada tahun 1965. Alhamhamdulillah anak aku salah seorang yang bertuah dapat bekerja dalam sebuah syarikat terbesar di dunia ini sebagai tukang masak pizza ….bukan senang nak dapat jadi tukang masak pizza tuh lagipun dia tak pernah pun belajar buat pizza kat rumah yg cuma dia ada belajar cuma ayam goreng ,nasi goreng, mee goreng ….

 So episode cari kerja lepas exam SPM dah tamat Cuma bertahanlah dengan berbagai kerenag manusia yang berada dalam dunia kerjaya…aku dah bagitahu kena datang awal jangan ponteng kerja jangan suka melawan ketua jangan memandai-mandai buat kerja tanpa arahan, janagn sombong hormat orang jangan suka meyombong jangan suka berlagak padnai dan jangan suka cari pasal dengan orang dan janagn sombong dah dapat kerja company besar amca tuh….ib udah cakap jangan bagitahu kawan-kawan kelas adi kdah dapat keraja tuh walhal aku yang dah banyak bagitahu member offive anak aku kerja sambialn kat sana……………

SO ini lah tempat kerja pertama anak bujang aku selepas SPM ....tempat ini berdekatan dengan rumah kami jadi senang dia nak pergi kerja tak payah nak bersusah payah ...nak makan nasi balik je kat rumah kalau dah muak asyi luch dengan pizza setiap hari ...yang penting dapat kerja tu kerja lah dengan ikhlas dan penuh bersemangat dan penuh didikasi jangan suka melawan ketua dan jangan perangai buruk sepanjang bekerja disana .................ingat ini duit hasil titik peluk adik sendiri .....
Mula dari dapat kerja pada 3/12/2017 bermula pada hari itu anak aku kena hafal semua bahan-bahan nak memasak berbagai jenis pizza yang ada di bawah produk DOMINOS


Ini lah baju uniform yang anak aku dapat selepas berjaya temuduga dengan Dominos Presint 8 Putrajaya ....dengan ini sah lah anak aku jadi tukang masak pizza yang orang sana panggil kerja bahagian insider (bahagian dapur/makanan) dan bukan rider (penghantar pizza yang guna motosikal tuh....)


06 Oktober 2017

Hati mak-mak time anak nak exam ...

Semalam punya citer .......sebaik aku sampai rumah anak aku terus cakap “ibu, ibu,ibu cepat ibu hantar adik pergi masjid cekgu cakap kena pergi hari ini sebab ada solat hajat untuk mana-mana student yang nak exam tahun ni ….UPSR dah lepas dah kali ini student Form 3 yang nak ambik exam PT3 dan student Form 5 yang nak ambik SPM ………ah anak aku tinggal lagi beberapa hari aje lagi dan nak exam SPM ….dah nak exam maka aku dah tak nak dah membebel dengan anak aku nanti dia lagi stress plakkk biar dia bertenang walhal hati aku allah aje yang tahu asalkan jangan dia ikut perangai aku masa dulu time nak exam aje aku akan secara automatic nya aku akan demam terus ………..start dari dia masuk form 4 kepala otak aku nak anak aku ambik bidang yang pergi kearah Accounting atau Finance atau Economy atau apa aje lah dan kalo pergi bidang lain aku nak anak aku ambik Automotive ke boleh repair-repair keta ke motosikal and kerja kat mana-mana kilang automotive kat belah Shah Alam tu …… dulu anak aku nak sangat ambik bidang penerbangan so aku dengan gagahnya pergi search kat Google mana-mana akademi yang ada bidang tuh tapi last anak aku tak nak lahh plkakkk sebab dia kata susah nak dapat kerja (apa dia ingat bidang lain senang dapat kerja ke ????) ………ini kat opis aku ni ramai graduan buat kerja sambilan yang orang panggil PSH (Pegawai Sambilan Harian) yang mana hanya untuk 6 bulan sahaja dan kerja plakk ikut hari tak datang tak ada gaji tau ……….itu semua gara-gara Malaysia ini dah melambak-lambak graduan keluar dari university ………takut gak aku ni sebenarnya camna dengan nasib anak aku plakk lepas ni ……apa dia menganggor jugak ke ??? ….jadi untuk menyelamatkan keadaan aku nak hantar anak aku lepas SPM aje nanti aku nak dia kerja kat petropum (mana-mana stesyen minyak kat gan umah ni ….apa susah dekat gan umah aje pun kannn ) daripada dia asyik dok goyang kaki kat umah aku plakk yang sakit hati tak sudah …baik dia pergi kerja tak kira lah gaji banyak mana punnn …aku dah cakap dengan anak aku “adik, adik lepas aje exam SPM pergi kerja sementara nak tunggu result keluar tu nanti ….try tengok apa rasa bekerja jangan fikir nak duit aje try tengok sendiri pergi kerja, bangun pagi-pagi, ikut arahan orang dan jaga kerja camna gaya ….try kerja camna rasa baru tahu betapa susahnya nak cari duit ……..dah ada duit sendiri nanti adik nak beli apa beli lahhh nak handphone mahal ke nak beli moto jenis yang biasa-biasa tu adik boleh beli pakai duit adik sendiri ……………alah moto yang Honda jenis lama tuh baru dua ribu cash dua bulan kerja dah boleh beli sendiri moto tuh tak payah pakai duit ibu or duit ayah …….dik, lagi best dah rasa gaji hasil titik peluh sendiri lagi rasa seronok hidup tau …………baru kita tahu caman rasa bangga nya beli sendiri dengan duit sendiri………serupa macam aku dulu lepas SPM aku bantai aje pergi kerja kilang orang lain dok seronok pergi ambil lesen keta ke apa aku buat hal aku sendiri ………lagi bagus daripada aku ikut geng kawan sekelas aku ni pergi naik gunung lah apa lahhh ………aku nekad aku nak kerja sementara tunggu result keluar ….. ade aku kesah korang tak nak ikut perangai aku ……..korang mak bapak banyak duit tak apa korang nak apa bapak korang beli …aku ni apa  citer???

So as aku ni senantiasa suka pada cabaran so aku nak kerja sementara tunggu result kuar …. Jadi korang jangan asyik dok nak ajak aku gi mana-mana aku dah ada plan ok ??? ….oh itu citer aku masa time lepas SPM dulu so kali ini giliran anak aku so aku nak anak aku ikut perangai aku ikut apa aku buat lepas SPM and tak payah lah nak melepak-lepak bagai ke nak gi sana sani entah apa-apa ………pergi kerja kat mana-mana janji halal !!!

“ah dahsyat nya ada mak perangai mcam aku nih kan ???? …..anak tengah sebok nak perksa mak dia plakkk entah apa-apa dok plan …kalo orang tahu apa aku nak plan ni habis lah aku tapi kannn aku rasa ramai aje mak-mak yang buat planning macam aku ni sebenarnya …ye lah deorang tu habis SPM nak tunggu result keluar  bulan 5 lama gak tu nak tunggu …..so lebih baik dia kerja mana-mana ke daripada duduk melepak kat umah main game …….mahu sakit jiwa aku nengok anak asyik melepak-lepak kat umah aje …..wei sakit tau hati aku anak sorang ni tapi perangai macam orang yg ada anak 10 orang…… atau pun kan aku nak suruh aku jadi tukang masak kat umah ….ahak tentu dia nak dah dia asyik dok mengacau aku kat dapor dah lah tu suka beno dok komplen apa aku masak ……….try tengok aku nak ajar dia memasak plakkk kat umah ni tengok apa jadi ………………. Sabar aje aku selama ini apa aku masak kat umah ade-ade aje dia komplen …..garam kurang lah, masing lah, tak sedap lah …….apa ingat aku tak terasa hati ke ??????? ….pernah gak aku bergaduh dengan anak aku kat dapor dia asyik dok Tanya itu ini siap dok cium makanan yang aku masak …aku cukup pantang lah kalo orang buat cam tuh …makan aje lah apa aku masak kan senang !!!!!! aku masa kecik dulu aku makan aje apa mak aku masakkkk tak ada lah mengomel-ngomel tak sedap lah ….kurang garam lah hai macam2 lahhh …hi nasib baik aku ni mak yang penyabar kalo tidak mahu kuali ni aku ketuk kat kepala anak aku …….tapi taka pa munkin aku patut insaf memang betul kot apa kata anak aku tu sebab selama ini aku masak ikut done aku aje sebenarnya ………kalo campak garam dalam kuali tu aku tak rasapun semada terlebih garam ke kurang garam ….sebab dalam minda aku Cuma satu…aku masak setiap hari dia nak makan kea pa malas aku fikir dahhhhhhhh ……….sedap tak sedap itu lain punya hal…..



Gambar umur dah umur 17 tahun ni nampak lain macam dahhh ...........




Nampak gaya nye lepas SPM terpaksa lah ibu renew pasport adik ni ........... tu masa lepas UPSR dia tuntut nak gi Taman Safari, Bogor maka dengan rela hati nya ibu fly sampai14 hari ibu ambik cuti .... nasib baik cuti hujung tahun ini memang dah simpan dahh untuk bawak adik fly ke Taman Safari .........kalau lepas SPM ibu nak kita semua satu family gan anak saudara kita semua kita gi ramai-ramai daki Gunung Nuang ke Bukit Broga ke atau kita gi scuba kat Pulau Tioman reramai .......

05 Oktober 2017

Anak punya pasal masuk stadium Perak

Mood aku minggu ni entah apa entah aku tetiba aje aku asyik nak tulis entri pasal anak aku aje ....sebenarnya sedari mula awal aku register blog ni aku kalau boleh nak mengelakkan diri dari banyak menulis tentang hal keluarga aku sebab aku nak blog aku ni ada banyak tajuk yang bercampor-campor sebab bila aku letak tajuk atas sekali tu ""Kita Manusia Biasa" aku sebolehnya nak tulis secara santai yang boleh lahhhhhh ........ dah aku memang dah fikir 1001 kali fikir samada nak jadikan travel blog atau peribadi .........aku memang lebih suka tulis ikut suka hati aku nak tulis apa ...kadang-kadang aku malas nak check spelling pun ada ...maka orang yang tersilap terbukak blog aku memang sakit hati baca blog aku sebab nampak sangat betapa malas nya aku nak menyemak spelling .........aku dah taip sekali jalan and then aku preview sekali aje kalo aku dah rasa ok aku bantai aje send terus untuk publish terus ............kadang-kadang aku fikir punya lahh pemalas nya aku bab nak menyemak spelling walhal orang kat luar sana dah pasti dapat tahu aku jenis manusia jenis apa punya lah pemalas giler ......

Ok pasal anak aku yg sorang ni yang aku post gambar yang atas tuh ...masa tuh anak aku umur 12tahun..apa yang aku nak citer ialah kesanggupan aku mengikut kehendak hati anak aku yang sememangnya suka dengan bolasepak. Ini aku nak citer pasal aku pergi Perak umah saudara aku jadi dah alang kepalang aku gi sana anak aku ni asyik cakap yang dia nak tengok perlawan bolasepak yang mana pada minggu tu Perak lawan Kelantan Piala Malaysia waktu tu. Ayah dia plakk waktu tu gi outstation as a dia memang kerja buat oudit bawah Jabatan Akautan Negara ....akupun dah abah dia suh aku bawak anak tengok bola akupun ajak beberapa orang anak saudara dia tuh sekali join jadi kami pergi seramai 15 orang malam tuh. Nak jadi citer sebenarnya stadium tu berdekatan dengan rumah saudara aku ni jadi kami beramai-ramailah masuk stadium malam tu...dah biasa dah aku kalo nak berehat dengan anak saudara sebelum masuk stadium aku memang beli banyak makanan ringan dan air itu belum lagi aku beli baju jersey untuk anak aku....anak aku memang banyak koleksi jersey bolasepak yg jersey Itali dan Jepun pun ada yang original. 

Nak jadi citer malam tu kat stadium kami masuk awal selepas sembahyang magrib kat surau tu ....time nak masuk kat stage tuh aku dengan selamba nya masuk stage yang paling depan tuh al kononnya nak tengok bola dari jarak dekat lah konon. Tetiba baru aje aku nak duduk datang seorang lelaki kearah aku sambil berkata "assalamualaikum makcik, makcik kami dah pasang kemera dah ni untuk perlawanan ni ..... nanti masuk kejap lagi boleh tak makcik ???? aku pun segera beredar dari tempat tu sebab tadi orang tu kata kamera dah pasang jadi aku ingat itu undang-undang dalam stadium tak boleh duduk kat stage tu sebab dah pasang kamera..........sambil berjalan keluar dari kawasan tu aku terfikir "eh, kenapa ye disebabkan kamera dah pasang kami tak boleh duduk tempat tu ???? ........"ah, aku malas nak fikir banyak aku dan batalion anak saudara aku beredar dari kawasan itu. Sebenarnya mood aku dah hilang dah sebenarnya nak duduk depan tadi sebenarnya ........... dah aku dah hilang mood last aku masuk semula stadium tuh pukul 8.45malam dan masa aku masuk tu semua kerusi depan tu dah penuh dahhhh dan yang ada banyak ruang kosong barisan sebelah atas jadi aku terus aje pilih kerusi yang belah atas tuh cuma aku macam geram sikit lah kannnn ................mana tak nya elok-elok aku dah dapat tempat depan tadi pekerja stadium tu suruh aku keluar sebab kata dia "kamera dah pasang" ........... ok fine kamera dah pasang maka aku tak boleh duduk tempat tuh .......dalam kepala otak aku apa hal disebabkan itu aku tak boleh nak duduk kat situ ..........tetiba tengak aku dah melayan rasa geram dengan pekerja stadium tadi tetiba aku disapa oleh seseorang sambil berkata "puan, maaf ye puan saya ganggu puan sekejap .....tadi puan nak duduk depan kannnn saya dah booking kerusi tadi untuk puan ....." mak ai tersentak nya aku allah aje yang tahu ...kepala otak aku ni tadi memang tengah mengompat dia tadi sebenarnya .....Bagaikan terbalik 120%  fikiran aku serta merta berubah .........kalo tidak tadi dah lama dah aku layan aje perangai panas baran aku nih !!!! 

Jadi settle dah sakit hati aku malam tuh dalam stadium tu hari jadi malam tu semua anak saudara aku memang happy tengok bola life malam tuh dah lah dapat duduk kat depan kannn ..........memang bestlah !!! balik dari stadium malam tu aku tak citer kat asben aku apa yang terjadi tapi mulut murai anak aku ni memang cepat betul lahhhh ........maka terburailah gelak tawa satu rumah malam tu deorang semua gelak pasal tu .... asben aku sendir aku lagi teruk "awak, oh awak, lain kali jangan memandai-mandai aje terus masuk stadium tunggu orangramai masuk dulu baru ikut sekali bukan tetiba aje nak cop tempat ..... orang mesti pelik awak masuk awal nanti orang ingat awak nak pasang bom !!! saya terus menjerit 

"sungguh tak logik sungguh-sungguh "


02 Oktober 2017

E-Sukan plakkk dahhh .........edisi "My Anak"


Alkisah anak aku awal tahun tu hari mimpi apa tah anak aku nak masuk satu pertandingan ni yang mana akupun dok ingat apa main game secara online nih ........ anak aku memang cukup sakit hati kalo aku halang dia dari guna laptop dirumah untuk main game...dan kali ini dia menyahut cabaran aku utk masuk pertandingan game on-line .........aku memula baca sekali imbas aje jenis perlawanan online ni ...laki aku plakkk beriya dok daftar anak dia untuk masuk perlawanan tuh .....kegilaan apakah zaman sekarang ni sampai ketahap macam ni kalo masuk pertandingan memhafaz alquran tuh seronok gak aku dengar ....ini tak perlawanan entah apa-apa tapi tak apa lah try dulu tengok apa jadi ..........firstime anak mula join game ni aku memang tak berkenan sangat tapi kalo dia sanggup janji gan aku yg dia tak abaikan kerja sekolah dah cukup kalo tidak memang laptop memang aku soran bawah tilam ............dia bukan tahu pun aku sorok tilam bawah tilam !!!!!!!! ok kali ini aku nak korang yang kat luar sana tuh baca dari mukasurat pertama sampai habis (jangan baca sikit aje lepas tu korang scroll kebawah terus) .........JOM kita baca apa yang dikata E- SUKAN

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ini ialah satu permainan video FIFA yang amat terkenal sekarang  yang memerlukan pergerakan jari pada panel kawalan konsol PlayStation 4 (PS4) selari dengan strategi yang dipasang dan seterusnya membolehkan dia memenangi perlawanan tersebut.
“Permainan FIFA ini merupakan permainan perlawanan bola sepak yang dimainkan secara dalam talian. “Walaupun daripada pandangan­ mata kasar umum melihatnya sebagai satu permainan video biasa, namun ia sebenarnya merupakan salah satu sukan yang dikenali sebagai e-sukan.
“Bagaimanapun, apa yang membezakan sukan sebenar de­ngan e-sukan adalah perlawanan atau permainan ini dilakukan menerusi alam maya dan tidak secara berhadapan dengan pesaingnya seperti yang biasa kita tonton di padang bola,” jelasnya.
E-sukan atau lebih ter­kenal dengan istilah sukan bertemakan permainan video telah diperkenalkan di Korea Selatan sejak sedekad lalu.
Pada mulanya, e-sukan diadakan sebagai aktiviti suka-suka bagi mengisi waktu lapang individu sahaja. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, ia mula mendapat sambutan ramai terutamanya bagi generasi muda hingga ia kemudian diangkat sebagai salah satu bentuk sukan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Lazimnya, e-sukan dimainkan menggunakan komputer peribadi, konsol PS4 atau Xbox 360 yang memiliki akses internet.
Menariknya mengenai e-sukan adalah selain menggunakan pergerakan fizikal, individu yang melibatkan diri dalam permainan tersebut juga perlu menggunakan keupayaan minda dengan mengatur strategi permainan.
Malah, pergerakan jari yang pantas dan kecekapan mata dalam menangkap imej pada paparan skrin amat diperlukan dalam setiap perlawanan.


E-SUKAN dipercayai bakal menjadi salah satu acara dalam temasya Sukan Olimpik Paris pada tahun 2024.



Latihan intensif

Cerita Amtuah, dia mula melibatkan diri dalam e-sukan sejak berumur lapan tahun lagi. Bagaimanapun pada waktu itu, dia menjadikan e-sukan sebagai permainan pada waktu lapang sahaja.
“Sebenarnya, dahulu saya lebih aktif dalam sukan bola sepak di padang dan pernah terpilih untuk mewakili pasukan Piala Presiden Selangor.
“Bagaimanapun, disebabkan pada waktu itu mengalami kece­deraan serius, saya tidak dibenarkan bermain. Perkara tersebut menyebabkan saya mula beralih kepada e-sukan dengan menjadikan FIFA sebagai permainan ke­gemaran.
“Walaupun tidak menggunakan pergerakan badan sepenuhnya, namun perlawanan tersebut sama sahaja seperti bermain bola sepak yang sebenar. Malah menerusi e-sukan ini juga, saya berjaya memasuki pertandingan di dalam dan luar negara,” jelasnya.
Menurut lelaki yang bekerja sebagai pengurus kewangan di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur ini lagi, sepanjang empat tahun melibatkan diri secara serius dalam e-sukan, dia telah menyertai lebih 60 pertandingan.
Lebih membanggakan apabila Amtuah berjaya menjuarai 29 daripada 60 perlawanan yang disertainya dan membawa pulang hadiah wang tunai lebih RM100,000.
“Sebenarnya menjadi pemain e-sukan sama sahaja seperti pemain-pemain sukan seperti bola sepak, bola keranjang ataupun bola tampar yang lain.
“Ini kerana, kami juga memasuki perlawanan dengan pemain dari negara-negara luar dan perlu menjalani latihan intensif bagi memantapkan kemahiran yang ada.
“Selain terikat dengan rejim diet yang sihat, kami juga memerlukan tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari bagi memastikan mental dan fizikal sentiasa cergas dan bersedia untuk berentap,” jelasnya.
Tambah Amtuah lagi, walaupun kebanyakan individu beranggapan permainan e-sukan hanya memerlukan pemain berada di hadapan skrin komputer atau televisyen sahaja, namun tanpa mereka sedari, permainan tersebut sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi.
“Setiap seorang daripada kami terutamanya yang bertanding ke mana-mana pertandingan selalunya perlu patuh pada jadual yang dibuat.
“Antaranya mencukupkan waktu latihan harian iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari selain menjalani latihan kecerdasan di gimnasium dua kali se­minggu.
“Dari segi pemakanan pula, kami perlu melebihkan pengambilan protein dan meminimumkan makanan berasaskan karbohidrat kerana ia akan menyebabkan badan mudah letih dan seterusnya mengganggu fokus terhadap perlawanan,” jelasnya.
E-SUKAN memerlukan individu untuk bijak merancang strategi.


Berlainan pula bagi Loo Kah Yew, 16, apabila mula melibatkan diri dalam arena e-sukan selepas menerima ajakan daripada rakan sebaya.
Walaupun pada awalnya beliau me­ngakui mendapat bantahan daripada keluarga, bagaimanapun, kejayaannya melayakkan diri untuk menyertai International E-Sport Federation di Korea Selatan mula mengubah pendirian keluarganya.
Ternyata, minatnya dalam bidang e-sukan bukanlah satu perkara yang sia-sia kerana pada usia yang muda, e-sukan berjaya membawanya hingga ke pentas antarabangsa.
Kelayakan tersebut lantas menjadikan Kah Yew untuk mewakili negara bertanding di peringkat dunia dengan negara-negara lain.
Melihatkan populariti e-sukan dalam kalangan generasi muda kini semakin meningkat, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Malaysia, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, sambutan yang memberangsangkan di negara ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan e-sukan di negara ini.
Selain memberi panduan dan bim­bingan kepada golongan muda, kewujudan persatuan tersebut secara tidak langsung membolehkan golongan tersebut mengetengahkan bakat mereka pada saluran yang betul.
“Saya lihat generasi hari ini begitu meminati permainan video. Buktinya, berdasarkan kajian yang dilakukan, lebih kurang 16.7 juta penduduk di negara ini dipercayai bermain dengan permainan video.
“Walaupun saya akui e-sukan sebelum ini se­ring dipandang negatif oleh masyarakat, namun kewujudan persatuan ini sedikit sebanyak berjaya mengubah stigma mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, satu kursus khas mengenai e-sukan juga ditawarkan kepada orang ramai di Universiti Asia Pasifik (APU) sejak awal Mei lalu.
Menurut Setiausaha Agung persatuan itu yang juga merupakan pensyarah akademi e-sukan APU, Rinie Ramlie, kewujudan kursus tersebut sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di rantau ini yang menawarkan pengajian berteraskan e-sukan.
“Walaupun masih baru, namun ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada setiap lapisan umur apabila lebih 50 orang mendaftar menyertai kurus ini.
“Menerusi kursus ini, kami mengajar kesemua pelajar teknik-teknik bermain de­ngan betul dan menggilap bakat pemain-pemain supaya mereka boleh bermain secara profesional,” jelasnya.
Setakat ini, pihaknya menawarkan kursus empat jenis permainan iaitu DOTA, FIFA, Counter Strike dan League Of Legends.
Tambah Ranie, kursus pendek selama sembilan bulan itu juga mampu mematangkan tahap permainan individu dalam e-sukan.


Hakcipta terpelihara 

Bila cuma anak ada sorang anak ..

anak aku dengan 2 sepupu kesayangan nya ............
Anak lelaki aku sorang ok ............cuba korang bayangkan kalo korang cuma ada sorang aje anak...ini bukan aku yang rancang ada sorang anak habis nak buat camana gaya dah itu yang allah yang maha berkuasa bagi aku sorang aje nak macamana kann kalao ikut hajat dihati aku nak 5 lelaki 5 pompuan tapi apa nak buat aku ditakdirkan dapat sorang aje ...............sorang aje sorang aje itu aje yang allah bagi cukuplah daripada tak ada langsung mahu aku mati kempunan tengok anak orang lain ramai anak ........alkisah disebabkan aku cuma sorang anak maka aku start ambik anak angkat jadi kawan anak aku maka ada lah beberpa orang yang aku jadikan anak angkat termasuk dua orang pelajar dari AFS Malaysia Cultural Exchange Student yang aku sendiri appy ambik deorang.........sorang dari Itali selang 5 tahun lepas tu aku apply sorang lagi dari Yokohama Jepun ........aku ambik deorang ni bukan apa jadi kawan anak aku je itu aje sebabnya ....bukan sebab apa pun







Kami kebanyakkan parent ni ada lah bapak-bapak deorang ni yang suka benar anak masing-masing main bola ....ada aje perlawanan persahabatan mana-mana deorang ni main bawak aje kawan-kawan anak masing-masing masuk bukan nak menang pun ....saja-saja nak bagi  deorang suka je sebenarnya .............entah berapa kali join perlawanan persahabatan tak pernah menangpun sebenarnya  ........tapi deorang jenis tak jemu main aje suka-suka 






anak aku yang paling dia suka ialah sukan sebut aje sukan jenis apa dia suka dia memang suka kecuali nettball .... aku tak kisahpun sebenarnya sebab dah abad dia dulu pemain bolasepak negeri Pahang jadi dah mesti kuah tumpah kenasi jugak kannn ...........masa sekolah rendah dia dari situ lagi dah start dah main itu ini sampaikan aku rasa pelik jugak.....apa hal dengan akademik dia aku tak nak lah anak aku cuma pandai bersukan tapi tak pandai dalam akademik ......maka akupun start dari sekolah rendah kalo Sabtu Ahad memang waktu malam lepas aje makan malam 8.30mlm hingga pukul 10.30mlm tempat dia ialah dalam kelas tution (walaupun dia kadang2 memberontak nak tengok TV aku takkan bagi punya tapi lepas aje dia balik kelas sampai kepagi aku benarkan dia duduk depan TV).

Alkisah aku ni memanh jenis mak yang garang ...tapi bab anak abah dia memang selalu aje nak backing kalo aku tak puas sesuatu tu sebab kekadang kalo aku nak "bash" anak aku tungguh abah dia gi kerja atau gi surau ke atau gi mana-mana time tulah peluang aku nak lepas geram....pernah anak aku kata "ibu, ibu nak sangat ke jadi macam yg pernaj jadi kes kat Swedent dulu tu mak orang tu kena penjara sebab asyik marah2 anak dia "..................kata anak aku pada suatu hari sebagai mengugut aku yang asyik membebel. "Apa ingat ibu takut ke itu dekat Sweden ini bukan kat Sweden ini MALAYSIA ..........memang lah kat Sweden tak dibenarkan marahkan anak tu sebab kat Sweden anak2 derang "korang ajar" ...........apa hal ibu nak ikut cara Sweden ??????? balas aku plakkk waktu tu sebagai membalas kata2 anak aku. :Eh hello adik, dah kalau adik ibu suruh berhenti main game tu tolong lah berhenti waktu time sembahyang aje pun ...........lepas tu orang suruh makan lagi nak tunggu-tunggu lagi .........dah ibu suruh makan .....makan lah lepas makan buat kerja sekolah pukul 10.30mlm tido jangan dok sebok nak berjaga sampai siaran TV habis !!!!!!!!!!!!.............itu antara ayat paling biasa yg jadi tajuk bebelan aku yang selalu jadi tajuk utama dalam rumah. Jangan membebel masa ayah dia ada dalam rumah itu time ayah nya belum sampai rumah ...ayahnya selalu sampai rumah kul 9.30mlm tu sebelum tu lah peluang aku nak bash anak aku ............siap aku warning aku anak aku "Adik, abah balik nanti jangan nak gatal mengadu macam2 tau !!!!!!!!!! ...............kalau adik bagitahu karang ibu denda lagi adik tau !!!! ............ tu sebab bila abah dia dah balik pandai lah aku nak buat camne kannnn ..........pernah sekali asben aku tanya "apasal anak tu lain macam aje rupa awak tak habis2 nak jadi juara membebel ke ?????? tersentap aku suatu hari tu. "Alah, orang marah utk mengingatkan anak awak tu bukan nya nak jadi juara kaki membebel dalam dunia ni !!! ........ dalam hati geram aje aku ...dia asyik nak memanjankan anak aje tu sebab anak aku jadi tak kisah aje aku membebel ..........dalam hati memang kekadang tu sakit beno hati aku .... aku takut dia jadi terbiasa dgn perangai macam tuh ........laki aku ni plakkk asyik nak backing ....ya allah stress aku tau tak ????????????? ...........apa gila aku nak jadi juara kaki membebel ??????? 
anak aku dengan cekgu deorang memang rapat ............anak aku sayang semua cekgu deorang ni ...

yang ini sepupu dia yang paling rapat sangat-sangat kalo raya mesti nak pakai baju melayu warna yang sama kalo tak memeng ribut lah meka berdua ni ...


bab main catur memang anak aku paling suka ..... menang kalah ke dalam perlawanan abah dia hantar aja masuk perlawanan catur ........ pernah abah dia beli catur yang entah berapa ratus entah buat main catur kat umah buat aku geram gakkkkk ...........
Kakak saudara dan saudara sepupu anak aku ....yang ini anak aku paling rapat sekali lahhhh 
Ambik anak angkat dari pelajar luar negara plakkkk tapi sorang aje lahhhhhhhhhh 
anak-anak saudara aku yang sememangnya memang ramai yg itu cuma sikit ....kalo kira ada 380orang yg itu sebelah atok dia aje yang sebelah nenek dia adalah dalam 95 gitu ....deorang ni tiap tahun akan berkumpul buat "Family Day terlalu ramai ade gak yang tak ingat anak siapa ........as a familty team we all buat aje programme utk deorang kenal sesama saudara deorang ....... kalao hari raya datang sekejap aje kan..... kalo buat family day deorang lagi ada masa nak kenal sesama deorang .........


yang kakak angkat anak aku Guilia Rovera dari Itali pada tahun 2013 ..........

yang itu plakkk abang angkat anak aku  Daichi Homma Kazuyuki @Mayumi  dari Yokohama Jepun (2017)  yang akan datang dia sendiri yang akan menyertai program yang sama tapi akan ke negara sebelah antartik ..........eceh...eceh ...







29 September 2017

Penyakit Angan-angan aku ni ...

siapa yang tak ada angan-angan nak buat sesuatu ????ah tipulah kalo korang tak pernah ada angan-angan nak buat sesuatu benda tu tapi benda tu macam payah nak buat jadi lah dia yang disebut angan-angan ..........dulu masa aku tengah ambik SPM aku angan-angan nak jadi paramugari lah konon walhal tinggi aku cuma separuh tiang sahaja .......apa citer nak jadi paramugari kan ???/ memang tak lah kannn ???? habis bila result dah kuar aku tukar angan-angan aku nak jadi guru plakkk dahhhh tapi bila exam nak jadi guru tu tak lepas aku tukar lagi angan-angan aku nak jadi pegawai kerajaan plakkkk ........ah bantai lahhh asalkan aku dapat masuk kerja jadi pekerja kerajaan yang sah bila aku pergi hospital banyak kali pun bos tak banyak tanya kannn dah aku memang pergi hospital anak demam ke apa kannn ..........itu citer aku sebelum dapat kerja tetap sekarang aku dah 26 tahun kat opis gomen ni dan dalam phase nak bersara plakkk lagi 10 tahun yang akan datang ni .......ini baru tahun 2019 kan jadi kira-kira tahun 2027 itu aku dah WAJIB bersara dahhh ......tak payah ko berangan nak kerja sampai umur 64 tahun ko bersara awal lagi bagus umur 53 tahun bagi orang lain plakkk nak kerja ...........so as i'am a supermum why not start at the firstime ini make small bisness like "FOOD TRUCK SYSTEM" ....................Apa ?????????? ko nak berniaga guna food truck ke ??????? apa gila ko kerja opis lagi habis kerja kul 5.30petang ko larat lagi ke nak berniaga lepas waktu pejabat ?????? ..........bukan apa aku nak try aje dulu ??? sebelum aku betul2 bersara nanti tak ada lah aku terkia-kial kelam kabut bagai kannn so why not aku try dulu sikit-sikit dulu ...........so target aku ialah aku nak jual nasi berlauk aje lah dulu dengan menggunakan food truck so sebab aku berniaga waktu malam so aku prefer buat makanan yg orang suka makan pada waktu malam .........(sebagai contoh ; nasi goreng special, nasi pattaya, nasi daging merah, nasi USA, nasi puprick, nasi apa ajelah tapi bukan ada lauk pauk tu semua lah .........) ...isk gile takkan aku punya berlagak nak masak semua tu !!!! memang tak lahhhh sebenarnya ..........aku nak try aje dulu sebenarnya I means must be try at the firstime ....tengok ape jadi kannnn ...
Alkisah akupun search banyak info dari banyak tempat tentang perniagaan dengan menggunakan food truck ni .......Firstly ada deorang kata aku kena ada "Lesen Berniaga" ........ ingat tu mesti ada lesen macam bawak keta kena ada lesen takde lesen apa hal nanti aku plakkk di tuduh berniaga secara haram .. oh jadi aku kena ambik lesen lah dulu ..ok lah aku akan ambik lesen tu dulu ...........kat mana plakkk nak ambik lesen tuh pulakkk wei ??? bukan takat tu aje aku baca dari website tuh aku gak kena ada Sijil Kursus Pengendalian Makanan (dah aku nak sangat jual makanan kann) , Aku jugak kena ambik suntikan TY2/Typhim VI san disah kan oleh mana-mana klinik, Aku jugak kena ada Sijil Periksaan Kesihatan, aku jugak kena ada senarai Jualan dan Cadangan Harga (ambik ko ...kalau ko nak untung lebih tak ada makna nye ko nak menipu tanda harga ...if ko nak jugak duit banyak pepandai ko lah nak hidup kannn !!! .........) dan last sekali aku jugak kena dapatkan Pengesahan Penduduk (kalo ko duk Putrajaya ko kena pergi jumpa Ketua kat tempat tu utk cop sebagai mengesahkan ko duduk kat sana aje .........dan ko jugak jangan buat tak tahu ko kena ada insurans (apa hal kena ada insurans la pulakkkk ??? ... dan last aku kena ada Pengesahan Cukai (lagi lah aku tak paham perkara tu ..........) dah aku yang gatal sangat nak berniaga aku kena lah ikut arahan kannn kalo tidak ko duduk aje kat office buat kerja office tu aje cukup masa balik rumah terus ...tapi gatal pulak nak jadi peniaga food truck pulakkk ........apa ko ingat senang ???????? ..........try lah dah aku manusia biasa aje kannn apa susah nak start dari awal kann !!!.......camana ko nak start dan nak start dari arah mana ??? ...........So aku akan start dengan ambik kursus dulu iaitu kursus mengendalikan makanan ...........suka hati lah nak ambik kat mana kursus tu kalao tak ada sijil tak payah lah mimpi berangan nak jadi peniaga ..........lain lah ko jual kat depan rumah ko kat kampung tuh ............tak ada siapa nak tangkap sebab depan rumah ko kan ??? ini ko berangan nak meniaga dalam bandar dan bandar tu plakkk bandar besar ko fikir sendiri lahhh .... JOM LAYAN GAMBAR FOOD TRUCK DULU






Sungguh gila aku berangan-angan nak berniaga pakai food truck dalam kawasan mewah begini rupa .........apa makanan yang sesuai untuk dijual dalam kawasan sebegini rupa .....sesuai ke jual makanan tradisional ??? takut nye hari ini ko bukak meja minggu dapan dah gulung kot ?????? ...............baik ko fikir 8 ribu kali sebelum ko jual nasi berlauk kat kawasan ini kecuali ko ada tips yang berbeza untuk berbisnes kat sini