25 September 2013

Surat Siti Hajar bt Aladin kepada Perdana Menteri


INI LAH WAJAH SITI HAJAR BT ALADIN - WANITA YG TELAH MENULIS SURAT UNTUK PERDANA MENTERI DAN ARTIKLE YG DI TULIS DALAM BLOG NYA ITU ....dan dari surat nya itu dia memberitahu rintihan hidup sebagai rakyat Malaysia akibat dari kenaikan harga minyak .............tetapi harus di ingat kenaikan harga minyak bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia...........memang benar kata-kata wanita ini dan kita sebagai manusia harus berubah .... berubah dari segi cara hidup kita .......... berapa ratus kita habiskan duit gaji kita untuk membeli pakaian dan keperluan diri ????????? .............. kemampuan kita menggunakan handphone yang mahal-mahal adakah itu budaya hidup rakyat Malaysia ..............

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

 (ULASAN TENTANG GAJI SITI HAJAR - Tentang parking kereta dan beliau tinggal di kawasan Damansara (kawasan elit)

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Ubat Penyakit Cepat Nak Sangat Nak Marahhhh .......

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan. Memang benar ada yang mengatakan ‘aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.
Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang ‘membara’ akibat marah itu.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari).Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.
  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.
  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.
  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.
  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.
  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.
  • Amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

  • Seorang Ibu yg ade anak lelaki ....


    Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
    Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
    Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
    Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
    Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

    1. Kaedah pesanan dan arahan.

    Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
    • Mengenai solat di awal waktu
    • Adab dengan orang tua-tua
    • Adab dengan guru
    • Adab dengan kawan-kawan
    • Tugas harian di rumah
    • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
    • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
    • Cara belajar yang berkesan
    • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
    • Keselamatan jalan raya
    • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

    2. Kaedah Bercerita

    Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

    3. Kaedah Soal jawab

    Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
    Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
    Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

    4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

    Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

    5. Kaedah nasihat dan teguran

    Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
    Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

    6. Kaedah bermain dan bergurau

    Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
    Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
    Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

    7. Kaedah latihan yang berterusan

    Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
    a. Jantina
    Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
    b. Usia
    Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
     
    Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
     
    Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail


    24 September 2013

    Ambil Wudhu tetapi ada alat solek ....


    Musafir  Penerbangan dan Beberapa  Permasalahannya

    Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

     Berwudhu' Di Atas Lapisan Solek
    Perbincangan ini lebih tepat ditujukan kepada para wanita yang hendak berwudhu' lalu di tangan atau di muka terdapat lapisan alat-alat solek seperti pewarna kuku, bedak dan berbagai lagi. Maka timbul pula persoalan - Adakah dibolehkan berwudhu' di atas lapisan-lapisan solek tersebut atau adakah ia perlu dibasuh dan dihilangkan terlebih dahulu ? Atau adakah sebarang kemudahan hukum agama terhadapnya ?
               Bagi memberikan jawapan yang jelas, perhatian dibawa kepada ayat al-Qur'an yang mensyari'atkan wudhu', iaitu firman Allah Azza waJalla: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangah kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]. Dari ayat di atas, perkataan maka basuhlah berasal dari Bhs. Arab - membawa maksud dalam hukum tafsir sebagai 'mengalirkan air atas sesuatu untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.'
    Maka apabila kita berwudhu' , adalah dituntut supaya setiap anggota yang wajib dibasuh itu dikenakan  air yang mengalir bagi memenuhi syarat wudhu' sebagaimana perintah ayat al-Qur'an di atas. Termasuk dalam tuntutan ini ialah meratakan air di seluruh kawasan anggota wudhu' tersebut. Apabila ada suatu bahagian atau kawasan yang tidak kena air, samada kerana ia diliputi sesuatu atau kerana air tidak sampai kepadanya maka wudhu' tersebut tidaklah sah. Pernah sekali Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melihat beberapa orang di kalangan para sahabat yang baru selesai berwudhu' tetapi tumit kaki mereka kelihatan kering tidak disentuh air. Maka beliau memerintah mereka agar mengulangi semula wudhu' tersebut dan meratakan air dengan sempurna di setiap bahagian anggota wudhu' yang wajib dibasuh. Walaubagaimanapun berbeza hukumnya dengan pembasuhan kepala dalam etika berwudhu'. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman dalam ayat yang sama di atas ……dan sapulah sebahagian dari kepala kamu……. Perkataan dan sapulah berasal dari Bahasa Arab yang mengandung erti dalam hukum tafsir sebagai menyentuh bahagian tanpa mengalirkan air. Justeru itu para fuqaha menyatakan bahawa pembasuhan kepala adalah menepati syarat hukum dengan melalukan tangan yang basah di atasnya. Oleh itu apabila seseorang itu berwudhu' dia tidak perlu membasuh kepalanya dengan air yang mengalir sebagaimana dia membasuh muka, tangan dan kakinya.
    Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anggota wudhu' kecuali kepala perlu dibasuh dengan sempurna. Wajib dialirkan dan diratakan air pada keseluruhan bahagiannya. Oleh itu jikalau ada bahagian yang tidak terkena air atau terlindung di sebalik sesuatu yang kalis air seperti lapisan solek atau krim pelembab atau minyak atau cat atau debu tebal atau apa-apa yang seumpama maka wudhu' tersebut adalah tidak sah. Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada seseorang yang benar-benar menghadapi kesukaran untuk menghilang sesuatu yang melekat pada mana-mana anggota wudhu'nya. Contohnya ialah seseorang yang sedang memandu di lebuh raya pada awal pagi lalu keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan. Dalam usahanya untuk membetulkan semula kereta itu masuk pula waktu solat Subuh dan bekalan air yang ada pula hanya memadai untuk dia berwudhu' dan tidak mencukupi untuk dia membasuh kesan-kesan minyak pada tangannya. Maka dalam keadaan sebegini yang tidak dapat dielakkan, dia dibolehkan terus berwudhu' dan bersolat seperti biasa.
    Pengecualian juga terbuka kepada buruh-buruh kerja kasar yang tidak dibekalkan oleh pihak majikan alat-alat penyucian untuk membersihkan diri, maka mereka dibolehkan berwudhu' dan solat seperti biasa sekalipun anggota-anggota wudhu' mereka jelas diselaputi kesan-kesan cat, semen, minyak tar atau lain-lain. Demikian juga bagi seseorang yang suasana kerjaya mereka memaksa mereka memakai alat-alat solek seperti pramugari-pramugari penerbangan, maka mereka juga dibolehkan berwudhu' dan solat seperti biasa sekalipun terdapat pewarna-pewarna kuku atau apa-apa yang seumpama di anggota-anggota wudhu' mereka. Kebolehan ini berdasarkan kepada prinsip Syari'at Islam yang sememangnya memberikan kemaafan kepada seseorang apabila dia menghadapi suasana kesulitan atau kesukaran yang benar-benar tulen lagi tidak disengajai dan tidak boleh dielakkan. Dalil yang digunakan oleh para ahli Usul Fiqh ialah firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam surah at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu. 
    Senada dengan ayat di atas adalah sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Apabila aku mencegah kamu dari suatu pekerjaan maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu suruhan maka hendaklah kamu lakukannya sedaya-upaya." Akan tetapi kemaafan agama berdasarkan dalil-dalil di atas hanyalah bagi seseorang yang benar-benar sukar lagi sulit untuk mengelakkan diri daripada sesuatu yang telah ditentukan syari'at. Oleh itu kemaafan di atas bukanlah boleh diamal-gunakan oleh setiap orang dengan sewenang-wenangnya. Seseorang yang di atas pilihan serta kesedarannya sendiri memakai alat-alat solek tidaklah dipandang sebagai orang yang boleh diberikan kemaafan serta kemudahan hukum agama. Malah lebih dari itu Islam sememangnya tidak menyokong perbuatan bersolek oleh kaum wanita di hadapan khalayak ramai (tabaruj) dan justeru itu mustahil pula Islam dengan mudah akan memberikan kemaafan kepada sesuatu yang sengaja menyalahi ajarannya.
    Suatu persoalan yang kuat berhubung-kait dengan membasuh anggota wudhu' yang terhalang dari sentuhan air adalah membasuh anggota badan yang dibalut atau disemen kerana kecederaan atau tulang yang patah. Maka dalam hal ini bagaimanakah seharusnya seseorang itu membasuh anggota wudhu'nya?Dalam hal ini para ahli fiqh membolehkan seseorang itu melengkapkan ibadah wudhu'nya dengan menyapu air di atas balutan tersebut. Sesetengah ahli fiqh lainnya mencadangkan agar orang tersebut bertayamum, iaitu dengan mengusap kedua tangan dan muka dengan debu tanah. Pilihan kedua adalah lebih utama jikalau kecederaan seseorang itu adalah agak berat dan dia tidak boleh disentuhi air. Walaubagaimanapun syarat-syarat bertayamum hendaklah diketahui terlebih dahulu dan ia akan dibicarakan dalam bab ke 7 nanti, insya-Allah.
    Sahnya wudhu' dengan menyapu di atas balutan luka atau dengan bertayamum adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sendiri. Pernah sekali seorang sahabat telah tercedera berat maka bagi sahabat ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: Dia cukup dengan bertayamum sahaja dan membalut kain serban atas lukanya, kemudian menyapu di atas serbannya itu. Setelah itu dia mencuci anggota badannya yang lain. Sekiranya kecederaan seseorang itu amat berat dan tidak membolehkan dia bersentuhan dengan air atau debu tanah, maka dia diharuskan berwudhu' sekadar mana yang boleh dan kemudian terus bersolat seperti biasa. Sepertimana yang telah digariskan sebelum ini, seseorang yang benar-benar menghadapi kesukaran yang tidak dapat dielakkan, maka dia dimaafkan oleh syari'at dan ibadahnya tetap diterima tanpa sebarang pengurangan pahala atau ganjaran. Solat yang didirikan adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi semula di lain masa.
    Kesimpulan
    1.      Perintah wudhu' menuntut agar setiap anggota kecuali kepala perlu dibasuh dengan air yang mengalir serta merata pada keseluruhan anggota tersebut.
    2.      Kemaafan diberikan kepada seseorang yang benar-benar menghadapi kesukaran lagi tidak terdaya untuk menghilang kotoran yang melekat pada mana-mana anggota wudhu'nya.
    3.      Kemaafan juga diberikan kepada seseorang yang anggota wudhu'nya dibaluti atau disemen kerana kecederaan.
    4.      Kemaafan bagi dua suasana ini membolehkan seseorang itu meneruskan wudhu'nya sesempurna mungkin dan wudhu'nya ini tetap dikira sah oleh agama.

    23 September 2013

    Usia Kita .........

    Kali ini aku copy paste lagi satu artickle untuk aku jadikan bahan bacaanku dalam blog yg dah bersawang-sawangan ini. Kali ini tentang umur ..... kenapa aku tiba-tiba mahu memilih tentang umur????? aku sebenarnya tidak pernah lupa tentang umurku yang makin lama makin menghampiri senja....... kepenatan pulang dari pejabat selalu aku gunakan sebagai alasan kuat untuk tidak mahu ke masjid ............Ah, fikirku cukup hanya sembahyang 5 waktu itu sebagai bekalan hari akhiratku ...........ketika membaca artikle ini berulang-ulang kali dari atas kebawah ternyata benar ..........hujung minggu masa bayak aku gunakan untuk tidur yang berlebihan ............ menonton TV tanpa jemu selepas balik pejabat dan meleteri anak dari satu perkara ke satu perkara lain hingga anak tiada ruang untuk bermanja atas kerana berbagai leteran itu. "Bila aku nak jemu dari berleter di rumah ???????????? Dalam artikle itu menyatakan bahawa umur satu pinjaman yang dikurniakan kepada setiap dari kita. Tempohnya berbeza-beza. Apa kata kita hayati bersama-sama dan insafi akan setiap baris perkataan itu :-

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Ada orang panjang umurnya dan ada juga orang pendek sahaja. Sehinggakan ada bayi lahir-lahir sahaja telah kembali menemui Allah. Aduhai…sangat pendekkan. Tapi dalam pada itu ada juga insan-insan yang mendapat gelaran lelaki atau wanita tertua di Malaysia dan sebagainya.Bagaimana umur itu berakhir, tiada siapa yang mengetahui. Tiada pertunjuk atau tanda-tanda tertentu. Berapa banyak insan yang kita kenali, hari ini kita temu mereka dalam keadaan sihat, dan esok berita kematiannya kita terima. Betapa banyak yang hari ini kita lihat sangat menderita kesakitan, dan ia berlanjutan untuk satu tempoh yang agak lama juga sebelum kematian menjemput mereka.Lalu bagaimana pula kita? Jika anda sedang membaca catatan ini, bermakna anda masih dalam tempoh umur yang dipinjamkan oleh Allah buat diri anda sendiri.Seterusnya, ke mana haluan umur yang ada ini kita bawa?bila memperkatakan tentang umur, ia sangat berkait-rapat dengan masa. Masa yang setiap dari kita sama sahaja. 24 jam sehari. Tidak lebih tidak kurang.Masa yang ada adalah ruang untuk mencipta ‘kecemerlangan’ diri. Jika sedemikian halnya, bagaimana pula kita telah mengurusi masa yang ada?

    Bila saya cakap kecemerlangan, ia merujuk kepada cemerlang sebagai individu yang mengangkat kalimah tauhid sebagai pegangan hidupnya. Lesen untuk kembali ke pangkuan Allah dengan selamat sejahtera. Insya-Allah…Dalam perkataan mudah…Jangan terlalu alpa. Kalau bahasa kampung saya, jangan terlalu ralit dengan perkara-perkara yang banyak dikategorikan sebagai hiburan atau sesuatu yang tiada manfaat. Entahlah…hal ini sukar sikit nak ditegur. Tapi lihatlah apa yang kita selalu lakukan. Kita asyik dengan artis-artis barat atau produk-produk hiburan keluaran mereka. Soalannya….untuk apa? Tak perlu pergi jauh, lihat sendiri sekeliling kita sendiri. Hiburan-hiburan tempatan hampir menyamai hiburan barat. Cara dan isi yang cuba disampaikan tiada nilai tambah yang jelas. Sebagai contoh, keghairahan menghasilkan cerita-cerita seram, tak lebih dari ‘hiburan’ yang sangat pelik. Semuanya sekadar mengujakan emosi takut dalam diri penonton. Aduh!. Soalannya….apa kita mahu sebenarnya?Itu hanyalah sebahagian contoh yang amat mudah. Bak kata para cendiakawan budaya hendonisme yang menular dalam masyarakat kini. Sukar sekali nak membendung. Sukar bukan kerana apa, kerana semua itu berada dalam rumah kita sendiri. Tinggal lagi nak tengok atau tidak sahaja.

    Berbalik kepada soal umur tadi, penggunaan masa yang bijak, mampu menjadikan kita insan yang lebih baik.
    Perkara pertama yang perlu kita lakukan, buang atau jika sukar, kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Tidak perlu saya nyatakan apa, tetapi lihatlah dalam diri sendiri untuk tempoh 24 jam yang lalu. Apa yang telah kita lakukan. Adakah aktivti tersebut, satu hal yang wajar dilakukan atau ia sekadar pengisi masa sahaja. Seterusnya, adakah aktiviti itu dilakukan terlalu berlebihan. Contohnya, tidur berlebihan. Atau melayari internet tanpa hala tujuan berjam-jam. Atau kita duduk tidak bermaya di hadapan TV. Erti kata…terlebih rehat! Paling utama, periksa diri kita, adakah aktiviti tersebut menyalahi hukum agama atau perbuatan yang melalai diri kita dari mengingati Allah. Nauzubillah…. Ok…mari lihat dari sudut yang lain pula. Jika kita mampu kurang tidur 30 minit setiap hari. Maka dalam setahun kita ada 7.6 hari untuk diisi dengan aktiviti lain. Maka jika kurangkan pula masa dari aktiviti-aktiviti lain yang kurang bermanfaat juga, hakikatnya kita punyai banyak masa untuk digunakan bagi urusan-urusan yang lebih baik. Bukankah masa dan umur itu nikmat yang diamanahkan buat diri kita? Dan tiap amanah itu pasti akan dipersoalkan kelak.

    Akhirnya….isilah masa-masa kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika terang lagi bersuluh, apa yang telah melalaikan kita itu tidak mendatang apa-apa manfaat, usahakanlah untuk kita ucapkan selamat tinggal.
    Bawalah umur kita kita pada jalan yang diredhai Allah. Jauhi perkara-perkara yang jelas melalaikan hati untuk mengingati Allah. Apatah lagi hal-hal yang mengundang dosa. Bukankah tujuan kita diciptakan itu sangat jelas? Lalu …. Tunggu apa lagi.
     
    Sepatutnya dalam usia muda kita pujuk diri kita supaya senantiasa meluangkan masa membaca alquran....bukan hanya menunggu bulan Ramadhan baru nak baca Al-Quran ...........atau dah tua-tua baru nak baca Al-Quran............
     
    Kesenangan hidup keselesaan kita berada di rumah harus dijadikan sempadan............jangan kita asyik memikirkan untuk menghias rumah sepanjang setiap hujung minggu tanpa memikirkan bahawa hujung minggu boleh di isi waktu yang terluang itu dengan membaca Al-Quran ...........atau kita memilih waktu yang paling sesuai ialah selepas waktu sembahyang Isyak setiap malam itu ......... selama 1 jam dengan membaca Al-Quran itu sudah memadai dan bukan asyik menonton TV sepanjang malam ...........

    19 September 2013

    Santan Kelapa Punya Hal ..........


    Al kisah yg terjadi pada malam raya yg lepas aku begitu bersemangat nak buat kuah lontong/sambal lontong untuk santapan sanak saudara yg akan berkunjung kerumah kami …….. jadi nyee dalam perjalanan nak balek kampung aku dengan penuh bersemangat nyee singgah di sebuah pasaraya mini di Sri Nanding ………..ya sebuah pasaraya kecil di Sri Nanding yg mana satu ketika dulu begitu ramai pelanggan yg datang membeli belah di sana namun semakin hari semakin tak de orang berkunjung atas sebab dah ade pasaraya Mydin tidak jauh dari sana …… sebenarnya tiap raya aku memang malas nak masak benda-benda yg berkuah ni dah lama dah …………… sebab nyee aku tak sanggup asyik cuci pinggan mangkuk jadi kebanyakkan saudaramara aku yg datang tiap raya memang hanya makan kueh raye sahaja ……tak macam rumah orang yang akan menyediakan berbagai jenis juadah raya (maksud aku deorang akan menyediakan makanan berat utk tetamu nak makan …….) tapi sejak 3 tahun ni aku dah mula nak menghidupkan semula memasak makanan berat utk tetamu ………… jadi aku beli semua bahan-bahan nak memasak untuk hari raya dan yg pasti aku akan sediakan juadah itu pada malam raya ……….jadi aku mesti guna santan kelapa ….sebut je pasal santan kelapa nih aku macam dah serik dan seratur ribu kali serik sebab aku dah pernah terkena …….dapat santan basi !!!!!!!!!! ….. jadi aku dah merasa betapa benggang nye kite yg beriya –iya bersemangat nak memasak dah jadi tawar hati nak memasak ………entah kenapa aku macam tak sedap hati time aku ambik santan tuh sebab santan tuh aku nampak macam dah basi …….. tapi aku masih ada rasa yakin santan itu masih elok ….ah geram pada mulanya aku terfikir nak guna santan yg kita perah tuh ………. Tapi fikir lagi betapa malas nye aku nak memerah kelapa….tak pe aku beli jugak yg had santan siap tuh harap aku tak terkena dengan santan basi lagi ………..tup,tup,tup,tup time aku dah siap semua dgn segala bahan nak memasak tuh tetiba bau basi itu aku dapat rasa …………. Nampak buih-buih yg aku rasa memang sah itu adalah di sebabkan santan basi …………Ahhhhhhhhhhhhhhh, geram nyeeeeee ……………geram,geram,geram kenapa aku terbeli lagi santan basi ni ???????????.......so apa lagi aku buang terus dalam sinki dan otak aku berfikir dgn cara membasuh semua bahan-bahan lain boleh di gunakan lagi untuk memasak kuah lontong itu dan kebetulan kakak aku pulak membeli santan kelapa yg belum di perah ………..apa lgi aktiviti seterusnya adalah perah santan pulakkkkkkkkkkkk …………..ok tak pe … aku sanggup perah santan nih dengan bersemangat nyee sebab apa ???? sebab semangat nak buat kuah lontong  lah ni !!!!!!!!!!!!!! …………kalau orang lain ni dah lame campak semua bahan-bahan tuh kat tong sampah dah ……….oh aku tidak sesekali buat cam tuh ……aku rendam lama-lama semua bahan-bahan tuh dalam air sambil aku gosokkan agar santan basi itu hilang tapi rupa-rupanye ……….. baru aku tahu tak de guna nyee kite buat macam tuh dah memang semua bahan tu dah rosak dahhhhhh ……….. mana tak nye time aku masak sekali lagi dengan menggunakan santan baru itu lontong yg aku masak itu tetap berbau …… sudahnya pada pagi raya pertama aku tak berani nak hidangkan pada tetamu ………..sudah nya lontong itu dah pasti aku buang jugak dalam tong sampahhhhhhhhhhhhhhhhh …………….so, baru hari ini aku dapat berita di bawah ini pasal kisah santan basi itu ………….

    KUALA LUMPUR: Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar. Difahamkan, penipuan terancang itu dilakukan segelintir peniaga yang cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin termasuk dengan menjual santan yang dicampurkan serbuk khas bagi memekatkan kandungan cecairnya. Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin. “Sebanyak 10 premis menjual santan dipantau dan disiasat petugas KPDNKK sebelum mendapati dua premis itu mencurigakan,” katanya. Beliau berkata, salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah. “Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk memekatkan santan berkenaan. “Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya. “Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna,” katanya. “Dalam serbuan kedua di sebuah premis di kawasan sama, seorang lagi peniaga melakukan aktiviti sama dengan mencampurkan santan dengan air bagi menambah kuantiti,” katanya.

    Menurutnya, pihaknya berusaha membanteras penipuan ini dengan bekerja sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan santan itu selamat kepada pengguna.“Setakat ini, pihak kami sudah mengambil sampel santan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya. nya.Berdasarkan siasatan, santan campuran itu dijual dengan harga hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram.Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna.Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan daripada beberapa orang awam yang mengesyaki berlaku penipuan berikutan rasa dan kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang digunakan sebelum ini.“Pihak KPDNKK tidak memandang remeh aduan itu, sebaliknya segera melakukan risikan dan pemantauan di beberapa pasar utama di ibu kota membabitkan syarikat pengeluar santan pekat atau santan segar.


    NoTA :
    “ingat lah wahai wanita yg rajin memasak tu ……… nak masak kena fikir apa jenis masakan yg hendak di masak..kalau yg nak di masak itu kena guna “SANTAN KELAPA” ………. Fikir  dulu nak beli kelapa yg jenis macamana …….yg jenis kita kena perah kelapa tu dgn tangan ke atau kelapa yg dah siap perah itu (kelapa santan yg digunakan oleh peniaga dgn meletak tepung dan air paip itu) ……….atau kalau rajin perah kelapa beli je yg jenis kelapa jenis yg itu ………… beli kelapa parut sampai rumah sebelum masak perah dulu kelapa tuh sebelum masak ….. ingat tu kena perah dgn tangan dan tapis air kelapa tuh dan guna penapis kelapa supaya hampas kelapa itu tidak masuk dalam periuk ……kalau malas nak perah ambik blender ……….. blender je kelapa tuh hingga lumat and then tapis !!!!!!!! ……….. atau paling akhir guna santan dalm kotak yg banyak di jual di mana-mana pasaraya tuh ……..